BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM...
Transcript of BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM...
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
28
BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 2.1 AUTONOMI AKADEMIK 2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka
bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan
dokumen sokongan dimana perlu.
Pusat Pengajian dan Program mempunyai autonomi akademik untuk menggubal program baru dan membuat penambah baikan kepada program sedia ada untuk dicadangkan kepada fakulti dan universiti untuk keluluskan. Penggubalan kurikulum program baru berdasarkan maklumbalas dari pihak berkepentingan seperti pelajar/alumni, bakal majikan dan penilai luar. Rekabentuk kurikulum dan objektif program digubal hasil siri mesyuarat dan bengkel di antara ahli akademik kesepakaran sastera dan ini telah dimaklumkan kepada fakulti dan ahli akademik, mengikut carta alir berikut:
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
29
Rajah 2.1: Carta alir penggubalan kurikulum
Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik (JPPA) Fakulti terdiri daripada: a. Dekan b. Timbalan Dekan (Prasiswazah, Alumni dan Hubungan Masyarakat) c. Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Industri) d. Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) e. Ketua Pengurus Kualiti f. Pengerusi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran g. Pengerusi, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi h. Pengerusi, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi i. Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan & Kebudayaan
Melayu j. Pengerusi, Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia k. Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik l. Profesor
Ahli Jawatankuasa Kurikulum di peringkat Pusat Pengajian terdiri daripada o Penasihat: Dekan o Pengerusi: Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik o Ahli: Ketua-Ketua Program dan Unit
4 wakil dari setiap program
Diperingkat program, ahli Jawatankuasa Kurikulum Program terdiri daripada
Penasihat : Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik Pengerusi : Ketua Program, Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris Ahli : Semua ahli akademik program
Secara keseluruhannya proses pembangunan dan penilaian matlamat program digambarkan pada Rajah 2.2
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
30
Rajah 2.2: Proses Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Rajah 2.2 menunjukkan proses penilaian biasa yang dijalankan oleh Program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, UKM yang menerangkan pelbagai tahap program dinilai. Setiap aliran (A,B,C) menunjukkan proses yang digunakan dan organisasi/jawatankuasa yang terlibat dalam proses penilaian data iaitu:
i. Setiap lima tahun (implikasi terhadap objektif pendidikan) ii. Setiap setahun (implikasi kepada hasil pembelajaran program) iii. Setiap semester (implikasi terhadap hasil pembelajaran kursus)
Program mempunyai autonomi penuh untuk menentukan penyelaras kursus dan pengajar untuk setiap kursus. Tugas ini digalas oleh ketua program dengan mengambil kira bidang dan kepakaran. Setelah mendapat pandangan ahli akademik dan senarai tenaga pengajar di hantar ke Fakulti untuk tindakan lanjut. Fakulti menetukan peruntukan untuk setiap programk. Dana ini dipegang Fakulti. Jika program merancang sesuatu aktiviti akademik untuk pelajar kertas cadangan akan dibawa ke mesyuarat pengurusan fakulti untuk mendapatkan dana untuk aktiviti tersebut.
2.1.2 Tunjukkan hubungan antara program dengan senat.
Sila rujuk Rajah 2.1 untuk melihat hubungan antara jabatan dan senat universiti.
Program harus mendapat persetujuan atau kelulusan Senat untuk hal-hal berkaitan
rayuan penyambungan semula pengajian pelajar. Program juga boleh memberi
pandangan tentang draf sesuatu dasar yang sedang digubal Senat.
2.1.3 Bagaimanakah program memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi
yang secukupnya dalam bidang kepakaran mereka?
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
31
Setiap pensyarah ditugaskan mengajar diantara 1 - 2 kursus prasiswazah dan/atau
siswazah setiap semester oleh ketua program (Sila rujuk Fail Pengagihan Beban
Mengajar). Pengagihan beban kerja yang dilakukan oleh ketua program, mengambil
kira dan mengembeling bidang kepakaran pensyarah. Setiap pensyarah mempunyai
autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang diajar.
Pemantauan isikandung pengajaran-pembelajaran dan bentuk penilaian yang diguna
pakai setiap kursus dalam program dilakukan jawatankuasa kurikulum program (Sila
Rujuk Lampiran 1). Untuk mendapat perincian tentang skop kerja dan autonomi yang
pensyarah program nikmati, sila rujuk Bab 6.2 Penyelidikan dan Pembangunan dan
Bab 6.3 Kepakaran Pendidikan.
2.1.4 Nyatakan dasar dan amalan program menghadapi kemungkinan konflik
kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja
sambilan dan khidmat rundingan.
