Bil: 49 / 2010

32
Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil. : 49 JULAI - DISEMBER 2010 ISSN 0128 - 0414 Ulang Tahun ke 125 JUPEM M ajlis Ulang Tahun ke 125 (1885 – 2010) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2010. Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Sambutan Ulang Tahun tersebut di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur disamping melancarkan sistem e-Kadaster, setem korporat serta syiling peringatan bersempena sambutan 125 JUPEM itu. Dalam ucapan perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan mewujudkan dasar dan perundangan yang khusus dan menyeluruh bagi menggalakkan serta memantapkan lagi penggunaan data geospatial dalam arus pembangunan negara. Undang- undang itu akan memberi tumpuan kepada kerahsiaan dan keselamatan data, prinsip-prinsip pemilikan data, perkongsian data, penyelarasan penyebaran data dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kata beliau lagi, Akta ini perlu bagi mengoptimum potensi teknologi geospatial seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS-Geographic Information System) dalam pembangunan negara. Dengan mewujudkan dasar dan perundangan yang khusus dan menyeluruh ia akan dapat membantu pembangunan infrastruktur GIS dan pembangunan modal insan bagi mendokong perkembangan teknologi GIS di negara kita. BERITA DI MUKA 3 1 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Transcript of Bil: 49 / 2010

Page 1: Bil: 49 / 2010

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil. : 49 JULAI - DISEMBER 2010 ISSN 0128 - 0414

Ulang Tahun ke 125 JUPEM Majlis Ulang Tahun ke 125 (1885 – 2010) Jabatan

Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2010. Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Sambutan Ulang Tahun tersebut di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur disamping melancarkan sistem e-Kadaster, setem korporat serta syiling peringatan bersempena sambutan 125 JUPEM itu.

Dalam ucapan perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan mewujudkan dasar dan perundangan yang khusus dan menyeluruh bagi menggalakkan serta memantapkan lagi penggunaan data geospatial

dalam arus pembangunan negara. Undang-undang itu akan memberi tumpuan kepada kerahsiaan dan keselamatan data, prinsip-prinsip pemilikan data, perkongsian data, penyelarasan penyebaran data dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kata beliau lagi, Akta ini perlu bagi mengoptimum potensi teknologi geospatial seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS-Geographic Information System) dalam pembangunan negara. Dengan mewujudkan dasar dan perundangan yang khusus dan menyeluruh ia akan dapat membantu pembangunan infrastruktur GIS dan pembangunan modal insan bagi mendokong perkembangan teknologi GIS di negara kita.

BERITA DI MUKA 3

1 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 2: Bil: 49 / 2010

2 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

MELALUI BUDAYA KEBERSIHAN MASYARAKAT, kehidupan sesebuah masyarakat akan menjadi lebih sejahtera sekiranya setiap anggotanya dapat menjaga beberapa aspek penting kehidupan mereka antaranya ialah persekitaran, kebersihan dan kesihatan. Disamping aspek kesucian rohani dan akal, Islam sangat menekankan aspek kebersihan fizikal atau luaran.

Tujuan utama kebersihan fizikal ini adalah untuk menjaga kesihatan kita dan menghindari daripada pelbagai penyakit. Untuk itu, budaya menjaga kebersihan perlu ditanam dan diamalkan oleh setiap warga JUPEM dan anggota masyarakat yang lain. Salah satu ancaman penyakit yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia amnya, dan warga JUPEM khususnya, ialah demam denggi.

Melihat kepada kes-kes demam denggi yang semakin meningkat, warga JUPEM perlu berwaspada terhadap sebarang kemungkinan dijangkitinya. Antara tanda-tanda demam denggi ialah demam kuat secara mengejut, ruam merah pada kulit, sengal-sengal otot dan sendi, sakit bebola mata, pendarahan pada badan, hidung dan mulut, sakit kepala, hilang selera makan, muntah dan sakit perut. Jika ianya dibiarkan, boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan, pendarahan hidung dan gusi yang boleh membawa kepada kematian.

Sebagai usaha untuk mencegah dan mengawal peningkatan demam denggi, warga JUPEM harus terus berusaha melaksanakan beberapa tindakan. Antaranya, memastikan kebersihan persekitaran bangunan pejabat, penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan cara menutup semua bekas simpanan air, meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik dan menukar air di dalam bekas jambangan setiap minggu serta sentiasa memeriksa tangki simpanan air. Kita juga perlu kerap memastikan tiada takungan air seperti piring pengalas pasu, tin-tin kosong, bekas-bekas plastik, saluran air hujan dan apa juga yang boleh menakung air jernih. Di peringkat pengurusan jabatan pula, berbagai program boleh dilakukan untuk membanteras demam denggi. Sebagai contoh, program gotong-royong, taklimat atau ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan. Program-program sebegini boleh diadakan dengan menjadikan JUPEM sebagai pusat kegiatan yang menyelaraskan kegiatan kesedaran berkenaan bahayanya demam denggi dan program pencegahan. Ia boleh dilakukan dengan menjemput orang ramai yang secara tidak langsung juga akan mengeratkan lagi hubungan ukhuwah warga JUPEM dengan orang awam.

Oleh itu, sebagai warga JUPEM yang prihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran pejabat kerana usaha ini dapat memotivasi dan meningkatkan lagi produktiviti di samping mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti.

