Bidang Tugas Guru

19

Click here to load reader

Transcript of Bidang Tugas Guru

Page 1: Bidang Tugas Guru

GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 

  Senarai tugas 

Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. 

Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.  Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .  Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah

dan PPD.  Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan

untuk keperluan AJK jadual waktu.  Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.  Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk

Pusat Sumber Sekolah.  Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.  Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas

jawapan.  Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik

cetak.  Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan

menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. 

Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.  Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan

oleh pihak sekolah.  Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM.  Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.  Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman

kepada ahlinya apabila diperlukan.  Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran

PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.  Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik .  Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan

untuk dipamerkan di bilik gerakan.  Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.  Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.  Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi

peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM.  Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar

diselenggarakan dengan baik. 

Page 2: Bidang Tugas Guru

SENARAI TUGAS

Peringkat : Sekolah Menengah/RendahJawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA29Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi

waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi)

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian di KPM, JPN, PPG/D dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan:

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan berkaitan dengan:

• Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;• Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;• Staf bukan guru;• Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;• Pendaftaran PTK;• Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks, e-GTukar, Pelabelan, dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer yang digunakan untuk pengurusan data EMIS; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

Page 3: Bidang Tugas Guru

4. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).

5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Page 4: Bidang Tugas Guru

SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN  

Pengurusan dan Organisasi kelas 

Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang  sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan  langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

             (a)                 Jadual waktu              (b)                 Jadual Tugas              (c)                 Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam                                    diiventorikan              (d)                 Moto Kelas.              (e)                 Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.  

 Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus 

yang berkenaan. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.

             Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:

             (a)                 Keceriaan kelas.

             (b)                 Kebajikan pelajar.    

Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar. 

 

Page 5: Bidang Tugas Guru

o Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.

o Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.o Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.o Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan

seperti yang diarahkan. 

             (a)                 Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.              (b)                 Menjamin keselamatan buku tersebut.  

 Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan 

  o Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan

fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.o Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas

ujian.peperiksaan. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin. 

  o Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap

akademiko Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah (

jika perlu)o Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.o  Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan

pelajar.o Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi

masalah  kesihatano Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin

sekolah.o Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut

             (a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah”    yang                    dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin.

             (b)  Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.  

Buku teks, biasiswa dan bantuan 

  o  Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan

memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.o Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

Page 6: Bidang Tugas Guru

o Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT

o Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

o Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

Kutipan Yuran dan Derma 

  o Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar

kesemua yuran sekaligus.o Mengutip derma PIBGo Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.o Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.o Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku

kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.o Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

 Pendaftaran Pelajar Baru 

  o Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan

mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.

o Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.

o Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.

o Menentukan rumah sukan.o Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar 

  o Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.o Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.o Menentukan buku teks telah dipulangkan.o  Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain. 

  o Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan

senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

o Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

TUGAS-TUGAS GURU KELAS

Page 7: Bidang Tugas Guru

A.    Buku Pendaftaran PelajarMerekod semua butir-butir pelajar baru ke dalam Buku Pendaftaran Pelajar – No Bilangan dalam sekolah, nama penuh, tarikh masuk darjah, darjah, tarikh lahir, No. Sijil Beranak, bangsa, agama, sekolah dahulu, nama ibu bapa/ penjaga, pekerjaan, alamat ibu bapa/ penjaga, tarikh berhenti, no surat berhenti dan hal-hal lain.

      B    Buku Kedatangan    1.    Merekodkan semua butir-butir murid dalam buku kedatangan terutamabahagian bayaran tambahan, No. Pendaftaran masuk sekolah dan butir peribadi dan penjaga murid , tarikh lahir, No. Sijil Beranak, bangsa, agama,dan rumah sukan.

2.    Menandakan kedatangan harian murid-murid (pastikan guru sendiri yang mengisinya bukan tugas ketua darjah). Hantar buku kedatangan ke pejabatselewat-lewatnya masa pertama setiap hari.

3.    Menutup buku kedatangan murid-murid pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkan kepada guru yang bertanggungjawab.

4.    Mencatatkan pertukaran masuk / keluar murid dalam buku kedatangan dan Buku pendaftaran sekolah. Catatkan tarikh pertukaran. 5.    Menghubungi ibu bapa / penjaga murid jika ada murid yang tidak hadir lebihdari 3 hari. Rujuk  pada “Siaran kepada guru-guru tentang ketidakhadiran pelajar”

6.    Meminta  murid membawa surat ibu bapa / penjaga/ doktor sekiranya tidakhadir lebih 3 hari.

7.    Mengutip bayaran tambahan sekolah mengikut masa yang telah ditetapkan dan serahkan wang kutipan ke pejabat dengan kadar segera dan serahkan resitpenerimaan kepada murid.

8.    Rekodkan penerimaan bayaran tambahan ke dalam buku kedatangan kelasmengikut resit resmi.

9.    Semasa menyerahkan wang kepada pembantu tadbir, pastikan guru-gurumendapat resit resmi dan klipkan resit tersebut pada buku kedatanganuntuk rujukan audit.

10.    Sila beri tahu  pembantu tadbir jika ada murid yang tidak dapat menjelaskanbayaran tambahan pada tarikh yang ditetapkan.

11.    Lain-lain Peringatana.    Tulis butir-butir dalam buku kedatangan menggunakan  ball pen berdakwat hitam.

Page 8: Bidang Tugas Guru

b.    Tulis butir-butir tersebut dengan huruf besar .c.    Tulis nama murid lelaki di bahagian atas dan nama murid perempuan di bahagian bawah . Tulis  ke tengah sedikit lebih kurang 4 hun.d.    Tulis nama murid dengan penuh dalam setiap ruang.(nama bapanya sekali) dan mengikut abjad.e.    Tulis dengan cantik dan kemas.