Universiti mempunyai dasar yang jelas untuk menangani konflik kepentingan, yang
melibatkan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundingan
seperti yang terdapat dalam Dasar Perkembangan Professional yang boleh dicapai di
http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=file&Itemid=73&id
=197%3Adasar-perkembangan-profesional-professional-development-ahli-
akademik-ukm&lang=Bm
2.1.5 Apakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) untuk memperluaskan
autoonomi staf akademik? Apakah peranan program dalam rancangan ini dan
bagaimanakah program menyokongnya?
Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) boleh mencadangkan agar ahli akademik melibatkan
diri dalam program sangkutan dengan pihak indusrti. Pihak pengurusan akan
menyokong program sangkutan ini dengan mengurangkan beban pengajaran atau
membenarkan ahli mengambil cuti tanpa rekod selama satu semester.
2.2 REKABENTUK PROGRAM DAN KAEDAH PENGAJARAN–PEMBELAJARAN 2.2.1 Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum.
Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
32
Sila rujuk Rajah 2.1. dan Rajah 2.2 untuk melihat mekanisme pembangunan kurikulum. Staf akademik dan pentadbir terlibat secara lansung dalam proses ini dari langkah pertama carta alir penggubalan kurikulum.
2.2.2 Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam
penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program?
Dasar UKM mengenai pengajaran dan pembelajaran boleh di lihat di http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Itemid=226&lang=Bm. Dasar ini menjadi panduan dimana kaedah penyampaian program direkabentuk untuk mencapai PO dan diringkaskan dalam Rajah 2.3 di bawah
Rajah 2.3 Ringkasan Penyampaian Program (Sepenuh Masa)
a) Kursus
Kaedah penyampaian kurikulum berasaskan keperluan visi dan misi program dan
kehendak khusus hasil pembelajaran program (LO). Bagi mencapai proses
pembelajaran yang efektif dan cekap, kaedah penyampaian merujuk kepada aktiviti
pembelajaran termasuk:
i. Menyediakan aktiviti pembelajaran sebagai pendekatan penyampaian: pembentangan, kumpulan perbincangan dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL).
ii. Pengukuhan penyampaian pembelajaran: kuliah, kolokium, seminar dan persidangan.
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
33
iii. Penyediaan peluang bagi pelajar mengintegrasi maklumat sedia ada dengan ilmu yang dipelajari serta kemahiran teknikal: seminar, perbincangan kumpulan kecil dan penulisan esei dan kertas kerja yang menganalisa teks menggunakan kerangka teori yang sesuai.
Kuliah dan kerja kursus dijalankan untuk membina dan membangun kemahiran
intelektual di kalangan pelajar. Kandungan bagi semua kursus berupaya menghasilkan
pelajar sebagaimana seperti hasrat matlamat program.
Kelebihan program ini dapat dilihat dari aspek antar disiplin di mana ilmu sastera
digandingkan dengan disiplin seperti media, linguistik dan pendidikan. Di dalam kursus-
kursus tersebut, pelajar didedahkan kepada cara-cara teks dan bahasa sastera
digunapakai oleh pengamal media, ahli linguistik, dan pendidik.
b) Tesis Sarjana
Tesis Sarjana adalah jambatan bagi mengintegrasikan semua ilmu yang dipelajari
dengan menggunakan kaedah saintifik. Pelajar dilatih merencana perjalanan
penyelidikan mereka melalui kerangka teori dan metodologi yang sesuai dan pemikiran
yang kritikal. Umumnya, tujuan tesis adalah untuk:
melatih pelajar menjalankan penyelidikan sendiri;
meneroka pengetahuan dan ilmu baru secara objektif dan kritikal;
melatih pelajar mensintesis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam menjalankan penyelidikan;
memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara saintifik;
melatih memupuk etika dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan laporan; dan
meningkatkan kemampuan berdikari, berkeyakinan diri dan berkemahiran komunikasi.
Melalui penyelidikan ini, pelajar berhubung terus dengan ahli akademik program yang
akan memberi penyeliaan berterusan kepada pelajar. Bagi menghasilkan penyelidikan
yang berkualiti tinggi, prosedur pemantauan dilaksanakan oleh program.
