BIDANG TUGAS GURU PK.doc

25
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS Pentadbiran Umum 1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah, 2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah, 3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun, 4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru- guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas, 5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas, 6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini: Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah, Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas, Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas, Fail Mata Pelajaran, Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,

Transcript of BIDANG TUGAS GURU PK.doc

BIDANG TUGAS

DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pentadbiran Umum

1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,

2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat

sekolah,

3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru

pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas

pendidikan khas sepanjang tahun,

4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang

pengurusan kelas pendidikan khas,

5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat penyelaras bersama dengan

Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang kepada pihak

pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,

6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan

sentiasa dikemaskini:

Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,

Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,

Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,

Fail Mata Pelajaran,

Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,

Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,

Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI),

Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

Fail Program Inklusif,

Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

Fail Stok (Alatan dan Perabot),

Buku Stok

Laporan Mingguan Guru Bertugas

7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan

khas,

8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid

khas,

9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru pendidikan khas,

10.Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),

11.Memastikan aktiviti Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas dilaksanakan,

12.Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan pagi

pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid

pendidikan khas),

13.Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan

nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah

dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,

14.Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung

persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,

15.Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab

memastikan boring permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah

Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan

Pelajaran Pulau Pinang mengikut tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Hal Ehwal Guru

1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum menghadiri khusus

pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

Pulau Pinang supaya mereka dapat dihantar berkursus,

2. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun

mengajar kanak-kanak cacat,

3. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak

disalahgunakan oleh pihak sekolah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid

1. Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku

Daftar Kemasukan Murid,

2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya

dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya

dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan

seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,

3. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang atau melalui Pejabat

Pelajaran Daerah,

4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat,

5. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid

pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh

tutup,

6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas

diuruskan dengan cekap,

7. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau

yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks,

8. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau

ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya,

9. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil

Berhenti Sekolah.

Pengurusan Data

1. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan

dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerahmasing-masing sebelum atau pada 10

haribulan setiap bulan,

2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail

Laporan Status Program Pendidikan Khas.

Pengurusan Stok

1. Memastikan barangan yang dihantar e kelas pendidikan khas oleh Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,

2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dalam tempoh 7 hari dari

tarikh penerimaan,

3. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh

mana-mana pihak,

4. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh guru stok.

Pengurusan Kewangan

1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada

awal setiap tahun,

2. Memastikan tuntutan penyelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas

dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut

syarat pekeliling kewangan semasa),

3. Membuat Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak

pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,

4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari semasa ke semasa

dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,

5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas

yang disediakan oleh bendahari kelas.

Pengurusan Kelas

1. Menyediakan satu peruntukan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan

persetujuan daripada phak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu

bapa atau penjaga,

2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan

pembelajaran,

3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan

khas mencukupi.

Pengurusan Jadual Waktu

1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan

jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.

2. Meyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat

Pelajaran Daerah.

PENOLONG PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab penyelaras kelas pendidikan

khas sekiranya beliau tidak berada di sekolah.

SETIAUSAHA KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. Berbincang dengan penyelaras kelas pendidikan khas untuk menetapkan tarikh

mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa

Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga,

2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama

dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh

mesyuarat,

3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam

fail-fail berkenaan,

4. Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail

Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,

5. Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,

6. Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada

akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

BENDAHARI KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,

2. Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran

wang dari tabung kelas pendidikan khas,

3. Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,

4. Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam

setiap mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa

Panitia Pendidikan Khas.

GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan Dokumen

1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini di

dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam

kelas pendidikan khas,

3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa

dikemaskini,

4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua murid lengkap,

5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,

surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.

Pengurusan Hal Ehwal Murid

1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,

2. Memastikan bilangn murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum

dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),

3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin

murid-murid pendidikan khas di kelasnya,

4. Mengurus pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas pendidikan khas tentang murid akan

melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau sekolah vokasional,

6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang

akan menduduki peperiksaan awam,

7. Menghubungi ibu bapa /penjaga murid-murid pendidikan khas berkenaan jika

berlaku sebarang kesulitan,

8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.

Pengurusan Data

1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada penyelaras kelas

pendidikan khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas

pada setiap bulan adalah tepat.

Pengurusan Kewangan

1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas

1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat carta organisasi kelas dan

mempamerkan carta tersebut,

4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balk.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

1. Memastikan relod-rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya

dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,

2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan

yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada

penyelaras kelas pendidikan khas untuk tindakan lanjut.

GURU MATA PELAJARAN

1. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran sekolah,

2. Menyimpan maklumat sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku

panduan, buku kerja dan senarai bahan bantu mengajar (bbm) yang

digunapakai,

3. Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,

4. Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,

5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk bank soalan,

6. Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian

dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas,

7. Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia

Pendidikan Khas,

9. Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang

diajar,

10.Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan

membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas

supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.

