PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

50
PROSES KAUNSELING TAJUK 2

Transcript of PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Page 1: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

PROSES KAUNSELING

TAJUK 2

Page 2: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• KAUNSELOR– individu yg mendapat didikan secara formal dlm bidang

kaunseling, mempunyai pendedahan dlm ilmu psikologi, berkemahiran, mempunyai lesen, dan mempunyai ciri-ciri seorang profesional

• KLIEN– individu yg bertemu kaunselor utk mendapatkan

perkhidmatan kaunseling utk membantunya membuat keputusan, mengatasi dilema, konflik dan kemusykilan yg sedang dihadapi

Page 3: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• EMPAT cara klien terlibat dgn perkhidmatan kaunseling

– SUKARELA– CADANGAN– RUJUKAN– PAKSAAN

Page 4: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Proses kaunseling adalah seni:

• Seni mendengar dan berkomunikasi dengan cara memberi perhatian mendalam dan menunjukkan belas kasihan.

• Melalui pendegaran, kaunselor berusaha untuk melihat dan merasa dari perspektif kaca mata klien.

• Kaunselor harus sensitif dengan perspektif klien dan bantu mereka menyedari kekuatan dan kecantikan yang tersebunyi.

• Proses kaunseling disduaikan dengan kepelbagaian isu sepeti jantina, budaya dan kepercayaan.

Page 5: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Proses kaunseling adalah sains:

• Mencetuskan kesimbangan dalam aspek dimensi yang lebih bersifat objektif berbanding kesenian dalam kaunsleing yang bersifat subjektif.

• Menggunakan kaedah saintifik untuk memahami setiap perkara yang berlaku sepanjang proses kaunseling berlangsung.

Page 6: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

6 PERINGKAT PROSES KAUNSELING

• Kebanyakan sesi kaunseling berlanjutan selama lebih kurang 50 minit.

• Apa yang berlaku dalam setiap sesi adalah bergantung kepada keperluan klien dan pendekatan personal yang dilakukan oleh kaunselor.

• Walaupun variasi masa kaunseling mungkin berbeza namun pada asasnya, terdapat 6 peringkat dalam proses kaunseling:

Page 7: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

1. Membina hubungan2. Pengukuran dan diagnosis3. Membina matlamat4. Intervensi dan penyelesaian masalah5. Penamatan dan susulan6. Penyelidikan dan penilaian

Page 8: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

1. Membina Hubungan

Page 9: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Jantung kepada proses kaunseling• Syarat utama dalam membina hubungan:

1. Empati2. Penghargaan positif3. Keharmonian4. Hormat5. Secara langsung6. Konfrontasi7. Konkrit8. Self-disclosure

Page 10: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Syarat Utama Definisi Tujuan

Empati Melahirkan rasa prohatin dan memahami

Mewujudkan keserasian, meningkatkan kefahaman tentang klien, dan menggalakkan eksplorasi kendiri tentang klien

Penghargaan positif

Memberitahu klien bahawa mereka mempunyai nilai dan harga sebagai seorang manusia

Untuk menggalakkan penerimaan klien sebagai individu yang berharga tanpa dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku klien

Keharmonian Bertingkah laku yang konsisten dengan pemikiran dan perasaan

Supaya interaksi bersama klien adalah tulen dan tidak berpura-pura

Secara langsung Berkomunikasi secara here and now tentang apa yang berlaku dalam sesi kaunseling

Untuk menggalakkan komunikasi 2 hala secara langsung antara kaunselor dan klien

Page 11: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Syarat Utama Definisi Tujuan

Konfrontasi Mengenal pasti perbezaan dalam apa yang dikatakan oleh klien (antara penyataan dan tingkah laku non-verbal)

Membantu klien memahami dengan jelas dan tepat tentang diri mereka sendiri dan juga persekitarannya

Konkrit Membantu klien membincangkan tentang diri mereka secara lebih spesifik

Membantu klien fokus terhadap isu yang relevan

Self-disclosure Membenarkan orang lain tahu tentang diri sendiri

Untuk meningkatkan komunikasi kaunseling yang relevan, meningkatkan penilaian klien terhadap kaunselor, dan meningkatkan kesediaan klien untuk terus mendapatkan kaunseling

Page 12: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

2. Pengukuran dan Diagnosis

Page 13: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Membantu kaunselor membentuk kefahaman yang lebih mendalam dan mengenal pasti kecelaruan mental yang memerlukan lebih perhatian.