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
34
c) Aktiviti Akademik Sokongan Pusat Pengajian menganjurkan siri wacana untuk staf dan pelajar dengan menjemput pensyarah dari universiti dalam dan luar negara untuk memberi ceramah tentang isu, peluang penyelidikan dan penyelidikan terkini. Senarai penceramah adalah seperti berikut:
Penceramah Institusi Tarikh Tajuk
1. 1 Misael Racines SEASREP
Foundation,
Philippines
2 Mac 2007 Introduction to SEASREP Grants
Program
2. 2 Dr. Mario
Saraceni
University of
Portsmouth, UK
23 Mac
2007
Ideology in Visual Narrative:
Between Semiotics and
Linguistics
3. 3 Prof. Suresh
Canagarajah
University of New
York, USA
1 Jun 2007 Academic Publishing: A Guide
and a Critique
4. 4 Prof. Suresh
Canagarajah
University of New
York, USA
1 Jun 2007 Postmodern Globalization, World
Englishes and New Pedagogical
Challenges
5. 5 Mr. Leyte Philippines 29 Oktober
2007
Discussions on opportunities for
social sciences research.
6. 6 Dr. S. Srinivasa
Rao
Jawaharlal Nehru
University, New
Delhi.
16 Nov
2007
Revisiting the Language Debate
in Indian Education
7. 7 Dr. S. Srinivasa
Rao
Jawaharlal Nehru
University, New
Delhi, India.
7 Disember
2007
Globalisation and Higher
Education reforms in Malaysia:
Implications for organization
access and excellence.
8. 8 Ms. Siew Mee
Barton
RMIT University,
Australia
7 Jun 2007 Cultural factors behind the growth
of e-learning in Malaysia:
Academic Guanxi
9. 9 Prof. Dr.
Thomas
Schalow
University of
Marketing and
Distribution
Sciences, Kobe,
13 Mac
2008
Enhancing student interaction
with course material using online
learning management systems
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
35
Japan
10. 1
Prof. Dr. Zawiah
Yahya
PPBL’s Visiting
Writer, UKM
11 April
2008
Local Critical theory
11. 1
Prof. Dr. Hilary
Nesi
Coventry
University, UK
20 Ogos
2008
Corpora and English for
Academic Purposes
12. 1
Assoc. Prof. Dr.
Gordon Joyes
University of
Nottingham, UK
10
September
2008
Developing a Pedagogy of
Praxis: One Size Does not Fit All
13. 1
Prof. Dr. Roland
Sussex
University of
Queensland,
Brisbane, Australia
01
Disember
2008
Qualitative Research and Mining
language Data
14. 1
Prof. Dr. Lily
Rose Tope
University of The
Philippines
03
Disember
2008
Defining the Gender Space in
Philippine Literature in English
15. 1
Prof. Dr Thomas
Schalow
University of
Marketing and
Distribution
Sciences, Kobe,
Japan
24 Februari
2009
University Language Teachers
Beware: The Internet Will Soon
Make You Redundant, and It
really is Different this time
16. 1
Prof. Dr Jean
Mcniff
York St. John
University, UK
06 Mac
2009
How do we develop a new
scholarship of practice in
TESOL?
17. 1
Mrs. Adeline Del
Medico
Brentley Malaysia
France University
Centre
16 Mac
2009
Partnerships between French
and Malaysian Universities
18. 1
Dr. Fatimah
Djajasudarma
Fakultas Sastera
Universitas
Padjadjaran
29 April
2009
Aspek dan Aktionsart (EN) Satu
kajian Semantik dan Struktur
Kecap Anteuran Bahasa Sunda
19. 1
Prof. Madya Dr.
Ong Puay Liu
Institute of Ethnic
Studies (KITA)
UKM
21 Ogos
2009
Malaysia, the Jigsaw Nation: A
look into Malaysia’s Plurality –
Past, Present and Future
20. 2
En. Salleh
Huddin Abdul
Universiti
Kebangsaan
23 Oktober
2009
Amateur radio in Malaysia: Brief
History, Contribution to the
country and development of
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
36
Rashid Malaysia, UKM localized amatured radio slang
21. 2
Prof. Madya Dr.
Jeong – Bae
Son
Faculty of
Education,
University of
southern
Queensland,
Australia
11
November
2009
Understanding and using
computer-Assisted language
learning
22. 2
Prof. Madya Dr.