GURU STOK KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti

pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat yang menguruskan

akaun kelas pendidikan khas,

2. Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam buku stok berdasarkan

maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan

barangan tersebut,

3. Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli

atau diterima,bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan

Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, lengkapkan Sijil Akuan Penerimaan

(SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada penyelaras

kelas pendidikan khas untuk dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan

Pelajaran Pulau Pinang,

4. Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan

hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (alatan dan perabot),

5. Mengemaskini fail stok (alatan dan perabot),

6. Memeriksa stok barangan dan mengemaskini buku stok pada pertengahan dan

akhir tahun,

7. Menyerahkan fail stok (alatan dan perabot) dan juga buku stok kepada

penyelaras kelas pendidikan khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada

pejabat.

PENGURUSAN FAIL-FAIL PENDIDIKAN KHAS

Fail Am Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras kelas pendidikan khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya

mewujudkan satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk

menyimpan segala surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.

Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk

memudahkan rujukan.

Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

Penyelaras kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa

Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut:

Minit mesyuarat,

Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,

Kertas Kerja Aktiviti/Projek Kelas Pendidikan Khas,

Surat menyurat setiap aktiviti/Projek Kelas Pendidikan Khas,

Laporan aktiviti/ Projek Kelas Pendidikan Khas,

Jadual pencerapan.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik pengetua/Guru Besar dan di kelas pendidikan khas

supaya mudah dirujuk oleh penyelaras kelas pendidikan khas, guru-guru pendidikan

khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada bila-bila masa.

FAIL MAKLUMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS

Penyelaras kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat

Kelas Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut:

Pekeliling-pekeliling pendidikan khas,

Borang biodata guru,

Borang biodata murid,

Statistik murid pendidikan khas,

Jadual waktu induk kelas dan jadual waktu peribadi guru,

Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Penyelaras kelas pendidikan khas juga bertanggungjawab mengemaskini fail maklumat

kelas pendidikan khas ini dari semasa ke semasa.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik pengetua/Guru Besar dan di kelas pendidikan khas

supaya mudah dirujuk oleh penyelaras kelas pendidikan khas, guru-guru pendidikan

khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada bila-bila masa.

Fail Mata Pelajaran

Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Maklumat

Mata Pelajaran masing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut:

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,

Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,

Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,

Jadual peperiksaan/penilaian,

Soalan-soalan peperiksaan/penilaian

Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan/penilaian,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail

Peribadi Murid bagi setiap nak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen

berikut:

Surat penempatan murid ke program pendidikan khas dari Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,

Salinan Lampiran A,

Salinan Borang Pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak keperluan

khas (0-18 tahun),

Salinan borang pertukaran sekolah - (jika ada),

Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan,

3 keping gambar murid berukuran pasport,

Salinan permohonan kad orang kurang upaya,

Salinan kad orang kurang upaya,

Kad atau buku kesihatan murid,

Salinan sijil penyertaan dan sijil penghargaan yang diterima oleh murid,

Rekod prestasi murid,

Lain-lain dokumen berkaitan dengan murid.

Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Rancangan

Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang

diajarnya.

Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras kelas pendidikan khas bersama dengan guru kokurikulum kelas pendidikan

khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas

Pendidikan Khas. Kandungan fail kokurikulum adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,

Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,

Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap

sesi,

Kertas kerja program/aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,

Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas

pendidikan khas,

Laporan program/aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Fail Program Inklusif

Penyelaras kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru dalam jawatankuasa

Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program

Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti:

Jawatankuasa Program Inklusif,

Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,

Jadual waktu guru dan murid yang terlibat,

Biodata murid yang diinklusifkan,

Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,

Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,

Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,

Rekod prestasi murid,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Fail Stok (Alatan dan Perabot)

Penyelaras pendidikan khas bersama dengan guru stok kelas pendidika khas

bertanggungjawab menyediakan dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot).

Fail ini bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau diterima

daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit

Pendidikan Khas, Jabatan pelajaran Pulau Pinang.

Maklumat yang perlu ada di dalam fail ini ialah:

Daftar senarai item,

Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah

unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama dan lain-lain,

Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen

penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang

diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit

Pendidikan Khas, Jabatan pelajaran Pulau Pinang.

SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan

supaya Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dapat

mengetahui status penghantaran baraang tersebut ke sekolah-sekolah.

Buku Stok

Penyelaras kelas pendidikan khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada

pejabat sekolah. Guru stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua

alatan pejabat atau jenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan

PCG kelas pendidikan khas ke dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam buku stok

sebelum diserah kepada pejabat sekolah pada hujung tahun.

PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN KHAS

Laporan Status Program Pendidikan Khas

Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke pejabat Pelajaran

Daerah sebelum atau pada 10hb setiap bulan.

Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun

tidak terdapat perubahan.

Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan

di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk

bercetak (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran

Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

1. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat

Pelajaran Daerah pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid

pendidikan khas dihantar dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan juga dalam

disket (softcopy).

2. Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada

bilangan guru atau murid pendidikan khas.

