Big 2015- Kertas Kerja(1)
-
Upload
suher-sulaiman -
Category
Documents
-
view
35 -
download
6
description
Transcript of Big 2015- Kertas Kerja(1)
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih
saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat
dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat
menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa
kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal
dilaksanakan dengan sempurna.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Pengarah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Puan Rohana bt
Kamaruddin kerana telah membenarkan kami kumpulan PPG TESL seramai
41 orang bersama-sama Kumpulan PPG Matematik seramai 29 orang
bergabun bagi menjalankan aktiviti BIG di SK Kerian dan SK Tanah Rom di
Jerantut, Pahang pada 24 Januari bersamaan hari Sabtu dari jam 7 pagi
hingga 5 petang. Setinggi penghargaan juga di ucapkan kepada Tuan Guru
Besar SK Perian iaitu Tuan Hj Abdullah Hasim b Jaafar kerana memberi
kerjasama yang cukup baik kepada kami bagi merealisasikan misi kami. Tidak
lupa juga kepada Pensyarah pembimbing kumpulan kami, Encik Baseni b
Jantra dan Encik Baharudin b Hassan, jutaan terima kasih di atas semua
motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan
semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik
mungkin.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran
dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau
tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan
tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.
Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap
kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini
dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita
melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan
anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.
Sekian terima kasih
OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama;
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental;
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta perpaduan masyarakat;
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan ; dan
6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan yang
berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam
semua aspek kehidupan seharian.
FUNGSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :
1. Memenuhi keperluan sukatan pelejaran bagi program pra
perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia
(KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT/PPG).
2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang
tinggi.
3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta
dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan.
KAMPUS BAHASA BAHASA ANTARABANGSAJALAN BANGSAR,KUALA LUMPUR
KERTAS KERJAPROGRAM MISI KEMANUSIAN PASCA BANJIR
BINA INSAN GURU
Tarikh : 24 JANUARI 2015 (SABTU)Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN SK PERIAN
27050,JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
Anjuran : PPG-SR TESL
PENGESAHAN : _________________________________
KELULUSAN : _________________________________
TINDAKAN : PPG-SR TESL
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti lawatan benchmarking pada kali ini merupakan kesinambungan
daripada aktiviti sekolah penyayang yang telah diadakan pada semester
lepas. Sehubungan itu, satu perancangan yang teliti telah dibuat untuk
memastikan segala aktiviti akan berjaya dilaksanakan. Segala butiran tentang
maklumat dan perancangan untuk program ini dicatatkan dalam kertas kerja
ini.
Program Bina Insan Guru semester lapan mencakupi aktiviti lawatan
benchmarking. Melalui program ini, guru akan didedahkan dengan
pengalaman dan kefahaman yang menyeluruh berkaiatan pembinaan insan
guru yang seimbang, hubungan guru / sekolah dengan komuniti serta
peranan dan akauntabiliti guru yang profesional selaras dengan
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang.
Program lawatan ini juga akan dapat melatih guru agar lebih komited dalam
melakukan sebarang tugas dan aktiviti yang diamanahkan.
2.0 RASIONAL
Program lawatan benchmarking ini merupakan satu program yang
diwajibkan kepada guru terlatih PPG-SR dan merupakan sebahagian
daripada sukatan pelajaran Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru
pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama
dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara.
Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial
perlu diterapkan kepada semua warga pendidik supaya mereka berupaya
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas
secara bersama. Di samping itu juga, program ini dapat melatih guru-guru
terlatih untuk menganjurkan lawatan sambil belajar semasa di sekolah kelak.
3.0 MATLAMAT
Aktiviti kemasyarakatan dalam program Bina Insan Guru adalah bertujuan
untuk mendedahkan guru terlatih kepada pelbagai persekitaran komuniti dan
melatih mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran budaya, taraf
hidup serta keperluan komuniti. Penglibatan guru terlatih dalam pelbagai
aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial dan
kepentingan perkhidmatan komuniti serta melatih mereka dalam
menguruskan hubungan dengan komuniti pendidikan terutamanya keluarga
dan masyarakat setempat ke arah perkembangan pendidikan murid-murid
yang lebih seimbang pada masa hadapan.
