BIL...2 JAN-MAC 2018 Memperkukuhkan Keusahawanan Keusahawanan kini menjadi bidang yang diminati...
Transcript of BIL...2 JAN-MAC 2018 Memperkukuhkan Keusahawanan Keusahawanan kini menjadi bidang yang diminati...
M E R E A L I S A S I A S P I R A S I U S A H A W A N
BIL612018
04 KASIHPKNS 16 kem PERINTIS
USAHAWAN 50 PROJEK pknsVR2
JAN-MAC 20182
Memperkukuhkan Keusahawanan Keusahawanan kini menjadi bidang yang diminati ramai, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Kesungguhan kerajaan dan agensinya menanam minat, mendedah serta membangunkan keusahawanan sejak di peringkat sekolah rendah hingga ke lepasan universiti, banyak merancakkan lagi pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kesungguhan membangunkan PKS ini diperkukuhkan lagi dengan peruntukan berjumlah RM20 bilion dalam bajet 2018 untuk memajukan PKS di negara ini. Harapan besar diletakkan kepada PKS untuk menjadi penggerak ekonomi negara memandangkan PKS kini menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka meningkat kepada 41 peratus pada tahun 2020. Selain itu, PKS juga mewakili 98.5 peratus daripada perniagaan di negara ini, jadi adalah wajar PKS diberi sokongan dan diperkukuhkan.
Sungguhpun begitu, PKS sendir i perlu mempertingkatkan usaha bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Selaku elemen utama dalam PKS, usahawan memainkan peranan penting untuk memajukan perniagaan masing-masing menerusi doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, atau ‘DUIT’.
Antara tindakan yang perlu diambil oleh usahawan untuk terus maju dan relevan ialah dengan sentiasa menjaga aliran tunai yang menjadi nadi penting kepada sesebuah perniagaan. Usahawan juga perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu kemahiran berniaga secara berterusan memandangkan cabaran dan persaingan pada zaman digital ini amat hebat. Untuk itu, sangatlah wajar usahawan mempunyai ‘mentor coach’ yang hebat dan berkaitan dengan perniagaan yang diusahakan sebagai tempat rujukan dan bimbingan. Di samping itu, usahawan memerlukan jaringan perniagaan yang luas sebagai sumber maklumat untuk mencari dan mencetus peluang perniagaan serta sebagai platform memotivasi diri.
Cabaran dan tanggungjawab yang dihadapi oleh usahawan sememangnya amatlah berat dan memerlukan kekuatan minda dan kerohanian serta daya juang yang tinggi untuk terus kekal berdaya saing dan relevan.
EDITORIAL BIL. 61
PENASIHAT:PUAN HJH SITI ZUBAIDAH BINTI ABD. JABAR P. P. TTUAN HAJI SUHAIMI BIN HAJI KASDON
EDITOR:ENCIK MOHD HILMI BIN MUDA
PENOLONG EDITOR:PUAN NUR IZZATY BINTI ANUARPUAN SITI FADHLIAH BINTI ABDUL HADI
PENGARANG:PUAN UMI MADIA BINTI MOHD NASOHAHPUAN NUR ROHIMAH BINTI HAMZAHPUAN NUR SABRINA BINTI BUANGENCIK AZIM BIN AZHARPUAN NOOR AINA BINTI BASIRUNCIK FATEEHA BINTI RAMLIPUAN AINON BINTI KASSIM
PENOLONG PENGARANG:ENCIK RIZUAN BIN JAMIL @SHAFIIENCIK AMMAR BIN ISHAKPUAN NUR ATIQAH BINTI HAMZAHCIK HANIS ATIKA BINTI CHE AZIZPUAN NUR IZZATI NADIA BINTI MOHAMAD AWI
PENERBIT:BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWANPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGORTINGKAT 4, PKNS BIZPOINT,JALAN PLUMBUM P7/P, SEKSYEN 7,40000 SHAH ALAM.TEL: +603 5511 1720
PENGURUSAN & PERUNDINGAN:KD LAND SDN. BHD.S1-2-1, TINGKAT 2 S1, VISTA ALAM,JALAN IKHTISAS, SEKSYEN 14, SHAH ALAM,SELANGOR D.E, MALAYSIATEL: +60139816797
SEGALA TULISAN, ILUSTRASI DAN FOTO DALAM MAJALAH INI ADALAH HAKMILIK PENERBIT DAN TIDAK DIBENARKAN DISIARKAN KEMBALI TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK PENERBIT
www.pknsbizpoint.com
DARI MEJA EDITOR
YB Shamsul Iskandar Mohd Akin (empat dari kanan) bergambar bersama penerima pinjaman tabung Hijrah Selangor di majlis perasmian Kasih PKNS
JAN-MAC 2018 3
KANDUNGAN
7
1316
4
38
36
18
40
20
42
49
44
50
4, 5, 6. KASIH PKNS MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
7. PENYELARASAN PROGRAM SKB DAN VIP 20188. PROGRAM PENJENAMAAN DAN PEMBUNGKUSAN9. PEMIKIRAN BISNES TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM10. SAY ASPIRE11. PELUANG MENJANA KEUNTUNGAN HARTANAH PKNS12. PEMANTAUAN DAN ACARA
13, 14. KURSUS PENGURUSAN SYARIKAT PROTUNe 201815. TRAINING OF TRAINERS (ToT)
16, 17. MELENTUR BULUH - MEMBENTUK PELAJAR SEKOLAH MEMINATI KEUSAHAWANAN
38, 39. PERNIAGAAN PERLU KAWALAN KEWANGAN
36, 37. SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS
18, 19. FAIEZAH USAHAWAN CEKAL
40, 41. PASARAN EKSPORT KE BRUNEI
20, 21. SEMINAR AGROPRENEUR MILLIONAIRE UPM22, 23. PROGRAM MAHASISWA ‘SMART UIA’
42, 43. AHLI BIZCLUB 2018
49. BORANG PENYERTAAN
44, 45. INOVASI HYDROTUBE
50, 51. VR2 MERCU PROJEK PKNS DI SELANGOR CYBER VALLEY
AKTIVITI BPU
PROTUNe
PROGRAM PERINTIS USAHAWAN
KEWANGAN
KOLEKSI HARTANAH PKNS
AKTIVITI GROW
PERNIAGAAN LUAR NEGARA
PROGRAM USAHAWAN MAHASISWA
24 24, 25. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PROGRAM PEMANTAPAN 5U
5U
jaringan usahawan
SLOT IKLAN MAJALAH
46 46,47. MUSDAR EFFENDI TAMI USAHAWAN FESYEN BERWIBAWAPERNIAGAAN PILIHAN
28, 29. PERNIAGAAN RUNCIT OFFLINE & ONLINE 30, 31. KEJUTAN BUDAYA SEORANG USAHAWAN SEPENUH MASA32, 33. PERHUBUNGAN PELANGGAN34, 35. PESANAN BUAT USAHAWAN DALAM TALIAN
TEKNOLOGI
PROJEK PKNS
26 26, 27. DUNIA BISNES SEMAKIN MENCABARSME ENGINEERING PATUHI PRINSIP
USAHAWAN SKB 48 48. TAKWIM BPU JAN-MAC 2018AKTIVITI PROGRAM
KASIH PKNS 28TIPS & COACHING
4
7
16
5
24
JAN-MAC 20184
Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor
TINGKAT EKONOMI PENIAGA KECIL
Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor dilihat mampu memberi ruang dan manfaat kepada rakyat Selangor untuk
meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang keusahawanan.
Ahli Perbadanan PKNS, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, program yang dianjurkan buat kali kedua itu menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam membantu rakyat untuk meningkatkan pencapaian ekonomi diri.
“Menjadi kewajipan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Saya melihat usaha dan pelaksanaan program ini merupakan wawasan ke hadapan kerajaan negeri dan PKNS sendiri dalam menjaga kebajikan rakyat serta memajukan keusahawanan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Kompleks PKNS Shah Alam pada 24 Februari 2018.
Program yang disertai usahawan terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal dan belia bawah 40 tahun (B40) itu berlangsung dari 14 hingga 25 Februari 2018. Lebih 80 tapak jualan dibuka di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall dengan pelbagai produk yang diniagakan.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Hj Mohd Yusof.
Sementara itu, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida dalam ucapan aluannya berkata PKNS meneruskan program itu buat kali kedua selepas edisi pertama yang diadakan pada September tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan. Katanya, menerusi program tanggungjawab sosial Kasih PKNS, masyarakat yang memerlukan bukan sahaja dibantu dalam bentuk kewangan, malahan PKNS menyediakan platform tersendiri bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka. “Program ini menjadi bukti komitmen kami dalam membantu usahawan untuk berniaga di arena yang lebih besar. Kami menerima maklum balas yang mengatakan program ini sangat membantu dalam melonjakkan purata jualan peniaga yang terlibat sehingga mampu meraih jualan antara RM200 hingga RM300 sehari berbanding hanya RM50 sehari di luar,” katanya.
Tambah beliau, ada juga usahawan yang berjaya mengetengahkan produk masing-masing apabila mendapat perhatian outlet terkemuka yang berminat memasarkan produk tempatan buatan mereka. Pihaknya tidak menolak untuk meneruskan program ini untuk tahun-tahun seterusnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga dari golongan asnaf, ibu tunggal dan belia B40 untuk menambah baik pendapatan keluarga sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Selangor.
Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menggabungkan usahawan di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, Hijrah Selangor dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dilihat dapat meningkatkan kebolehupayaan usahawan kecil untuk berdaya saing dan merasai sendiri pengalaman berniaga di lokasi tumpuan umum.
Menjadi kewajipan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Saya melihat usaha dan pelaksanaan program ini merupakan wawasan ke hadapan kerajaan negeri dan PKNS sendiri dalam menjaga kebajikan rakyat serta memajukan keusahawanan
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida menyampaikan ucapan aluan
YB Shamsul Iskandar mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan perasmian
JAN-MAC 2018 5
Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor
Sepanjang 12 hari program berlangsung, kutipan jualan keseluruhan sangat menggalakkan apabila berjaya meraih jualan sebanyak RM610,000 berbanding RM300,000 pada tahun 2017. Kutipan ini juga melebihi sasaran yang ditetapkan penganjur iaitu sebanyak RM400,000.
Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor ini adalah antara sebahagian program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh PKNS sejak 1996 lagi bagi menyahut seruan kerajaan negeri untuk ‘Membangun Bangsa Memakmur Negeri’ dengan harapan dapat melatih dan membentuk lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya.
Sempena program ini, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya Mini 4 Wheel Drive Tournament, bola sepak jalanan, ceramah agama, kempen derma darah, demo masakan dan solekan serta banyak lagi.
Sesungguhnya program anjuran kerajaan negeri Selangor dan PKNS ini banyak memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor memandangkan program ini mampu meningkatkan ekonomi terutama kepada peniaga kecil. Diharapkan program sebegini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang supaya lebih ramai lagi peniaga-peniaga kecil mendapat manfaat daripada program ini.