Jeong – Bae
Son
Faculty of
Education,
University of
southern
Queensland,
Australia
18
November
2010
Planning, Conducting and
Reporting Research
23. 2
Prof. Dr. Arjuna
Parakrama
University of
Peradeniya, Sri
lanka
10 Februari
2010
Current Research Issues In
English
24. 2
Prof. Kosaku
Yoshino
Chair and
Professor of
Sociology, Faculty
of Human
Sciences, Sophia
University
23 Mac
2010
The Englishisation of Asia and
Global Social Structure : A
Sociological Enquiry
25. 2
Dr. Heather
Winskel
University of
Western Sydney
11
November
2010
Introduction to eye tracking
technology and its applications
26. 2
Mr. Alan Han University of
Queensland
19 Januari
2011
On Being Diasporic Chinese-
Malaysian-Australian : Thoughts
on the limits and possibilities of
Transnationalism
27. 2
Prof. Sangita
Rayamajhi
University for
Women
Bangladesh
14 Mac
2011
Studying Masculinity to
Understand Violence Against
Women
28. 2
Prof. Dr. Roland
Sussex
University of
Queensland,
Brisbane, Australia
20 Jun 2011 The future of English as a lingua
franca: international intercultural
communication factors
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
37
29. 2
Dr. Abdullah Jumain Abu Samah
Malaysia 27 Julai 2011
Matrilineal minangkabau antara
bukti melayu -polinesuia bukan
dari taiwan
30. 3
Puan Maslinawati Mohamad
Universiti Kebangsaan Malaysia
15 Sept 2011
Hypermedia Reading
Environment for Adult Learners:
A Case Study at Universiti
Kebangsaan Malaysia
31. 3
En. Mohammed Azlan Mis
Universiti Kebangsaan Malaysia
23 Nov 2011
Analisis Pilihan Bahasa Suku
Kaum di Negeri Sarawak
32. 3
Prof. Madya Dr. Supyan Hussin
Universiti Kebangsaan Malaysia
24-Apr-12 Online Supervison Using Blog:
Are We Ready? Are Students
Ready?
33. 3
Prof. Dr. Roland Sussex
University of
Queensland,
Brisbane, Australia
31 Mei 2012 A Radical Change of Direction in
Teaching, Learning And
Research?
34. 3
Prof. Dr. Richard F. Young
Univ. of Wisconsin-Madison
2 Ogos 2012
Interactional Competence in
Language Learning, Teaching
and Testing
35. 3
Prof. Glenn Stockwell
Waseda University, Tokyo
15 Ogos 2012
Technology And Motivation in
English Language Teaching And
Learning"
36. 3
Dr. Khazriyati Salehuddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
19-Sep-2012
The Acquistion of Numeral Classifiers By Malay Children
37. 3
Dr. Heather Winskel
Southern Cross University, Australia
31 Oktober 2012
Social and Cultural Aspects of Language Acquisition: A Focus on Caretaker-Child Interactions In Thai
38. Prof Dr. Paul Lim
Universiti Kebangsaan Malaysia
2 November 2012
Living in multicultural Belgium in the European Union
39. Prof. Gyonggu Shin
Chonnam National University, South Korea
4 Disember 2012
The Cost of English Dived
40. Dr. Ashinida Aladdin
Universiti Kebangsaan Malaysia
11 Januari 2013
What Demotivates non-Muslim Malaysian Learners in Learning Arabic
41. Dr. Kesumawati Abu Bakar
Universiti Kebangsaan
18 Januari 2013
Gendered Performances in online personal advertisements:
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
38
Malaysia A corpus-based approach
42. Dr. Maserah Shabudin
Universiti Kebangsaan Malaysia
6 Februari 2013
Wacana dan Ideologi dalam Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun
43. Dr. Anita Harris Satkunananthan
Universiti Kebangsaan Malaysia
8 Mac 2013 Reclaiming and Exorcising Ghosts: Chimamanda Ngozi Adichie’s Biafran Hauntings.
44. Dr. Sanaz Fotouhi
Univ. Of New South Wakles
22 Mac 2013
An Introduction to Diasporic Iranian Literature in English
45. Mr Keith W. Wright
International language Academy (ILA) Australian
23 Oktober 2013
The 4S Approach To Literacy And Language
46. Prof. Dr. Jose Mario C. Francisco
Ateneo de Manila University
25 November
2013
Fidelity in Translating Religious Practice: Illustrations From Filipino Christianity
47. Dr. Sebastian Groes
Roehampton University, UK
17 Disember
2013
Literatures and Cultures of the Rising Power
48. Nick Levery The Parallax View in Joyce’s “The Dead”
49. Paul Antick Psychogeography, Tourism and Photography
Jadual 2.1 Aktiviti Akademik Sokongan
Semua aktiviti pengajaran, pembelajaran dan aktiviti akademik dijalankan dalam persekitaran dan menggunakan prasarana yang menyokong aktiviti tersebut. Aktiviti akademik yang berkaitan dengan program mendapat sokongan kewangan dari Fakulti. Untuk melihat senarai prasarana dan kemudahan yang terdapat di Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti, sila rujuk Bab 6.1 Kemudahan Fisikal.