4.0 OBJEKTIF
• Membina kemahiran merancang, melaksana dan menguruskan
program atau aktiviti.
• Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan,
amanah dan kesediaan berbakti.
• Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran.
• Menghayati nilai etika dan akhlak keguruan.
• Mempamerkan rasa empati dan kesediaan berbakti kepada
masyarakat.
5.0 ANJURAN
Program khidmat masyarakat berupa misi bantuan pasca banjir ini kali ini
adalah salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang dianjurkan
secara bersama oleh kelas-kelas PPG-SR TESL A,B dan C semester 8,
Institut Perguruan Kampus Bahasa Bahasa Antarabangsa.
6.0 TARIKH
a. Program Lawatan Benchmarking Misi Bantuan Pasca Banjir : 24 Januari 2015.
7.0 TEMPAT
- SK Perian,Jerantu,Pahang Darul Makmur
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Jawatankuasa Program
Pengerusi : Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh (TESL D )
Naib Pengerusi : Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof
Setiausaha 1 : Saliza bt Saludin
Bendahari : Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh
AJK Aktiviti : Rohaya binti Mohd Nor
AJK Peralatan : Suher b Sulaiman
AJK Makanan : Nor Shafiza bt Shahdan
AJK Sumbangan : Sridewi a/p Subramaniam
AJK Pendaftaran : Nur Fa’izah bt Sulaiman
AJK Pengangkutan : Noorcinderella bt Mohd Radzi
Jurugambar : Rabaatul Adawiah bt Shamad Ahmad Nurawi
Dokumentasi : Fadilah bt Idris
Buku Program : Alamelu Manggai a/p Ponnusamy
Keselamatan : Santha Kumari a/p Krishnan
AJK Seranta : Marina Devi a/p Shumugam
9.0 PESERTA
Pelajar PPG – SR TESL C = 14 orangPelajar PPG – SR TESL B = 14 orangPelajar PPG – SR TESL C = 14 orangJumlah = 42 orang
10.0 PENSYARAH PEMBIMBING
1. En Basni bin Jantra2. En Baharudin bin Hassan
11.0 ANGGARAN KOS
Kutipan Pelajar PPG – SR TESL C = RM20.00 x 14 orang = RM280.00Derma Ikhlas PPG – SR TESL C = RM320.00Jumlah Besar = RM600.00
Perbelanjaan :
Makanan – RM6.00 x 1 x 14 orang = RM 84.00Alatan mengecat = RM272.00Sumbangan BBM kepada SK Perian = RM244.00
12.0 PENGANGKUTAN
Urusan pengangkutan ke tempat program adalah seperti berikut:
a. Dari IPG KBA ke SK Perian ke IPG KBA:- menggunakan bas IPG KBA
13.0 ATURCARA PROGRAM BINA INSAN GURU
24 Januari 2015 (Sabtu)
06.40 pagi : Berkumpul di IPG KBA
06.50 pagi : Mengambil kehadiran pelajar PPG
06.55 pagi : Pensyarah Pembimbing memberi taklimat tentang Program Bina
Insan Guru bagi Kumpulan PPG – SR TESL ambilan Jun 2011
07.00 pagi : Bertolak ke destinasi
11.30 pagi : Sampai ke SK Kerian/ Taklimat aktiviti dan pembahagian
kumpulan
12.30 tgh : Aktiviti bermula di sekitar kawasan sekolah
2.30 ptg : Makan tengahari
3.00 ptg : Sambung aktiviti
4.30 ptg : Penyampaian sumbangan dan Penutup/ Sesi bergambar
5.00 ptg : Bertolak balik
15.0 PENUTUP
Semoga program khidmat masyarakat ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai
objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendedahan aktiviti seperti ini akan
dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi pengalaman
kepada para guru terlatih untuk mendekatkan diri dengan komuniti. Ini sangat
berguna kepada kami sebagai seorang pendidik dan terlibat secara langsung
dalam profesion keguruan setelah selesai menjalani latihan di institut
perguruan.