Fakta Program :
• Berlangsung selama 12 hari• Jumlah tapak jualan yang ditawarkan ialah 88 lot niaga• Kutipan jualan tahun 2017 RM300,000• Kutipan jualan tahun 2018 RM610,000 • Sasaran awal kutipan jualan tahun 2018 ialah RM400,000• Usahawan terdiri daripada golongan asnaf dan belia bawah 40 tahun
YB Shamsul Iskandar menyampaikan cek pinjaman Hijrah Selangor kepada peminjam yang berjaya
YB Shamsul Iskandar meninjau produk yang dijual oleh peniaga di tapak jualan
Di antara peniaga-peniaga yang turut serta di Program Kasih PKNS
Datin Paduka Dr Hajah Noraida menyampaikan cek pinjaman kepada usahawan wanita
YB Shamsul Iskandar diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida dan Ketua Pegawai Operasi PKNS, Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek merasmikan pelancaran Kasih PKNS
JAN-MAC 20186
Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor
Sekitar KASIH PKNS
1,2,3
YB Shamsul Iskandar bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida di majlis perasmian Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor.
4,5,6
Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
7,8,9
YB Shamsul Iskandar membuat lawatan ke lot niaga dan beramah mesra dengan peniaga.
1
4
7
2
5
8
3
6
9
JAN-MAC 2018 7
AKTIVITI BPU
Mesyuarat bersama syarikat di bawah program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) dan Vendor Inkubator Payung (VIP) yang diuruskan oleh
Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, telah diadakan di PKNS BizClub pada 17Januari 2018 bertujuan menyelaraskan program SKB dan VIP 2018.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda. Turut hadir Pengurus Bahagian Ukur Bahan PKNS, Sr. Adnan bin Mohd Harun dan 54 orang mewakili SKB dan VIP PKNS serta pegawai-pegawai BPU. Menurut Pengurus BPU PKNS, Encik Mohd Hilmi, agihan kerja untuk tahun 2017 kepada SKB sahaja berjumlah RM8,207,437 telah meningkat 42 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perkara berhubung harga, spesifikasi serta kualiti kerja telah dibangkit dan dibincangkan serta mendapat pencerahan. Menurut maklum balas SKB dan VIP PKNS yang hadir, mereka berpuas hati dengan inisiatif BPU mewujudkan sesi seperti ini yang membolehkan pencerahan dan penyelesaian ke atas isu-isu berkaitan kerja-kerja kontrak yang mereka laksanakan. Mereka juga berpendapat, mesyuarat seperti ini membolehkan mereka berjumpa, berbincang, bertukar fikiran dan pandangan dengan rakan yang lain menjadikan perjumpaan tersebut sebagai sumber motivasi.
Menurut Pengurus BPU, program seperti ini akan diteruskan di lain sesi untuk mewujudkan platform berkomunikasi supaya program SKB dan VIP PKNS dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
Penyelarasan ProgramSKB dan VIP 2018
Penyelarasan ProgramSKB dan VIP 2018
Peserta VIP dan SKB semasa menghadiri program
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda (duduk lima dari kiri) dan Pengurus Bahagian Ukur Bahan PKNS, Sr. Adnan bin Mohd Harun (duduk empat dari kiri) bergambar bersama peserta
AKTIVITI BPU
JAN-MAC 20188
B ahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS dengan kerjasama Malaysia Design and Development Centre (DDEC), sebuah
anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), telah menganjurkan Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan pada 21 dan 22 Februari 2018 di PKNS BizPoint.
Tujuan bengkel ini adalah untuk melonjakkan jualan usahawan melalui penjenamaan dan pembungkusan kerana apabila usaha ini dilaksanakan dengan sempurna dan penuh strategik, ia mampu mengukuhkan perniagaan dan meningkatkan keuntungan. Usaha ini menjadi harapan semua peniaga.
Menurut penceramah dari DDEC iaitu Encik Ahmad Taufik Razani, penjenamaan membolehkan sesuatu produk mempunyai identiti dan lebih dikenali berbanding pesaing. Manakala pembungkusan pula ialah proses membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan. Gabungan penjenamaan dan pembungkusan yang menarik mampu melonjakkan jualan.
Maklum balas daripada peserta yang hadir, mereka berpuas hati dengan bengkel ini dan yakin apa yang dipelajari boleh dipraktikkan dalam perniagaan mereka.
Program Penjenamaan danPembungkusan
Penceramah Encik Ahmad Taufik Razani bertukar pandangan dengan peserta
Penceramah Encik Ahmad Taufik Razani dari DDEC memberi penerangan kepada peserta
JAN-MAC 2018 9
AKTIVITI BPU
DIALOG PEMIKIRAN BISNESTAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM
ceramah walaupun sedang dirawat di hospital kerana penyakit kanser.
Itulah serba sedikit kisah hidup Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang disampaikan kepada ahli-ahli BizClub dan ahli-ahli DPIM pada 15 Mac 2018 di PKNS BizPoint. Kisah hidup dan perjuangan Allahyarham pada hari tersebut telah dikongsikan oleh Puan Alia iaitu anak Allahyarham yang banyak membantu Allahyarham semasa hidup dan Tuan Haji Nik Mohd Yusoff Bin Nik Ismail, Pengerusi Biro Halal Global DPIM. Semasa hidupnya, Allahyarham sempat menulis beberapa buku antaranya ‘Jihad Bisnes’ yang memperjuangkan keusahawanan berpandukan tuntutan agama Islam dan semangat nasionalisme Melayu. Semangat perjuangan beliau boleh dilihat dan dirasa melalui pantun-pantun karangan Allahyarham. Mercu tanda peninggalan Allahyarham yang terus berdiri teguh ialah Johor Corporation dan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang kini telah berkembang sehingga ke luar negara.
Harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama. Sesungguhnya nama Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim
begitu besar dan harum di negara ini. Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), mantan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, penulis buku-buku keusahawanan serta seorang pejuang agama dan bangsa. Hidup beliau sememangnya berpaksikan perjuangan dan pengorbanan berlandaskan tuntutan agama Islam yang suci. Anak kelahiran Muar, Johor ini pernah bertugas di Bank Negara sebelum dipinjamkan untuk berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Johor pada tahun 1984. Beliau boleh dikatakan telah berjuang sehingga akhir hayat apabila masih mempengerusikan mesyuarat dan menyampaikan
Puan Alia Muhammad Ali menyampaikan perkongsian mengenai Allahyarham ayahnya
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda merasmikan sesi dialog
Puan Alia Muhammad Ali (duduk di barisan hadapan) bergambar bersama peserta
JAN-MAC 201810
Pejabat Yayasan Raja Muda Selangor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, telah mengadakan taklimat
pada 8 Januari 2018 di PKNS BizClub berkenaan SAY ASPIRE iaitu sebuah program keusahawanan Selangor Youth Community (SAY). Taklimat ini dihadiri lebih dari 50 peserta yang terdiri dari usahawan muda bawah 40 tahun (B40).
SAY ASPIRE merupakan sebuah program cetusan idea DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor, bertujuan membantu usahawan di Selangor untuk memajukan perniagaan mereka dan seterusnya membawa produk atau perkhidmatan tersebut ke pasaran luar negara.
Penerangan tentang Yayasan Raja Muda Selangor disampaikan oleh Pengurus Yayasan tersebut iaitu Cik Nurul Azwa Mohd Radzi manakala penerangan program SAY ASPIRE pula disampaikan oleh Encik Azizul Abdul Latif dari Centre For Entrepreneurial Development Sdn. Bhd. (CEDAR), sebuah anak syarikat SME Bank yang memberi latihan keusahawanan. Peserta SAY ASPIRE yang berjaya mengikuti program ini akan dibiayai oleh Hijrah Selangor.
Seramai 10 peserta akan dipilih untuk membuat pembentangan di istana di hadapan DYTM Raja Muda Selangor dan dari persembahan tersebut, lima peserta
terbaik akan dipilih untuk mengikuti program SAY ASPIRE selama 6 bulan di bawah bimbingan business coach yang bertauliah serta pegawai-pegawai dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang akan melatih mereka menerokai pasaran luar negara.
SAY ASPIREAKTIVITI BPU
Taklimat SAY ASPIRE mendapat sambutan dari golongan B40
JAN-MAC 2018 11
Taklimat menjana keuntungan melalui hartanah PKNS yang diadakan pada 24 Januari 2018 telah berjaya menarik minat lebih 50 peserta untuk
menjadi ejen jualan hartanah PKNS. Taklimat ini telah diadakan di BizClub, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS dan disampaikan oleh Tuan Haji Wazir bin Abdul Ghani, Pengurus Kanan Jualan Wilayah Tengah PKNS. Menurut beliau, senario pasaran hartanah kediaman 2018 masih memberangsangkan cuma permintaan untuk hartanah komersial dan industri seperti kedai dan kilang kurang sambutan. Untuk menggalakkan jualan stok rumah sedia ada, PKNS telah bersetuju memberi diskaun sebanyak 20 peratus untuk projek perumahan terpilih dan tawaran ini sah sehingga Julai 2018.
Di antara projek-projek perumahan tersebut ialah :
•ResidensiKerinchi,Bangsar
•PangsapuriVR2,Cyberjaya
•PuteriDaffina2&3,KotaPuteri
•PuteriElaisha,KotaPuteri
•Azhara,AntaraGapi
Di samping itu, terdapat juga rumah bertaraf pegangan bebas di Setia Alam yang berharga lebih dari RM1 juta. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.pkns-property.com. Sebagai usaha melariskan jualan, PKNS telah melantik syarikat ejen hartanah yang berdaftar dengan PKNS dan mereka boleh mendapat komisen sebanyak tiga peratus dari harga hartanah yang dijual. Selain itu, PKNS juga melantik individu sebagai loan negotiator untuk membantu membolehkan pembeli mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan dan bagi setiap pinjaman yang berjaya, loan negotiator berkenaan akan dibayar insentif satu peratus dari harga rumah. Skim Insentif My PKNS yang menarik seperti yang diterangkan dalam taklimat tersebut ialah insentif Gangsa, Perak dan Emas.
TAKLIMAT MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI HARTANAH PKNS
AKTIVITI BPU
Tuan Haji Wazir bin Abdul Ghani, Pengurus Kanan Jualan Wilayah Tengah PKNS menyampaikan taklimat
Antara peserta yang hadir
Para peserta tekun mendengar taklimat yang diberikan
JAN-MAC 201812
AKTIVITI BPU
ACARABahagian Pembangunan Usahawan (BPU) juga pada 20 Mac 2018 telah meraikan perpisahan dua orang pegawainya yang banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan usahawan. Mereka ialah Penolong Pengurus BPU, Encik Azmi bin Mustapa yang berpindah ke Bahagian Khidmat Sokongan dan Puan Nur Ain binti Mohd Fazali yang berpindah ke Bahagian Pembangunan Bisnes.
PEMANTAUAN
Pengurus BPU PKNS menyampaikan cenderahatikepada Puan Nur Ain
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda sedang melakukan lawatan ke tapak-tapak projek
Pengurus BPU PKNS menyampaikan cenderahatikepada Encik Azmi
JAN-MAC 2018 13
PROTUNe
Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) telah memulakan Program Tunas Niaga Entrepreneur (PROTUNe) 2018 dengan memberi latihan secara
berperingkat kepada murid-murid dari 49 buah sekolah menengahdiSelangordiIntekmaResort&ConventionCentre, Shah Alam bermula dari 22 Januari hingga 1 Mac 2018. Setiap sekolah diwakili oleh lima orang murid selaku Ahli Pengurusan Syarikat berserta seorang guru pembimbing.