3. Format maklumat guru dan murid Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk

bercetak (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran

Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Bantuan Per Kapita (PCG) Pendidikan Khas

Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas

1. Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen

murid pendidikan khas pada 30 September tahun sebelumnya.

2. Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun

dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.

3. Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntuka PCG berdasarkan

enrolmen murid pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.

4. Rujuk Surat Pekeliling kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pelajaran Pulau Pinang pada setiap tahun.

Buku Tunai PCG

Bagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program

hendaklah mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap

program dapat diselia secara berasingan.

Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah

Merujuk Surat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang J.Pend.Pk.(Am)5012/JId8(61) bertarikh

12 Ogos 2002 jelas menyatakan bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di

peringkst sekolah dan daerah hanya boleh ditampung menggunakan peruntukan PCG

bahagian LPBT sahaja.

Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas

Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran

persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

Peraturan Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas

pendidikan khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau

penjaga supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.

Suasana Kelas Pendidikan Khas

Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang

berikut:

Jadual Waktu Kelas,

Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,

Carta Organisasi Kelas,

Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,

Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,

Carta-carta maklumat kelas,

Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,

Carta-carta lain yang berkaitan.

Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi

kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.

BIDANG TUGAS SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID N17

Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelaras

Program Integrasi dan Guru Pendidikan Khas berkaitan urusan:

i. Membantu guru kelas program integrasi pendidikan khas dalam hal ehwal

pengurusan/pentadbiran kelas dan murid.

ii. Membantu guru kelas integrasi pendidikan khas dalam semua aktiviti bimbingan

dan pembelajaran/pengajaran murid-murid.

iii. Membantu guru mendaftar kehadiran murid.

iv. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas

pendidikan khas.

v. Membantu tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan

pendidikan khas.

vi. Membantu menyediakan sijil-sijil yang berkaitan dan mengurus pendaftaran

murid pendidikan khas.

vii. Membantu menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama

atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan khas.

viii.Membantu merekod pembelian bahan dan peralatan.

ix. Membantu mengemaskini data atau maklumat bagi murid pendidikan khas.

x. Membantu merekod perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk kelas

pendidikan khas.

Pengajaran/Pembelajaran Murid Pendidikan Khas

i. Membantu guru pendidikan khas merancang aktiviti pembelajaran, bimbingan

dan asuhan.

ii. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan

bagi merangsang aktiviti pembelajaran, bimbingan dan asuhan.

iii. Membantu mewujud dan merangsang naluri ingin tahu dan minat untuk

meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid pendidikan khas.

iv. Membantu meningkatkan motivasi murid pendidikan khas dan bersedia untuk

belajar.

v. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai

dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid pendidikan khas.

vi. Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan

murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid di

bawah jagaannya.

vii. Membantu aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya murid dapat melibatkan diri

secara aktif.

Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

i. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan

membersih serta menjaga keselamatan murid.

ii. Menjaga hal ehwal murid-murid daripada semua aspek pengurusan diri.

iii. Membimbing/melatih/mengasuh murid mengenai aspek yang berkaitan tata

kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar.

iv. Melatih dan menentukan murid supaya mengamal cara-cara yang betul dan

sempurna membuang air dan membersihkan diri.

v. Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai

pakaian dengan kemas dan teratur.

vi. Melayan dan membimbing murid cara-cara dan adab sopan ketika makan.

vii. Menyedia dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan

seimbang bagi murid-murid pendidikan khas.

viii.Mengemas dan membersih perkakas seperti pinggan mangkuk, piring-cawan,

peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

ix. Menyedia dan mengemaskan bilik darjah, dapur, bilik air atau ruang lain sebelum

dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan

bilik dan ruang-ruang lain.

x. Mengatur kerusi serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di

dalam kelas.

Menjaga Hal Ehwal Murid

i. Melayani kerenah murid dan menolong memastikan murid sentiasa dalam

keadaan bersih.

ii. Berusaha menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi

tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

iii. Menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan

murid sentiasa dalam keadaan selamat.

iv. Melatih dan membimbing murid mengikut masa yang sepatutnya.

v. Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin dan

mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

vi. Membantu dan melatih murid menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan

di kelas.

vii. Membantu murid ke tandas dan bilik air sekiranya perlu dan membantu

memerhati murid sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat.

viii.Membantu guru menjaga keselamatan dan merekodkan kerosakan alatan serta

kemudahan kelas pendidikan khas di dalam dan di luar sekolah.

ix. Melayan keperluan murid yang sakit atau menghadapi masalah emosi.

x. Mengawasi murid semasa perhimpunan sekolah, ketika bermain, waktu rehat

dan waktu kegiatan ko-kurikulum.

xi. Menjadi pengantara dengan ibu bapa kepada murid yang sakit atau menghadapi

maslah diisplin, kesihatan, gangguan emosi dan keperluan-keperluan lain.

xii. Membantu mengawal murid-murid semasa ketiadaan guru.

Lain-lain Tugas Rasmi Yang Diarahkan Dari Semasa Ke Semasa Oleh Pihak

Pengurusan.