d) Kajian Tindakan (Action Research)
Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang berpusat kepada pelan intevensi untuk
membantu pelajar menguasai objektif kursus. Setiap sesi pensyarah memohon geran/
dana Kajian Tindakan yang telah banyak membantu pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif. Di antara geran yang telah diperolehi termasuk “Pembelajaran
sastera dan multi-modality”, “Online publication of students’ creative works”, “Cutting
edge research for Research Methodology students” dan “creating awareness of real-life
issues through science fiction” (Sila rujuk CV Senarai Penyelidikan Ahli Akademik UKM
https://smk.ukm.my/pakar).
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
39
2.2.3 Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah mempertimbangkan permintaan pasaran
dan masyarakat terhadap program ini, dan bukti program mempunyai sumber
yang mencukupi untuk mengendalikannya.
Semasa program ini di gubal, progam telah meminta maklumbalas dan pandangan dari
beberapa individu yang mewakili industri dan ahli akademik dari institusi lain seperti
Prof Dato Dr Ibrahim Bajunid (UNITAR), Prof Dr Ismail Talib (NUSingapore) dan
Professor John McRae, (Universiti of Nottingham, UK). (Sila rujuk Fail Program untuk
Maklumbalas Penilai Program).
2.2.4 Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal,
kemampuan menyelesaikan masaalah, membuat keputusan, dan kemahiran
pemikiran analitis, disamping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Program merujuk kepada Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM, yang boleh
Dicapai di
http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Item
id=226&lang=Bm
Program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitikal, di samping menggalakkan
pelajar bertanggung jawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk
pembelajaran sepanjang hayat melalui kerja projek, penulisan tesis dan latihan industri.
2.2.5 Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahupun
diluar bilik kuliah, dimana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran,
dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka,
perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang
bertanggungjawab (contohnya kokurikkulum).
Ahli akademik Program menggunakan pelbagai kaedah dan sumber pembelajaran di
dalam mahupun di luar bilik kuliah, dimana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai
kemahiran, dan membentuk sikap dan tatalaku. Aspek ini dapat dilihat dalam hasil
pembelajaran kursus program ini dan juga keterlibatan pelajar dalam aktiviti seperti
mengambil bahagian dalam mengendali seminar atau persidangan di Pusat.
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
40
2.2.6 Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin
dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya
pembangunan peribadi pelajar.
Program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin untuk meningkat dan
memperkaya pembangunan peribadi pelajar.
2.27 Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan
program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk
menambah baik program.
Sumber luaran program ini merupakan pelajar program yang terdiri daripada pekerja
dari industri yang ada kaitan dengan pengajian sastera seperti guru dan pensyarah dari
IPT dalam dan luar negara, yang kebanyakannya ditaja oleh majikan untuk
menyambung pengajian. Mereka turut terlibat dalam analisis keperluan program apabila
mereka menilai keberkesanan program melalui penilaian kursus setiap semester (Rujuk
Fail Kursus untuk Contoh Penilaian SPPK Pelajar). Pandangan dari pihak
berkepentingan ini digunakan untuk menambah baik program secara berterusan.
2.2.8 Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran
pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?
Pelajar program terlibat dalam kegiatan penganjuran seminar dan persidangan Pusat
Pengajian. Kegiatan ini memberi pendedahan luar kelas kepada perkembangan
pengetahuan yang terkini dalam disiplin dan boleh memperkaya pengalaman
pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab.
2.3 STRUKTUR DAN KANDUNGAN PROGRAM 2.3.1 Klasifikasikan mata pelajaran.
Program yang ditawarkan di peringkat prasiswazah ialah Program Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris. Dengan memenuhi semua keperluan program, pelajar akan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian (Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris). Kursus dalam program ini di klasifikasi mengikut komponen dan mempunyai nilai kredit seperti berikut:
Jadual 2.2 Komponen program dan nilai kredit
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
41
Klasifikasi Mata Pelajaran Nilai Kredit
%
1 Kursus Wajib 19 47.5
2 Teras/Major/Tumpuan:
Kursus
Projek/Tesis/Disertasi
0
12 30.0
3 Kursus pilihan/elektif 9 22.5
4 Kursus minor 0 0
5 Latihan Industri 0 0
6 Praktikum 0 0
7 Lain-lain (Nyatakan) 0 0
Jumlah Nilai Kredit 40 100%
Rekabentuk kurikulum mempunyai kekuatan untuk mencapai objektif program dalam
tiga domain pendidikan utama yang meliputi perolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan aplikasi pengetahuan dan teori. Kurikulum program Sastera
Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris dibahagikan kepada ilmu teras/asas, ilmu kaedah
analisis dan ilmu aplikasi. Pengabungan antara ilmu teras dan ilmu aplikasi meliputi tiga
komponen iaitu:-
i. ilmu teras kesusasteraan pascakolonial dalam Bahasa Inggeris (22.5%),
ii. teknik dan kemahiran analisis (25%), dan
iii. ilmu aplikasi (52.5%).