Program yang dinamakan Kursus Pengurusan Syarikat kepada Ahli Pengurusan Syarikat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2018, bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya keusahawanan serta melatih murid-murid bagaimana mengendalikan syarikat perniagaan dengan berkesan lagi menguntungkan. Siri pertama Program PROTUNe 2018
Peserta melahirkan inovasi melalui reka bentuk produkPara peserta sedang mengadakan perbincangan
KURSUS PENGURUSAN SYARIKAT PROTUNe 2018
JAN-MAC 201814
PROTUNe
Setiap sekolah perlu menubuhkan syarikat dengan ahli pengurusannya terdiri dari seorang Pengurus Besar, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Kewangan, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus Pemasaran. Selama empat hari tiga malam, mereka didedahkan dengan ilmu:
Pada hari terakhir sesi, setiap syarikat yang mewakili sekolah masing-masing membuat pembentangan di hadapan juri tentang rancangan perniagaan masing-masing.
Terdahulu di dalam ucapan perasmian di salah satu sesi tersebut, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda menyatakan PKNS memperuntukkan lebih RM800,000 untuk menjayakan program PROTUNe. Ini membuktikan komitmen PKNS dalam membangunkan usahawanan.
Pengurusan Pemasaran dan Keusahawanan sebagai kerjaya
Menyediakan Rancangan Perniagaan
Pengurusan Kewangan SYARIKAT
Penubuhan dan Pendaftaran Syarikat
Tugas dan Tanggungjawab Ahli Pengurusan Syarikat
1
2
4
3
5
Siri kedua Program PROTUNe 2018
Siri Ketiga Program PROTUNe 2018. Peserta mempersembahkan bakat kreatif
Para peserta sedang mengadakan perbincangan
Siri ketiga Program PROTUNe 2018. Peserta membuat mempersembahkan bakat kreatif
Antara syarikat yang ditubuhkan oleh peserta Program PROTUNe 2018
JAN-MAC 2018 15
Guru-guru sedang membuat pembentangan
PROTUNe
Program Kursus Motivasi Training of Trainers (ToT) Guru Pembimbing PROTUNe negeri Selangor 2018 telah diadakan di De Palma Eco Resort, Kuala
Selangor selama tiga hari dari 5 hingga 7 Mac 2018.
Seramai 98 orang guru pembimbing dari 49 buah sekolah menengah hadir untuk menyertai program ini. Mereka telah diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menjadi guru pembimbing yang efektif bagi memajukan syarikat PROTUNe mewakili sekolah masing-masing.
Selama tiga hari dua malam, guru-guru pembimbing telah didedahkan dengan ilmu-ilmu yang perlu diketahui untuk membimbing sesebuah organisasi perniagaan menggunakan kaedah Business Model Canvas (BMC) bagi merancang perniagaan.
Kursus untuk guru pembimbing ini sebenarnya amat bermanfaat kepada guru yang hadir untuk dikongsi bersama murid-murid program PROTUNe di sekolah menengah masing-masing.
TRAINING OF TRAINERS (ToT) GURU PEMBIMBING
TRAINING OF TRAINERS (ToT) GURU PEMBIMBING
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda (duduk sepuluh dari kiri) bergambar bersama guru-guru pembimbing
Guru-guru sedang membentangkan produk ciptaan mereka
JAN-MAC 201816
PROGRAM PRINTIS USAHAWAN
MELENTUR BULUH Membentuk Pelajar Sekolah Meminati Keusahawanan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) terus menyemai dan memupuk semangat serta
ilmu keusahawanan di setiap peringkat umur termasuklah untuk murid-murid sekolah rendah.
Seramai 60 orang murid dari enam buah sekolah rendah di negeri Selangor telah mengikuti program Kem Perintis Usahawan 2018. Sekolah-sekolah tersebut ialah :
1. Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1) - Ampang Ulu Klang 2. Sekolah Kebangsaan Meru – Klang 3. Sekolah Kebangssan Sungai Ramal Dalam - Kajang 4. Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) - Shah Alam 5. Sekolah Kebangsaan Bandar Kinrara – Puchong 6. Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda - Kajang
Murid dilatih bertujuan meningkatkan keyakinan diri
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda (duduk tujuh dari kiri) bergambar bersama peserta Kem Perintis Usahawan 2018
JAN-MAC 2018 17
PROGRAM PRINTIS USAHAWAN
Sesi penutupan program ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda. Menurut maklum balas, murid-murid berpuas hati dengan program ini kerana program ini banyak membentuk dan memperkukuhkanlagi semangat dan pemikiran kreatif mereka.
Kesemua sekolah tersebut telah menyertai program itupada27hingga29Mac2018diIntekmaResort&Convention Centre, Shah Alam. Murid-murid yang terdiri daripada darjah empat hingga darjah enam itu telah diiringi oleh sepuluh orang guru pembimbing. Antara slot aktiviti yang dijalankan ialah latihan berfikir secara tiga dimensi. Aktiviti sebegini berupaya memberi kesedaran dan memupuk kerjasama antara ahli kumpulan. Bagi menerap dan membentuk semangat usahawan yang berdaya tahan, murid-murid juga didedahkan dengan program ketahanan fizikal dan mental apabila mereka perlu mengikuti program wall climbing dan flying fox di Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam serta jungle trekking di Taman Botani Negara Shah Alam. Latihan sebegini sememangnya mampu menguatkan mental dan fizikal mereka yang bakal bergelar seorang usahawan suatu hari nanti.
Murid-murid membuat persembahan tentang produk yang mereka hasilkan
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda memberi kata-kata semangat kepada peserta
Aktiviti wall climbing menyuntik keyakinan diri kepada peserta
Peserta diberi tunjuk ajar sebelum memulakan aktiviti wall climbing
JAN-MAC 201818
USAHAWAN GROW
Suasana hingar-bingar ialah suasana yang biasa dilihat di gerai milik Faiezah yang terletak di Dataran Cendekia, Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Shah Alam pada setiap hari. Suasana itu menandakan ramainya mahasiswa mahasiswi UiTM dari pelbagai fakulti yang datang singgah dan beratur untuk membeli makanan di gerai beliau. Jelas kelihatan bahawa gerai itu sememangnya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa mahasiswi di universiti tersebut.
Gerai yang menjual ‘nasi manggey’ (menu khas yang disediakan sendiri oleh Faiezah), chicken chop, mee sup, mihun sup, kuey tiow basah, dan waffle itu sememangnya digemari oleh ramai mahasiswa mahasiswi. Menurut Faiezah, beliau menyediakan sendiri semua makanan yang dijual di gerainya itu. Meskipun sekarang beliau sudah pun bergelar seorang usahawan berjaya, namun kejayaan yang beliau kecapi sekarang tidaklah datang bergolek. Banyak cabaran yang beliau tempuhi sepanjang bergelar seorang usahawan yang sedikit sebanyak telah mematangkan diri beliau. “Saya bergelar usahawan ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam dalam jurusan ekonomi. Amat sukar untuk saya membahagikan masa belajar dan berniaga sehingga tidak cukup masa untuk tidur kerana melakukan semua proses perniagaan secara bersendirian. Namun begitu, saya perlu kuat pada waktu itu kerana keluarga dalam keadaan susah. Sejak berusia 22 tahun lagi saya telah menjadi tulang belakang keluarga untuk memulihkan ekonomi
keluarga dengan menceburi bidang perniagaan,” ujar beliau. Tambah beliau lagi, cabaran lain yang beliau perlu hadapi adalah mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan. Dengan berbekalkan RM100 sahaja pada waktu itu, beliau memulakan perniagaannya sehingga berjaya membuka dua buah gerai tanpa sebarang pinjaman daripada pihak bank sehingga sekarang.
Apabila ditanya apakah yang mendorong beliau menceburi bidang keusahawanan, beliau menjawab,
“Perkara yang mendorong saya menceburi bidang keusahawanan adalah disebabkan oleh ingin menolong keluarga yang susah disebabkan kejatuhan ekonomi pada tahun 2008-2009. Ketika itu saya masih belajar pada tahun pertama di UiTM dengan menjual makanan ringan dan nugget (cucuk-cucuk) kepada kawan-kawan di kolej”. Menurut Faiezah, beliau sudah berniaga selama sembilan tahun. Beliau mempunyai azam dan perancangan untuk membuka sebuah restoran masakan utara dalam tempoh dua tahun lagi. Pada masa sekarang, beliau dalam proses mengumpul menu untuk dijual di restoran beliau nanti. “Saya sekarang ini ingin memfokuskan kepada dua buah gerai saya yang beroperasi di UiTM Puncak Alam dan di UiTM Shah Alam terlebih dahulu. Saya menjual makanan yang cepat, mudah, murah dan berkhasiat untuk dinikmati oleh para pelanggan yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi dan kakitangan universiti. Menu yang terkenal di gerai saya ialah ‘nasi manggey’, nasi ayam hainan dan nasi tomato yang semuanya ialah resepi asli daripada ibu tercinta,” kata beliau.
FAIEZAH USAHAWAN CEKAL
JAN-MAC 2018 19
USAHAWAN GROW
Pada masa sekarang, perniagaan dalam talian (online) telah digunakan oleh ramai usahawan. Walau bagaimanapun, ujar Faiezah, beliau hanya menjalankan perniagaan secara luar talian (offline) sahaja. Namun begitu, beliau tetap mempunyai perancangan untuk berniaga secara dalam talian (online) iaitu dengan membuat penghantaran makanan kepada pelajar-pelajar yang berada di fakulti dan kolej yang tidak mempunyai kesempatan ke gerai beliau.
Beliau yang pernah mengikuti program keusahawanan GROW pada tahun 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut berkongsi pengalaman beliau. Menurut beliau, program
tersebut telah banyak membantu beliau mempelajari ilmu kewangan seperti merekod jualan perniagaan memandangkan perkara itu amat penting dilakukan untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, beliau turut mempelajari teknik menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Elaun yang diberikan amat membantu beliau ketika beliau giat menjalankan aktiviti perniagaan. Beliau juga tidak pernah melupakan mentor atau usahawan berjaya yang memberi taklimat ketika beliau mengikuti program GROW yang telah memberi suntikan semangat dan motivasi kepada diri beliau.
Di akhir bicara, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKNS kerana telah memberi peluang menyertai program GROW sehingga membuat beliau berjaya seperti sekarang. Faiezah berharap agar program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
FAIEZAH USAHAWAN CEKAL
Nama : Norfaiezah binti Nordin
Umur : 29 tahun Alamat : Nfn Mega Holding Sdn Bhd, No. 8 Jalan Hidayah, Kg. Bukit Cerakah Jaya, Seksyen U15, 40170, Shah Alam
No. Tel : 012 2774501 Email : [email protected]
Program Usahawan Yang Pernah Disertai: Program GROW 2012
Info Ringkas
Gerai Faiezah mendapat sambutan pelanggan
PESANAN UNTUK USAHAWAN MUDA DARIPADA FAIEZAH
•Jangan takut untuk memulakan perniagaan
•Perlu berhati kental dan bekerja keras
•Jangan jadikan keusahawanan sebagai bidang pilihan terakhir
•Jadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama walaupun berpelajaran tinggi
JAN-MAC 201820
PROGRAM MAHASISWA
Program membudayakan keusahawanan di peringkat universiti diteruskan lagi dengan penganjuran seminar Agropreneur Millionaire
2018 di Pusat Asasi Pertanian (ASPER), Universiti Putra Malaysia yang dihadiri oleh 60 orang mahasiswa pada 28 Februari 2018 yang lalu. Ini merupakan satu siri program keusahawanan PKNS.
