bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

14
BAB 5 Hak asasi manusia adalah salah satu perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Antara nilai-nilai yang berkaitan dengan hak asasi manusia ialah melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang berupaya dan melindungi hak pengguna. Semua hak asasi ini perlu dijaga dan dihormati. Ia adalah penting bagi menghindarkan masyarakat daripada bertindak melampaui batas tatasusila. Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Transcript of bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

Page 1: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

BAB 5

Hak asasi manusia adalah salah satu perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Antara nilai-nilai yang berkaitan dengan hak asasi manusia ialah melindungi hak kanak-kanak,

menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang berupaya dan

melindungi hak pengguna.Semua hak asasi ini perlu dijaga dan dihormati. Ia adalah penting bagi menghindarkan masyarakat daripada bertindak melampaui batas tatasusila.

Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Page 2: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak

Definisi

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi

menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Ciri-ciri

1. Semua kanak-kanak di dunia ini mempunyai hak yang sama tidak

mengira agama, bangsa, jantina dan warna kulit.

2. Orang dewasa pula bertanggungjawab untuk melindungi hak

kanak-kanak. Sesungguhnya masa depan kanak-kanak bergantung

kepada orang dewasa untuk mencorakkan kehidupannya.

3. Masyarakat tidak boleh bertindak melampaui batas terhadap

kanak-kanak.

4. Kita juga perlu memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak.

5. Sikap melindungi kanak-kanak perlu ada dalam diri individu.

Page 3: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

5.2 Menghormati Hak Wanita

Definisi

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh

memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat

dan negara.

Ciri-ciri

1. Menghormati kaum wanita.

2. Memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada kaum

wanita.

3. Memberikan galakan kepada golongan wanita agar melibatkan

diri dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, sukan,

teknologi dan lain-lain.

4. Mengiktiraf golongan wanita di atas sumbangan yang mereka

berikan.

Page 4: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

5.3 Melindungi Hak PekerjaDefinisi

Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan

sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Ciri-ciri

1. Menghormati hak-hak pekerja seperti hak mendapat cuti sakit,

perlindungan KWSP, caruman PERKESO dan lain-lain.

2. Pihak majikan tidak boleh bertindak melampaui batas ke atas

pekerja.

3. Memastikan suasana di tempat kerja adalah selesa agar pekerja

dapat bekerja dengan baik.

4. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja.

5. Memastikan semua pekerja mendapat hak yang sama rata tanpa

mengira pangkat dan jantina.

Page 5: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang BerupayaDefinisi

Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya

supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan

ciptaan Tuhan.

Ciri-ciri

1. Menghormati golongan kuran gupaya kerana mereka juga adlaah

sebahagian daripada masyarakat.

2. Tidak menyisihkan golongan kurang upaya.

3. Memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan kurang

upaya.

4. Memberikan layanan yang istimewa dan mengiktiraf mereka

sebagai insan ciptaan Tuhan.

5. Kita perlu memupuk di dalam jiwa kita bahawa tiada seorang pun

dilahirkan dengan penuh kesempurnaan.

Page 6: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

5.5 Melindungi Hak PenggunaDefinisi

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang

berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti

dan tidak mudah dieksploitasi.

Ciri-ciri

1. Sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak untuk mendapatkan

keperluan asas.

2. Pengguna berhak untuk mempertahankan hak-hak mereka.

3. Pengguna berhak mendapat perlindungan undang-undang agar

tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

4. Kita juga perlu mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu

pengetahuan mengenai kepenggunaan bagi mempertahankan hak

sebagai pengguna.

5. Pihak pengeluar dan peniaga mesti memberikan maklumat yang

tepat dan benar kepada pengguna.

Page 7: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.6 ToleransiDefinisi

Kesanggupan bertolah ansur, sabar dan mengawal diri bagi

mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham

demi kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri

1. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri

2. Sentiasa mengutamakan perasaan orang lain

3. Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara

4. Menghormati dan saling memahami dalam berkomunikasi

5. Bersedia menerima kekurangan dan kelebihan setiap manusia

Page 8: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.7 BerdikariDefinisi

Kebolehan dan kesanggupan malakukan sesuatu perkara tanpa

bergantung kepada orang lain

Ciri-ciri

1. Melakukan sesuatu tugasan tanpa meminta bantuan orang lain

2. Tidak bergantung kepada orang lain semata-mata dan yakin

degnan kebolehan diri

3. Mempunyai pendirian tetap

4. Dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk

5. Berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa

berputus asa

Page 9: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.8 KerajinanDefinisi

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,

kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu

perkara

Ciri-ciri

1. Bersifat cekal iaitu tabah hati dalam menghadapi pelbagai

rintangan dan halangan

2. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai cita-cita

3. Sanggup memikul tanggungjawab dengan sempurna

4. Tidak putus asa atau lemah semangat apabila mengalami

kegagalan

5. Bersabar, tabah dan bertanggungjawab

Page 10: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.9 Kasih SayangDefinisi

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang

lahir dari hati yang ikhlas

Ciri-ciri

1. Menjaga keselamatan dan kesihatan tubuh badan

2. Membenci penganiayaan dan penyeksaan

3. Tidak menganiayai semua makhluk yang bernyawa

4. Sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain

5. Mempunyai sikap perikemanusiaan dan prihatin yang mendalam

Page 11: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.10 KeadilanDefinisi

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Ciri-ciri

1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum

membuat sebarang tindakan

2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang

kukuh

3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang

dilakukan

4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas

untuk kebaikan

Page 12: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.11 RasionalDefinisi

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan

mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Ciri-ciri

1. Boleh memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan yang

akan dibuat

2. Mampu membuat analisis terhadap sesuatu tugas yang dihadapi

3. Tenang dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah

4. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan

5. Tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan

buruk

6. Dapat menerima sebarang kritikan dan teguran dengan fikiran

yang terbuka

Page 13: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

1.12 KesederhanaanDefinisi

Bersikap tidak

Ciri-ciri

1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum

membuat sebarang tindakan

2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang

kukuh

3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang

dilakukan

4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas

untuk kebaikan

Page 14: bidang 5_nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

SMK Perempuan LikasSabah