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat:-Sidang Pengarang-

PenasihatY. BHG. DATO’ PROF. SR DR. ABDUL KADIR BIN TAIB

DSDK, SDK, KMNKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiSR AHMAD FAUzI BIN NORDIN, JSM, KMN

Timbalan Ketua Pengarah Ukur danPemetaan 1

Ketua PenyuntingSR HAJI RAMLI BIN NOR

Timbalan Ketua PenyuntingSR AMRAN BIN ABU RASHID

PenyuntingSR NORAzMEL BIN ABD. KARIMROSMARTINI BT. ABD. RAHMAN

Pengarang/JurugambarSURANI BIN LEGIMEN

MOHAMAD ROSLI BIN MURSIDIFARIHAN BIN AMzAH

MOHD zAKARIA BIN GzAzALI HASANUL ARIFFIN BIN MOHD. NOR

Ketua Rekabentuk/PercetakanHAJI MUHAMMAT PUzI BIN AHMAT, KSD

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Bangunan Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel. : 03-26170800 Faks : 603-26170990

RenunganDaripada riwayat Bukhari yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Abdullah r.a. berkata:

Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah S.A.W. berdiri. Lalu kami pun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah S.A.W.; “Ya Rasulullah, itu adalah jenazah Yahudi”. Sabda Rasulullah S.A.W., “apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah”.

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada tahun 26 Ogos 2003 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melancarkan datum geosentrik yang dikenali sebagai Geocentric Datum of Malaysia 2000 (GDM2000)

Page 3: Bil: 49 / 2010

3 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

125 TAHUN JUPEM

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sistem e-Kadaster yang dibangunkan oleh JUPEM merupakan antara sistem ukur tercanggih di dunia dan kini menjadi rujukan negara serantau. Sistem berkenaan berjaya memendekkan proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua bulan atau kurang. Beliau turut melahirkan harapan supaya sistem e-Kadaster akan menjadi projek ikon kepada JUPEM dan akan dapat menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan negara serta untuk kesejahteraan rakyat. Projek e-Kadaster bernilai RM287 juta ini yang menggunakan teknologi ICT optimum merupakan proses kejuruteraan semula terhadap sistem ukur kadaster sedia ada. Ia menggunakan teknologi satelit dalam kerja ukuran, penggunaan kemudahan jalur lebar dan diintegrasikan dengan sistem eTanah.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas; Timbalannya, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Y.Bhg. Dato’ zoal Azha bin Yusof dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib.

Majlis Ulang Tahun ke 125 JUPEM ini turut diisi dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JUPEM 2010 bertempat di Dewan Ukur, JUPEM Kuala Lumpur.

Objektif konvensyen ini adalah untuk, • Memberi penghargaan dan pengiktirafan

kepada warga JUPEM yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kumpulan KIK membuat persembahan dan seterusnya secara langsung memberi kebaikan dan menaikkan imej jabatan;

• Membuka minda warga JUPEM bahawa kreativiti dan inovasi adalah teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan warga JUPEM berfikir di luar kotak yang merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan minda kelas pertama;

• Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam, khususnya di JUPEM;

• Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan JUPEM menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

• Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam, bagi tujuan untuk memperkemaskan lagi keberkesanan program KIK.

3 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 4: Bil: 49 / 2010

4 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Yang Berusaha Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1 telah menyempurnakan majlis penutup program KIK 2010 peringkat JUPEM dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta KIK tersebut. Johan iaitu Kumpulan PADU dari Seksyen Pemetaan Utiliti dengan tajuk ‘Ke Arah Kerja Pengesanan yang Produktif’ telah menerima wang tunai RM2000.00, Piala Pusingan dan Trofi. Naib Johan telah dimenangi oleh Kumpulan CPDBU dari Seksyen Penawanan Data dengan menerima RM1500.00 dan Trofi. Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan EHSAN dari JUPEM Kelantan yang menerima RM750.00 dan Trofi manakala Saguhati menerima Sijil Penyertaan. Pertandingan KIK ini menyaksikan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada JUPEM Ibu Pejabat dan juga JUPEM Negeri.

Selain itu, Seminar Juruukur turut diadakan yang bertujuan untuk menilai pencapaian kakitangan di dalam sektor awam dan seterusnya menentukan hala tuju baru yang mampu memberi perkhidmatan yang lebih berkesan.

Pembentang-pembentang kertas kerja telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menyampaikan pengalaman yang telah dilalui, perancangan dan hala tuju JUPEM untuk diikuti

oleh peserta-peserta yang hadir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pembentangan kertas kerja kerja disampaikan oleh pihak JUPEM yang meliputi Isu-isu Persempadanan dan Pelantar Benua, Malaysian Geodetic Infrastructures, Military Mapping, Perancangan Strategik Kadaster dan Perancangan Strategik Pemetaan. JUPEM juga turut menjemput pembentang-pembentang kertas kerja daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) meliputi pembentangan berkaitan dengan Tanggungjawab sebagai Penjawat Awam, Integriti Penjawat Awam dan The JUPEM-PEJUTA way forward Collaboration: An Agenda On An Innovation-Driven Enabling Environment.