Kepada :
Tuan/ Puan/ Cik
MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN GOTONG ROYONG
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 8 Januari 2015 Masa : 10.00 pagiTempat : Bilik Kuliah Blok A, IPBA
Agenda :
1. Ucapan2. Mesyuarat Lawatan Benchmarking/Misi Bantuan Pasca Banjir3. Pengagihan tugas 4. Hal-hal lain
3. Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi membincang dan memutuskan perkara-perkara yang bersangkutan seperti agenda dia atas.
Sekian untuk makluman dan tindakan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
………………………………...(Saliza bt Saludin)Setiausaha Program BIG
MINIT MESYUARAT LAWATAN BENCHMARKING/MISI BANTUAN PASCA BANJIR,
PPG TESL C,IPG KBA
Tarikh : 8 Januari 2015Hari : AhadMasa : 10.00 pagi.Tempat : Bilik Kuliah Blok A , IPG KBA
KEHADIRAN
BIL NAMA PESERTA KUMPULAN1. Alamelu Manggai a/p Ponnusamy TESL C
2. Fadilah bt Idris TESL C
3. Marina Devi a/p Shunmugam TESL C
4. Mohamad Muzamir b Mohamad Yusof TESL C
5. Noorcinderella bt Mohd Radzi TESL C
6. Norshafiza bt Shahdan TESL C
7. Nur Fa’izah bt Sulaiman TESL C
8. Rabaatul Adawiah TESL C
9. Ranjit Kaur a/p sarjan Singh TESL C
10. Rohaya bt Mohd Noor TESL C
11. Saliza bt Saludin TESL C
12. Santha Kumari a/p Krishnan TESL C
13. Sridewi a/p Subramaniam TESL C
14. Suher b Sulaiman TESL C
1.1 Tidak Hadir
Tiada
2.0PENDAHULUAN
2.0.1 Pn Ranjit Kaur selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat
datang dan terima kasih kepada semua guru dari Program Pensiswazahan
Institut Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai. Beliau memaklumkan
mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu
diambil tindakan oleh semua peserta Bina Insan Guru.
3.0PERKARA YANG DIBINCANGKAN
3.0.1 Tarikh Program Bina Insan Guru
Pn Ranjit Kaur memaklumkan bahawa tarikh yang sesuai untuk
program ini untuk diadakan ialah pada 24 Januari 2015 ke SK
Perian,Jerantut,Pahang dan ianya telah dipersetujui oleh semua
peserta.
Makluman
3.0.2 Bayaran
Pn Saliza Saludin menyarankan supaya peserta dikehendaki memberi
sedikit sumbangan kepada program ini. Jumlah yang dicadangkan
ialah sebanyak RM26.00 termasuk makanan dan membeli alatan untuk
projek khidmat masyarakat dan ianya dipersetujui oleh semua pihak.
3.0.3 Senarai AJK
Pn Ranjit Kaur meminta semua guru merujuk kepada senarai AJK
yang telah diedarkan.
Makluman
3.0.4 Pn Ranjit Kaur memaklumkan ajk yang telah dilantik dikehendaki
berada di lokasi sepanjang tempoh aktiviti dijalankan.
Tindakan :semua
3.0.5 Em Muzamir b Yusof menawar diri untuk menyediakan makanan untuk
guru-guru PPG akan di tempah. AJK makanan yang diketuai oleh Nor
Shafiza bt Shahdan hanya perlu menyediakan tempat makan dan
mengedarkan bungkusan makanan kepada peserta-peserta.
Makluman
3..0.6 Pn Ranjit Kaur meminta semua guru merujuk tentatif yang diedarkan di
mana peserta akan mendaftar pada pukul 6.50 pagi dan akan bertolak
ke SK Perian, Jerantut pada pukul 7.00 pagi.
Makluman
3.0.7 Cik Santha telah mengingatkan semua peserta agar menjaga
keselamatan dan kesihatan masing-masing sepanjang program
bantuan pasca banjir dijalankan.
Makluman
3.0.8 En Muzamir b Mohamad Yusof memaklumkan AJK yang
mengendalikan gotong royong akan mengikut kumpulan masing-
masing.
Tindakan: semua
3.0.9 AJK Sumbangan akan mengutip derma dan membeli keperluan
sebelum rombongan bertolak.
Tindakan : AJK
3.1.0 Selain itu, En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan bahawa AJK
peralatan perlu memastikan peralatan untuk aktiviti gotong-royong
perlu mencukupi seperti berus, cat, sarung tangan, tinner, surat
khabar, kayu, bekas untuk menuang cat, plastik sampah dan lain-lain.
