Bidang_2_Ipoh_05062014OK

19
MQA02: Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)Pendidikan Rendah 2.0 REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN Maklumat Dokumen Rujukan Lokasi/ Pegawai Dirujuk 2.1 Autonomi Akademik 2.1 .1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan di mana perlu. Berdasarkan punca kuasa yang diberikan, Pusat Pembangunan Kurikulum (PPA), IPGM diberi autonomi untuk membangunkan kurikulum pendidikan guru praperkhidmatan mengikut Prosedur IPGM-PPK-PT-04 (Reka Bentuk Kurikulum) yang menjelaskan proses merancang, menggubal dan memurnikan kurikulum. Di peringkat pelaksanaan di IPG, Ketua Jabatan diberi autonomi untuk menentukan tenaga pengajar yang sesuai beserta bilangan jam mengajar mengikut kredit. IPG juga diberi autonomi oleh IPGM untuk pengagihan sumber pendidikan seperti staf, kewangan, peralatan dan kemudahan infrastrukur dan infostruktur mengikut keperluan. Carta alir Proses Reka Bentuk Kurikulum (Jadual 2.1.1) Minit mesyuarat MPPP IPG Minit Mesyuarat Jabatan Jadual Waktu Pensyarah PPA, IPGM Setiausaha Mesyuarat MPPP IPG Pemilik Program Pensyarah Kursus 2.1 .2 Tunjukkan hubungan antara jabatan dengan senat. Senat merujuk kepada badan akademik yang ditubuhkan di bawah perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010 yang dipengerusikan oleh Rektor IPGM. Manakala Jawatankuasa Akademik (JKPA) ialah jawatankuasa penyemakan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor IPGM di bawah Senat IPG. Senat merupakan badan tertinggi untuk meluluskan pelaksanaan dasar dan reka bentuk kurikulum yang dibangunkan. Sila rujuk Rajah 2.1.2(a) Proses Penggubalan Kurikulum. Departmental board merujuk kepada Majlis Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan (MPPP) yang dipengerusikan oleh Pengarah IPG merupakan badan tertinggi di peringkat institusi yang melaksanakan kurikulum seperti yang diarahkan oleh IPGM setelah mendapat kelulusan senat . Di peringkat IPG, Ketua Jabatan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kurikulum bagi mana-mana program (bidang pengkhususan/ kursus/mata pelajaran) seperti yang diarahkan oleh Pengarah IPG kepada Ketua Jabatan berkenaan. IPGM-PPK-PT-04: Proses Penggubalan Kurikulum Manual Kualiti IPGM Carta Organisasi IPG dan Jabatan Minit Mesyuarat PPA, IPGM Pegawai Dokumen MS ISO 9001:2008 Setiausaha Akademik Pemilik Program C2-1

description

ioph

Transcript of Bidang_2_Ipoh_05062014OK

MQA02 PART C-2: PROGRAMME STANDARD

MQA02: Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)Pendidikan Rendah

2.0REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.1Autonomi Akademik

2.1.1Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan di mana perlu.

Berdasarkan punca kuasa yang diberikan, Pusat Pembangunan Kurikulum (PPA), IPGM diberi autonomi untuk membangunkan kurikulum pendidikan guru praperkhidmatan mengikut Prosedur IPGM-PPK-PT-04 (Reka Bentuk Kurikulum) yang menjelaskan proses merancang, menggubal dan memurnikan kurikulum.

Di peringkat pelaksanaan di IPG, Ketua Jabatan diberi autonomi untuk menentukan tenaga pengajar yang sesuai beserta bilangan jam mengajar mengikut kredit. IPG juga diberi autonomi oleh IPGM untuk pengagihan sumber pendidikan seperti staf, kewangan, peralatan dan kemudahan infrastrukur dan infostruktur mengikut keperluan.Carta alir Proses Reka Bentuk Kurikulum (Jadual 2.1.1)

Minit mesyuarat

MPPP IPG

Minit Mesyuarat Jabatan

Jadual Waktu PensyarahPPA, IPGMSetiausaha Mesyuarat MPPP IPG Pemilik ProgramPensyarah Kursus

2.1.2Tunjukkan hubungan antara jabatan dengan senat.