Seminar ini memberi peluang kepada semua Juruukur di JUPEM serta mereka yang terlibat dalam bidang geospatial untuk mengetahui perkembangan dan isu-isu terkini berkaitan pengurusan maklumat geospatial. Dalam seminar ini juga, jabatan secara tidak langsung mendapat input ke arah penambahbaikkan produk-produk serta perkhidmatan JUPEM melalui sesi perbincangan dan dialog dengan peserta seminar sebagai pemangkin kepada budaya berinovasi jabatan.

125 TAHUN JUPEM

Page 5: Bil: 49 / 2010

5 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Selain itu, KEMPEN DERMA DARAH 1JUPEM 1MALAYSIA telah diadakan pada 6 Oktober 2010 bertempat di Ruang Legar Pusat Beli-belah, Kompleks AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Program ini merupakan anjuran JUPEM dengan kerjasama Pusat Derma Darah Negara, Kuala Lumpur dan AEON Setiawangsa Kuala Lumpur. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Mior Safian Bin Saidin, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.

Majlis ini tidak hanya dibuka kepada profesion juruukur sahaja malah dibuka juga kepada orang awam bagi mendedahkan peranan yang dimainkan JUPEM dalam pembangunan Negara selama 125 tahun penubuhannya.

Sementara itu, sesi pameran juga turut diadakan di Tingkat 16 Wisma JUPEM dan di hadapan perkarangan bangunan CAMS. Sesi pameran menyaksikan penyertaan daripada syarikat-syarikat swasta yang memperlihatkan teknologi dan perisian yang terkini yang digunapakai oleh JUPEM dan yang berada di pasaran.

Sebelum itu, bagi merancakkan suasana menjelang Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 125 JUPEM, beberapa aktiviti promosi telah dijalankan di media cetak, elektronik dan di sekitar kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur seperti kempen menderma darah, pertandingan Futsal dan penyiaran dokumentasi JUPEM 125 tahun di Rancangan PANORAMA.

JUPEM telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan 3 siri dokumentari JUPEM 125 tahun menerusi slot rancangan Panorama di TV1 bermula pada bulan Ogos sehingga bulan November 2010. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah ditemuramah oleh RTM pada 29 Julai 2010. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I(TKPUP I), Sr Ahmad Fauzi bin Nordin telah ditemuramah bagi program Hello On 2 (HOT) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada 12 Oktober 2010.

Page 6: Bil: 49 / 2010

Para penderma darah pada hari itu telah diberi Sijil Penghargaan Derma Darah sempena 125 tahun JUPEM, Sijil Penghargaan dari Pusat Derma Darah dani Sijil Log Book dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di JUPEM Labuan pula, kempen menderma darah telah diadakan pada 6 Oktober 2010 bertempat di ruang legar Bangunan Ujana Kewangan Labuan bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Seramai 59 orang kakitangan jabatan telah menderma darah sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 125 JUPEM.

125 TAHUN JUPEM

Di samping itu, JUPEM turut juga menganjurkan Kejohanan Futsal 125 Tahun JUPEM pada 3 Julai 2010 bertempat di S7 Futsal Stadium, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Sejumlah 24 pasukan dari Seksyen dan Bahagian di Ibu Pejabat dan dari JUPEM Negeri telah menyertai pertandingan futsal ini. Johan pertandingan Futsal ini telah dimenangi oleh pasukan JUPEM Negeri Sembilan yang menewaskan pasukan JUPEM Perlis 3 – 2 pada saingan akhir, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan JUPEM Terengganu. Upacara penutup dan penyampaian hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Pengarah BGSP.

6 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 7: Bil: 49 / 2010

7 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Dari Lensa 125 Tahun JUPEM

Page 8: Bil: 49 / 2010

8 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

JUPEM Cemerlang Urus KewanganJUPEM tersenarai di antara 4 jabatan kerajaan

yang mencapai tahap cemerlang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2009 dengan memperolehi markah melebihi 90 mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010.

Jabatan yang mendapat markah cemerlang tersebut ialah :

• Agensi Nuklear Malaysia, • Jabatan Mineral dan Geosains, • Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

(JUPEM).

Manakala senarai 10 agensi kerajaan yang cemerlang dalam pengurusan kewangan ialah:

• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat• Jabatan Perdana Menteri • Kementerian Kerja Raya• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani• Kementerian Sumber Manusia dan • Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar Laporan Audit itu turut mengesyorkan beberapa cadangan untuk memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan termasuk Pegawai

Pengawal/Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan membetulkan dan mencegah terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara serta mempertingkatkan pembabitan secara ’hands-on’ oleh pegawai pengawal dan ketua jabatan dalam perkara ini. Laporan Audit juga mengesyorkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan terhadap jabatan yang gagal memungut hasil atau membuat bayaran yang tidak teratur. Cadangan ini berkaitan dengan jabatan-jabatan yang hanya memperolehi tahap memuaskan dalam pengurusan kewangan dengan markah antara 60 dan 70 bagi tahun 2009. Menurut laporan audit itu juga, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian dan jabatan bagi tahun 2009 bertambah baik berbanding tahun 2008.

Di atas kecemerlangan ini, JUPEM telah mendapat pengiktirafan dengan memperolehi Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Tahun 2009. Majlis penyampaian sijil tersebut telah diadakan pada 27 September 2010 di Permaisuri Resort, Port Dickson Negeri Sembilan dan telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib telah dijemput secara rasmi oleh Jabatan Audit Negara bagi mewakili JUPEM untuk menerima sijil tersebut.