Dalam seminar itu, Encik Muhammad Aslam yang juga perunding seminar tersebut telah memberi penerangan berkenaan platform digital seperti Intagram, Facebook, Twitter dan lain-lain aplikasi. Menurut beliau, kesemua platform digital itu mampu untuk membantu dalam memajukan perniagaan seseorang usahawan. Mahasiswa dinasihatkan supaya mempunyai kemahiran dalam menggunakan platform digital tersebut sekiranya mereka mahu maju dan berjaya dalam bidang perniagaan.
Pada sesi yang sama, seorang usahawan pertanian berjaya iaitu Encik Sharol Hafizi dari syarikat SH Agro Highland Sdn. Bhd. yang mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highland turut memberi motivasi dan menggalakkan mahasiswa supaya menceburi bidang perniagaan pertanian kerana menurut beliau, pertanianmempunyai skop yang luas khususnya makanan memandangkan permintaannya amatlah tinggi.
Pada hari kedua iaitu pada 29 Februari 2018, kesemua mahasiswa itu dibawa melawat ke kilang membuat mee kering dan mee wantan milik Puan Nurmasliza Teoh Abdullah di Desa Coaldfields, Sungai Buloh.
Pengeluar produk mee kering dan mee wantan berjenama An-Nur ini telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau sebagai seorang usahawan Cina
SEMINAR AGROPRENEUR MILLIONAIRE UPM
Puan Nurmasliza berkongsi pengalaman bersama para peserta
JAN-MAC 2018 21
Setelah tamat sesi bersama Puan Nurmasliza, para mahasiswa telah dibawa melawat ke Syarikat Berdua Urban Farming di Kuala Selangor. Syarikat yang dimiliki oleh Encik John Idlan dan Puan Nurwahidah binti Hambali ini adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk organik dan peralatan hidroponik di samping menjadi perunding untuk membimbing usahawan baru dalam bidang pertanian.
Dalam sesi ini, Puan Nurwahidah telah berkongsi perkara-perkara penting untuk bergelar seorang usahawan kepada semua mahasiswa yang hadir.
Menurut Puan Nurwahidah, antara petua untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah perlu mempunyai minat, semangat, usaha, modal dan guru. Ujar Puan Nurwahidah lagi, sikap jujur, amanah, dan ikhlas ialah sikap yang mesti ada dalam diri seseorang usahawan yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.
Puan Nurwahidah turut berkongsi tentang perkara-perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah perniagaan yang merangkumi pemasaran, pengurusan, perakaunan, dan produktiviti atau konsistensi. Di akhir lawatan, Puan Nurwahidah telah menunjukkan demonstrasi cara-cara membuat baja organik dengan menggunakan nasi, daun buluh dan gula merah.
Sesungguhnya program anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini banyak memberi manfaat kepada semua mahasiswa UPM yang ada pada hari tersebut. Mereka bukan sahaja dapat mendengar sendiri perkongsian pengalaman dalam perniagaan daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya malahan dapat mempelajari cara-cara membuat baja organik dengan mudah.
PROGRAM MAHASISWA
Muslim. Beliau berharap supaya pengalaman yang beliau kongsikan menjadi panduan untuk mereka apabila mereka menjadi seorang usahawan suatu hari nanti.
Encik Sharol Hafizi memberi penerangan tentang perniagaan Agropreneur
Mahasiswa memberi tumpuan kepada penerangan yang disampaikan oleh Encik Sharol Hafizi
Faktor kejayaan usahawan menurut Puan Nurwahidah
MINAT
SEMANGAT
GURU/MENTOR
MODALUSAHA
DOA
TAWAKAL
JAN-MAC 201822
Program SMART UIA telah dilancarkan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan pada 2 Mac 2018.
Dalam ucapan di majlis pelancaran tersebut, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda mengatakan PKNS akan terus menyokong untuk memajukan keusahawanan dikalangan mahasiswa dan bumiputera. PKNS menurut Encik Hilmi telah memperuntukkan bajet yang tinggi untuk menjayakan program keusahawanan anjurannya.
Sementara itu,Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Encik Asrul bin Dahari dalam ucapan perasmiannya menyarankan agar peserta memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Tambah beliau, mahasiswa perlu menjadi job provider bukan job seeker.
Program SMART UIA merupakan program keusahawanan selama tiga bulan, melatih 20 orang mahasiswa UIA dari Kampus Gombak dan Kuantan berurus niaga. Seramai 100 orang mahasiswa telah memohon menyertai program ini dan 40 dari mereka dipanggil untuk ditemuduga dan hanya 20 orang terbaik sahaja dipilih.
Menurut Encik Aslam, konsultan yang mengendalikan program ini, peserta akan diberi latihan di dalam kelas, coaching and mentoring oleh tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Beliau menekankan agar 20 orang mahasiswa yang terpilih itu dapat membina laman sesawang bagi membantu pemasaran produk dan perkhidmatan syarikat masing-masing.
PROGRAM USAHAWAN ‘SMART UIA’
PROGRAM MAHASISWA
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda menyampaikan ucapan kepada mahasiswa
JAN-MAC 2018 23
PROGRAM MAHASISWA
Rancangan
Menurut usahawan mahasiswa yang hadir, kesemua mereka mempunyai produk untuk dipasarkan dan telah pun memulakan perniagaan. Mereka berharap agar Program Usahawan Mahasiswa SMART UIA ini mampu meningkatkan ilmu dan melonjakkan pasaran sedia ada. Contoh terdekat ialah produk Mocha Coffee yang diasaskan oleh usahawan siswazah iaitu senior mereka sendiri, saudara Aqil yang pernah mengikuti program yang sama pada tahun 2016. Beliau telah berjaya menembusi pasaran di beberapa institut pengajian tinggi awam dan terus berkembang.
Wakil konsultan Encik Mohd Rawi mengendalikan acara suai kenal di kalangan mahasiswa
Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Encik Asrul bin Dahari
Konsultan Encik Aslam, menyampaikan ceramah motivasi kepada mahasiswa
JAN-MAC 201824
5U
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PROGRAM
PEMANTAPAN 5U
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PROGRAM
PEMANTAPAN 5U
Pada 23 Mac 2018 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengadakan Majlis Menandatangai Perjanjian Program Pemantapan
5U yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat PKNS. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Haji Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah binti Abdul Jabar yang menyaksikan sesi menandatangani itu dilakukan bersama tiga buah syarikat yang terlibat iaitu Icon Futurehome Sdn. Bhd., Al Kauthar Resources Sdn. Bhd. dan Mutawwif Training and Consultancy Academy Sdn. Bhd.
Icon Futurehome Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Dr. Mohamad Khazani Abdullah dan Encik Najman
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida (berdiri dua dari kanan) dan Ketua Pegawai KorporatPKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah binti Abdul Jabar (berdiri tiga dari kanan) dan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi bin Muda bergambar bersama penandatangan perjanjian Program 5U
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida (dua dari kanan) serta Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah (tiga dari kanan) bersama penandatangan perjanjian 5U
JAN-MAC 201825
5U
Semua syarikat itu akan dibimbing oleh PKNS selama lima tahun supaya boleh terus berkembang maju pada masa hadapan. PKNS akan memberi bimbingan kepada syarikat-syarikat tersebut dengan cara memegang beberapa peratus saham syarikat sebagai tanda komitmen melalui suntikan modal dan memberi latihan praktikal atau kursus-kursus yang bersesuaian. Sesungguhnya Program 5U anjuran PKNS ini adalah sebuah program yang dapat membantu usahawan Bumiputera mencapai kejayaan yang tinggi dan menangani cabaran yang dihadapi dalam bidang keusahawanan.
Kamarudin ini adalah sebuah syarikat yang menyediakan alat-alat pemantauan dan perlindungan rumah secara pintar (smart home).
Al-Kauthar Resources Sdn. Bhd. pula adalah sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan untuk jemaah haji dan umrah manakala Mutawwif Training and Consultancy Academy Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Tuan Haji Abdullah bin Abdul Rahman Shah adalah sebuah syarikat yang memberi latihan kepada profesional Islam sebagai wakil, sahabat mutawwif, penceramah, pusat khidmat pelanggan, serta mutawwif haji dan umrah.
Program 5U adalah sebuah program yang dikendalikan oleh PKNS untuk memberi bimbingan kepada mana-mana syarikat yang berpotensi besar dalam aspek kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, dan peluang perniagaan. Hal ini supaya, syarikat-syarikat tersebut mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan tersenarai di bursa saham selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Para hadirin memberi tumpuan kepada ucapan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
Penandatangan perjanjian 5U bergambar bersama Ketua Pegawai Teknikal PKNS, Tuan Haji Mohd Sharif (satu dari kiri), Ketua Pegawai Operasi PKNS, Puan Hajah Norita binti Sidek (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Korporat PKNS Puan Hajah Siti Zubaidah binti Abdul Jabar (lima dari kiri)
Sebahagian daripada jemputan yang hadir
JAN-MAC 201826
USAHAWAN SKB
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak asing lagi bagi SME Engineering (M) Sdn. Bhd. apabila diberi peluang menyertai beberapa
program keusahawanan anjuran PKNS. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2007 ini mula dilantik sebagai SKB mulai tahun 2016. Syarikat ini bermula dengan kerja-kerja elektrikal berskala kecil seperti menyediakan lampu jalan dan lampu high mast dengan syarikat pengendali konsesi lebuh raya.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Engineering (M) Sdn. Bhd., Mahiruddin Ahmad Khairuddin berkata tawaran projek yang diperolehi sebahagian besarnya adalah daripada syarikat swasta manakala kira-kira 15 peratus terdiri daripada sektor awam. Menurut Mahiruddin, untuk memastikan bisnes yang stabil pada zaman perniagaan yang begitu mencabar kini, beliau perlu memastikan semua perkara terjaga khasnya wang keluar masuk.
“Kami perlu memperolehi sebanyak RM3.5 juta nilai kontrak setahun. Untuk memenuhi sasaran ini kami berpegang kepada prinsip kurangkan enjoy. Overhead syarikat lebih kurang RM31,000 sebulan iaitu lebih kurang setengah juta setahun. Jadi setiap bulan, kena ada bisnes dan perlu jaga cash flow. Kami perlu secure everything, duit keluar masuk kena betul-betul jaga,” katanya. Syarikat yang mempunyai 12 orang kakitangan ini menggunakan kepakaran tempatan
sepenuhnya. Akuinya, sejak penubuhan syarikat sejak 11 tahun lalu, mereka tidak pernah mendapatkan pinjaman bank sebaliknya menggunakan pusingan modal sendiri. Mahiruddin bersyukur syarikatnya semakin dikenali.
“Selain kerja-kerja sivil dan mekanikal, kami juga terbabit dengan projek komunikasi dan elektrikal antaranya di Melaka, Perlis dan projek-projek yang melibatkan sebuah syarikat pengendali konsesi lebuh raya. Di samping itu, sekarang semakin banyak syarikat-syarikat yang mengenali keupayaan kami menyiapkan projek untuk menara-menara telekomunikasi kerana kepakaran yang kami ada dalam bidang ini,” tambahnya. Beliau yang pernah berkhidmat di sebuah syarikat berasaskan sawit sebenarnya bukan baharu dalam bidang perniagaan. Pemegang Diploma Auto Engineering dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini berkata, pegangan modal yang tinggi bukanlah penentu kejayaan dalam bisnes.
