Big Refleksi Etiket Sosial

3
REFLEKSI KENDIRI BIG FASA 3 Pada awal Januari 2014, saya telah menerima tugasan ini daripada Penyelaras BIG semasa sesi taklimat IPG Ipoh. Daripada taklimat yang disampaikan saya dikehendaki melaksanakan tugasan membina projek angkat sekolah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan guru besar dan rakan-rakan setugas yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Setelah memikirkannya saya memilih untuk membina sudut Pengakap. Oleh itu, untuk menjayakan projek ini saya bekerjasama dengan semua guru penasihat pasukan pengakap sekolah. Satu masalah utama yang saya hadapi ialah memilih lokasi untuk dijadikan sudut Pengakap. Hasil tinjauan, saya memilih ruang legar bangunan Blok A. Cabaran seterusnya ialah memilih untuk bahan, alat dan perkara yang perlu untuk dimuatkan di sudut pengakap tersebut. Dengan bantuan dan idea daripada rakan-rakan serta rujukan di internet, saya berjaya mendapat idea yang sesuai untuk sudut pengakap itu. Dalam proses menyiapkan sudut pengakap ini, banyak ilmu pengakap yang saya perolehi. Dari situ barulah saya tahu banyak kelemahan serta kekuanngan saya dalam berpengakap. Namun yang paling utama ialah kerjasama erat daripada semua guru terutamanya guru-guru pengakap. Saya yakin sudut pengakap ini mampu memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid-murid saya terutamanya ahli-ahli pengakap.

description

BIG

Transcript of Big Refleksi Etiket Sosial

Page 1: Big Refleksi Etiket Sosial

REFLEKSI KENDIRI BIG FASA 3

Pada awal Januari 2014, saya telah menerima tugasan ini daripada Penyelaras

BIG semasa sesi taklimat IPG Ipoh. Daripada taklimat yang disampaikan saya

dikehendaki melaksanakan tugasan membina projek angkat sekolah. Alhamdulillah,

saya sangat bersyukur kerana dikurniakan guru besar dan rakan-rakan setugas yang

sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Setelah memikirkannya saya

memilih untuk membina sudut Pengakap. Oleh itu, untuk menjayakan projek ini saya

bekerjasama dengan semua guru penasihat pasukan pengakap sekolah.

Satu masalah utama yang saya hadapi ialah memilih lokasi untuk dijadikan sudut

Pengakap. Hasil tinjauan, saya memilih ruang legar bangunan Blok A. Cabaran

seterusnya ialah memilih untuk bahan, alat dan perkara yang perlu untuk dimuatkan di

sudut pengakap tersebut. Dengan bantuan dan idea daripada rakan-rakan serta rujukan

di internet, saya berjaya mendapat idea yang sesuai untuk sudut pengakap itu.

Dalam proses menyiapkan sudut pengakap ini, banyak ilmu pengakap yang saya

perolehi. Dari situ barulah saya tahu banyak kelemahan serta kekuanngan saya dalam

berpengakap. Namun yang paling utama ialah kerjasama erat daripada semua guru

terutamanya guru-guru pengakap. Saya yakin sudut pengakap ini mampu memberi ilmu

pengetahuan yang berguna kepada murid-murid saya terutamanya ahli-ahli pengakap.

Kekuatan yang saya dapati dalam melaksanakan projek angkat ini ialah

kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja meskipun projek itu hanya projek

angkat sahaja. Selain itu, persediaan kami untuk melaksanakan projek ini telah

mendedahkan kami dengan pelbagai ilmu kepengakapan. Banyak perkara yang tak

pernah kami ketahui telah dapat kami ketahui semasa melaksanakan projek ini.

Kelemahan saya pula,ialah saya kurang berkeyakinan untuk melaksanakan projek

ini kerana banyak kos dan komitmen yang perlu saya hadapi. Selain itu, masalah ruang

yang sesuai juga merupakan cabaran besar yang perlu saya hadapi.

Page 2: Big Refleksi Etiket Sosial

Penambahbaikannya ialah, setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan

awal dengan komitmen yang tinggi.. Selepas ini, saya akan lebih mengambil perhatian

dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi. Sebagai seorang guru terutamanya

guru unit uniform saya tidak sepatutnya menangguh-nangguhkan setiap tanggungjawab

yang diberi.Tambahan lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah

bersikap berani untuk tampil ke hadapan dan berhadapan dengan pelbagai karenah

murid-murid.

Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan

penambah baikan bagi meningkatkan kualiti seseorang guru pada masa akan datang.

Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk

mengubah cara pengurusan projek agar lebih berkesan lagi . Semua tugasan ini saya

dan kumpulan sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada

puan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini

kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.

Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna

apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya

dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.