Kejayaan JUPEM itu adalah kerana komitmen tinggi yang diamalkan oleh jabatan ini sehingga berjaya mencapai tahap cemerlang dalam pengurusan kewangan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berdasarkan indeks akauntabiliti Jabatan Audit Negara sepanjang tahun 2009.

Page 9: Bil: 49 / 2010

9 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Mesyuarat ke 40 Jawatankuasa Teknikal Bersama Penandaan dan Pengukuran

Sempadan Antarabangsa di antara Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Timur dan Kalimantan Barat), (MIT ke 40 Malaysia - Indonesia) anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 21 hingga 23 Disember 2010 bertempat di Hotel Renaissance Melaka. Delegasi Malaysia diwakili seramai 25 orang pegawai yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia manakala delegasi Indonesia juga terdiri daripada 25 orang pegawai diketuai oleh YBhg. First Admiral T.H. Soesetyo, Director of Defence Territory, Directorate General for Defense Strategy, Ministry of Defense (Chairman of the Indonesia Boundary Technical Committee).

Mesyuarat MIT ke 40 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Malaysia membincangkan agenda berkaitan dengan kemajuan pengukuran dan penandaan persempadanan antarabangsa Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2010. Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan kerja luar Malaysia dan Indonesia atas sumbangan

MIT ke 40 Malaysia - Indonesiamereka dalam melaksanakan kerja-kerja pengukuran di sempadan kedua-dua negara sepanjang tahun ini.

Beliau juga menyarankan agar kedua-dua belah pihak dapat berusaha meningkatkan lagi persefahaman pasukan kerja luar antara kedua-dua negara supaya kerja-kerja penandaan dan ukuran dapat ditingkatkan lagi demi kepentingan bersama.

Pada keseluruhannya, penandaan dan pengukuran Sempadan Antarabangsa di antara Malaysia dan Indonesia berjalan seperti mana yang dirancang dan dijadualkan pada tahun ini bagi kawasan yang telah dipersetujui bersama.

Majlis memuktamadkan dan menandatangani Minit Mesyuarat MIT ke 40 Jawatankuasa Teknikal Bersama Antara Malaysia-Indonesia pula berlangsung pada 23 Disember 2010 di tempat yang sama, yang disempurnakan oleh kedua-dua Ketua Delegasi. Pertukaran Minit Mesyuarat dan Salinan Pelan Kerja dilangsungkan sejurus selepas sesi menandatangani dokumen-dokumen berkenaan selesai.

Salinan Pelan Kerja:

Priority Area Boundary Markers Field Plan No. No. Of Sheet

XX (T - U) U 001 - U 800 1 - 60 61

XIX (U - V) U 800 - T 001 62 - 124 63

JUMLAH 124

Pertukaran Minit dan Pelan Kerja oleh Ketua Delegasi Malaysia dan Indonesia

Page 10: Bil: 49 / 2010

10 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Mesyuarat ke 66 Majlis Tanah Negara (MTN) berlangsung pada 1 Disember 2010,

bertempat di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Utama Parlimen Malaysia. Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat pada kali ini juga, menggabungkan Majlis Perhutanan Negara dan Majlis Mineral Negara seperti mana yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis pada Mesyuarat ke 65 MTN yang lalu. Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, dijemput hadir sama bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Objektif mesyuarat MTN 2010 ialah bagi membincangkan dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi tujuan perlombongan, pertanian, perhutanan dan lain-lain dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran tanah negara. Mesyuarat MTN 2010 juga telah membincangkan lima kertas pertimbangan dan dua kertas makluman yang menyentuh mengenai pentadbiran dan pengurusan tanah Negara dan penyelarasan dasar-dasar penggunaan tanah Negara ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Mesyuarat MTN 2010Antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat MTN itu ialah untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perhutanan dalam membanteras pembalakan haram dan kesalahan hutan. Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2010 memberi penekanan kepada aspek memindahkan prinsip beban pembuktian semasa perbicaraan di mahkamah bagi kes-kes kesalahan hutan daripada pihak pendakwaan kepada pihak yang didapati memiliki hasil balak. Mesyuarat MTN juga berharap agar pindaan ke atas Akta 313 ini dapat memastikan sektor perhutanan bergerak seiring dengan cabaran dan isu semasa yang mencakupi aspek-aspek pencegahan pembalakan haram, pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang lebih berkesan serta pembangunan sektor perhutanan negara.

Page 11: Bil: 49 / 2010

11 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Program ‘Team Building‘ yang diadakan bertujuan untuk memupuk semangat

kerjasama, membina sahsiah diri serta menjana ciri-ciri kepimpinan ke arah yang lebih cemerlang sejajar dengan kehendak semasa. Bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), program untuk kumpulan Juruukur/Jurukartografi ini telah diadakan pada 30 November sehingga 3 Disember 2010.

Program anjuran JUPEM ini telah disertai seramai 120 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred J41. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II di Auditorium INSTUN.

Bagi memantapkan lagi pengisian program ini, sesi ceramah telah diadakan di Dewan Kuliah Utama oleh penceramah dari Institut Integriti Malaysia bertajuk ‘Pengurusan Integriti Dalam Konteks Pelan Integriti Nasional‘. Intipati dari ceramah yang disampaikan telah dapat menyuntik semangat dan memberi kesedaran mengapa program sebegini harus diadakan seterusnya dapat memberi manfaat yang berguna terutamanya kepada penjawat awam.

