Big Guru Cemerlang

download Big Guru Cemerlang

of 9

description

BIG

Transcript of Big Guru Cemerlang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUN HUSSEIN ONN

KERTAS KERJALAWATAN BENCH MARKING(INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG)

TARIKH

TEMPATSK ORANG KAYA ALI ,MUAR,JOHOR

ANJURANUNIT KOKURIKULUMBERSAMAPELAJAR PPG KOHORT 2(SAINS 1 )AMBILAN FEB 2012

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Butiran Pelaksanaan

6.0 Senarai Peserta

7.0 Struktur Organisasi

8.0 Anggaran Perbelanjaan

9.0 Pengangkutan

10.0 Tentatif Atur cara

11.0 Penutup

1.0 PENGENALANProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pelaksanaan program BIG merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara.Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justeru, guru harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi terlebih dahulu sebelum membentuk murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN.Program BIG Fasa IV berlandaskan pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Aras ini merupakan elemen dalam tugasan BIG untuk mengadakan lawatan ke sekolah cemerlang atau sekolah harapan di kawasan sekitar. Bukan sahaja sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian dan perkongsian ilmu terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, dan infrastruktur di sekolah yang telah dipilih. Penekanan kepada aspek-aspek tersebut amat penting sebagai panduan kepada guru pelatih terhadap tanggungjawab profesion perguruan yang semakin mencabar.

2.0 RASIONALProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema ceramah yang akan diadakan berorientasi kepada guru cemerlang. Justeru, perkongsian oleh guru cemerlang semasa ceramah akan memberi pendedahan kepada para peserta tentang inovasi pedagogi, amalan pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri profesionalisme dan komitmen sebagai seorang guru cemerlang. Sewajarnya, para guru perlu memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, mengaplikasi pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-guru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

3.0 MATLAMATMatlamat sesi ceramah bersama Guru Cemerlang sekolah yang dipilih diharapkan dapat mendedahkan kepada para peserta mengenai ciri-ciri kepimpinan untuk melayakkan seseorang guru diberi pengiktirafan sebagai guru cemerlang di dalam dunia pendidikan. Pelajar diharapkan dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja berkualiti sepanjang memegang gelaran sebagai seorang pendidik. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru seperti ini amat diharapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara.4.0 OBJEKTIFSelepas mengikuti Program BIG Fasa IV/Lawatan Benchmarking para guru pelatih diharapkan dapat:4.1 Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.4.2 Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara pelaksanaan tugas.4.3 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mangaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.4.4 Menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran dan gelombang pendidikan.4.5 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat dengan komuniti pendidikan.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh: Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petangTempat: SK ORANG KAYA ALI, MUAR

6.0 PESERTA 19 orang guru ppg Sains 1.

Kumpulan Sains 1BILNAMA PELAJARBILNAMA PELAJAR

1Anida bt Sujak15

216

317

418

5Farahiyah bt Mohammed Ramly19Pn Noraini bt Abd Rahim

6Halimatun Saadiah bt Ramli20

7Hazwani

8Hazlin

9

10

11

12

13

14

MENTOR Pensyarah pembimbing dan penilai BIG : En Razali bin Hashim

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

PengerusiEn Ghazali

Naib PengerusiEn Muhammad Nizam

SetiausahaPn Arlina

Naib SetiausahaPn Farahiyah bt Mohd Ramli

BendahariPn Maria bt Sufian

Naib BendahariPn Norasyikin

AJK PengangkutanPn FaezahEn Fahmi

AJK DokumentasiVideoPn Noraini

Jurugambar Pn Halimatun

AJK Buku ProgramPn MazlinaPn fazliayaton

UrusetiaTn Hj Sam@NazriPn Hazwani

AJK PublisitiPn Anida bt Sujak

AJK Makanan dan MinumanPn NorasyikinPn Noor Fadilla

AJK Sijil dan HadiahPn NorainiPn Norlizah

AJK ProtokolEn GhazaliPn Farahiyah

AJK Siaraya/ Pengacara MajlisPn Halimatun

AJK KeselamatanPn Hazlin

AJK Kebersihan(sebelum dan selepas lawatan)Pn ZaimahSemua Peserta

8.0 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :BIL.PERKARAHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIJUMLAH (RM)

1Minum petang3.0060180.00

2Cenderahati:Guru Cemerlang20.00240.00

3.Plastik sampah7.001 bungkus7.00

JUMLAH227.00

* Semua perbelanjaan ditanggung oleh peserta sendiri.

9.0 PENGANGKUTAN Kenderaan persendirian

10.0 TENTATIF ATUR CARAMasaPerkara

2.00 - 4.00 petang

Slot 3: Interaksi Profesional bersama Guru Cemerlang Tema 1: Budaya Guru Cemerlang Tema 2 : Guru dan Budaya Inovasi

4.00 4.30 petangSesi soal jawab bersama Guru Cemerlang

4.30 5.00 petang- Majlis perasmian penutupan. - Pemberian cenderahati kepada pihak sekolah - Sesi bergambar

5.00 petang- Bertolak pulang

11.0 PENUTUPSegala kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Selain itu, impak sepanjang program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang memiliki ketrampilan peribadi dan jati diri yang unggul. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalaman amat perlu dalam diri seorang guru agar menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi gelombang pendidikan di era globalisasi.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

.......................................... (Pn Arlina ) (En Razali bin Hashim)Setiausaha, Pensyarah Pembimbing BIG PPG Kohort 2, PPG Kohort 2,Kumpulan SAINS 1 Kumpulan SAINS 1 IPG Kampus Tun Hussein Onn, IPG Kampus tun Hussein Onn,Batu Pahat Batu Pahat.