• Prosedur pengukuran:– Pengukuran standard - kuantitatif– Pengukuran tidak standard - kualitatif

Page 14: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

3. Membina Matlamat

Page 15: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Fungsi matlamat dalam kaunseling:– Motivasi• Matlamat berfungsi sebagai motivasi apabila klien

menglibatkan diri dalam pembentukan matlamat• Terutama jika matlamat yang dibina jelas, konkrit dan

spesifik.• Perlu ada komitmen secara lisan dalam menentukan

matlamat.

Page 16: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

– Pendidikan• Melalui matlamat yang diharapkan, klien dapat

mempelajari kemahiran dan tingkah laku baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan fungsi mereka dalam pelbagai situasi.

– Penilaian• Matlamat yang jelas memberi peluang kepada

kaunselor dan klien untuk menilai pergerakan dalam proses yang ingin dicapai.

Page 17: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Matlamat kaunseling boleh dalam bentuk matlamat proses atau matlamat hasil.

• Matlamat proses:– adalah usaha ke arah memastikan proses

kaunseling berjalan lancar.– Merupakan tanggungjawab kaunselor

Page 18: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Matlamat hasil:– Apa yang diharapkan oleh klien untuk

menyempurnakan sesi kaunseling.– Kaunselor dan klien harus bersetuju terhadap

matlamat hasil tersebut, dan mngubahsuainya jika perlu.

Page 19: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Terdapat 5 jenis matlamat hasil iaitu:– Perubahan tingkah laku– Kemahiran daya tindak– Cara membuat keputusan– Memperbaiki hubungan

Page 20: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

4. Intervensi dan Penyelesaian Masalah

Page 21: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Selepas menetapkan matlamat, maka kaunselor dan klien boleh menentukan apakah jenis strategi intervensi untuk dilaksanakan.

• Pelbagai jenis intervensi seperti kaunseling individu, kumpulan, pasangan dan keluarga.

• Kebaikan jika melibatkan klien dalam pemilihan intervensi mengelakkan pemilihan intervensi yang klien mungkin rasa tidak selesa atau jemu.

Page 22: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Strategi penyelesaian masalah:

• Dixon dan Glover (1984) – semua proses kaunseling dan psikoterapi adalah proses penyelesaian masalah.

• Pelbagai pendekatan penyelesaian masalah boleh digunakan dalam proses kaunseling

Page 23: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Model 6 Peringkat Penyelesaian Masalah Kanfer dan Busemeyer:– Mengenal pasti masalah– Memberi definisi terhadap masalah– Mengenal pasti pelbagai penyesaian alternatif– Membuat keputusan– Melaksanakan keputusan– mengesahkan

Page 24: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

5. Penamatan dan Susulan

Page 25: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Setelah matlamat dicapai, sama ada secara jelas atau kabur bagi kedua-dua pihak kaunselor dan klien, maka sesi kaunseling boleh ditamatkan berdasarkan persetujuan antara kaunselor dan klien.

• Proses penamatan yang positif adalah bergantung kepada:– Perbincangan diakhir sesi– Ulasan tentang sesi kaunseling yang telah berlaku– Hubungan yang rapat antara kaunselor dan klien– Perbincangan tentang perancangan sesi pos-kaunseling.

Page 26: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

6. Penyelidikan dan Penilaian

Page 27: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Penyelidikan dan penilaian boleh berlaku disepanjang proses kaunseling berlangsung atau selepas penamatan sesi kaunseling.

• Pendekatan Kualitatif– Guna reka bentuk kajian kes– Prosedur interaksi dua hala antara kaunselor dan

klien

• Pendekatan Kuantitatif

Page 28: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

KEMAHIRAN MENDENGAR

Page 29: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Memainkan peranan penting dalam kaunseling• Mendengar adalah prosedur yang dapat membantu klien

bercerita dan rasa selesa apabila ada individu yang memberi perhatian dan menunjukkan minat.

• Mendengar adalah proses yang kompleks terdiri daripada aktiviti:– memberi perhatian terhadap bahasa lisan dan tubuh badan yang

disampaikan oleh klien, – menggalakkan klien untuk mengekspresikan dirinya secara bebas, – membentuk kefahaman fenomenologi tentang klien, dan – bertindak balas dengan cara yang betul.

Page 30: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Kategori Konsep Mendengar

1. Kemahiran mendengar utama:– Fokus terhadap menjana kefahaman

fenomenologikal tentang klien seperti soalan open ended, parapharasing, refleksi perasaan, kata penggalak, komen penjelasan, rumusan, semak persepsi

2. Kemahiran mendengar sekunder:– Kemahiran yang dapat membantu dalam

peningkatan kemahiran utama seperti normalizing, structuring.