Program selama empat hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti menjalani ujian ketangkasan dengan larian selang seli antara halangan-halangan yang disusun. Selain itu, ujian ketahanan fizikal seperti merentas sungai, memanjat tebing curam dan berakit turut diadakan bagi mengisi jadual program tersebut. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi, semua peserta telah berjaya mengharunginya dengan sabar dan berani. Aktiviti seperti ini tentunya dapat memupuk semangat bekerjasama dalam berpasukan.

Program ini diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd. Noor bin Isa, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.

Menjana Juruukur Terbilang

Page 12: Bil: 49 / 2010

12 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Pada 26 hingga 28 November 2010 yang lalu, beberapa orang kakitangan JUPEM bersama-

sama dengan peserta dari Jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan media massa Malaysia telah menyertai Kembara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Korporat, NRE di Taman Negara, Pahang. YBhg. Dato’ zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha (NRE) telah mewakili YB Menteri NRE bagi upacara “Flag Off” yang bermula di Lobi Bangunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Program kembara ini adalah bertujuan untuk :

1. Mengeratkan lagi hubungan baik di antara media massa dengan NRE serta Jabatan/Agensi di bawah kementerian

2. Menjadikan media sebagai rakan informatif dalam pembetulan satu smart partnership yang berterusan

3. Memberi peluang kepada pihak media massa mendapatkan first hand information mengenai aktiviti kementerian pada amnya dan jabatan khususnya

4. Mempromosikan aktiviti dan program NRE serta Jabatan Agensi di bawahnya

Antara Jabatan/Agensi di bawah NRE yang terlibat ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Kembara bersama MEDIANegara (PERHILITAN), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Taman Laut Malaysia dan Jabatan Biokeselamatan. Manakala MEDIA yang terlibat antaranya ialah Jabatan Penerangan Malaysia, Berita Harian Sdn. Bhd, Utusan Malaysia Sdn. Bhd, Sinar Harian, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Kosmo, Tamil Nesan (M) Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Page 13: Bil: 49 / 2010

13 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JUPEM, telah menganjurkan

Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) pada 1 hingga 4 November di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 25 orang peserta yang terdiri dari pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan sokongan JUPEM telah dipilih menyertai program ini. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (dahulunya dikenali sebagai AKRAM) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam.

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari, yang merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)Antara objektif utama program ini :

• Memberi pendedahan berhubung kemahiran kaunseling kelompok

• Berkeupayaan mengendalikan kes-kes kaunseling bersesuaian dengan keupayaan

• Berkemahiran dalam mengendalikan stress, konflik dan emosi

• Memberi kefahaman terhadap pengurusan diri yang lebih berkesan

Dalam program ini, para peserta diberikan pendedahan mengenai konsep kaunseling iaitu satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membina potensi masing-masing. Program ini, juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik. Realitinya, pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.

Page 14: Bil: 49 / 2010

14 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2/2010 telah diadakan pada 5 hingga 6 Julai 2010 di Bilik

Mesyuarat JUPEM Kelantan, Kota Bharu. Mesyuarat ini merupakan salah satu aktiviti terpenting jabatan bagi membincangkan serta mengkaji semula keseluruhan prestasi kerja bagi setengah tahun pertama 2010.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat JUPEM dan juga JUPEM negeri. Pembentangan laporan prestasi Bahagian Kadaster telah disampaikan oleh Sr Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, manakala pembentangan laporan prestasi bagi Bahagian Pemetaan telah disampaikan oleh Sr Hasan bin Jamil. Pembentangan laporan prestasi bagi Bahagian Geospatial Pertahanan pula disampaikan oleh

Jawatankuasa Audit Dalaman 5S JUPEM Kedah telah menjalankan auditan 5S secara

berperingkat mengikut zon-zon di Ibu Pejabat JUPEM Kedah. Tujuan pengauditan ini adalah bagi melihat dan menilai pelaksanaan amalan 5S di setiap zon oleh kakitangan JUPEM Kedah. Pengauditan telah dijalankan sebanyak 2 kali iaitu pada 30 Jun 2010 dan 1 Julai 2010 bagi kategori zon dan Gunasama Terbaik, manakala audit bagi kategori Individu dilakukan pada 5 dan 6 Julai 2010. Penilaian audit dibuat berdasarkan Pelaksanaan Amalan 5S yang telah diamalkan dan ditetapkan.

Bagi menghargai dan meningkatkan lagi semangat pelaksanaan Amalan 5S, JUPEM Kedah telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pelaksanaan Amalan 5S peringkat JUPEM Kedah. Majlis ini telah diadakan pada 21 Julai 2010 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM Kedah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah, Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah juga telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang. Keputusan bagi zon Terbaik telah

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil 2/2010Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Mior Safian bin Saidin dan pembentangan kertas kerja Tadbir Urus JUPEM Kelantan oleh Sr Mohamed bin Yunus.