SME ENGINEERING PATUHI PRINSIPDunia Bisnes Semakin MencabarDunia Bisnes Semakin Mencabar
sekarang semakin banyak syarikat-syarikat yang mengenali keupayaan kami menyiapkan projek untuk menara-menara telekomunikasi kerana kepakaran yang kami ada dalam bidang ini
JAN-MAC 2018 27
Mentransformasikan Minda Menjadi Pemikiran Usahawan Usahawan perlu menanam semangat berdikari untuk terus maju dalam perniagaan.
PESANAN MAHIRUDDIN KEPADA USAHAWAN4
USAHAWAN SKB
Nama : Mahiruddin bin Ahmad Khairuddin
Umur : 59 tahun
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif SME Engineering (M) Sdn. Bhd. Alamat : No.18-9- 1B, Jalan Pahat K 15/K, Seksyen 15 Selangor.
No. Tel : 03-5524 2757 Email : [email protected]
Info Ringkas
SME ENGINEERING PATUHI PRINSIPDunia Bisnes Semakin MencabarDunia Bisnes Semakin Mencabar
4
3
2
1
Pasukan Pemikir (Think Tank)Wujudkan pasukan pemikir dalam kalangan ahli-ahli BizClub untuk mencari idea memajukan perniagaan.
Persediaan RapiCabaran perniagaan pada masa kini amat berat. Usahawan terutamanya yang baru berniaga perlu melengkapkan diri dengan ilmu soft skill dan hard skill serta perlu menjaga kesihatan fizikal dan kerohanian.
Menara telekomunikasi
Perkukuhkan Jaringan PerniagaanUsahawan perlu melebarkan jaringan perniagaan sebagai sumber maklumat dan peluang perniagaan.
JAN-MAC 201828
TIPS & COACHING
Offline & OnlinePerniagaan Runcit
JAN-MAC 2018 29
TIPS & COACHING
Iktibar daripada pengalaman ini, mencari dan mengamalkan ilmu keusahawanan itu adalah sesuatu yang sangat penting. Usahawan perlu berilmu, kreatif, rajin dan berdaya tahan dalam mengemudi perniagaan mereka. Insya-Allah bisnes kita akan sentiasa maju.
Ramai peniaga kecil yang mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan situasi ekonomi yang kian mencabar. Kenaikan kos sara hidup
menjadi antara faktor yang mengakibatkan pelanggan kurang berbelanja lebih kerana mahu berjimat.
Situasi ini menyebabkan sesebuah perniagaan itu tidak mampu bertahan. Malah, terdapat kompleks perniagaan yang sangat kurang dikunjungi pelanggan, akibatnya ada peniaga terpaksa menutup perniagaan ekoran tidak mampu lagi membayar sewa, gaji pekerja dan kos overhead lain.
Sungguhpun begitu, terdapat juga golongan peniaga atau usahawan yang terus berniaga, terus berjuang dan terus bertahan dengan mengamalkan ilmu perniagaan yang telah dipelajari. Mereka mengambil pendekatan yang lebih inovatif dan efektif seperti mengamalkan Pemasaran Digital melalui Facebook. Ini dilakukan oleh Fiza, seorang usahawan muda.
Tindakan inovatif Fiza menggabungkan perniagaan runcit offline dan online berjaya meningkatkan jualan.
1. Offline
- Memberi salam dan menyambut mesra pelanggan
- Memberi penerangan dan mempromosi kelebihan dan keunikan produk pakaian yang dijual
- Mengamalkan ilmu Neuro Linguistic Programming (NLP) khususnya bidang anchoring untuk memahami dan memikat pelanggan
- Loyalti card – pelanggan yang membeli lebih daripada RM50 mendapat satu mata dan apabila mata terkumpul melebihi lima mata, pelanggan diberi hadiah
2. Online – Facebook (FB)
- Mengupah pakar FB mengambil gambar pakaian yang dijual tiga kali seminggu untuk dimuat naik ke FB
- Pakar FB menjawab segala komen pembaca dan pengikut laman FB tersebut
- Pengikut FB ramai menjadi pelanggan dan Fiza tidak terganggu menguruskan perniagaan runcit
Offline + Online = Bisnes Maju
JAN-MAC 201830
TIP & COACHING
KEJUTAN BUDAYA SEORANG USAHAWAN SEPENUH MASA
Masih teringat lagi 10 tahun yang lepas semasa saya menjadi seorang usahawan secara separuh masa. Ketika itu saya masih bekerja
sebagai pegawai di salah sebuah bank terkemuka. Saya betul-betul bangga dengan jawatan tersebut. Maklum sahajalah, setelah tamat belajar, saya terus mendapat tawaran kerja. Teman-teman lain masih ramai lagi yang menganggur. Setiap hari, apabila saya masuk bekerja, pasti diri saya dipenuhi dengan semangat berkobar-kobar untuk belajar sesuatu yang baru. Saya adalah seorang manusia yang sukakan cabaran. Jika ada cabaran baru yang menarik pada saya, saya pasti akan sahut cabarannya.
Walau bagaimanapun, jiwa sebagai usahawan itu tetap tidak luntur dalam diri saya. Jadi, sewaktu bekerja, saya masih meneruskan perniagaan secara separuh masa sehinggalah suatu ketika saya merasakan yang saya perlu membuat keputusan sama ada mahu menjalankan perniagaan secara separuh masa atau sepenuh masa.
Saya tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan. Setelah menimbang baik dan buruknya, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Rupa-rupanya jangkaan tidak seperti yang diharapkan atas sebab kesilapan sendiri terutamanya terhadap kejutan budaya yang saya alami. Namun, apa yang berlaku, saya masih terbawa-bawa dengan perasaan
seronok kerana dapat mengawal masa sendiri tanpa perlu mengetip kad perakam waktu setiap hari. Apa yang berlaku, saya tidur semula selepas menunaikan solat Subuh dan bangun lewat setiap hari. Setelah saya bangun daripada tidur, saya menonton televisyen pula sehingga tengah hari. Kehidupan itu berterusan sehinggalah saya berasa marah dengan diri sendiri kerana keuntungan perniagaan tidak meningkat malah kadang-kadang jatuh.
Perkara ini berterusan selama tiga bulan tanpa saya sedari sehinggalah saya tersedar dan mula terfikir semula niat asal saya berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Ketika itu baru saya sedar bahawa selama ini saya tidak melaksanakan apa yang saya rancang.
JAN-MAC 2018 31
7Pastikan orang terdekat (pasangan atau rakan bisnes) kita maklum tentang perancangan harian kita supaya tidak wujud salah faham. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan tentang tanggungjawab bisnes apabila bisnes berada dalam keadaan yang sukar.
6
5
4
3
2
Selepas bangun tidur, tanya pada diri sendiri urusan siapa yang perlu dimudahkan hari ini, agar Allah akan memudahkan urusan kita sepanjang hari. (Selalu kita minta Allah permudahkan urusan kita, kali ini apa kata kita usaha mudahkan urusan orang lain pula).
WAJIB ada aktiviti jangka masa pendek atau panjang berkaitan bisnes setiap hari.
Disiplinkan diri sekiranya hendak menonton televisyen atau sebarang rancangan hiburan. Tontonlah selepas office hour.
Sebelum tidur, tulis perkara berkaitan bisnes yang berjaya dilaksanakan sepanjang hari itu dan mula merancang apa yang akan dilakukan keesokan hari.
Sediakan rancangan sebulan bisnes menggunakan konsep Timeline.
TIPS & COACHING
“Alhamdulillah, saya tidak mengambil masa yang lama (kurang dari tiga bulan) untuk pulih dalam bisnes. Baru saya tahu, hendak naik cepat dalam bisnes memang mudah, hendak jatuh juga sekelip mata. Apapun sebelum kita mula salahkan sesiapa, tengok semula apa yang telah kita lakukan”.
“Apabila kita mulai faham, maka hendak bangkit semula dalam bisnes tidaklah sesukar mana. Tahun ini adalah tahun kesebelas saya tidak bekerja makan gaji dan berbisnes sepenuh masa. Terfikir juga adakah rakan-rakan di luar sana pernah atau sedang melalui situasi yang sama?” Apa yang anda lakukan untuk bangkit semula dalam bisnes?” Soal Ejul yang kini perniagaannya telah stabil.
7 LANGKAH BANGKITDENGAN CEPAT DARIPADA BUSINESS COACH, PENULIS BUKU DAN USAHAWAN SEPENUH MASA IAITU ENCIK EJUL LUTFI
7
1Rancang semula model perniagaan dengan Business Model Canvas.
Buku karangan Encik Ejul Lutfi
Tips & Coaching
JAN-MAC 201832
PERHUBUNGANPELANGGANPRODUK DAH SEDAP, PROMOSI SUPERB TAPI...
Situasi selepas tempah produk
Pada hari kejadian...
Pembeli: boleh hantar ke rumah SIS?Penjual: boleh SIS
Penjual: SIS, boleh jumpa di pasar raya berdekatan rumah SIS?Pembeli: Kenapa SIS?Penjual: Sebab sebenarnya saya tidak buat PENGHANTARAN ke rumah Saya tiada untung sebenarnya SISPembeli: Kalau SIS tidak boleh hantar, kenapa SIS tidak beritahu dari awal?Penjual: Baiklah saya hantar
PENGAJARAN : USAHAWAN PERLU MENEpati JANJI. APA YANG DIKATA PERLU DIKoTAKAN.
JAN-MAC 2018 33
TIPS & COACHING
1) Hendak berbisnes perlu ada value/keunikan sebab itu orang tertarik hendak beli produk kita, namun usah menjanjikan nilai yang kita sendiri belum tentu boleh laksanakan. Contohnya : hendak buat penghantaran, tanya dahulu diri sendiri mampu atau tidak kita buat?
Sementara tempahan masih sedikit memang mampu, kalau sudah tidak cukup tangan? Tahu nombor untuk dihubungi atau kenal mana-mana runner yang boleh buat penghantaran? Atau ketika tidak banyak tempahan boleh buat penghantaran, apabila sudah banyak terpaksa beritahu pelanggan tidak lagi buat penghantaran. Boleh macam itu? Istilahnya hendak keluarkan satu nilai, fikir masak-masak jangan sampai nilai keunikan dalam bisnes itu memakan diri. Ini antara sebab mengapa sesuatu bisnes itu tidak kekal. Kita mahu perbanyakkan keunikan tetapi tidak pula berfikir jauh bagaimana apabila bisnes sudah berkembang nanti. Ingat, kita buat bisnes bukan hendak jadi jaguh kampung, riuh sekejap...selepas itu diam menyepi hilang
entah ke mana. Hendak ‘meletupkan’ bisnes itu mudah, namun untuk mengekalkan bisnes itu banyak yang perlu diambil kira.
2) Perlu tahu Seni Pikat Pelanggan. Kalau dengan pelanggan pun kita bahasa-bahasakan, cakap menyindir, layan acuh tak acuh, macam mana pelanggan boleh tertarik dengan kita. Berilah produk sesedap mana pun, tetapi ianya tidak menjamin produk itu terjual, apatah lagi hendak dapat repeat sale.