Tindakan: AJK Peralatan
3.1.1 Semua peserta perlu disiplin dan memastikan aktiviti dapat dijalankan
dengan lancar.
Tindakan : Semua
3.1.2 Pn Alamelu turut mengedarkan pelan lokasi dan tentative program
yang akan diadakan pada 24 Januari 2015.
4.0 HAL-HAL LAIN
4.0.1 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan sekiranya terdapat
sebarang masalah berkaitan dengan program bolehlah berhubung
dengan beliau atau Pn Ranjit Kaur.
5.0 UCAPAN PENANGGUHAN
5.0.1 En Muzamir b Mohamad Yuzof menangguhkan mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
5.0.2 Taklimat Program Lawatan Benchmarking dan Misi Bantuan Pasca
Banjir ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………… …………………….
Saliza Saludin Ranjit Kaur
(Setiausaha BIG PPG-SR TESL C ) Pengerusi BIG PPG
TENTATIF PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING DAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR
SABTU 24 JANUARI 2015
MASA AKTIVITI TINDAKAN
6.50 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
7.00 pagi Bertolak ke SK Perian
11.00 pagi Taklimat aktiviti Pengerusi
11.30-2.30 tengah
hari
Aktiviti mengecat tiang
pejalan kaki di kawasan
sekolah
Semua Guru PPG
TESL A dan TESL D
2.30 tengah hari Makan tengah hari AJK Makanan
1.00 tengah hari Aktiviti mengecat tiang
pejalan kaki di kawasan
sekolah
Semua Guru PPG
TESL
5.00 petang Sesi Bergambar dan
bersurai
Semua Guru PPG
TESL
PENDAFTARAN PESERTA GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(TESL C)
BIL Senarai Nama Pelatih IPGM TANDATANGAN
1 ALAMELU MANGGAI A/P PONNUSAMY IPGKBA2 FADILAH BT IDRIS IPGKBA3 MARINA DEVI A/P SHUNMUGAN IPGKBA4 MOHAMAD MUZAMIR B MOHAMAD YUZOF IPGKBA5 NOORCINDERELLA BT MOHD RADZI IPGKBA6 NORSHAFIZA SHAHDAN IPGKBA7 NUR FA’IZAH BT SULAIMAN IPGKBA8 RABAATUL ADAWIAH IPGKBA9 RANJIT KAUR A/P SARJAN SINGH IPGKBA10 ROHAYA BT MOHD NOOR IPGKBA11 SALIZA SALUDIN IPGKBA12 SANTHA KUMARI A/P KRISHNAN IPGKBA13 SRIDEWI A/P SUBRAMANIAM IPGKBA14 SUHER B SULAIMAN IPGKBA
SULITLAMPIRAN C – BIG PPG
[LAPORAN SAHSIAH OLEH PIHAK GURU BESAR/ PENTADBIR ]
LAPORAN SAHSIAH
PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 1/2/3/4
BAHAGIAN A – MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Sekolah
Alamat Sekolah
Poskod Daerah Negeri
No Tel
BAHAGIAN B = LAPORAN SAHSIAH PESERTA PPG ( 10 markah)
SEBELUM AKTIVITI1. Perancangan telah dibuat dengan teliti.2. Agihan tugas telah dibuat dengan terperinci.
SEMASA AKTIVITI 1. Aktiviti telah berjalan dengan lancar.2. Semua AJK terlIbat dapat bersama-sama semasa melaksanakan aktiviti tersebut.
SELEPAS AKTIVITI Laporan telah dibuat dalam bentuk hard copy dan soft copy
Saya mengakui bahawa laporan ini adalah benar dan saya bertanggungjawab di atas laporan ini.
Terima kasih.
Nama
Jawatan
Cop Rasmi
Tandatangan
Tarikh
Catatan: Laporan ini hendaklah dimasukkan dalam sampul surat untuk diserahkan kepada mentor.
Menu Kudapan Program Lawatan/Misi Bantuan PPG-SR 2015
Menu
Nasi Putih
Kari Ayam
Timun
Sambal Belacan
Kuih Karipap
Air Sirap