Disamping itu, mesyuarat ini juga turut membincangkan perancangan-perancangan dan kajian yang akan dijalankan oleh Bahagian Pemetaan dan Bahagian Kadaster untuk mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2010. Di akhir mesyuarat Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pegawai dan kakitangan yang begitu komited dan gigih di dalam memastikan aktiviti jabatan berjalan dengan lancar dan mencapai prestasi yang telah ditetapkan.

Penganugerahan 5S peringkat JUPEM Kedah

dimenangi oleh zon Kuning yang terdiri daripada Cawangan Khidmat Pelanggan dan Cawangan Standard PDUSSM, manakala individu terbaik juga dimenangi peserta dari zon Kuning iaitu Encik Tajariffin bin Jusoh. Anugerah Dokumentasi Terbaik turut dipertandingkan bagi menggalakkan lagi warga JUPEM Kedah untuk terlibat secara langsung dalam amalan 5S di jabatan.

Page 15: Bil: 49 / 2010

15 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Majlis Perhimpunan Bersama KPUP bagi kali kedua telah diadakan di Dewan Ukur, Ibu

Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2010 yang lalu. Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir Bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, pegawai- pegawai kanan dan kakitangan jabatan.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Y.Bhg. Dato’ KPUP disusuli nyanyian lagu Negaraku oleh Kumpulan Koir JUPEM dan diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh Encik Muhammad Daud Bin Mahdzur.

Dalam ucapannya, Y.Bhg. Dato’ KPUP telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada

Perhimpunan Bersama KPUPpegawai dan kakitangan yang berjaya mendapat anugerah dalam Majlis APC yang baru sahaja diadakan. Beliau berpesan kepada semua penerima APC agar terus berusaha gigih dan mencurahkan bakti kepada jabatan. Ucapan Dato’ KPUP turut menyentuh tentang pembekuan cadangan penstrukturan baru JUPEM akibat kekangan kewangan. Justeru itu beliau meminta semua warga JUPEM bersabar dan berdoa agar apa yang dirancang itu akan terlaksana kelak selepas mendapat kelulusan kerajaan. Majlis perhimpunan bulanan ini bersurai kira-kira jam 11.00 pagi.

dan 6 orang telah menerima Anugerah Khas. Pada tahun ini, Anugerah Khidmat Setia (AKS) telah diperkenalkan khusus diberikan kepada kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 38 tahun di JUPEM dan seramai 8 orang kakitangan telah menerima anugerah ini.

Acara penyampaian AKS dan Anugerah Khas KPUP telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib manakala Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disampaikan oleh Y.B. Menteri NRE. Majlis APC ini, juga telah dimeriahkan dengan persembahan koir oleh Kumpulan Koir JUPEM dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan penerima anugerah dengan pegawai-pegawai kanan JUPEM.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009Sebagai menghargai jasa kepada warga kerja

JUPEM, jabatan ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kakitangan 2009 pada 1 Julai 2010 bertempat di Dewan Prima LJT, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Y.B. Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menyempurnakan perasmian APC pada tahun ini.

Majlis Anugerah ini merupakan salah satu program tahunan JUPEM yang juga bertujuan mendorong kakitangan untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik serta cemerlang di samping mewujudkan persaingan yang sihat dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan mereka.

Seramai 403 orang kakitangan JUPEM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

15 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 16: Bil: 49 / 2010

16 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Oleh : Sr Haji Ali bin Ahmad Pengarah Ukur Seksyen Kartografi JUPEM

ABSTRAK

Peta Elektronik (eMap) merupakan salah satu produk pemetaan digital yang mula

diperkenalkan pada tahun 2001. Ia merupakan inisiatif penting yang diambil bagi memastikan JUPEM turut mempelopori dan mengadaptasikan teknologi penyampaian maklumat geospatial secara digital yang kian berkembang pesat. Bermula dengan eMap versi Desktop, kini produk eMap JUPEM turut disertai oleh aplikasi Webmap dan eMap versi Mobile. Litupan data yang lengkap, luas dan kemaskini merupakan kriteria utama yang akan digunakan oleh pengguna untuk menilai produk-produk eMap JUPEM. 1. PENDAHULUAN

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Seksyen Kartografi telah membangunkan eMap, singkatan kepada peta elektronik (electronic map), melalui projek pembangunan National Atlas Information System (NAIS) pada tahun 1999 di bawah RMK7. Ia merupakan satu inisiatif yang diambil bagi meletakkan JUPEM di atas landasan teknologi pemetaan dan visualisasi seiring denqan era pemetaan digital terkini. eMap ini telah dibangunkan menggunakan konsep interactive multimedia cartographic dan merupakan satu aplikasi plug and play dan stand alone yang diterbitkan di atas media cakera padat (CDROM). eMap versi desktop ini telah dilancarkan pada tahun 2001.

Setelah berjaya menghasilkan eMap versi desktop, Seksyen Kartografi telah membangunkan pula Webmap Prototaip pada tahun 2002 di bawah RMK8. Webmap merupakan satu aplikasi web yang berupaya untuk memaparkan peta secara online menggunakan internet. Dalam usaha memperkembangkan lagi eMap, Seksyen Kartografi telah mengambil langkah untuk membangunkan Webmap secara lebih komprehensif dengan penambahbaikan terhadap aplikasi eMap versi dekstop dan memperkenalkan prototaip eMap versi mobile pada tahun 2009 di bawah RMK9. eMap versi mobile ini merupakan satu aplikasi alat bantu navigasi yang dibangunkan untuk dimuatkan ke dalam Personal Digital Assistant (PDA).