Maka, sebelum kita berbuat sesuatu, letakkan diri kita sebagai penjual. Adakah reaksi kita itu relevan ataupun tidak? Sekiranya tidak membantu malah memberi kesan jangka masa panjang, maka pause sebentar dan berilah reaksi dengan cara lain yang lebih baik. Usahawan yang berjaya akan berfikir untuk hari esok, sebaliknya usahawan yang hanya berfikir untuk hari ini sahaja, tidak akan ke mana-mana.
Ini antara pengalaman yang kita lalui bersama para penjual. Ada dua perkara yang perlu usahawan ambil berat, iaitu :
Fikir sebelum bertindak!
JAN-MAC 201834
Ramai orang pada masa kini berlumba-lumba ingin menjadi usahawan dalam talian (online). Hal ini kerana, perniagaan dalam talian bukan sahaja
mudah untuk dikendalikan, malah boleh menjana berjuta-juta keuntungan. Tambahan pula, pelbagai platform yang boleh digunakan seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan platform lain untuk menjalankan perniagaan dalam talian.
Antara sebab perniagaan dalam talian sentiasa menjadi pilihan ialah :
Perniagaan dalam talian adalah sejenis perniagaan yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Baik yang bergelar mahasiswa mahupun yang bergelar seorang suri rumah sepenuh masa. Orang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi pun boleh menyertainya asalkan orang itu tahu mengendalikannya. Ironinya, orang yang mempunyai pendapatan tetap pun turut sama menceburi perniagaan dalam talian. Ini semua gara-gara ingin memperolehi pendapatan tambahan.
Sesungguhnya perniagaan dalam talian mempunyai potensi besar yang mesti direbut oleh setiap usahawan. Hal ini kerana tidak mustahil orang yang bergelar usahawan dalam talian boleh menjadi seorang jutawan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai tahap itu mestilah diiringi dengan ilmu. Jika usahawan dalam talian tidak mempunyai ilmu, pastilah perniagaan dalam taliannya tidak mendapat sambutan.
Ilmu adalah sesuatu yang amat penting untuk semua usahawan lebih-lebih lagi usahawan dalam talian. Jika tidak mempunyai ilmu pastilah sukar untuk sesebuah perniagaan dalam talian itu untuk bertahan dalam pasaran. Oleh yang demikian, semua usahawan mestilah berusaha untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya ilmu tentang dunia perniagaan.
Usahawan dalam talian memang berupaya untuk mendapatkan keuntungan dengan sebanyak-banyaknya. Walau bagaimanapun, perkara itu tidaklah boleh dicapai dengan mudah sebenarnya. Ada pelbagai cabaran yang usahawan dalam talian perlu hadapi. Itulah asam garam dunia perniagaan dalam talian pada masa kini.
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan dalam talian ialah :
1. Kesukaran melayan kerenah pelanggan2. Kesukaran mendapat kepercayaan dan keyakinan pelanggan3. Kesukaran memasarkan produk dan perkhidmatan4. Kesukaran bersaing dalam pasaran5. Kesukaran mendapat ramai pelanggan
01
02
03
04
Risiko kerugian yang rendah
Modal yang rendah
Menjana keuntungan yang banyak
Tidak perlu mengeluarkan produk sendiri
05 Boleh mencapai sasaran pelanggan yang luas
TIPS & COACHING
PESANAN BUAT USAHAWAN
DALAM TALIAN
JAN-MAC 201835
Bagi perniagaan dalam talian, terdapat pelbagai produk atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan.
Antara produk dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan ialah :
1. Menjual produk sendiri2. Menulis review berkenaan sesuatu produk dalam blog atau Instagram3. Menjual produk affiliate4. Menjual ruangan iklan di blog sendiri 5. Menyediakan perkhidmatan sebagai jurugambar
Semua sedia maklum bahawa pemasaran adalah jantung kepada perniagaan. Tanpa pemasaran yang berkesan, pastilah sesebuah perniagaan itu sukar untuk meraih keuntungan. Pemasaran yang berkesan perlulah mempunyai strategi. Strategi dalam pemasaran adalah sesuatu yang mesti dikuasai. Walau bagaimanapun, bukan semua usahawan dalam talian menguasai strategi pemasaran. Itu antara sebab perniagaan mereka sukar meraih keuntungan.
Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan dalam pemasaran ialah : 1. Tidak memahami keperluan dan kehendak pelanggan 2. Tidak mempunyai ilmu pemasaran3. Tidak mempunyai objektif pemasaran4. Tidak mempunyai idea untuk melakukan pemasaran5. Tidak mengumpul data-data tentang pelanggan
Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, strategi pemasaran dalam talian itu mestilah dikuasai. Perlu diingatkan bahawa dunia perniagaan internet itu akan berubah sentiasa. Maka, setiap usahawan dalam talian mestilah mengemaskini (update) strategi pemasaran dalam talian mereka. Hal ini supaya perniagaan dalam talian mereka dapat terus bertahan lama.
Antara tip pemasaran dalam talian yang mesti dikuasai oleh seseorang usahawan ialah :
1. Sentiasa melakukan penyelidikan terhadap pemasaran2. Sentiasa menyelidik produk yang selalu dibeli oleh pelanggan3. Sentiasa melakukan promosi di laman-laman sosial4. Sentiasa berusaha untuk mendapat kepercayaan pelanggan5. Sentiasa belajar perkara-perkara terbaru tentang perniagaan dalam talian
Tanpa disedari oleh ramai usahawan di luar sana, perniagaan adalah suatu jihad. Jihad bermaksud berjuang bersungguh-sungguh dari segi bahasa. Dalam dunia perniagaan, jihad bermaksud berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.
Antara sebab usahawan dalam talian gagal dalam perniagaan mereka adalah kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan. Kesungguhan di sini bermaksud kesungguhan untuk menuntut ilmu dan kesungguhan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Kesungguhan juga terpakai dalam konteks bersungguh-sungguh dalam berniaga. Jika tidak mempunyai kesungguhan amat sukar untuk seseorang usahawan itu berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan dalam talian boleh menjana keuntungan yang lumayan. Namun begitu, perkara itu bukanlah mudah seperti yang ramai orang sangkakan. Begitu banyak perkara untuk menjana keuntungan yang lumayan itu yang perlu diambil cakna. Kesungguhan, ilmu, dan strategi adalah di antaranya. Jika perkara-perkara itu tidak diambil cakna, pasti sukar untuk seseorang usahawan dalam talian itu menjana keuntungan dengan sebanyaknya.
TIPS & COACHING
Kedai gunting rambut
Kedai menjual pakaian
Kedai menjual bunga
JAN-MAC 201836
SMART SELANGOR
SMART SELANGORFIRST HOME BUYERSSMART SELANGOR
FIRST HOME BUYERS
Pada 24 Februari 2018 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan program Smart Selangor First Home
Buyers yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Yang Berhormat Dato’ Haji Iskandar Abdul Samad.
Program ini diadakan bersempena program Koleksi Hartanah PKNS yang berlangsung dari 23 Februari hingga 4 Mac 2018 bertempat di SACC Mall. Skim ini menawarkan pembiayaan pinjaman bagi pembayaran wang pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi membeli rumah. Menerusi skim ini, bakal pembeli hanya perlu melunaskan jumlah pinjaman tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan atau faedah.
Para pengunjung yang hadir
JAN-MAC 2018 37
SMART SELANGOR
Skim ini juga terbuka kepada bakal pembeli Rumah Selangorku yang dibangunkan oleh PKNS dan anak syarikatnya. Inisiatif ini dilihat dapat membantu meringankan bebanan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menggalakkan pemilikan sekurang-kurangnya sebuah kediaman bagi sebuah keluarga.
Sememangnya skim ini banyak memberi faedah atau manfaat kepada rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana. Semoga PKNS akan terus mewujudkan skim ini untuk membantu rakyat negeri Selangor.
YB Dato Haji Iskandar meneliti model rumah yang dipamerkan
YB Dato Haji Iskandar diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida Mohd Yusof dan ahli-ahli pengurusan PKNS merasmikan program Smart Selangor First Home Buyers
JAN-MAC 201838
PERNIAGAAN PERLU KAWALAN KEWANGAN
KEWANGAN
Bidang keusahawanan kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dewasa ini. Ramai yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan
secara kecil-kecilan, tidak kurang juga ada yang terus menjadikannya sebagai kerjaya pilihan. Tindakan ini mungkin didorong oleh faktor mudahnya memulakan perniagaan ekoran perkembangan pantas teknologi digital yang boleh diakses dengan kos yang murah. Ini membolehkan sesiapa sahaja yang berminat, dapat memulakan perniagaan secara dalam talian dalam masa yang singkat. Antara cabang perniagaan dalam talian yang paling mudah dimulakan ialah dropship. Sistem perniagaan dropship semakin popular dalam kalangan peniaga dalam talian memandangkan sebagai ejen dropship mereka tidak perlu menyimpan stok barangan dan tidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya hanya mempromosi produk yang dibekalkan ke platform media sosial. Situasi ini menarik ramai peniaga khasnya
dalam kalangan generasi muda seperti graduan memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya mereka ekoran peluang mendapatkan pekerjaan agak terhad dan sukar.
Walau apa pun sebab yang mendorong mereka menjadi usahawan, cabarannya tetap sama, terutamanya dalam tempoh tiga tahun pertama yang menyaksikan banyak perniagaan gagal kerana kekurangan ilmu dan pengalaman berniaga.
Justeru, para usahawan sama ada yang baru atau sudah lama berniaga, mereka perlu memiliki strategi dan ilmu untuk mengemudi serta mengawal perniagaan mereka, terutamanya dalam soal kewangan. Sesebuah perniagaan atau seseorang usahawan perlu sedar dan ambil maklum akan kedudukan kewangan mereka setiap masa kerana kewangan adalah nadi perniagaan. Antara kemahiran kewangan yang boleh diaplikasikan ialah :
JAN-MAC 2018 39
2. Analisis NisbahAnalisis ini merupakan satu teknik yang membolehkan seseorang usahawan mengesan prestasi dan kedudukan kewangan semasa. Antara analisis yang biasa digunakan ialah nisbah kecairan kewangan perniagaan untuk mengukur keupayaan membayar hutang jangka pendek tepat pada waktunya. Cara pengiraannya ialah jumlah aset semasa dibahagi dengan jumlah liabiliti semasa. Jawapan sebaiknya ialah lebih dari satu yang menunjukkan aset semasa mampu menanggung liabiliti semasa. Pelbagai lagi analisis nisbah yang perlu diketahui oleh usahawan untuk mengawal perniagaan mereka antaranya acid test ratio, efficiency ratio dan sebagainya.
3. Buku TunaiBuku tunai adalah buku utama yang perlu dikemaskini dan disimpan oleh usahawan setiap hari kerana buku ini boleh membantu usahawan membuat ramalan tentang keperluan kewangan syarikat. Buku tunai juga berfungsi merekodkan segala pergerakan aliran tunai semasa sama ada aliran masuk atau keluar. Perbezaan antara aliran masuk dan keluar akan menunjukkan kedudukan tunai bersih perniagaan pada satu jangka masa. Apabila tunai bersih positif, maka kedudukan tunai syarikat yang diusahakan adalah baik dan begitu juga sebaliknya.
4. Titik Pulang ModalKaedah ini menggunakan satu kiraan yang membolehkan usahawan mengetahui sama ada perniagaan mereka membuat keuntungan, rugi atau hanya sekadar balik modal. Pengiraan adalah berdasarkan kepada berapa jumlah unit yang perlu dijual untuk mencapai tahap pulang modal yang juga bergantung kepada harga jualan yang ditetapkan. Mana-mana jumlah yang melebihi titik pulang modal maka perniagaan tersebut menguntungkan.
