big AJK

5
Laporan Ahli Jawatan Kuasa Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran Kelas: T3 SN Jawatan: AJK Fotografi Sebelum Sebelum mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, kami telah memilih ahli jawatan kuasa untuk mengetuai dan melaksanakan program ini dengan berjaya. Saya telah dipilih sebagai AJK Fotografi. Saya telah mengambil gambar mesyuarat tersebut untuk tujuan pendokumentasian. Saya mencuba untuk mendapatkan kamera daripada bilik Mikro tetapi kamera-kamera yang ada di bilik tersebut digunakan untuk acara sukan. Maka, saya telah menggunakan kamera telefon bimbit saya untuk mengambil gambar untuk dokumentasian. Semasa Semasa mengadakan BIG, saya telah mengambil gambar bagi setiap perkara.Contohnya seperti destinasi ke sekolah sasaran kami iaitu SJK(T) Tun Sambanthan, ceramah, kelas-kelas sekolah tersebut dan sebagainya. Penggambilan gambar-gambar ini dapat digunakan unuk tujuan dokumentas dan juga sebagai kenangan manis. Selepas

description

gsdfgf

Transcript of big AJK

Laporan Ahli Jawatan KuasaNama: Jagathis A/L Ravi ChandranKelas: T3 SNJawatan: AJK Fotografi

SebelumSebelum mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, kami telah memilih ahli jawatan kuasa untuk mengetuai dan melaksanakan program ini dengan berjaya. Saya telah dipilih sebagai AJK Fotografi. Saya telah mengambil gambar mesyuarat tersebut untuk tujuan pendokumentasian. Saya mencuba untuk mendapatkan kamera daripada bilik Mikro tetapi kamera-kamera yang ada di bilik tersebut digunakan untuk acara sukan. Maka, saya telah menggunakan kamera telefon bimbit saya untuk mengambil gambar untuk dokumentasian.SemasaSemasa mengadakan BIG, saya telah mengambil gambar bagi setiap perkara.Contohnya seperti destinasi ke sekolah sasaran kami iaitu SJK(T) Tun Sambanthan, ceramah, kelas-kelas sekolah tersebut dan sebagainya. Penggambilan gambar-gambar ini dapat digunakan unuk tujuan dokumentas dan juga sebagai kenangan manis.SelepasSelepas kami pulang dari sekolah, saya telah memberikan gambar-gambar yang diambil kepada rakan kelas saya supaya mereka dapat mengunakan untuk membuat laporan dan dokumentasi serta sebagai kenangan.

Nama: Jagathis A/L Ravi ChandranKelas: T3SN

Laporan Penilaian KendiriSaya Jagathis A/L Ravi Chandran telah melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 di SJK (T) Tun Sambanthan. Dalam fasa ini, kami dikehendaki membuat penanda arasan terhadap sesuatu sekolah wawasan. Kami telah memilih SJK (T) Tun Sambanthan sebagai sekolah pilihan dan melaksanakan lawatan kami pada hari 1 Mac 2015 pada pukul 8 pagi.Saya telah mendapat pelbagai faedah daripada program ini daripada permulaan program hingga ke akhir program. Pertamanya, saya telah mempelajari kepentingan sifat kerjasama. Setelah diumumkan tentang program ini, kami telah membahagikan tugas dengan memilih Ahli Jawatan Kuasa. Saya dengan rakan sekelas saya, dapat merancang program ini dengan baik kerana kami masing-masing melaksanakan tugasan yang diberikan. Perkara ini adalah penting bagi setipa jiwa guru kerana sifat kerjasama akan membawa muafakat dan juga kejayaan dalam apa yang kita buat.Seterusnya, saya telah mempelajari sifat sanggup menerima apa-apa juga tugasan. Say telah diberikan tugasan sebagai AJK Fotografi dan saya telah menjadi sebagai AJK fotografi dalam banyak program. Saya ingin mencuba untuk AJK lain supaya saya dapat menimba pengetahuan dan pengalaman. Akan tetapi, saya memang dapat tugasan sebagai AJK Fotografi. Walaupun begitu, saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan melaksanakan tugasan saya dengan baik.Selain itu, saya juga mempelajari tentang ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Sekolah tersebut mempunyai pelbagai system yang teratur dan dijalankan dengan lancar sehingga kini. Antara sistem yang diamalkan dalam sekolah tersebut ialah sistem punch card. Sistem ini adalah untuk memastikan semua pelajar hadir ke sekolah dan mengelakkan les ponteng sekolah. Sekolah tersebut juga mempunyai susunan meja yang bercirikan kelas abad ke-21. Warna meja sekolah tersebut adalah warna-warni dan ia dapat menarik minat murid untuk belajar di persekitaran tersebut. Kelas tersebut dipenuhi dengan alat bantu mengajar yang dihasilkan sendiri oleh murid. Ini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan juga memupuk semangat dalam kalangan pelajar untuk minat membaca kerana ia merupakan hasil mereka. Perkara-perkara seperti ini akan saya laksanakan di sekolah saya pada masa depan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga secara holistik.Tambahan pula, ceramah yang diberikan oleh Guru besar sekolah tersebut memberikan semangat keguruan kepada diri saya. Beliau telah menyedarkan saya tentang kepentingan menjadi guru yang dapat mengkorban apa-apa sahaja demi kebaikan generasi yang akan datang. Beliau mengatakan sebagai seorang guru yang professional, kita tidak harus mementingkan wang dan ganjaran bagi memberikan ilmu kepada anak murid kita. Beliau juga mengatakan bahawa seorang guru mempunyai kuasa untuk menjana ataupun menghapuskan generasi yang akan datang. Di sini, saya menyedari betapa pentingnya profesion keguruan dalam satu negara. Saya berasa sangat bersyukur untuk menjadi guru dan saya beriltizam untuk menjadi guru yang professional dan melaksanakan tugasan saya dengan penuh dedikasi.Selain itu, sekolah tersebut tidak menanggung kos yang tinggi untuk memperolehi meja dan kerusi yang berwarna-warni dan rak buku yang besar. Mereka hanya menggunakan cat untuk mewarnakan meja dan kerusi serta membaiki rak dan almari yang uzur. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya fikiran kreatif dan kritis, kita dapat melaksanakan tugas yang susah dengan mudah dan juga dapat mengelakkan perbelanjaan yang tinggi. Di sini, saya mempelajari untuk berfikir secara kreatif dan kritis supaya, saya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dengan tidak mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi.Konklusinya, saya telah menimba banyak pengetahuan dan juga pengalaman yang baru melalui program ini. Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah saya Cik Joyce Ong Choon Kim, pihak sekolah dan juga rakan sekelas saya yang memberikan kerjasama untuk menjayakan program BIG Fasa ke-5 ini.