Big Benchmark

download Big Benchmark

of 5

Transcript of Big Benchmark

  • 7/30/2019 Big Benchmark

    1/5

    1.0 Pengenalan

    Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda dan aras pula

    merupakan istilah piawai yang digunakan untuk membandingkan prestasi sesebuah

    organisasi dengan prestasi organisasi pesaing, dengan tujuan untuk memperbaiki

    prestasi organisasi tersebut.

    Piawaian pula didefinisikan sebagai asas, rujukan dan sebagainya untuk

    dijadikan sebagai penentuan sesuatu seperti mutu dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi

    Kedua, 2008). Oleh itu, penanda aras akan membawa maksud tentang sesuatu yang

    dijadikan sebagai tanda untuk mengukur prestasi dan seterusnya memperbaiki prestasi

    tersebut.

    Penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik

    prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam

    industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan

    daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas

    dan leih murah.

    Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti,

    mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada

    organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan

    produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara

    menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai

    bidang.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Masahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masa
  • 7/30/2019 Big Benchmark

    2/5

    2.0 Tujuan Lawatan Penanda Aras

    Tujuan lawatan penanda aras ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran

    dan kefahaman kepada guru pelatih terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat,

    perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan sebagai

    panduan semasa berkhidmat kelak. Ini sangat penting dalam pelaksanaan tugas dan

    tanggungjawab profesional keguruan.

    Selain itu, tujuan lawatan penanda aras ini juga adalah memberi pendedahan

    kepada para guru pelatih semester 5 tentang keperluan pembentukan iklim dan budaya

    kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

    Disamping itu, tujuan lawatan penanda aras ini juga bertujuan untuk memberi

    pendidikan secara langsung kepada guru pelatih tentang kepentingan pembinaan iklim

    dan budaya kerja yang kondusif serta cara dan kualiti kepimpinan pendidikan di

    peringkat sekolah.

  • 7/30/2019 Big Benchmark

    3/5

    3.0 Laporan Reflektif

    3.1 Pengurusan

    Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai mempunyai seramai 44 orang guru

    termasuklah pentadbir sekolah dan 5 orang kakitangan sokongan. Guru Besar yang

    bertugas di sekolah ini adalah Encik Abu Bakar bin Mohd.

    Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai mempunyai pengurusan yang sistematik dan

    teratur. Semua pihak pengurusan dan kakitangan sekolah saling bekerjasama antara

    satu sama lain dan menjadikan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar.

    Pengurusan yang baik sangat penting supaya dapat memudahkan segala gerak kerja di

    sekolah tersebut.

    Pengurusan yang sistematik dan berkesan sangat penting supaya visi dan misi

    dapat dicapai. Ini sekaligus dapat menaikkan prestasi murid dan juga prestasi sekolah

    dalam bidang pendidikan.

    Pihak sekolah juga telah mengarahkan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk

    mendokumentarikan segala aktiviti dan juga penganjuran program di sekolah. Ini

    supaya rekod-rekod ini dapat disimpan untuk diaudit pada masa-masa tertentu.

    Pihak pentadbiran di sekolah ini lebih banyak memberi tumpuan terhadap

    kokurikulum murid untuk menaikkan nama sekolah kerana sekolah ini kurang

    menyerlah dari segi akademik. Namun begitu, pihak sekolah tetap tidak mengabaikan

    pencapaian dari segi kurikulum dan berusaha sedaya mungkin untuk menaikkan aspek

    ini.

  • 7/30/2019 Big Benchmark

    4/5

    Visi, misi dan etos Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai adalah seperti berikut :

    Visi Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai

    Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

    Misi Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai

    Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

    Etos Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai

    Berilmu dan Berakhlak Mulia Teras Kecemerlangan.

    Bagi mencapai visi, misi dan etos di atas, pihak sekolah telah melakukan

    pelbagai program dan aktiviti yang dapat menaikkan lagi potensi murid dan juga

    sekaligus akan dapat menaikkan nama sekolah. Jadi, semua warga sekolah perlu

    bekerjasama untuk mencapai perkara yang telah ditetapkan di atas.

  • 7/30/2019 Big Benchmark

    5/5

    3.2 Ciri-ciri Kepimpinan

    Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai diketuai oleh Encik Abu Bakar bin Mohd, iaitu

    Guru Besar di sekolah ini. Beliau juga turut dibantu oleh tiga orang penolong

    dibawahnya, iaitu Encik Manikam Muniandy sebagai penolong kanan pentadbiran,

    Puan Mazura bt. Ismail sebagai penolong kanan hal ehwal murid dan juga Puan

    Sabariah bt. Mohd Razak sebagai penolong kanan kokurikulum.

    Sekolah ini mempunya seramai 43 orang guru termasuk pentadbir sekolah. Guru

    lelaki di sekolah adalah seramai 10 orang dan selebihnya adalah guru wanita. Jumlah

    ini menunjukkan perbezaan yang ketara dalam bilangan guru mengikut jantina.

    Dari pemerhatian yang saya telah jalankan, saya mendapati bahawa pihak

    pentadbiran sekolah menggunakan kepimpinan secara demokratik. Semua guru yang

    berkhidmat di sekolah ini diberi peluang untuk menyuarakan pandangan masing-masing

    dalam suatu perkara. Oleh sebab jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pihak

    pentadbir sekolah ini membuatkan mereka disayangi dan dihormati oleh guru-guru

    biasa dan juga kakitangan sekolah. Pihak pentadbir juga senang untuk dibawa

    berbincang mengenai suatu masalah. Dengan itu, masalah yang dihadapi dapat diatasi

    seawal mungkin sekaligus dapat memudahkan urusan semua pihak.

    Selain itu, pihak pentadbir sekolah ini juga menunjukkan keprihatinan terhadap

    keperluan sekolah dan juga keperluan guru-guru yang memegang jawatan tertentu

    seperti guru pemulihan, guru pra-sekolah, guru-guru panatia dan guru-guru biasa.

    Dengan ini, semua pihak menerima layanan yang baik dan juga masalah keperluan dari

    segi kemudahan infrastruktur dan juga kewangan dapat diselesaikan dengan baik.