Page 31: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Kemahiran Mendengar Utama

• Soalan open ended– Guna soalan terbuka seperti : Apakah yang ingin

anda katakan?” membuka kepada jawapan yang luas

Page 32: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Parapharasing– Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien– Nyatakan semula (restate) isi utama sebagai rumusan tepat dan padat

mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasa lebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan.

– Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesej klien. Perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap parafrasa yang telah dibuat. Klien selalunya akan mengangguk atau meneruskan kenyataannya. Pembimbing juga boleh meminta maklum balas dari klien bagi mengesahkan atau menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu kefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien meneroka isunya lebih mendalam lagi.

Page 33: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Klien : Saya rasa pada semester ini saya akan dapat memperbaiki CGPA saya. Rakan rakan saya amat membantu saya dengan tugasan yang bertimbun. Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira dengan pencapaian semua ujian pertama saya"

• Kaunselor: Nampaknya, anda amat berpuashati dengan tugasan dan ujian pertama anda

• Klien: Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini.

Page 34: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Reflection of Feeling– Kaunselor membuat refleksi tentang apa yang dia

fikir mengenai perasaan klien ketika itu

Page 35: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Minimal Encourager– Bermaksud mendorong klien untuk terus bercakap

dan berkongsi. – Ini meliputi penggunaan bahasa badan seperti

mengganggukkan kepala, menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan bualannya

– menggunakan perkataan seperti “uh-hum” atau “Ya..ya” atau mengulang satu dua perkataan klien.

Page 36: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Clarifying Remarks– Gunakan soalan terbuka agar klien tidak menjawab dengan 'ya' atau

'tidak' sahaja.– Elakkan meminta terlalu banyak penjelasan pada satu masa yang

sama. Elakkan soalan yang terla lu mengarah (leading).– Elakkan menyoal atau meminta penjelasan seolah olah klien sedang

dibicarakan di mahkamah (Cross examination)– Seandainya anda kabur atau keliru, akui kekaburan tersebut.– Cuba nyatakan semula apa yang anda rasa anda telah dengar melalui

parafrasa ataupun minta penjelasan lanjut.

Page 37: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Summarizing– Menyatakan semula permasalahan besar yang

telah disebut oleh klien. – Summarizing boleh mebnatu dalam perception

check dan strategi penyelesaian masalah.

Page 38: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Perception Check– menyemak ketepatan pengamatan pembimbing mengenai apa yang

disampaikan oleh klien atau apa yang ditunjukkan melalui non verbal klien semasa sesi

– Parafrasa apa yang anda rasa telah dengar– Nyatakan apa persepsi anda dan minta pengesahan klien mengenai

ketepatannya– Benarkan klien membetulkan persepsi anda itu jika ianya tepat. Jika

tepat berikan penghargaan kepada klien atas semakan tersebut.– Elakkan menyatakan persepsi anda berbentuk penilaian atau

penghakiman terhadap diri klien. – Klien tidak mahu dirinya dinilai.

Page 39: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Kaunselor: (Klien asyik mengubah cara duduk dan melihat jam) "Nampaknya anda tidak selesa dengan saya, apakah ini betul?"

• Kaunselor: "Saya merasa keliru sedikit. Anda menyatakan anda amat merindui kampung, sedangkan beberapa minit tadi anda menyata kan anda

tidak sanggup bertentang mata jika bertemu dengan ibu masa cuti semester ini. Saya dapat

merasakan satu perasaan yang bertentangan terhadapnya. Adakah ini seperti yang saudari rasakan?"

Page 40: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Kemahiran Mendengar Sekunder

• Normalizing– Bantu klien memahami bahawa apa yang dilalui

adalah reaksi normal dalam kehidupan.– Ini boleh mengurang tekanan yang dihadapi oleh

klien, dan klien boleh fokus terhadap usahanya ke arah pemulihan.

Page 41: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Penstrukturan– Menjelaskan peranan dan fungsi kaunselor dan

klien dapat memberi rasional kepada klien tentang apa yang kaunselor lakukan dalam proses kaunseling

– Membantu dalam meningkatkan motivasi klien untuk meneruskan sesi

Page 42: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Probing– Bertanyakan soalan yang lebih spesifik– Soalan tersebut sangat penting dalam usaha untuk

memahami situasi klien

Page 43: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Counseling VignetteKaunselor : Apa yang anda mahu perkatakan? (Open Ended)

Klien : Anak saya amat membimbangkan hati saya.