Senat merujuk kepada badan akademik yang ditubuhkan di bawah perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010 yang dipengerusikan oleh Rektor IPGM. Manakala Jawatankuasa Akademik (JKPA) ialah jawatankuasa penyemakan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor IPGM di bawah Senat IPG. Senat merupakan badan tertinggi untuk meluluskan pelaksanaan dasar dan reka bentuk kurikulum yang dibangunkan. Sila rujuk Rajah 2.1.2(a) Proses Penggubalan Kurikulum.

Departmental board merujuk kepada Majlis Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan (MPPP) yang dipengerusikan oleh Pengarah IPG merupakan badan tertinggi di peringkat institusi yang melaksanakan kurikulum seperti yang diarahkan oleh IPGM setelah mendapat kelulusan senat.

Di peringkat IPG, Ketua Jabatan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kurikulum bagi mana-mana program (bidang pengkhususan/ kursus/mata pelajaran) seperti yang diarahkan oleh Pengarah IPG kepada Ketua Jabatan berkenaan. IPGM-PPK-PT-04: Proses Penggubalan KurikulumManual Kualiti IPGMCarta Organisasi IPG dan Jabatan

Minit Mesyuarat JabatanPPA, IPGMPegawai Dokumen MS ISO 9001:2008Setiausaha Akademik

Pemilik Program

Rajah 2.1.2(a): Proses Reka Bentuk Kurikulum

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai dirujuk

2.1.3Bagaimanakah jabatan memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi yang secukupnya dalam bidang kepakaran mereka?

Ketua Jabatan Akademik bertanggungjawab menentukan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus mengikut kelayakan akademik, pengkhususan pengajian, kemahiran dan pengalaman mengajar.

Pensyarah diberi autonomi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

a. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, kaedah dan strategi yang sesuai berdasarkan Jadual 3 yang dibekalkan oleh IPGM.

b. Penyediaan soalan tugasan kerja kursus berdasarkan kepada Pro forma Kursus dan Panduan Pelaksanaan & Pentaksiran Kerja Kursus.CV pensyarahMinit Mesyuarat Jabatan Akademik

Skema TLO(Rujukan 9)

Rancangan Mingguan Pengajaran dan PembelajaranBuku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus IPG 2013Dikemaskini Jan 2014Pemilik ProgramFail Kursus Folio Kursus Pensyarah

Pensyarah

2.1.4ENyatakan dasar dan amalan jabatan menghadapi kemungkinan konflik kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundingan.

Pensyarah-pensyarah boleh melibatkan diri dalam kerja sampingan setelah mendapat kebenaran dari Pengarah IPG mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan 2002).Buku Kod Etika di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan April 2004).

(Rujukan 10)KUKP IPG -

Unit Khidmat Pengurusan

2.1.5EApakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi untuk memperluaskan autonomi staf akademik? Apakah peranan jabatan dalam rancangan ini dan bagaimanakah jabatan menyokongnya?

Staf IPG digalakkan melibatkan diri dalam kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi dalam bidang akademik, sukan, pertubuhan, sumbangan kreatif pada peringkat komuniti, jabatan, daerah, negeri, negara, serta antarabangsa yang berfaedah kepada organisasi, komuniti, dan negara. Penglibatan dan sumbangan dalam kegiatan seperti ini diberi wajaran sebanyak 5% dalam penilaian prestasi seorang staf akademik dan dinilai dalam Laporan Penilaian Prestasi (LNP) tahunan.Borang J.P.A. (Prestasi) 3/2002: Laporan penilaian prestasi pegawai kumpulan pengurusan dan profesionalPejabat Am IPGKUKP IPG

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.2Reka Bentuk Program dan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran

2.2.1Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum. Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?

