Big 2013 Ladap Protokol

15
1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh kami untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia. Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan golongan guru yang seimbang dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi ’role- modelkepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Sebagai insan yang bergelar guru, menjadi satu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti. Oleh yang sedemikian, Program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar program PPG Semester 4 2013 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan

description

ladap

Transcript of Big 2013 Ladap Protokol

Page 1: Big 2013 Ladap Protokol

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas

bagi memenuhi keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini

merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh kami untuk diiktirafkan

dengan Ijazah Perguruan Malaysia.

Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru

yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan golongan guru yang seimbang

dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama,

bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.

Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang

cemerlang di samping menjadi ’role-model’ kepada masyarakat. Justeru, guru

memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek

sama ada jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Sebagai insan yang bergelar

guru, menjadi satu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang

baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti.

Oleh yang sedemikian, Program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar

program PPG Semester 4 2013 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan

matlamat untuk melahirkan insan guru melalui pengisian-pengisian yang telah

direncana khas berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

Page 2: Big 2013 Ladap Protokol

2.0 RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru

dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dimiliki

oleh seorang guru untuk dipraktikkan ke alam pendidikan yang sebenar.

3.0 MATLAMAT

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang

kompeten dalam aspek etiket sosial dan protokol yang dihadiri serta berupaya

mempraktikkan nilai-nilai dan kemahiran yang dipelajari. Usaha ini diharapkan dapat

menjadikan guru pelatih sebagai golongan yang berketrampilan sesuai

dengan profesion perguruan yang diceburi.

4.0 OBJEKTIF

Program ini diadakan dengan objektif :

i. Membekalkan pelajar PPG dengan ilmu dan input berkenaan etiket sosial

dan protokol.

ii. Memberi peluang kepada pelajar PPG untuk mengaplikasikan kemahiran

yang dipelajari dalam semua aspek kehidupan secara berkesan.

iii. Membolehkan Pelajar PPG bertindak balas secara positif kepada

keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

iv. Mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

v. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

vi. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Page 3: Big 2013 Ladap Protokol

SK.DE LA SALLE JALAN ISKANDAR,31900 KAMPAR,PERAK

KERTAS KERJA

BENGKEL ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

TARIKH :

27 APRIL 2013

TEMPAT :

BILIK GERAKAN

SK DE LA SALLE,KAMPAR

ANJURAN:

KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF

&

JAWATANKUASA LADAP

SK DE LA SALLE

Page 4: Big 2013 Ladap Protokol

1.0 Pengenalan

Kursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan

oleh Jawatankuasa Ladap dengan kerjasama Kelab kebajikan Guru dan staf

SK De La Salle. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan

pengetahuan kepada para Guru mengenai kepentingan etiket dan protokol

dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas

yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol

majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya

menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

Dengan adanya program seperti ini, Guru dan Kakitangan SK De La

Salle akan lebih berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam

sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat

memupuk semangat kerjasama di kalangan Kakitangan supaya mereka dapat

bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

2.0 Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk:

2.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu

majlis.

2.2 Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran

protokol, etiket dan komunikasi.

2.3 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak

formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat

antarabangsa.

2.4 Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan

mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang

individu.

2.5 Mewujudkan nilai keterampilanfizikal yang bersesuaian dengan majlis

rasmi iaitu bergaya (Kekemasandiri,cara pemakaian mengikut garis

panduan yang bersesuaian.

Page 5: Big 2013 Ladap Protokol

3.0 Tema program

“ETIKET DAN PROTOKOL YANG BERKESAN SIMBOL KEMATANGAN INSAN”

4.0 Anjuran

Kelab Kebajikan Guru dan Staff dan Jawatankuasa Ladap SK De La Salle,

Kampar.

5.0 Tarikh

27 April 2013 ( Sabtu ).

6.0 Tempat

Bilik Gerakan SK De La Salle,Kampar,Perak.

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

8.0 Peserta

Seramai 35 orang peserta yang mengikuti program.(Guru dan Staff)

9.0 Tentatif program

Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B.

10.0 Perbelanjaan

Perbelanjaan bagi menjayakan program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kuru

dan Staff SK De La Salle. Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN C.

11.0 Penutup

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang

dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat

meningkatkan maklumat mengenai etiket dan protokol setiap guru dan Staff,

Insya-Allah.

Page 6: Big 2013 Ladap Protokol

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PENGANJUR

PENGERUSI

PN. RAMSINAH BT. ABDUL LATIBGuru Besar SK De La Salle,Kampar,Perak

TIMBALAN PENGERUSI

CIK NORLIAH BT. ABDULLAHPenolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI I

PN.NAGESPARY A/P GOVENDASAMYPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI II

PN. RUSILA BT.NASRUDDINPenolong Kanan KoKurikulum

PENYELARAS

EN.MUHAMMAD BAKHTIAR B. YUSUFPengerusi Kelab Kebajikan Guru Dan Staff SKDLS

SETIAUSAHA

PN.ROSNITA BT. ZAKARIASU Ladap SKDLS

BENDAHARI

PN. HABSAH BT. SABLIBendahari Kelab Kebajikan Guru dan Staff SLDLS

Page 7: Big 2013 Ladap Protokol

AJK PELAKSANA

1. EN.CHOO CHEE SENG

(JK FOTOGRAFI)