Kini, eMap versi desktop merupakan salah satu produk kebanggaan JUPEM di mana produk ini

menjadi produk yang sering di demonstrasikan dan diberikan sebagai cenderahati kepada pelawat dari dalam dan luar negara. eMap juga merupakan satu produk yang sesuai bagi tujuan mempromosikan negara bagi tujuan pelancongan dengan adanya elemen virtual reality di dalamnya.

2. PRODUK PETA ELEKTRONIK (eMap) JUPEM

2.1. eMap versi Desktop Peta-peta yang dipaparkan di dalam eMap versi desktop terdiri daripada peta negeri, peta daerah dan peta bandar yang dipaparkan pada skala berbeza. Lapisan maklumat yang dipaparkan terdiri daripada kategori utama seperti pengangkutan, binaan, penandaan, hidrografi, relief, lain-lain petunjuk dan lapisan pengguna. Setiap kategori utama pula mempunyai beberapa sub kategori. Pengguna boleh memilih lapisan-Iapisan yang mereka ingin paparkan (user defined map). Pengguna juga boleh menambah butiran titik, garisan, poligon dan teks pada peta dan maklumat tambahan ini akan disimpan dalam lapisan pengguna. eMap ini mempunyai spesifikasi peta dan simbolisasinya yang tersendiri yang tidak boleh diubah oleh pengguna. Tarikan utama eMap adalah keupayaan memaparkan foto dan video bagi tempat-tempat menarik (virtual reality) di samping keupayaan membuat carian nama tempat, mengukur jarak, perimeter dan keluasan serta memaparkan koordinat sesuatu lokasi.

Pada tahun 2009, eMap telah berjaya diterbitkan meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak, eMap telah disiapkan pada tahun 2010 dan akan diterbitkan pada awal tahun 2011. Sumber data bagi penerbitan eMap adalah Data Topografi dan Kartografi yang disediakan oleh Seksyen Pangkalan Data dan maklumat tambahan yang diperolehi daripada JUPEM negeri. Di samping itu, Seksyen Kartografi turut mengambil inisiatif sendiri untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang kritikal seperti jalan dan bangunan-bangunan yang utama menggunakan sumber luar seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Google Map dan kutipan di lapangan.

Dengan lengkapnya penyediaan eMap bagi keseluruhan negeri di Malaysia, maka usaha ke arah membangunkan Atlas Kebangsaan dapat dimulakan sejajar dengan matlamat projek pembangunan NAIS. Template eMap versi dekstop merupakan platform yang amat sesuai untuk

PETA ELEKTRONIK (eMap)

Page 17: Bil: 49 / 2010

17 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

digunakan bagi Atlas Kebangsaan. Maklumat sedia ada bagi semua negeri boleh digunakan sebagai peta asas manakala maklumat tambahan mengikut tema-tema yang dipilih dimasukkan sebagai lapisan tambahan untuk menghasilkan Atlas Kebangsaan. Walau bagaimanapun, JUPEM harus memastikan yang data peta asas dan tema atlas adalah yang terkini supaya atlas yang dihasilkan adalah bermakna dan relevan.

2.2. Webmap

Aplikasi Webmap akan diakses oleh pengguna melalui laman web JUPEM Geoportal. Satu hyperlink akan diletakkan di laman web JUPEM Geoportal bagi tujuan tersebut. Webmap secara ringkasnya adalah merupakan satu aplikasi web yang memaparkan data daripada pangkalan data secara online mengikut spesifikasi peta tersendiri.

Dengan kata lain, ia adalah seperti melihat eMap versi desktop melalui web yang mempunyai keupayaan untuk membuat navigasi (network routing) dan dalam masa yang sama juga, pengguna boleh mengemaskini data secara online. Webmap yang dibangunkan ini menggunakan Geomedia Web Map sebagai enjinnya di mana peta yang dipaparkan adalah dalam format SVG. Data dari Seksyen Pangkalan Data akan diolah dan disimpan di dalam Pangkalan Data Webmap (SQL database) mengikut lapisan-Iapisan yang tertentu bagi tujuan paparan. Skala paparan Webmap akan berubah mengikut kadar zooming yang dipilih pengguna. Maklumat yang dipaparkan dikategorikan kepada lapisan-lapisan utama iaitu pengangkutan, kemudahan awam, komersial, rekreasi, pendidikan, kesihatan dan peta asas. Setiap kategori utama pula akan mempunyai beberapa sub kategori yang boleh dipilih dan ditukar warna dan saiznya oleh pengguna untuk tujuan paparan (user defined map). Simbol-simbol tematik juga dipaparkan untuk menunjukkan butiran dan point of interest (POI) yang berbeza. Melalui Webmap (http://www.myemap.jupem.gov.my), pengguna boleh:

a. Membuat navigasi dari satu tempat ke tempat yang lain (network routing). Webmap akan memaparkan di peta, laluan terpendek ke destinasi yang dipilih.

b. Membuat carian lokasi/POI berdasarkan kepada nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya.

c. Memilih lapisan maklumat yang ingin dilihat.

d. Melakukan zoom in/out dan panning.

e. Melakukan ukuran jarak, bering dan keluasan.

f. Mendapatkan koordinat butiran.