Kurikulum PISMP dibina oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM. Pembinaan kurikulum ini mengambil kira input dari pelbagai sumber dan melibatkan langkah-langkah berikut:

i. Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM merancang dan membina struktur setelah mendapat punca kuasa Senat.

ii. PPA mendapat pandangan pakar rujuk mengenai struktur kurikulum dan memilih panel penggubalan dan pemurnian struktur kurikulum dalam kalangan pensyarah-pensyarah IPG yang berpengalaman dalam bidang pengkhususan untuk dilantik sebagai panel menggubal dan memurnikan struktur kurikulum.

iii. Struktur kurikulum yang telah dimurnikan dibentangkan kepada Senat untuk kelulusan.

iv. Setelah selesai, dokumen berkenaan akan diedarkan kepada IPG yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menggubal pro forma kursus / Jadual 3 berdasarkan struktur kurikulum yang diluluskan oleh Senat.

v. Draf pro forma kursus / Jadual 3 yang telah siap dibentangkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor.

vi. Maklum balas daripada hasil pembentangan itu diambil kira untuk proses pemurnian pro forma kursus / Jadual 3 tersebut.

vii. Pro forma kursus / Jadual 3 yang telah dimurnikan dibentangkan kepada Senat untuk kelulusan.

viii. PPA mengedarkan pro forma kursus / Jadual 3 yang telah diluluskan oleh Senat kepada IPG untuk melaksanakan program tersebut.

Setiap kurikulum yang dihasilkan akan melalui prosedur berikut:

i. Pemantauan kurikulum dilaksanakan oleh PPA, IPGM menggunakan borang instrumen yang dibangunkan mengikut keperluan.

ii. Pelajar, pensyarah dan pelanggan adalah penyumbang kepada cadangan penambahbaikan kurikulum.Surat Panggilan Mesyuarat

Rajah 2.1.2(a): Proses Reka Bentuk Kurikulum

IPGM-PPK-PT-04 : Reka Bentuk Kurikulum

Instrumen Penilaian Pelaksanaan Kurikulum (Lampiran 2)

LAM-PUP-04-02: Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP)(Lampiran 3)Bilik Fail IPGPPA, IPGM

Pemegang

PT-04 IPG

Pemilik ProgramKJ PIPK

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.2.2Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program.

Pelbagai kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PISMP seperti Kuliah / Tutorial / Amali.

i. Kuliah perbincangan isi kandungan

ii. Tutorial- menganalisis isi kandungan

iii. Amali- aplikasi kemahiranBuku Panduan PISMP 2007, dikemaskini Nov 2013

Penyelaras PISMP TESL

2.2.3Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah mempertimbangkan permintaan pasaran dan masyarakat terhadap program ini, dan bukti jabatan mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengendalikannya.

Keperluan mengenai jenis dan bilangan program ditentukan oleh IPGM berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Jawatankuasa Unjuran Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maklumat Unjuran Keperluan dan Pengambilan Guru

(Lampiran 4)Unit PPPI, IPGM

2.2.4Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitis, di samping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Inkuiri kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, membuat keputusan, dan berfikir secara analitikal, pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar diterapkan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran, Amalan Profesional, Bina Insan Guru(BIG) dan aktiviti kokurikulum.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester

Kurikulum Rancangan Mingguan Pengajaran dan Pembelajaran

Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus IPG 2013Dikemaskini Jan 2014

(Rujukan 11)

Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (BIG) IPG Sem.1- Sem.6(Rujukan 7)

Folio Kursus PensyarahFolio Kursus Pensyarah

Pensyarah

KU Kokurikulum

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.2.5Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik kuliah, di mana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran, dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka, perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang bertanggungjawab (contohnya, kokurikulum).

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kaedah pembelajaran individu, berpasangan, kumpulan kecil, pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah ini membantu pelajar mengaplikasikan ilmu dalam pelbagai situasi semasa latihan dan kerjaya masa depan dan membentuk warganegara bertanggungjawab.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester

Kurikulum

Rancangan Mingguan Pengajaran dan PembelajaranFolio Kursus Pensyarah

Folio Kursus Pensyarah

Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Institut Pendidikan Guru

Dikemaskini Jan 2014

(Rujukan 11)

Buku Panduan Amalan Profesional

(Rujukan 12)

Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (BIG) IPG Sem. 1-6

(Rujukan 7)

Buku Panduan Pelaksanaan & Spesifikasi Pentaksiran Kokurikulum

(Rujukan 8)Pensyarah

Ketua Unit Praktikum IPG

Ketua Unit Kokurikulum, IPG.

Ketua Unit Kokurikulum, IPG.

2.2.6E

Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya pembangunan peribadi pelajar.

