BIL 1 (JANUARI 2017) Minda Kaunseling 2017 - JobShop Kaunseling... · pra modul program motivasi...

2
Minda Kaunseling 2017 BIL 1 (JANUARI 2017) TAKWIM AKTIVITI KAUNSELING Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT 1. PROGRAM KENALI DIRI MELALUI ALAT UJIAN PSIKOLOGI 15/3/2017, 29/3/2017 24/5/2017, 13/9/2017 20/10/2017, 28/11/2017 ACIS/ FKA/ FKM/ FSG /FKE /FKK 2. PROGRAM KONFERENSI KES KAUNSELING / PERKONGSIAN ILMU 8/2/2017, 21/2/2017, 1/3/2017, 15/8/2017, 26/9/2017, 24/10/2017 BILIK MESYUARAT PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 3. PROGRAM 2CNR 13/4/2017, 19/5/2017, 13/10/2017, 27/10/2017 PUSAT KHIDMAT PELAJAR UITM SEKSYEN 7 4. UNIVERSITY MOTIVATOR COMPETITION (UMAC) 2017 24-26/3/2017 PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 5. PROGRAM TERAPI KAUNSELING 30/3/2017, 27/4/2017, 16/5/2017, 19/9/2017, 3/10/2017, 7/11/2017 BILIK SEMINAR PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 6. PROGRAM KLINIK KAUNSELING 20/4/2017, 12/5/2017, 5/10/2017, 17/10/2017 DEWAN KULIAH FAKULTI 7. COUNSELLING FOR ACADEMIC SUCCES (C4AS) TRAINING OF TRAINERS PRA MODUL PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 2/3/2017 18-24/3/2017 1/4/2017 BILIK MESYUARAT PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING/ FAKULTI YANG TERLIBAT 8. PROGRAM COUNSELLING OUTREACH 10/3/2017, 23/3/2017, 5/4/2017, 19/4/2017, 11/5/2017, 17/5/2017 KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

Transcript of BIL 1 (JANUARI 2017) Minda Kaunseling 2017 - JobShop Kaunseling... · pra modul program motivasi...

Minda

Kaunseling 2017

BIL 1 (JANUARI 2017)

TAKWIM AKTIVITI KAUNSELING

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT

1. PROGRAM KENALI DIRI MELALUI ALAT UJIAN PSIKOLOGI

15/3/2017, 29/3/2017 24/5/2017, 13/9/2017 20/10/2017, 28/11/2017

ACIS/ FKA/ FKM/ FSG /FKE /FKK

2.

PROGRAM KONFERENSI KES KAUNSELING / PERKONGSIAN ILMU

8/2/2017, 21/2/2017, 1/3/2017, 15/8/2017, 26/9/2017, 24/10/2017

BILIK MESYUARAT PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING

3. PROGRAM 2CNR

13/4/2017, 19/5/2017, 13/10/2017, 27/10/2017

PUSAT KHIDMAT PELAJAR UITM SEKSYEN 7

4. UNIVERSITY MOTIVATOR COMPETITION (UMAC) 2017

24-26/3/2017 PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING

5. PROGRAM TERAPI KAUNSELING 30/3/2017, 27/4/2017, 16/5/2017, 19/9/2017, 3/10/2017, 7/11/2017

BILIK SEMINAR PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING

6. PROGRAM KLINIK KAUNSELING

20/4/2017, 12/5/2017, 5/10/2017, 17/10/2017

DEWAN KULIAH FAKULTI

7. COUNSELLING FOR ACADEMIC SUCCES (C4AS) TRAINING OF TRAINERS PRA MODUL PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR

2/3/2017 18-24/3/2017 1/4/2017

BILIK MESYUARAT PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING/ FAKULTI YANG TERLIBAT

8. PROGRAM COUNSELLING OUTREACH

10/3/2017, 23/3/2017, 5/4/2017, 19/4/2017, 11/5/2017, 17/5/2017

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

Sindrom 4K Artikel: Pn Nurulaini Muhiyuddin K.B.,P.A.

Susunan & Ilustrasi: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

Sindrom 4K merujuk kepada 4 perkara yang menjadikan mahasiswa tidak aktif serta lemah dari segi kepimpinan dan keterampilan serta tidak mencapai

keputusan akademik yang memberangsangkan. Keempat-empat perkara dalam Sindrom 4K sebenarnya mempunyai hubungkait di antara satu sama lain.