C. PENGURUSAN BILIK DARJAH

1.    Bertanggung jawab sebagai pengurus kelas.2.    Bertanggung jawab merekod kedatangan harian di buku kedatangan kelas.3.    Bertanggung jawab melihat disiplin, kehadiran dan kebajikan murid-murid.4.    Bertanggung jawab  melantik ketua kelas dan penolongnya.5.    Menyediakan Jadual Wakru kelas dan Jadual Tugas Harian pelajar.6.    Memastikan setiap pelajar memiliki Buku Rekod Kesihatan. Buku Adab dan Kad 001.7.    Mengemaskini buku adab dan ujian bulanan dan menyerahkan kepada GB tepat pada masanya.8.    Memenuhkan ruang paparan/ sudut mata pelajaran.9.    Merekod inventori kelas.10.    Memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria.11.    Memastikan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik.12.    Menguruskan pemberian buku teks.13.    Bertanggung jawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan keselesaan bilik darjah.

Tugas Guru Bertugas Mingguan

Page 9: Bidang Tugas Guru

1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, Perkara-perkara yang dicatat ialah:a) kedatangan murid, guru dan staf sokonganb) murid ponteng, tidak hadir atau sakitc) lawatan / pelawatd) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunane) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.14. Perhimpunan14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

ARAHAN AM Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat

dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut

Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata.

Page 10: Bidang Tugas Guru

Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang

Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together Everyone Achieve More)

KEDATANGAN Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu

persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.

Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula.

Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 

Waktu persekolahan

 Hari Masa

Isnin 7.30 pagi -2.30 petang Selasa 7.30 pagi – 2.30 petangRabu 7.30 pagi -2.30 petang Khamis 7.30 pagi – 2.30 petangJumaat 7.30 pagi – 12.30 tgh

Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan

Rujukan Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/81 bertarikh 12 September 1981  

     

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu

persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Pengetua/Penolong Kanan

Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di  pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan selepas balik.

Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah 

Pengetua tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

 PAKAIAN Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat. 

Page 11: Bidang Tugas Guru

Berpakaian Kemas diluar waktu persekolahan Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan. Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti

seumpamanya. Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan

yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.

Rujukan Surat perkeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember 1969 ( Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan) Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah) Perkeliling perkhidmatan bil 2 tahun 1985 Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan  pakaian guru ketika bertugas disekolah) BILIK GURU/BENGKEL

Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel. 

Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah. Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas.

Masa ini hendaklah  dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/ bengkel perlulah memastikan lampu,  kipas  dan alat penghawa dingin dimatikan. 

Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

TUGAS Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas

khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri

mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu  terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Pengetua.

Rujukan  

Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah

BUKU REKOD MENGAJAR Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod  mengajar kerana ianya

merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap. Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu

berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh pengetua/penolong kanan. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong

Kanan / Guru Kanan.  Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun

persekolahan. Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.

Page 12: Bidang Tugas Guru

PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah.  Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Rabu

bermula  7.30 pagi Guru yang bertugas mingguan dan warden asrama yang bertugas diwajibkan berada di

perhimpunan harian jam 7.10 pagi setiap hari pada waktu persekolahan. Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan.  Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas

mingguan dan perhimpunan. Pakaian guru semasa perhimpunan : - 

a. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.  b. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar / sandal.   

ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH

Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah

mendapatkan kebenaran daripada pengetua.

MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong

Kanan/Guru Kanan/ Ketua Panitia tertentu pada bila – bila masa. Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah

mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia.

Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan tertentu pada bila – bila masa.

Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan

CUTI SAKIT Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut

hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun. Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima

cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan. Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Pengetua sekiranya mendapat

cuti sakit.

Rujukan Perintah Am Bab C Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan

Cuti Sakit

PERHUBUNGAN SESAMA GURU  Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat

sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan dapat  mewujudkan perasaan kekitaan. 

Page 13: Bidang Tugas Guru

Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /  kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain. 

Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini. 

RujukanSurat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April 2003JADUAL WAKTU 

Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk  dipamerkan dalam kelas sendiri. 

Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa  kebenaran  Pengetua. 

Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh S/U Guru Ganti dan ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan.

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR  Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada

setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras    Tingkatan bertanggungjawab menandanya. 

Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid.  Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa /

penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan   bertulis. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelaras

tingkatan.  Guru tidak dibenarkan membawa keluar  Buku Kedatangan Pelajar dari pejabat HEM

tanpa kebenaran Pengetua. Guru atau penyelaras tingkatan sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual

kedatangan pelajar.

 KUNCI Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.  Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran

bertulis dari Pengetua. Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat

pentadbiran sekolah.

TELEFON Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah

direkodkan.

ARAHAN DAN PEKELILING  Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan

teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas. 

Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

TANDA NAMA  Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari

persekolahan dan  majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.

 BUKU STOK / INVENTORI 

Page 14: Bidang Tugas Guru

Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok /   inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan  sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa  ke masa  oleh Pengetua /  Penolong Kanan.MEMBELI BARANG

Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran pengetua dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada pembekal. 

Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada Penolong Kanan/ Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 

Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.  Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima dan

direkodkan dalam buku stok dengan kemas.  Pengetua tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.

KEGIATAN KOKURIKULUM  Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan

tugas dengan cekap dan berkesan. Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan  Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.

PELAWATSemua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau  penjual-penjual kecuali  dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.KEBERSIHAN

Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan.  Alatan    membersihkan  kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat yang selamat. 

Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas  (bengkel,   bilik kaunseling, makmal dan lain-lain)  bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH  Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga  keselamatan

harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau  tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 

Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal,  bengkel dan lain-lain 

Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan direkodkan. 

Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau   waktu cuti hendaklah bersama guru.