Reka bentuk kurikulum bagi PISMP menyediakan bakal guru dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui kursus teras, kursus elektif dan kursus wajib yang saling melengkapi antara satu sama lain. Pengintegrasian ilmu turut dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum untuk meningkatkan kualiti diri pelajar.

Buku Panduan PISMP dikemaskini Nov 2013(Rujukan 1)

Buku Panduan Perlaksanaan Dan Pentaksiran Kokurikulum

Penyelaras PISMP TESLKetua Unit

Kokurikulum

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.2.7E Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk menambah baik program tersebut.

Pembangunan Kurikulum bagi mana-mana program yang dikendalikan oleh IPGM melalui IPG secara umumnya adalah tertakluk kepada arahan daripada pihak Kementerian berdasarkan kepada keputusan kabinet. Penglibatan pihak luar disalurkan melalui wakil-wakil Jabatan atau agensi yang dijemput dalam melaksanakan proses Reka Bentuk Kurikulum. Selain daripada kajian-kajian yang dijalankan secara dalaman, maklum balas daripada Bahagian-bahagian yang berkaitan seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Jemaah Nazir, EPRD serta guru besar, bekas pelajar dan pelajar semasa. Minit mesyuarat JKPAMinit Mesyuarat Senat

Laporan KajianPPA, IPGMJPPS, IPGMPPPI, IPGM

Jabatan PIPK IPG

2.2.8E

Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?

Komponen kokurikulum yang merangkumi Permainan, Persatuan, dan Unit Berunifom adalah wajib bagi semua pelajar. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang dapat meningkatkan pembangunan diri serta memupuk sikap bertanggungjawab. Selain itu pelajar juga digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti Kokurikulum tambahan seperti KAGUM, SIPMA, Tunas Samudera dan sebagainya.Buku Panduan Pelaksanaan dan Spesifikasi Pentaksiran Kokurikulum

(Rujukan 8)

Ketua Unit Kokurikulum, IPG.

.

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.3Kandungan dan Struktur Kurikulum

2.3.1Klasifikasi mata pelajaran (berikan maklumat, di mana berkenaan pada Jadual 1)

Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Reka bentuk kurikulum bagi PISMP adalah untuk melatih pelajar sebagai guru sekolah rendah bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Struktur program ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.Buku Panduan PISMP dikemaskini Nov 2013(Rujukan 1)

Pemilik ProgramPenyelaras PISMP TESL

Jadual 1: Komponen Program dan Nilai Kredit

Bil

Kursus

Kredit

1.

KURSUS WAJIB

23K

23K (17%)

Kursus Wajib IPT

Kursus Wajib IPG2.

KURSUS TERAS

86K (65%)

Pengajian Profesional

27K

Major

45K

Amalan Profesional

14K

3.

KURSUS ELEKTIF

24K (18%)

Pakej Elektif 1

12K

Pakej Elektif 2

12K

JUMLAH

133 (100%)

2.3.2Senaraikan mata pelajaran berserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam program. Susun mengikut tahun dan semester seperti dalam Jadual 2.

Senarai kursus yang ditawarkan mengikut semester bagi PISMP TESL dan pensyarah yang terlibat ditunjukkan dalam Jadual 2.Jadual 2: Senarai Kursus yang ditawarkan dalam PISMP

Pemilik Program Penyelaras PISMP TESL

2.3.3Maklumat asas setiap kursus/modul (Berikan maklumat, di mana berkenaan dalam Jadual 3)

Sila rujuk Jadual 3: Ringkasan Maklumat bagi setiap kursus.

Jadual 3(Lampiran 5)Fail Kursus

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.3.4Apakah rancangan jabatan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan ilmu disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?

