Bidang bencana alam

12
BIDANG BENCANA ALAM KESELAMATAN SEMASA BENCANA ALAM Pendahuluan Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai dan mengalami iklim monson tropika. Perubahan- perubahan iklim akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir, kebakaran, jerebu, rebut taufan dan sebagainya. Kesan daripada perubahan cuaca tersebut akan menyebabkan berlakunya wabak penyakit. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi menghadapi apa jua keadaan ketika berlaku bencana tersebut. Objektif Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghindari kemalangan di kalangan warga sekolah. Menyediakan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat. Mengadakan latihan menghadapi bencana alam. Menjadikan warga sekolah yang prihatin dan sentiasa bersedia menghadapi kecemasan. 46

Transcript of Bidang bencana alam

Page 1: Bidang bencana alam

BIDANG BENCANA ALAM

KESELAMATAN SEMASA BENCANA ALAM

Pendahuluan

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi

yang pelbagai dan mengalami iklim monson tropika. Perubahan-perubahan iklim

akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir, kebakaran, jerebu,

rebut taufan dan sebagainya. Kesan daripada perubahan cuaca tersebut akan

menyebabkan berlakunya wabak penyakit.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi menghadapi apa jua keadaan

ketika berlaku bencana tersebut.

Objektif

Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghindari kemalangan

di kalangan warga sekolah.

Menyediakan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat.

Mengadakan latihan menghadapi bencana alam.

Menjadikan warga sekolah yang prihatin dan sentiasa bersedia

menghadapi kecemasan.

46

Page 2: Bidang bencana alam

Mewujudkan permuafakat dan perasaan tanggungjawab di kalangan

warga sekolah dan komuniti ketika menghadapi bencana alam.

Senarai bencana alam yang akan dibincangkan

Banjir

Kebakaran

Perubahan cuaca

Wabak Penyakit

Peranan Kaunselor

Menubuhkan jawatankuasa kecemasan.

Menyediakan peraturan menghadapi bencana alam dengan selamat.

Mengadakan latihan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Memberi arahan kepada murid dari masa ke semasa.

Bertindak mengawal keadaan supaya tidak panic dan kelam-kabut.

Guru kelas menyemak jadual kedatangan murid dan memastikan semua

murid berada di tempat yang selamat. Sila cari murid yang tiada.

Menyediakan jaket keselamatan.

Meminta bantuan daripada pihak tertentu jika perlu seperti tentera dan

polis.

Memastikan pihak St. John Ambulans atau Persatuan Bulan Sabit Merah

sentiasa bersedia memberi pertolongan cemas jika berlaku kemalangan

atau kecederaan.

47

Page 3: Bidang bencana alam

Melaporkan bencana yang dihadapi kepada PPD/JPN atau Ketua

Komuniti/PIBG.

Memastikan semua suis elektrik dipadamkan.

Peranan Murid

Jangan panik.

Patuhi peraturan dan arahan yang diberikan.

Menutup semua suis elektrik.

Berpindah ke tempat tinggi yang lebih selamat.

Membantu kawan-kawan yang perlukan bantuan.

Laporkan sebarang insiden dengan segera kepada guru atau Kaunselor

Sekolah.

Peranan Ibu bapa

Sentiasa mengikuti perkembangan semasa laporan kaji cuaca dan

amaran banjir.

Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini.

Memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak sekolah semasa banjir.

48

Page 4: Bidang bencana alam

1.0 BANJIR

Definisi

Banjir merupakan satu keadaan dimana sesuatu kawasan ditengelami air

atau lumpur. Banjir boleh dikategorikan sebagai :

Banjir Kilat berlaku akibat hujan lebat berterusan dan system

perparitan yang tidak berkesan di sesuatu kawasan.

Banjir Lumpur ialah aliran air deras bercampur Lumpur dari tanah

tinggi ke kawasan lembah.

1.1 Banjir Kilat

Jangan panik.

Tutup atau matikan semua suis.

Guru hendaklah membawa murid-murid ke tempat selamat.

Ketua kelas / Guru kelas memastikan bilangan murid

mencukupi.

Murid yang tiada hendaklah dicari.

Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.

Ikut arahan guru.

Lapor diri kepada ketua darjah/guru kelas sewaktu di tempat

perpindahan.

Guru dikehendaki menghubungi pihak penjaga.

49

Page 5: Bidang bencana alam

Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan

penyelamat serta unit pertolongan cemas.

Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya banjir

membahayakan pada hari berikutnya.

Jika keadaan banjir sangat membahayakan. Semua murid

hendaklah berada di tempat yang selamat di sekolah

sehingga mendapat bantuan daripada pihak tertentu seperti

polis/tentera/pasukan penyelamat ataupun sehingga banjir

surut.

50

No. Tel. Bomba Dan Penyelamat : 994

No. Tel. Unit Pertolongan Cemas : 999

Page 6: Bidang bencana alam

1.2 Banjir Lumpur

(Sekolah ditepi sungai/di lereng bukit/di atas bukit)

Sekiranya hujan lebat berterusan, murid hendaklah

berpindah ke tempat yang selamat.

Bawa bersama barangan peribadi yang penting.

Tutup/matikan semua suis.

Susun buku-buku dan alatan di tempat yang selamat

sebelum meninggalkan kelas.

Ketua kelas/guru kelas hendaklah memastikan bilangan

murid mencukupi.

Murid yang tiada hendaklah dilaporkan dan dicari.