Komponen kurikulum dan kandungan kursus yang dibentuk dapat menyokong
pembangunan intelektual, kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan bagi mencapai
hasil pembelajaran program, adalah seperti berikut:
DISIPLIN ASAS KAEDAH
ANALISIS APLIKASI PRODUK
Ilmu Teras
Sastera
Teknik &
Kemahiran Ilmu Aplikasi
SISWAZAH
BERILMU DAN
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
42
Kursus:
1. Critical Theory 2. Postcolonial
Theory and Issues
3. Malaysian Literature in English
Kursus:
1. Re-readings of Canonical texts
2. Parameters of Comparative Literature
3. Research Methodology in Literary Studies
Kursus:
1. Nation and Narration: Asia
2. Occidental Perspectives on Malaysia
3. Literature in Translation
4. Literary Studies in Action
5. Literature and Pop Culture
6. Tesis Sarjana
BERKEMAHIRAN
Jadual 2.3 Kandungan Kursus
2.3.2 Senaraikan mata pelajaran beserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam
program. Susun mengikut tahun dan semester.
Senarai kursus yang dijadikan perisian kurikulum program ini adalah seperti berikut:
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
43
Jadual 2.4 Senarai kursus dalam Program Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris
Semester / Tahun
ditawarkan
Nama dan kod kursus
Klasifikasi Status
Nilai Kredit
Nama Pensyarah
1 Semester 1
SKBK 6013 Critical Theory
Wajib 3 Prof Dr Ruzy Suliza Hashim/ AP Dr Noraini Md Yusof
2 SKBK6023 Postcolonial Theory and Issues
Wajib 3 PM Dr Shanthini Pillai
3 SKBK6033 Malaysian Literature in English
Wajib 3 PM Dr Raihanah Mohd Mydin/ Dr Ravichandran Vengadasamy
4 SKBS6123 Re-reading Canonical texts
Wajib 3 Dr Shahizah Ismail @ Hamdan
5 Semester 2 SKBK6153 Parameters of Comparative Literature
Wajib 3 PM Dr Raihanah Mohd Mydin
6 SKBK6004 Research Methodology in Literary Studies
Wajib 4 Prof Dr Ruzy Suliza Hashim
7 SKBK6113 Nation and Narration: Asia
Elektif 3 PM Dr Noraini Md Yusof/ Dr Zalina Mohd Lazim
8 SKBS6133 Occidental Perspectives on Malaysia
Elektif 3 PM Dr Noraini Md Yusof
9 Semester 3 * Pilih 1 elektif
SKBK601C Tesis Sarjana
Wajib 12 Ketua Program
10 SKBS6173 Literature in Translation *
Elektif 3 Dr Zalina Mohd Lazim
11 SKBK 6183 Literary Studies in Action *
Elektif 3 PM Dr Shanthini Pillai/ Dr Anita Harris
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
44
12 SKBS6193 Literature and Pop Culture *
Elektif 3 Dr Shahizah Ismail @ Hamdan
Program dilaksanakan dalam dua mod iaitu sepenuh masa dan separuh masa. Tempoh minimum pengajian sepenuh masa ialah tiga (3) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan tertakluk kepada peraturan sedia ada ialah enam (6) semester. Untuk pelajar yang mengikuti pengajian separuh masa, tempuh minimum pengajian sepenuh masa ialah enam (6) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan tertakluk kepada peraturan sedia ada ialah dua belas (12) semester. Untuk pelajar sepenuh masa, pelajar disarankan mengambil empat kursus pada semester pertama dan empat kursus pada semester kedua pengajian. Di semester tiga, pelajar mengambil satu kursus elektif dan mendaftar untuk penulisan thesis.
2.3.3 Beri maklumat asas setiap kursus.
Sila rujuk Lampiran 2 (Jadual 3) untuk meneliti maklumat asas setiap kursus dalam
program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris.