Pemantauan dan penyemakan semula program dijalankan dengan mendapatkan maklumat dari

i. Pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2008 sebanyak dua kali setahun yang melibatkan prosedur kerja kurikulumii. Jawatankuasa Maklum Balas Pelangganiii. Jawatankuasa Tindakan Pembetulan dan Pencegahaniv. Jawatankuasa Kawalan Ke atas Produk yang tidak memenuhi Standard v. Jawatankuasa Aduan Pelanggan

vi. Kajian-kajian Peringkat IPGPengubahsuaian kurikulum dibuat melalui semakan kurikulum yang dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam empat tahun bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dan responsif kepada perkembangan saintifik dan teknologi. Unsur-unsur dan aspek-aspek kandungan yang relevan diterapkan ke dalam kurikulum program mengikut kesesuaian dan keperluan. Selain itu, keperluan sekolah dan masyarakat terhadap guru yang dihasilkan juga diambil kira dan dipertimbangkan secara teliti. Usaha pengubahsuaian ini dilaksanakan oleh IPGM. IPG membantu dari segi kepakaran dalam bidang-bidang yang berkenaan. IPG juga membantu dari segi mengumpul dan memberi maklum balas tentang pengubahsuaian yang diperlukan.Laporan Audit Dalaman

Sekretariat ISO

2.3.5Tunjukkan bukti bahawa jabatan mempunyai mekanisme untuk memperoleh perkembangan terkini dalam bidang pengajian.

IPG sentiasa menggalakkan pensyarah mendapat peluang untuk mengetahui perkembangan terkini dalam bidang berkaitan dengan menghadiri seminar, persidangan, dan kursus di samping kajian yang dijalankan.

CV PensyarahFolio Peribadi Pensyarah

2.4Pengurusan Program

2.4.1Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian Pelajar dan Buku Panduan Projek Pelajar, yang mana berkenaan.

Buku Panduan PISMP Kemaskini November 2013(Rujukan 1)

Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus IPG Dikemaskini Jan 2014(Rujukan 11)

Buku Panduan Amalan Profesional

(Rujukan 12)

Buku Panduan Pelaksanaan BIG

(Rujukan 7)

Setiausaha Akademik

Pemilik Program

Penyelaras PISMP TESLPensyarah

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.4.2Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum balas pelajar.

Pengurusan akademik program dilaksanakan seperti berikut:

Pembangunan kurikulum dilaksanakan oleh IPGM dengan merujuk kepada pensyarah kanan dan pensyarah pakar setelah kurikulum diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA).

Kurikulum yang telah digubal oleh IPGM akan dibentangkan dalam mesyuarat Senat untuk diluluskan. PPA IPGM mengadakan mesyuarat induksi kurikulum untuk SUA bagi kursus-kursus yang ditawarkan.

SUA merancang, mengurus dan melaksanakan induksi kurikulum bagi kursus-kursus baharu di IPG kepada pensyarah.

Pada permulaan setiap semester, pelajar diberi taklimat tentang setiap kursus oleh Penyelaras Program/Ketua Jabatan/pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Dalam taklimat tersebut, pelajar dimaklumkan tentang objektif kursus, hasil pembelajaran dan keperluan setiap kursus, isi kandungan kursus serta kaedah penilaian yang digunakan. Setiap pelajar juga dibekalkan dengan satu salinan panduan mingguan untuk makluman dan rujukan mereka.

Jawatankuasa Pengurusan Akademik bertanggungjawab merancang, melaksana, menilai, dan menambah baik program. Jawatankuasa Pengurusan Akademik terdiri daripada semua ahli MPPP, Penyelaras Program, dan Penyelaras Jadual Waktu. Ketua Jabatan mengadakan mesyuarat jabatan untuk penyelarasan akademik setelah mendapat makluman dalam mesyuarat JK Pengurusan Akademik IPG.Setelah pelaksanaan kurikulum, maklumbalas pelajar diperolehi dan dianalisis untuk mengatasi dan memperbaiki kaedah penyampaian.

Minit mesyuarat

Carta Alir Proses Reka Bentuk Kurikulum

Surat panggilan taklimat kursusMinit Mesyuarat JK Pengurusan AkademikMinit Mesyuarat JabatanInstrumen Penilaian Pelaksanaan KurikulumSetiausaha JKPAPPASetiausaha Akademik Setiausaha Mesyuarat JK AkademikPemilik ProgramPenggerak PT-05

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.4.3Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap program. Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.

