Big Sem 6 Refleksi

3
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU Program Bina Insan Guru merupakan salah program yang membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang berkaliber serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat selaras dengan perkembangan masa. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu tujuh jam dan tiga jam bengkel ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari terutamanya dalam bidang Pendidikan Jasmani. Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP SEM 6 PJ/PK/ BM A dan PISMP SEM 6 PJ/PK/BM B serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih SEKOLAH MODEL KHAS BALING yang terletak di Baling, Kedah. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami disebabkan oleh pencapaian dan prestasi pelajar yang semakin meningkat dalam peperiksaan awam dan menempa nama dalam bidang kokurikulum. Kami juga mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai seorang guru Pendidikan Jasmani cemerlang yang boleh membimbing kami dengan segala pengalaman yang ada pada beliau.

description

REFLEKSI BIG SEM 6

Transcript of Big Sem 6 Refleksi

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJUProgram Bina Insan Guru merupakan salah program yang membina dan menerapkan nilai-nilai murnidan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang berkaliber serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat selaras dengan perkembangan masa. Segalapengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalahberteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyatdan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.

Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu tujuh jam dan tiga jam bengkel ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari terutamanya dalam bidang Pendidikan Jasmani.Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP SEM 6 PJ/PK/ BM A dan PISMP SEM 6 PJ/PK/BM B serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih SEKOLAH MODEL KHAS BALING yang terletak di Baling, Kedah. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami disebabkan oleh pencapaian dan prestasi pelajar yang semakin meningkat dalam peperiksaan awam dan menempa nama dalam bidang kokurikulum. Kami juga mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai seorang guru Pendidikan Jasmani cemerlang yang boleh membimbing kami dengan segala pengalaman yang ada pada beliau.Bagimenjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai biro peralatan program. Bidang tugas ini adalah sesuatu yang baru kepada saya, namun saya menerima tanggungjawab ini dengan sepenuh hati saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna semasa di sekolah kelak. Setelah, itu saya dan rakan rakan saya telah mengadakan perbincangan mengenai alatan yang perlu dibawa. Didapati, bahawa sekolah tersebut memiliki alatan yang kami mahukan. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk tidak membawa alatan.Lawatan kami telah diadakan seperti yang dirancang iaitu pada 29 Julai 2012 dan kami telah merancangkan dua sesi sepanjang lawatan disekolah tersebut. Sesi pertama dijalankan di Bilik mesyuarat di mana sesi ini lebih berbentuk taklimat dan penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara pentadbiran yang sistematik dilaksanakan oleh pihak sekolah. Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan daripada pihak sekolah. Selepas itu guru cemerlang Pendidikan Jasmani, Puan Maliza bt. HJ Bahatin memberikan ceramah. Beliau memberi ceramah mengenai bagaimana beliau menggunakan pendidikan luar sebagai satu media untuk menerapkan kesedaran tentang nilai nilai kehidupan kepada murid murid. Beliau juga mengenalkan hobi beliau iaitu mendaki gunung kepada murid bagi mendekatkan murid murid kepada alam semula jadi.Selain daripada faktor disiplin, faktor guru-guru juga telah menyumbang kepada pencapaian sekolah tersebut. Kebanyakan guru-guru di sekolah ini sangat komited terhadap kerjaya mereka dan sanggup berkorban untuk memastikan pelajar-pelajar mereka berjaya. Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa peka terhadap perkembangan murid dan tingkah lakunya supaya mereka tidak tercicir dan mampu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat yang berdaya saing. Akhir kata, program BIG Penanda Aras telah dilaksanakan dengan sempurna serta ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah berguna bagi menjadi seorang guru yang berwibawa pada masa akan datang.