2.3.4 Apakah rancangan program untuk menilai program secara berkala agar sentiasa
setanding dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan lmu
disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?
Program mempunyai rancangan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan ilmu disiplin berkenaan dan prekembangan teknologi pengajaran dan pembelajaran, di samping memenuhi keperluan masyarakat. Penilaian program akan dilakukan selewat-lewatnya 5 tahun sekali atau kurang, bergantung kepada keperluan. Pada setiap semester ahli program menilai kursus yang ditawarkan serta memberi maklumbalas untuk penambahbaikan kursus. Pada setiap lima tahun, program ini dinilai oleh penilai luar. Sila rujuk Rajah 2.2.
2.4 PENGURUSAN PROGRAM
2.4.1 Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian Pelajar dan
Buku Panduan Projek Pelajar, yang mana berkenaan. Sila rujuk Buku Panduan Pelajar.
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
45
2.4.2 Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang
berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum
balas pelajar.
Program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris diuruskan oleh seorang Ketua Program. Ketua Program ialah seorang tenaga akademik yang dipilih berdasarkan kepakaran dan kebolehan melaksana dan memantau program dengan licin termasuk mengadakan sistem kaunseling akademik dan bimbingan. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Program adalah seperti berikut:
i. Mengurus dan memantau pelaksanaan program pengajian ii. Memaklumkan kepada pihak pengurusan Fakulti senarai kursus-kursus
yang ditawarkan setiap semester serta tenaga pengajar yang terlibat. iii. Memantau hal-hal akademik seperti perancangan silabus kursus setiap
semester, menyemak dan menilai kursus program pengajian, memastikan pengendalian kursus dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang kepelbagaian, mesyuarat wasit penyediaan soalan peperiksaan, perjalanan peperiksaan dan laporan keputusan peperiksaan.
iv. Mengenal pasti kursus-kursus elektif yang akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar di luar program;
v. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Program Pengajian yang dianggotai oleh tenaga akademik yang terlibat dalam pengendalian sesuatu program pengajian.
vi. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Markah Peperiksaan program tertentu.
vii. Mengurus hal-hal logistik pelaksanaan program pengajian (jadual, ruang pensyarah, peperiksaan dan pemarkahan dan sebagainya).
viii. Memantau pencapaian pelajar ke arah pengijazahan. ix. Menyimpan maklumat mengenai program bagi tujuan penilaian / audit program. x. Menilai dan memantau prestasi kakitangan akademik dalam program yang
berkait.
Buat masa ini, ketua Program Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris ialah Dr. Shahizah binti Ismail @ Hamdan, dan kelayakan akademik beliau ialah Ph.D dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Program oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tempoh tiga tahun dari 1 April 2013 – 31 Mac 2016. (Sila Rujuk Fail kakitangan untuk Surat Lantikan).
Ketua Program dibantu ahli akademik program tersebut, melalui Jawatankuasa program bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, penilai dan membuat penambahbaikan terhadap program. Proses penilaian dan penambahbaikan ini
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
46
merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan pihak-pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara. Mesyuarat formal atau perbincangan secara tidak formal diadakan dari semasa ke semasa bagi melicinkan lagi pentadbiran program. Ketua Program juga dibantu dalam perkara-perkara akademik oleh kakitangan sokongan di pejabat am Pusat Pengajian bagi melicinkan perjalanan pentadbiran di bawah penyeliaan Ketua Program dan Pengerusi Pusat Pengajian. Agihan sumber, kewangan dan saiz staf pentadbiran dan kakitangan sokongan dipantau oleh Ketua Program, Pengerusi Pusat dan Pejabat Kedekanan FSSK dan bergantung kepada bilangan pelajar bagi setiap program. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlansung dalam suasana yang selesa dan
kondusif. Untuk melihat senarai prasarana dan kemudahan yang terdapat di Pusat
Pengajian, Fakulti dan Universiti, sila rujuk Bab 6.1 Kemudahan Fizikal.
2.4.3 Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai
akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap program.
Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.
Ketua Program mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa kurikulum
dan wasit kertas peperiksaaan program dan ahlinya terdiri dari staf akademik yang
mengajar dalam program tersebut. Secara keseluruhannya, jawatankuasa-
jawatankuasa ini bertanggung jawab untuk memastikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dikekalkan. Beliau dipantau oleh Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa dan
Linguistik. Pensyarah mempunyai sumber pendidikan (educational resouces) yang
mencukupi kerana perkhidmatan sokongan dari Perpustakaan Tun Sri Lanang. Dana
untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran luar kampus boleh di minta dari Fakulti. Sila
rujuk Bab 6 Kemudahan Fizikal.