2. EN.ASRI B, AHMAD

(JK PA SISTEM/LCD/LAPTOP)

3. PN.ROSMAWAT BT. HAMI

PN.ROSNAH BT. HJ ALI

(JAMUAN MAKAN PENCERAMAH/PESERTA)

4. PN. SHAM LEE BT.BAKAR

PN.NORAIDAWATI BT. AZIZ

SIJIL /CENDERAHATI PENCERAMAH

Page 8: Big 2013 Ladap Protokol

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

27 APRIL 2013 (Sabtu)

8.15 pagi : Pendaftaran Peserta.

8.30 pagi : Ketibaan Penceramah.

8.30 pagi : Para Peserta Sarapan Pagi Bersama penceramah.

9.00 pagi : Modul 1:

Etiket Sosial.

Kesopanan Dalam Perbualan Sosial.

Pakaian Tie.

Keraian.

Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan.

Penyedian Aturcara Pentadbiran.

Protokol Dalam Pengurusan Majlis.

Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

Penyampaian Cenderahati Daripada Guru Besar

Kepada Penceramah.

12.30 tengah hari : Makan Tengah Hari.

Bersurai

Page 9: Big 2013 Ladap Protokol

LAMPIRAN C

PENDAPATAN

Kelab Kebajikan Guru dan Staff SKDLS RM 500.0

JUMLAH RM500.00

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

1.0 Makanan

1.1 Sarapan Pagi

1.1.1 VIP/Penceramah

1.1.2 Peserta

1.2 Makan Tengah Hari

1.2.1 VIP

1.2.2 Peserta

5

35

5

35

3.00

3.00

4.00

4.00

15.00

105.00

20.00

140.00

2.0 Fotostat bahan 35 20.00

3.0 Bayaran Penceramah 1 150.00 150.00

4.0 Protokol

2.1 Cenderahati

Penceramah

1 50.00 50.00

Jumlah Keseluruhan 500.00

Page 10: Big 2013 Ladap Protokol

Disediakan Oleh,

........................................................................

(ROSNITA BT. ZAKARIA )

SETIAUSAHA LADAP SKDLS,

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL,

Disemak Oleh,

.......................................................

(PN.RAMSINAH BT. ABDUL LATIB)

GURU BESAR SK DE LA SALLE ,KAMPAR.

Page 11: Big 2013 Ladap Protokol

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE

LAPORAN PERLAKSANAAN KURSUS DALAMAN ( ETIKET DAN PROTOKOL) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

BUTIRAN KURSUS DALAMAN :

Nama Kursus BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL

Tempat SK. DE LA SALLE, 31900 KAMPAR

Jabatan / Unit YangMenganjurkan Kursus

KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAFF SKDLS

Tarikh / Tempoh 27 APRIL 2013

Tempat BILIK GERAKAN SK. DE LA SALLE

Butiran Penceramah (Nama, Jawatan, Jabatan dll)

1. PN.SALMAH BT. ISMAIL

Kelayakan Akademik / Ikhtisas Penceramah PEGAWAI PPD KINTA SELATAN

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Kumpulan Sasaran / BilanganGuru / Kakitangan

1. PENTADBIR SEKOLAH2. GURU BESAR3. GPK SEKOLAH4. GURU PEMULIHAN5. GURU-GURU SEKOLAH

ATURCARA KURSUS :

Bil Perkara Masa

1. Ketibaan para peserta./sarapan 8.00 a.m – 8.45 a.m

2. Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk. De La Salle. 8.45 a.m – 9.00 a.m

3. Ceramah kursus bermula,-modul 1 9.00a.m – 10.00a.m

4. Rehat- Jamuan Ringan. 10.00 a.m – 10.30 a.m

5. Ceramah .-modul 2 10.30 a.m – 12.00 a.m

6. Ucapan penghargaan daripada Guru Besar. 12.00 a.m – 12.30 a.m

7. Majlis bersurai 12.30 a.m

Page 12: Big 2013 Ladap Protokol

SPESIFIKASI KURSUS : BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL

Perkara Perinciannya

Kandungan Kursus :

Modul 1 1.Etiket sosial 2.Kesopanan dalam perbualan 3. Keraian

Modul 2 1.Susunan keutamaan persekutuan 2.Penyediaan aturcara pentadbiran 3.Protokol dalam pengurusan majlis.

Rasional Kursus :

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran sepatutnya dimiliki oleh seorang guru unruk dipraktikkan kealam pendidikan yang sebenar.

Tujuan / ObjektifSpesifik Kursus :

Memberikan pendedahan kepada warga pendidik Sk. De La Salle Mengenai .pentignya etiket sosial dan protokol dalam sesuatu majlis dan dapat dipraktikan didalam majlis yang akan dianjurkan di sekolah.

Tindakan SusulanSelepas Tamat Kursus:

1. Mempraktikkan apa yang didedah didalam majlis yang akan dianjur di sekolah.

Page 13: Big 2013 Ladap Protokol