Kaunselor : Tentang apa? (Open ended)

Klien : Dia berkawan dengan seseorang lelaki yang tua 15 tahun daripadanya.

Kaunselor : Itu memang boleh membimbangkan sesiapa sahaja (Normalizing)

Klien : Saya hanya merasakan bahawa lelaki itu terlalu dewasa berbanding dia.

Kaunselor : Nampaknya ini memang membimbangkan awak. (Reflection of feeling)

Klien : Memang pun.

Kaunselor : Boleh beritahu saya lebih lagi tentang perasaan bimbang yang awak rasakan? (Open ended)

Klien : Saya memang tidak tahu hendak mulakan bagaimana.

Page 44: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Kaunselor : HmmMungkin awak boleh mulakan dengan memberitahu saya umur anak. (Probing)

Klien : Ya. Dia berumur 17 tahun.

Kaunselor : Bagaimana keadaan itu menyebabkan awak bimbang anak perempuan awak berusia 17 tahun berkawan dengan lelaki berusia 32 tahun? (Open ended)

Klien : Saya rasa bahawa dia akan mengambil kesempatan keatas anak saya dengan melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

Kaunselor : Awak benar-benar bimbang akan kedaan ini. (Reflection of feeling)

Klien : Apa yang terjadi sangat tidak masuk akal bagi saya. Ianya sangat gila.

Kaunselor : Saya agak kurang faham apa yang awak maksudkan. Boleh awak jelaskan satu persatu? (Paraphrase)

Klien : Kadang-kadang saya rasa dia mengharapkan seseorang yang lain daripada saya.

Kaunselor : Mencari sesuatu atau seseorang yang telah hilang? (Paraphrase)

Klien : Saya rasa saya tidak mencukupi bagi dirinya.

Kaunselor : Hmm… (Minimal encourager)

Page 45: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

Klien : Ye..saya rasa saya seorang bapa yang tidak berguna.

Kaunselor : Awak sememangnya mempunya emosi negatif yang sangat kuat sekarang ini. (Reflection of feeling)

Klien : Ya. Saya rasa saya boleh buat buku dengan perasaan saya itu. Isteri saya kata saya mempunyai rasa rendah diri yang sangat kuat. Saya rasa hidup saya sangat bermasalah. Mungkin saya hanya perlu bercakap tentang satu masalah sahaja.

Kaunselor : Tidak, dalam kaunseling kami mahu dapatkan dahulu latar belakang permasalahan terutama pada peringkat awal kaunseling. (Structuring)

Klien : Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Kaunselor : Baik, setakat ini kita telah mengenal pasti beberapa masalah tentang anak perempuan awak, teman lelakinya dan perasaan awak sendiri. (Summary)

Klien Ya, betul.

Kaunselor : Ada apa-apa lagi yang awak rasa perlu untuk beritahu pada saya? Atau adakah awak mahu kita fokus pada permasalahan ini sahaja? (Perception check).

Page 46: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH KAUNSELOR

BARU

Page 47: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Fokus terhadap isu permulaan yang dibincangkan dalam sesi kaunseling.

• Terlepas pandang isu masalah fizikal dan perubatan.

• Cenderung untuk menyelamatkan klien dari kesedihan.

• Mengharapkan kesempurnaan• Tanggapan tidak realistik

Page 48: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Menggunakan teknik yang kurang berkesan.• Pasif atau ‘hilang’ secara tiba-tiba semasa

proses kaunseling berlangsung.• Menggunakan frasa yang kurang tepat seperti:– Soalan ‘kenapa’– “Saya tahu apa yang awak rasa” – menunjukkan

kaunselor juga mengalami situasi yang sama.– “Biar saya beritahu apa yang akan saya lakukan ika

berada di tempat awak”.

Page 49: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Mempunyai perasaan berlebihan untuk membantu

• Mempunyai perasaan berlebihan untuk disukai oleh klien

• Menjadi terlalu emosional• Mengambil sesuatu perkara menjadi terlalu

personal – contohmya kaunselor berlagak seperti ibu yang menasihati anak

Page 50: PSIKOLOGI KAUNSELING proses kaunseling

• Sukar untuk membezakan normal dan abnormal.

• Tidak pasti dengan ‘self disclosure’• Tidak pasti dengan isu kerahsiaan

(confidentiality)