2.4.4 Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.
Jawatankuasa kesepakaran program sering mengadakan penyemakan dan penilaian program dari semasa ke semasa dalam bentuk sanggar kerja dan bengkel. Hasil penyemakan dan penilaian tersebut digunakan untuk penambahbaikan kurikulum program. 2.4.5 Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian
kesearjanaan dan kreativiti. Kesarjanaan dan kreativiti proses pembelajaran dicapai melalui beberapa aktiviti luar
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
47
kelas seperti lawatan sambil belajar ke seminar atau persidangan di luar kampus. Pelajar juga digalakkan untuk menghasilkan projek-projek yang mengaplikasikan kemahiran kreativiti serta juga yang bukan sahaja terumpu kepada teks tradisional, tetapi juga teks-teks popular seperti lagu dan filem serta juga iklan di mana mereka harus mengaplikasikan konsep-konsep yang dibelajar di dalam kelas. 2.4.6 Jelaskan inisiatif program untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran-
pembelajaran. Setiap ahli jawatankuasa kesepakaran sentiasa mengadaptasikan cara-cara inovasi dalam penyampaian kursus. Ini termasuk penggunaan i-folio dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4.7 Jelaskan bagaimana program memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses
penyemakan dan penilaian program Kepakaran luar yang dimanfaat dalam proses penyemakan dan penilaian program temasuk pihak industri, ahli akademik, dan pihak berkepentingan seperti ibubapa, alumni dan majikan melalui soalselidik, temubual dan maklumat ini digunakan untuk penambah baikan program. 2.5 HUBUNGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN LUAR 2.5.1 Jelaskan hubungan yang wujud di antara progarm dan pihak berkepentingan luar
untuk tujuan menambah baik kurikulum.
Fakulti menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan luar melalui Jawatan Kuasa Penasihat Fakulti yang terdiri dari individu dari industri yang berkaitan dengan disiplin/bidang yang ada di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Ahli jawatan kuasa ini memainkan peranan yang penting dengan memberi maklumbalas tentang struktur dan isi kandung program yang dikendalikan di Fakulti. Pada masa ini, senarai ahli jawatankuasa adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Penasihat Fakulti
Prof Emeritus Dr Sham Sani (Penasihat – Profesor/Profesor Emeritus) Prof Dr Muhammad A Quayum (UIAM) Y.Bhg Dato Leela Mohd Ali (Yayasan Budi Penyayang) Prof Dato’ Dr Wan Rafaei Abdul Rahman (UIAM) Dato’ Dr Hj Ismail Alias (Pengarah JPA) Y.Bhg Dato’ Dr Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan) Y.Bhg Dato’ A Aziz Deraman (FELCRA) Haji Affendi Tuan Fuad Stephen (ASTRO) Y.Bhg Datuk Azman Ujang (BERNAMA)
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM
48
Y.Bhg Dato’ Ahmad Pardas (UEM Group Bhd) Prof Dr Johan Saravanamuttu (ISEAS)
Untuk program ini, Prof Dr Muhammad A Quayum (UIAM) dari perspektif akademik dan Y.Bhg Dato Leela Mohd Ali (Yayasan Budi Penyayang) dari sektor industri telah dikenal pasti boleh membantu menilai program. Setakat ini, Dato Leela Ali telah datang ke FSSK untuk memberi beberapa ceramah tentang kepentingan kemahiran generik dalam dunia pekerjaan. Jawatankuasa Penasihat Pusat mempunyai kuasa mendapatkan dokumen sokongan daripada program seperti data temubual, maklumat daripada ahli Fakulti dan keputusan kaji selidik terhadap keefektifan setiap kursus dalam program untuk membantu pembaikan kurikulum. Data atau pun maklumat lain juga diperolehi dari maklum balas pihak berkepentingan seperti ibubapa, alumni, pelajar, industri, fakulti dan pusat pengajian.
2.5.2 Nyatakan mekanisma yang sedia ada bagi memperoleh dan memanfaatkan maklum balas dari pihak majikan untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.
Maklumbalas yang diterima daripada panel penasihat dan bakal majikan digunakan
untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan kepada persekitaran kerja.
2.5.3 Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan
pihak berkepentingan luar?
Pelajar program yang ditaja majikan memang ada hubungan dengan industri yang menjadi salah satu pihak berkepentingan luar. Pelajar juga berhubung dengan pihak luar memalui persidangan, seminar dan bengkel.
.