Laporkan diri kepada ketua darjah/guru kelas sewaktu di

tempat perpindahan

51

Page 7: Bidang bencana alam

2.0 KEBAKARAN

Kebakaran yang berlaku disebabkan oleh litar pintas, pembakaran terbuka dan

kecuaian pengguna.

Jangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada kelihatan tanda-

tanda kebakaran.

Tutup suis utama.

Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.

Murid-murid diminta segera meninggalkan kelas apabila mendengar

loceng kecemasan.

Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada kesempatan.

Ikut laluan kecemasan yang diberikan/disediakan.

Ketua kelas memastikan bilangan murid menyamai jumlah kehadiran pada hari

tersebut.

Laporkan kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas tidak mencukupi.

Pihak pentadbiran sekolah dikehendaki menghubungi pihak bomba.

Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap.

Murid jangan lari ke bilik air.

Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dengan

mengarahkan murid bergolek di atas lantai. Siram / jiruskan air.

Guru boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil

atau sementara menunggu kedatangan pihak bomba.

52

Page 8: Bidang bencana alam

Hantar ke hospital dengan kadar segera sekiranya ada murid yang

mengalami kecederaan.

Pihak sekolah perlu menghubungi penjaga murid yang terlibat.

Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius.

Buat tuntutan insurans kebakaran takaful dengan menyediakan :

- Slip hospital

- Laporan polis

- Borang Takaful yang lengkap

3.0 PERUBAHAN CUACA

Perubahan cuaca berlaku daripada panas kepada hujan dan sebaliknya.

3.1 Kemarau / Panas Berpanjangan.

Keadaan panas yang berpanjangan akibat hujan tidak turun dalam jangka

masa panjang, suhu meningkat, bumi kering, udara berdebu, tumbuh-

tumbuhan kering dan mudah berlaku kebakaran.

Elakkan aktiviti luar.

Perlu banyak minum air.

Sekiranya ada tanda-tanda ganguan kesihatan, dapatkan pemeriksaan

doktor dengan segera.

53

Page 9: Bidang bencana alam

3.2 JEREBU

Jerebu merupakan satu keadaan di mana ruang udara diselubungi

dengan debu akibat dari pembakaran terbuka, asap dari kenderaan,

kilang dan sebagainya.

Elakkan daripada aktiviti pembakaran terbuka.

Gunakan corong pernafasan.

Elakkan daripada terdedah kepada udara luar.

Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, dapatkan

pemeriksaan doktor

dengan segera.

Sentiasa memasang lampu apabila menunggu basikal atau

motosikal.

Jangan pakai pakaian berwarna gelap.

3.3 HUJAN

Jangan bermain hujan.

Jangan berpayung ketika menunggang basikal atau motosikal.

Sentiasa bersedia membawa peralatan seperti baju hujan, payung dan

lain-lain.

Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.

Jika pakai payung, pegang payung dengan betul supaya tidak

menghalang pandangan hadapan dan gunakan payung yang berwarna

terang.

54

Page 10: Bidang bencana alam

3.4 RIBUT, PUTING BELIUNG DAN ANGIN KENCANG

Ribut/taufan ialah tiupan angin kencang yang boleh mengakibatkan

kemusnahan bangunan, harta benda, tumbuh-tumbuhan dan mengancam

nyawa. Keadaan ini lazimnya berlaku secara serta-merta dan dalam

tempoh sekelip mata.

Jangan panik.

Murid hendaklah berada di dalam kelas atau ditempat selamat.

Tutup tingkap dan pintu.

Jangan hiraukan loceng sekolah.

Patuhi arahan pihak sekolah.

Jauhkan diri dari tempat yang memungkinkan kemalangan.

Utamakan keselamatan diri.

Sekiranya perlu berpindah, sila bawa barangan penting sahaja.

Jauhkan diri dari bahan api dan bahan-bahan logam.

Jauhi diri daripada cermin-cermin dan tingkap bercermin.

Murid-murid dilarang bermain di padang atau ditempat-tempat yang

lapang.

Sekiranya berada diluar bangunan, jangan berlindung di bawah pokok

besar, bangsal terbuka dan kawasan-kawasan tinggi.

Guru Besar hendaklah mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu

sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan.

55

Page 11: Bidang bencana alam

4.0 BIDANG WABAK PENYAKIT

Wabak penyakit berlaku akibat daripada jangkitan kuman dan keracunan

makanan akibat dari kurang penjagaan kebersihan, persekitaran dan kebersihan

diri.

4.1 PENYAKIT BERJANGKIT

Penjaga wajib memaklumkan taraf kesihatan murid kepada pihak

sekolah.

Dapatkan surat kebenaran mendapatkan rawatan daripada

pentadbiran sekolah.

Dapatkan rawatan daripada doktor.

Dapatkan surat cuti sakit dan menyerahkan kepada pihak sekolah.

Murid dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri, pakaian

dan tempat tinggal.

Prihatin terhadap poster-poster dan informasi-informasi kesihatan.

Pihak sekolah dicadangkan mengadakan ceramah kesedaran

kesihatan.

4.2 KERACUNAN MAKANAN

Laporkan segera kepada guru kelas atau guru bertugas.

Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor.

Minum seberapa banyak air masak.

Dapatkan surat kebenaran rawatan daripada sekolah.

56

Page 12: Bidang bencana alam

Segera ke hospital atau pusat kesihatan.

Buat aduan ke pejabat kesihatan.

Maklumkan kepada penjaga.

Murid dinasihatkan supaya berehat di rumah / di hospital sehingga

pulih seperti biasa.

Kantin hendaklah ditutup atas arahan Guru Besar.

57