Usahawan perlu faham apa itu kos tetap dan kos berubah serta elemen di dalamnya. Bagi memastikan bisnes yang diusahakan kekal dan mendapat keuntungan berpanjangan, usahawan perlu mendalami asas kewangan agar kawalan kewangan berada pada tahap yang terbaik. Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai mentor coach sebagai tempat rujukan yang boleh membimbing mereka ke arah kejayaan.
KEWANGAN
1. Pengurusan Aliran TunaiFaktor utama kejayaan sesebuah perniagaan adalah keuntungan yang berterusan dan aliran tunai yang mencukupi. Kita perlu ingat aliran tunai adalah nadi kepada setiap perniagaan. Perniagaan yang menguntungkan juga mampu mengalami masalah aliran tunai jika usahawan tiada ilmu dan kemahiran mengurus. Usahawan kerap mengutamakan margin yang tinggi sebaliknya kurang memberi perhatian terhadap aliran tunai. Sebagai contoh, jualan secara kredit tanpa kawalan tentunya menjejaskan aliran tunai sekiranya hutang atau kredit yang diberi lambat dikutip. Usahawan juga perlu ingat bahawa dalam perniagaan, mereka juga berhutang dengan pembekal yang perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, kawalan aliran tunai amatlah penting bagi menjamin kelangsungan perniagaan. Cara menyediakan dan mengawal aliran tunai kini menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi dalam talian yang boleh dibeli. Sebagai alternatif, usahawan juga boleh mencipta sistem sendiri dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel terutamanya bagi usahawan kecil yang kurang transaksi kewangan.
JAN-MAC 201840
Menjadi idaman ramai usahawan untuk menjual produk mereka keluar sempadan negara atau eksport kerana pasaran dalam negara kita agak terhad. Kebolehan mengeksport juga menguntungkan kerana pengeluaran boleh ditingkatkan ke skala yang lebih besar menjadikan kos pengeluaran seunit berkurangan.
Sungguhpun begitu, sebaiknya peniaga bertapak kukuh dahulu di pasaran tempatan. Perbaiki aspek kelancaran pengeluaran, kawalan kualiti produk, meningkatkan reka bentuk dan pembungkusan serta penglabelan. Apabila semua ini sudah kemas serta mempunyai modal yang cukup serta kakitangan terlatih, barulah difikirkan mengembang perniagaan ke pasaran eksport.
Sebaiknya pilihlah pasaran eksport yang banyak persamaan dengan pasaran kita dari segi budaya, cita rasa, agama dan bahasa. Dari sudut ini, negara yang paling hampir ialah negara Brunei Darussalam, kerana negara ini mempunyai banyak persamaan dengan kita. Mengikut laporan Bank Dunia 2017, Brunei merupakan ‘most improved economy in the world’. Jadinya pasaran ini kurang berisiko dan berpotensi besar. Tambahan pula Brunei juga merupakan ahli Association of South East Asian Nation (ASEAN) yang mempunyai perjanjian memberi keistimewaan dari segi tarif import ke atas produk dari negara ahli.
Pasaran Eksport ke Brunei
PERNIAGAAN LUAR NEGARA
Brunei Darussalam banyak memudahkan urusniaga
Brunei Darussalam banyak mengeksport produk mereka ke Malaysia
JAN-MAC 2018 41
Kini terdapat banyak misi perdagangan negara kita ke Brunei sama ada diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) atau oleh Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang sangat membantu pengeksport. Mengikut statistik, negara kita merupakan rakan niaga utama negara Brunei. Situasi begini amat kondusif bagi usahawan kita mengeksport ke Brunei. Tambahan pula Halal JAKIM kita diiktiraf di negara tersebut menjadikan pengeksportan bahan-bahan makanan halal mudah diterima.
PERNIAGAAN LUAR NEGARA
Perdagangan import dan eksport berjalan rancak di antara Malaysia dan Brunei Darussalam
Maklumat ringkas Brunei Darussalam
MATRADE banyak memberi bantuan memajukan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam
Produk industri halal negara kita berpotensi dieksport ke Brunei Darussalam
JAN-MAC 201842
AHLI BizClubBIL1 Azman Idrus Aiss Efektif Services Construction/Safety [email protected]
2 Aliza Ngah Rawi Kausar Wealth Management Wasiat/hibah [email protected]
3 Adli-Noone Aiss Efektif Services Wasiat/hibah [email protected]
4 Helwa Sofni Md Isa Kausar Wealth Management Wasiat/hibah [email protected]
5 Ahmad Redzuan Bin Abd Rahman Aiss Efektif Services Wasiat/hibah [email protected]
6 Mohd Azwan Bin Suhaimi Strategy Partners Engineering Maintenance, Service and Repair [email protected]
7 Megat Ismail Bin Megat Nasir Click Corporate Sdn Bhd Incorporation Sdn Bhd megatismailmegatnasir@gmail
8 Mohd Azlan B. Abu Bakar Mtrans Logistics Transport and logistic [email protected]
9 Armita�zati Mohd Zin Kausar Wealth Management Wasiat [email protected]
10 Qamarul Hazimin Shaipuddin Fadin Resources Fnb, Marin Equipment [email protected]
11 Nor Adawiyah Mohamad Metadata System Technologies WEB DESIGN [email protected]
12 Salam Berahim DCG Network Organic Drink [email protected]
13 Mohammad Syarifuddin MyJuss Enterprise Food Distribution & Consultant [email protected]
14 Zukahida Bt Kasim Kolam Emas Sdn Bhd Bakery [email protected]
15 Nurdiana Bt Idris Usahawan Pakaian Muslimah, Kosmetik [email protected]
16 Mohd Salleh Esa Fly Gshock Biz
Aksesori / Jam [email protected]
17 Kamariah Binti Atan Famous Creative (M) Sdn Bhd Pakaian Wanita [email protected]
18 Ashaari At Tamimi Dsara Tamimi Enterprise Fnb ashaariattamimi796@gmail.
19 Norashiqien Ishak Kausar Wealth Management Consultant Wasiat [email protected]
20 Ashaari At Tamimi
Mohd Faisal Haji Abas
Kausar Wealth Management Consultant Wasiat ashaariattamimi796@gmail
21 Insdos Solution Sdn Bhd IT Services [email protected]
22 Mohd Esa Bin Ab Aziz Kausar Wealth Management Consultant Wasiat [email protected]
23 Saadiah Jamal Kausar Wealth Management Consultant Wasiat [email protected]
24 Siti Nurhanis One Light International Sdn
Financial Consultant [email protected]
25 Rahana Mohd Dahari Nuansa Media Planner Media Planner/Pr Agensi [email protected]
26 Nurzailin Bt Zainudin Fleur By Lin Activ Pewangi Kereta [email protected]
27 Walizawati Binti Abdul Adzani Abaya.co Jubah Arab Wanita [email protected]
NAMA NAMA SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN EMAIL
Jaringan USAHAWAN
JAN-MAC 201843
AHLI BizClubBIL28 Nor Asmawar Binti Hamzah Mawar Sdn Bhd Barangan Preloved [email protected]
29 Nurliyana Binti Mohd Faudzi Liza & Fauzi Enterprise Tupperware & Sandwich [email protected]
30 Zamila Binti Abdullah Millia Collection Pakaian Muslimah [email protected]
31 Dayang Suriati Binti Robidin Melova Store Clothing / Pants [email protected]
32 Mohammad Tarmizi Bin Misnadar Mz Consulting & Management Cosmetic [email protected]
33 Mazaliza Che Musta�a Flexible Online Sdn Bhd Pakaian Wanita [email protected]
34 Nur Sya�qah Amira Binti Sohaimi CIMB Wealth Advisor Unit Trust, ASB, PRS sya�[email protected]
35 Noryati Binti Masran Rikna Maya Enterprise Pakaian Batik [email protected]
36 Abdullah Jamadi Bin Abdul Rahim Hibrak Resources Sdn Bhd Consultancy / Training [email protected]
37 Mohd Ezwan Bin Masdar Minda Profesional Sdn Bhd Training / Consultant [email protected]
38 Ahmad Benny Bin Ramli Arab Kuasa Resources Electrical & Mechanical Contractor [email protected]
39 Al�eya-Hanuum Binti Kamal Ridzwa Na�eya Marketing Retailer (Shampoo Santan Bidara) al�[email protected]
40 Amirrudin bin Rahmat ABS Mahligai Enterprise Takaful, Wasiah Hibah & Unit Trust [email protected]
41 Zarina Bnti Abdullah Nynadanial Couture
Naelofar Hijab [email protected]
42 Nur Sya�qah Binti Roslan Embun Utama Design Tudung & Aksesori sya�[email protected]
43 Wan Rusmawati One Global IP Sdn Bhd
Consultation & Registration [email protected]
44 Ashraf Bin Amir Dlasha Resources Pakaian Wanita [email protected]
45 Zubaidah Binti Zakaria Xarasdexandra Perfume [email protected]
46 Mohd Salim Yuso� KD Land Sdn Bhd Event Organizer mdsalimyuso�@gmail.com
47 Faten Nurhidayah
Suriyani Ismail
Izicare Trading Retailer (Madu Kelulut) [email protected]
48 Suri Ratu Minyak Wangi & Pakaian [email protected]
49 Nur Amirah Binti Shaiful Baharin Kingdom Of Colours Retailer (Pakaian & Aksesori) [email protected]
50 Yusnita Binti Mohd Jajuli Sesuci Bakery Food & Baverage [email protected]
51 Mohamad Helmi Bin Zulka�i Sewaris Marketing Consultant
Event Organizer & Watch Seller kareno�[email protected]
52 Rahmah Binti Othman Rahmah & Co. Law Firm [email protected]
53 Norazlin Binti Suratman Synsis Global Sdn Bhd Construction & Interior Design [email protected]
54 Noorlizawati Binti Mohd Akil Ad Media Bizz Services Service (Advertising) [email protected]
55 Azariah Binti Khalif Ak Strategy Solution Event Service [email protected]
56 Azliza Binti Zulkapli Marveleez Colors Plt Beauty Product [email protected]
57 Azliati Binti Azmi Persendirian Freelance [email protected]
NAMA NAMA SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN EMAIL
Jaringan USAHAWAN
JAN-MAC 201844
INOVASI DAN TEKNOLOGI
INOVASI HYDROTUBE
Hidroponik ialah kaedah menanam tumbuh-tumbuhan terutama tumbuhan berdaun yang menggunakan air tanpa memerlukan
tanah dengan memberi penekanan kepada keperluan nutrisi bagi tanaman. Dalam kaedah penanaman hidroponik, air yang diperlukan adalah sedikit sahaja berbanding dengan kaedah penanaman yang memerlukan tanah. Oleh sebab kaedah penanaman hidroponik menggunakan air yang sedikit, maka kaedah penanaman ini sangat sesuai digunakan pada kawasan yang mempunyai sumber air yang terbatas seperti di rumah pangsa misalnya. Kaedah penanaman hidroponik semakin menjadi satu keperluan pada hari ini. Mana-mana orang yang ingin bercucuk tanam tetapi tidak mempunyai tanah amat gemar menggunakan kaedah ini. Selain itu, kaedah penanaman hidroponik ini juga telah dikomersialkan sehingga menjadi hiasan di sesetengah rumah di negara ini. Pendek kata, kaedah penanaman ini sedang mendapat permintaan yang luas daripada anggota masyarakat di luar sana. Memandangkan kaedah penanaman hidroponik ini sering mendapat permintaan yang tinggi daripada anggota masyarakat, maka Encik John Idlan, pemilik syarikat Berdua Urban Farming telah melakukan inovasi terhadap kaedah penanaman ini.