Jadual 2.4.3

Jawatan & Tanggungjawab Pegawai Akademik Utama serta Jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap Program

JawatanTanggungjawab

Pengarah IPG Kampus

1. Menerima kalendar akademik tahun pengajian semasa.2. Mengarah, mengurus dan merancang pelaksanaan kurikulum di IPG.

3. Memantau pelaksanaan kurikulumTimbalan Pengarah

IPG Kampus / SUA1. Mengurus, menyelaras dan mengawal selia jadual waktu P&P, skema P&P, penggubalan item peperiksaan dan pelaksanaan P &P serta praktikum.Ketua Jabatan,

dan KU

1. Mengadakan mesyuarat jabatan untuk melaksanakan keputusan mesyuarat MPPP dan mesyuarat Jawatankuasa Akademik bagi menyelaraskan pelaksanaan kurikulum.

2. Memastikan perancangan semester, mingguan dan harian dilaksanakan oleh pensyarah.

3. Merancang, mengurus dan menyelaras penggubalan item peperiksaan dilaksanakan pada awal sesi pengajian.

4. Memantau dan menilai pelaksanaan P&P dan kokurikulum menepati skema P&P. 5. Memantau pelaksanaan Praktikum menepati Garis Panduan Praktikum

6. Melaksanakan penyeliaan rentasan bagi kes cemerlang dan gagal

Pensyarah

1. Menyediakan perancangan pelaksanaan P&P dengan menggunakan LAM-PT-05-01 dan LAM-PT-05-02. Jika PdP dilaksanakan di luar institut rujuk AK-PT-05-01.

2. Menyemak dan menandatangani kehadiran pelajar dalam buku kehadiran; bagi kurikulum menggunakan borang LAM-PT- 05-06.

3. Melaksanakan P&P berdasarkan kepada AK-PT-05-01.

4. Melaksanakan bimbingan/penyeliaan dan penilaian Praktikum berpandukan arahan kerja serta garis panduan Praktikum yang berkuat kuasa.IPG mempunyai sumber yang mencukupi untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pelajar. Namun, IPG boleh memohon sumber tambahan daripada IPGM seperti peruntukan kewangan dan pensyarah dalam bidang kepakaran tertentu. Fail Meja Pengarah, Fail Meja Timbalan Pengarah,

Fail Meja Ketua JabatanIPGM-PPK-PT-05: Pengurusan KurikulumIPGM-PPK-PT-02: Perancangan Tahunan

IPGM-PPK-PT-06:Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru

IPGM-PPK-PT-07:

Pengurusan Peperiksaan

IPGM-PPK-PT-08:

Pengurusan Perpustakaan

IPGM-PPK-PUP-07:

Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi standard IPGM-PPK-PT-04:

Penggubalan Kurikulum

Sekretariat MS ISO 9001:2008Pemegang PT-05

2.4.4Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.

Semakan dan penilaian program dibuat oleh PPA, IPGM.

Pemantauan dan penyemakan semula program dijalankan dengan mendapatkan maklumat dari

i. Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan

ii. Jawatankuasa Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

iii. Jawatankuasa Kawalan Ke atas Produk yang tidak memenuhi Standard

iv. Jawatankuasa Aduan Pelanggan

v. Kajian-kajian peringkat IPGM dan IPG

Analisis data yang diperoleh akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan program. JKPA bertanggungjawab ke atas proses penyemakan dan penilaian program.

IPGM-PPK-PUP-04IPGM-PPK-PUP-02

IPGM-PPK-PUP-11

LAM-PT-04-01

Pengarah PPAPengarah PPPI

2.4.5Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti.

IPG mempunyai kemudahan bilik dan dewan kuliah, makmal, bengkel, pusat sumber, kemudahan sukan dan ICT bagi membolehkan suasana pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, aktiviti seperti kajian tindakan pelajar semasa praktikum dan internship serta seminar penyelidikan dapat memperkaya pengetahuan dan meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran.IPG juga menjalankan pelbagai aktiviti seperti berikut:

Persembahan kebudayaan

Teater Out-reach Programme Karnival bahasa Kerja amal Kertas kerja dan laporan aktiviti jabatan

Pemilik Program Penyelaras PISMP TESL

2.4.6EJelaskan inisiatif jabatan untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran-pembelajaran.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan untuk menggalakkan pensyarah mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melalui aktiviti-aktiviti seperti yang berikut:

Melaksanakan kursus-kursus/latihan pembangunan staf

Melaksanakan penyelidikan/kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

Menghadiri seminar / persidangan pendidikan

Menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme

Sesi perkongsian dengan pakar dari luar

Pertandingan inovasi

Buku Perancangan Tahunan Perancangan LDP

Sijil Penyertaan/ Pembentang

Jurnal Penyelidikan IPGSurat Jemputan

Laporan Jabatan PIPKPemilik ProgramKU LDP

Pensyarah KJ PIPK

Bilik FailKJ PIPK

MaklumatDokumen RujukanLokasi/ Pegawai Dirujuk

2.4.7EJelaskan bagaimana jabatan memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses penyemakan dan penilaian program.

External Examiner (EE) telah dilantik untuk proses penyemakan dan penilaian program.Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan

Senat (JPPS)

2.5Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Luar

2.5.1Jelaskan hubungan yang wujud di antara jabatan dengan pihak berkepentingan luar untuk tujuan menambah baik kurikulum.

IPG bekerjasama dengan PPD, JPN dan PPK untuk mendapat maklumat terkini tentang KSSR dan PBS agar sejajar dengan keperluan pendidikan semasa.

IPG juga mempunyai saluran di mana semua pelanggan IPG boleh membuat aduan tentang sebarang ketidakpuasan mereka. Semua aduan yang diterima dilayan dan diurus mengikut Prosedur Kualiti BPG-PPK-PUP-04. Prosedur ini bertujuan menangani aduan pelanggan secara terancang dan sistematik untuk meningkatkan kualiti latihan perguruan di IPG.IPGM-PPK-PUP-04 (No. Keluaran 05): Maklum Balas Pelanggan

Laporan Aduan Pelanggan

KJ PIPK

2.5.2Nyatakan mekanisme yang sedia ada bagi memperoleh dan memanfaatkan maklum balas dari pihak majikan untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.

Maklum balas akan diperoleh dari pihak sekolah di mana pelajar PISMP Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) Pendidikan Rendah ditempatkan.Borang SSKPKJ PIPK

2.5.3Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar?

Peluang pelajar untuk membangunkan hubungan dengan pihak berkepentingan luar adalah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah, Praktikum, dan Internship. Pelajar menjalani pengalaman berasaskan sekolah pada semester 1, 2, 3,4; sesi praktikum pada semester 5, semester 6 dan semester 7 dan internship dalam semester 8 dalam pengajian mereka.

Pelajar juga turut memberi khidmat masyarakat pada semester yang telah ditetapkan melalui aktiviti BIG.Buku Panduan Amalan Profesional(Rujukan 5)

Jadual 3 bagi WAJ3143KU Praktikum,

KU Ko-Kurikulum

Mula

KURSUS

PROGRAM

1. Mengambil tindakan untuk merancang dan membina struktur kurikulum setelah mendapat punca kuasa Senat.

1

2. Mendapatkan pandangan daripada pakar rujuk mengenai struktur kurikulum dan menggubal struktur kurikulum.

2

6. Menjalankan pemantauan dan mendapat maklum balas reka bentuk dan struktur kurikulum bagi program baharu.

5. Mengedarkan Pro forma Kursus kepada IPG Kampus.

4. Membentangkan Pro forma Kursus untuk mendapatkan kelulusan Senat IPG.

3. Membentangkan Pro forma Kursus kepada Jawatankuasa Pembangunan Akademik untuk mendapatkan pandangan dan cadangan.

2. Melaksanakan Mesyuarat Penggubalan Pro forma kursus di IPGK.

1. Mengambil tindakan untuk merancang, menyelaraskan dan mengarahkan IPGK untuk menggubal Pro forma Kursus berdasarkan struktur kurikulum yang diluluskan oleh Senat.

3. Membentangkan cadangan struktur kurikulum kepada Jawatankuasa Pembangunan Akademik untuk mendapatkan pandangan dan cadangan.

Murni

1

Ya

Tidak

Tidak

Ya

Tamat

Murni

4

6

3

5

2

4. Membentang struktur kurikulum kepada Senat IPG untuk mendapat kelulusan.

Murni

Ya

4

Tidak

Murni

Ya

3

Tidak

Tamat

C2-1