Pada asasnya para pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi sudah pastinya mempunyai matlamat untuk menamatkan

pelajaran dengan jayanya. Namun, akibat kurangnya kemahiran daya tindak, salah mengurus diri serta pengaruh rakan sebaya telah menyumbang

kepada hilangnya motivasi belajar dan kurang daya saing. Tidak dinafikan, cabaran media massa juga memainkan peranan yang besar dalam menjadi

penyumbang kepada terjadinya sindrom 4K.

KULIAH:

Walaupun pelajar menghadirkan diri ke kuliah atau kelas pengajian, tetapi

pelajar tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran.

Sebaliknya mereka berkhayal, berbual mahupun leka bermain aplikasi

telefon.

KAFE:

Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melepak di kafe-kafe sehingga

lewat malam. Fenomena ini dapat dilihat di restoran yang terletak

berdekatan pusat pengajian dan rumah penginapan pelajar. Kadangkala,

perkhidmatan internet percuma menjadi modal kepada pelajar untuk

menghabiskan masa berjam-jam di kafe. Ada juga pelajar yang berbual

kosong hanya untuk mengisi masa.

KATIL:

Pelajar menghabiskan masa senggang dengan tidur sepanjang hari. Alasan

mengantuk kerana berjaga malam untuk menyiapkan tugasan atau

ulangkaji. Pelajar menjadi aktif pada waktu malam namun letih dan

mengantuk pada siang hari. Hal ini sepatutnya tidak terjadi jika pelajar tidak

bertangguh sehingga ke saat akhir serta bijak menguruskan waktu dan diri.

KOMPUTER:

Kecanggihan aplikasi komputer, permainan video yang interaktif serta

keasyikkan alam maya membuatkan pelajar leka serta tenggelam dalam

dunianya sendiri. Ketagihan permainan komputer serta gajet-gajet lain

menjadi punca kepada kurangnya tidur dan seterusnya menyebabkan

keletihan, mengantuk serta tidak fokus ketika menghadiri kuliah.

MAKAN SECARA SIHAT :

Makan dan minum air mengikut keperluan badan. Makan secara

berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit,

malah boleh mengganggu fungsi otak yang amat penting semasa proses

pembelajaran malah dalam kehidupan seharian. Makanan-makanan ringan

atau lebih dikenali sebagai “junk food” sebaik-baiknya dielakkan, begitu

juga pengambilan karbohidrat berlebihan serta minuman manis.

Sebaliknya, pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian

adalah amat digalakkan.

BERSENAM DAN BERSUKAN :

Bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dengan

pertambahan intensiti secara beringkat akan memberi manfaat kepada

tubuh badan. Kajian menunjukkan bahawa bersenam memberi kesan

kepada fizikal, psikologi dan emosi. Terdapat pelbagai cara untuk

bersenam sama ada dengan menggunakan peralatan mahupun tidak.

Bersenam secara berkumpulan bukan sahaja menyihatkan badan malah

memupuk silaturrahim sesama insan. Aktiviti senaman dan bersukan pada

lewat malam pula perlu dielakkan kerana akan menyebabkan badan aktif

pada jangka masa yang lama dan akan menganggu persediaan badan

untuk tidur.

TIDUR :

Tidur secukupnya iaitu 6 hingga 8 jam sehari dapat memberi pengaruh

yang besar kepada badan dan fungsi otak. Ia dapat memulihkan badan

dan mengembalikan tenaga yang telah hilang. Tidur yang cukup juga

membantu individu untuk kembali fokus dan bertenaga pada keesokan

hari. Namun begitu, tidur berlebihan (hipersomnia) pula akan

menyebabkan kesan negatif kepada badan seperti cenderung untuk

mendapat penyakit seperti kencing manis dan sakit jantung.

APAKAH 4K TERSEBUT ???

ATASI DENGAN CARA HIDUP

YANG SIHAT...

SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/198126 http://www.ismaweb.net/2016/10/sindrom-4k-punca-prestasi-rendah-mahasiswa/ http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bersukan-mampu-elak-sindrom-4k-1.570836