Kaedah penamaan secara hidroponik yang dicipta oleh Encik John Idlan yang bernama Hydrotube ini yang amat sesuai untuk menanam semua tumbuhan berdaun seperti sawi, kangkung, cili dan sebagainya. Dengan harga serendah RM65 sahaja, semua orang yang tinggal di bandar pasti mampu untuk becucuk tanam dengan menggunakan kaedah Hydrotube ciptaan Encik John Idlan ini.
Antara bahan yang digunakan untuk menanam tumbuh-tumbuhan secara Hydrotube ini ialah :
1. Paip UPVC tiga kaki panjang yang mempunyai lapan lubang 2. Media semaian (PD 42MM) 3. Baja A/B 4. Benih 5. Foliar organik (bahan kawalan serangga dan penyakit) 6. Netpot
Menurut Encik John Idlan, sayur-sayuran yang ditanam dengan menggunakan kaedah Hydrotube ciptaan beliau ini mengambil masa selama dua minggu sahaja untuk membesar. Oleh sebab itulah, Hydrotube yang beliau cipta itu telah berjaya terjual sebanyak RM300,000 dalam masa lapan bulan sahaja. Antara faedah Hydrotube ciptaan beliau ialah : 1. Menjimatkan air 2. Tahan lasak 3. Tidak mudah pecah 4. Menjimatkan ruang 5. Boleh digantung 6. Murah 7. Selamat digunakan
Pekerja sedang mengendalikan paip UPVC
Tumbuhan yang disemai menggunakan Hydrotube
JAN-MAC 201845
INOVASI DAN TEKNOLOGI
Antara perbezaan Hydrotube ciptaan beliau dengan kaedah penanaman hidroponik ciptaan orang lain ialah ciptaan beliau lebih kemas selain paip UPVC beliau itu mempunyai penutup, rivet, dan rantai. Berbeza dengan kaedah penanaman orang lain yang hanya memasang begitu sahaja di dinding-dinding rumah. Encik John turut berkongsi cara-cara untuk menyemai sayur-sayuran dengan menggunakan Hydrotube. Cara-caranya ialah :
1. Rendamkan media semaian (PD 42MM) ke dalam air biasa sehingga kembang 2. Lubangkan bahagian tengah media semaian 3. Masukkan benih ke dalam media semaian 4. Masukkan media semaian bersama benih ke dalam netpot 5. Masukkan netpot ke dalam lubang paip UPVC 6. Masukkan baja A/B dan foliar organik 7. Gantungkan ke tempat yang terdedah kepada cahaya
Sesungguhnya kaedah Hydrotube ciptaan Encik John Idlan ini sangat berguna kepada penduduk bandar yang ingin bercucuk tanam. Encik John Idlan telah melakukan inovasi yang besar dalam kaedah penanaman hidroponik untuk membantu masyarakat bandar di luar sana untuk bercucuk tanam atau berkebun. Sememangnya Hydrotube ciptaan Encik John Idlan ini perlu dipuji dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.
Pokok yang tumbuh subur
Tunas pokok yang sedang tumbuh
Pokok yang tumbuh subur dalam tempoh 30 hari
JAN-MAC 201846
PERNIAGAAN PILIHAN
Pertama kali bertemu dengannya di kedai, jelas kelihatan wibawanya sebagai seorang usahawan. Seorang yang tenang, mudah mesra dengan
semua orang selain kerap tersenyum, itulah sedikit sebanyak gambaran personaliti diri bagi Encik Musdar Effendi Tami, Pengurus Koleksi Citra Maju di Kompleks PKNS Shah Alam.
Kedai yang menjual baju kurung, blouse, dan seluar untuk kaum wanita itu sungguh eksklusif dekorasinya. Semua pakaian yang tergantung kemas di kedai tersebut membuatkan pelanggan berasa terpanggil untuk singgah membeli. Itulah antara daya tarikan utama yang wujud di kedai tersebut.
Mula Berniaga Menurut Musdar, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1987. Pada waktu itu beliau telah terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan seperti bengkel kereta, pencetakan, menjual buku-buku agama dan sebagainya. Pada tahun 1990, beliau mula membuka perniagaan beliau di Kompleks PKNS Shah Alam dan pada tahun 1993, beliau mula membuka kedai pakaian yang beliau miliki sekarang. Apabila ditanya apakah yang mendorong beliau untuk terlibat dalam dunia perniagaan, beliau menjawab,
“Saya amat minat berniaga. Jika makan gaji sahaja, pendapatan kita setakat itu sahajalah. Namun, seandainya kita berniaga, pendapatan kita akan berlipat kali ganda”.
Terlibat Dalam Perniagaan Menjual Pakaian
Menurut Musdar, beliau mendapat idea untuk membuka kedai pakaian itu setelah diberi peluang oleh seseorang untuk berniaga satu van pakaian tanpa perlu mengeluarkan modal. Apabila kain yang dijual itu laris di pasaran, beliau lantas melihat potensi perniagaan menjual pakaian. Dari situlah beliau mula mendapat idea untuk membuka kedai pakaian beliau sekarang.
Cabaran Dalam Perniagaan
Setiap usahawan pastilah akan menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan. Perkara yang sama turut dihadapi oleh Musdar sebagai seorang usahawan. Musdar berkata, cabaran beliau dalam berniaga ialah kelembapan ekonomi yang berlaku sekarang ini. Apabila ekonomi tidak menentu, orang tidak mahu berbelanja. Sedikit sebanyak perniagaan beliau turut terkesan sama. Oleh sebab itulah beliau amat berharap agar ekonomi akan segera pulih seperti sedia kala supaya perniagaan beliau boleh rancak semula.
MUSDAR EFFENDI TAMI USAHAWAN FESYEN BERWIBAWA
Saya amat minat berniaga. Jika makan gaji sahaja, pendapatan kita setakat itu sahajalah. Namun, seandainya kita berniaga, pendapatan kita akan berlipat kali ganda
JAN-MAC 2018 47
PERNIAGAAN PILIHAN
Produk Paling Laris
Apabila ditanya apakah produk yang paling banyak dibeli oleh pelanggan di kedai beliau, beliau menjawab, “Blouse ialah produk yang sering kali dicari oleh pelanggan di kedai ini. Oleh sebab perniagaan saya ini menjual pakaian wanita, maka wanita-wanita yang berkunjung ke kedai saya ini pasti akan mencari blouse untuk kegunaan mereka”.
Perniagaan Dalam Talian Buat masa ini, Musdar tidak merancang untuk menjual pakaian beliau secara dalam talian. Hal ini kerana, menjual pakaian secara dalam talian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikendalikan. Namun begitu, menurut beliau, keinginan untuk menjual secara dalam talian itu tetap ada. Cuma beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
Sikap Usahawan Yang Berjaya
“Seseorang usahawan yang ingin berjaya mestilah mempunyai sikap jujur. Jujur bermaksud jujur kepada diri sendiri, jujur kepada pembekal, dan jujur kepada pelanggan”. “Usahawan tidak boleh sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Sebagai contoh, jika kita berhutang dengan sesiapa untuk membuka perniagaan kita, kita wajib membayar
hutang tersebut setelah mendapat keuntungan. Jangan sesekali merosakkan kepercayaan orang kepada kita. Kelak orang tidak akan membantu kita lagi,” Ujar Musdar. Selain itu, kata Musdar, usahawan mestilah mempunyai sikap cekal. Dunia perniagaan banyak cabarannya. Oleh yang demikian, sikap cekal memang perlu ada dalam diri setiap usahawan. Jangan sesekali berputus asa setiap kali gagal dalam perniagaan.
Kesimpulan
Sesungguhnya Musdar adalah seorang usahawan yang berwibawa. Semoga para usahawan di luar sana dapat mencontohi diri beliau sebagai seorang usahawan dan semoga perniagaan beliau akan terus berjaya sampai bila-bila.
MUSDAR EFFENDI TAMI USAHAWAN FESYEN BERWIBAWA
Nama : Musdar Effendi Tami
Umur : 54 tahun Alamat : Lot 01-185A, Kompleks PKNS, 4000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5510 4903 Email : [email protected]
Info Ringkas
Pintu masuk ke kedai Koleksi Citra Maju
JAN-MAC 201848
TAKWIM BPU
JANUARI1I S R K J S
8 9 10 11 12 13
1 2 3 4 5 6
15 16 17 18 19 20
22 23 24 27
14
21
28
29 30 31
2625
I S R K J S A
7
FEBRUARII S R K J S
5 6 7 8 9 10
1 2 3
12 13 14 15 16 17
19 20 21 24
11
18
25
26 27 28
2322
I S R K J S A
4
MACI S R K J S
5 6 7 8 9 10
1 2 3 1 2 3
12 13 14 15 16 17
19 20 21 24
11
18
25
26 27 28
2322
313029
I S R K J S A
4
PROGRAM
PROGRAM
PROGRAM
2
3
Taklimat PROTUNe Selangor Bersama PentadbirSekolah&PPD
Bengkel Penjenamaan dan Reka Bentuk Logo Syarikat
Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor (Sesi 3)
Mesyuarat Guru-Guru Pembimbing PROTUNe Selangor
Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor
Program Usahawan SMART-UIA
Program Kursus Motivasi Guru Pembimbing PROTUNe Selangor
Temuduga GROW
Sesi Dialog Khas Perkongsian Kembara Hidup Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Majlis Menandatangani Perjanjijan Syarikat 5U
Kem Program Perintis Usahawan (PPU) Peringkat Negeri Selangor
Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor (Sesi 2)
Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor (Sesi 4)
Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor (Sambungan Sesi 4)
Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor (Sesi 1)
16/1/2018
21-22/2/2018
19-22/2/2018
18/1/2018
14-28/2/2018
2/3/2018
5-7/3/2018
13/3/2018
15/3/2018
23/3/2018
27-28/3/2018
22-25/1/2018
5-8/2/2018
26-28/2/2018
1/3/2018
JAN-MAC 201849
Lengkapkan maklumat yang disediakan di bawah dan hantar melalui aplikasi WhatsApp @ email ke alamat yang dinyatakan di atas.
Sekiranya anda berminat, lengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan di bawah, ambil gambar dan hantar menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 013-3437542 atau email ke [email protected]. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS di talian 03-55668588
Kerana Kami di Majalah PKNS BIZPOINT Kini MEMBUKA RUANGAN IKLANKepada usahawan BUMIPUTERA yang berminat untuk mempromosikanperniagaan masing-masing.
Menerusi iklan ini, perniagaan anda akan dikenali ramai kerana kamimengedarkan ini ke seluruh negara.2,500
buah cetakanm a j a l a h
PANGSAPURISERVIS MODEN
JAN-MAC 201850
PROJEK PKNS
S U A T U K E S E M P U R N A A N
JAN-MAC 2018 51
PROJEK PKNS
S U A T U K E S E M P U R N A A N
JAN-MAC 201852
FOKUS
PRO DAGANGJUL - SEP 201752