g. Mencetak peta yang dipaparkan pada skrin monitor.

h. Menambah dan mengemaskini butiran baru pada peta. (butiran baru tersebut akan diverifikasi oleh Webmap Administrator terlebih dahulu sebelum dikemaskinikan ke dalam pangkalan data untuk paparan umum).

i. Memuat turun data digital bagi kawasan paparan mengikut lapisan maklumat yang dipilih dalam format .shp (operasi ini akan dikenakan bayaran di mana pengguna akan dibawa ke laman eBiz JUPEM Geoportal bagi urusan pembayaran).

j. Keperluan utama aplikasi ini adalah data jaringan jalan yang GIS sepenuhnya dan kemaskini. Arah laluan trafik dan kesinambungan jalan perlu lengkap dan tepat bagi tujuan navigasi. Buat masa ini, hanya data bagi peta siri L808 Kuala Lumpur (Lembar 7 dan 16) berjaya disediakan untuk paparan Webmap. Seksyen Kartografi untuk memuatkan data berskala 1:25,000 Malaysia dan kesemua data peta-peta bandar (1: 3,500 - 1: 12,500) untuk paparan Webmap.

2.3. eMap versi mobile

Pembangunan eMap versi mobile adalah satu usaha untuk mengeluarkan produk baru JUPEM iaitu aplikasi peta navigasi yang menggunakan personal digital assistant (PDA) with built-in GPS and touch screen dan sistem pengoperasian Windows Mobile 5 sebagai platformnya. Produk ini dapat membantu pengguna untuk membuat carian lokasi dan memberi bantuan navigasi untuk sampai ke sesuatu destinasi secara real time. Aplikasi prototaip ini telah dibangunkan menggunakan tools seperti perisian Cartotype, Visual Studio dan sistem pengaturcaraan C++. Peta yang dipaparkan akan mengandungi maklumat jalan, bangunan, nama jalan dan nama tempat. Skala dan paparan peta berubah mengikut tahap zooming yang dipilih oleh pengguna.

Page 18: Bil: 49 / 2010

18 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Keupayaan eMap versi mobile adalah seperti berikut:

a. Membuat navigasi dari satu tempat ke tempat yang lain secara real time dengan adanya aplikasi GPS dalam PDA.

b. Membuat carian POI berdasarkan kepada nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya.

c. Fungsi voice alert semasa navigasi.

d. Menyimpan laluan navigasi untuk rujukan masa depan.

e. Melakukan zoom in/out dan panning.

f. Menambah dan mengemaskini butiran baru I POI pada peta.

g. Aplikasi dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan English.

Sama seperti Webmap, keperluan utama aplikasi ini adalah data jaringan jalan yang GIS-ready

sepenuhnya dan kemaskini. Buat masa ini hanya data bagi peta siri L808 Kuala Lumpur (Lembar 7 dan 16) yang berskala 1: 10,000 berjaya disediakan untuk paparan eMap versi mobile. Seksyen Kartografi bercadang untuk meluaskan lagi liputan data, supaya merangkumi keseluruhan negara. Aplikasi prototaip yang dibangunkan ini juga perlu ditambahbaik demi menampung keperluan data yang lebih besar dan penggunaan pada alat komunikasi mudah alih yang berbeza sistem pengoperasiannya. Kini, aplikasi seperti eMap versi mobile keluaran pihak swasta sudah amat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Data skala besar mereka tidak dapat dinafikan menyeluruh, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.

KESIMPULAN Bagi menjamin kelancaran penyediaan eMap dan maklumat yang dipaparkan adalah bersesuaian dengan keadaan semasa dan memenuhi kehendak pelanggan, maka keperluan data yang terkini, memenuhi standard MS1759 dan GIS-ready sepenuhnya merupakan elemen-elemen penting yang perlu sentiasa wujud dan dikekalkan bagi mempromosikan produk-produk JUPEM ke peringkat yang lebih tinggi.

Ceramah Motivasi

Pada 16 Julai 2010, JUPEM W.P Labuan telah menganjurkan sesi ceramah motivasi kepada kakitangan JUPEM

Labuan. Ceramah yang bertajuk Pekerjaan Satu Ibadah telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Agama W.P. Labuan (JAWI). Sesi ceramah ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi keperibadian dari segi rohani setiap warga kerja JUPEM W.P. Labuan.

Khabar dari Labuan

Lawatan Jabatan Perhutanan Sabah

Seramai 30 orang kakitangan dari Jabatan Perhutanan Sabah (Cawangan Sandakan) telah mengadakan lawatan ke JUPEM

Labuan pada 9 Julai 2010. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mempelajari 5S yang dipraktikkan oleh JUPEM Labuan. Sesi taklimat 5S telah disampaikan oleh Encik Muhammad Husaini bin Yaacob, Timbalan Pengarah Ukur JUPEM Labuan. Rombongan juga telah dibawa melawat ke Stesen Penyegitigaan Bukit Timbalai.

Sempena dengan lawatan itu, perlawanan persahabatan sukan dart turut diadakan antara kedua-dua pihak yang dimenangi oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

18 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 19: Bil: 49 / 2010

19 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Perasmian Taman Pertanian dan Majlis Berbuka Puasa

Majlis perasmian Taman Pertanian JUPEM Labuan telah diadakan pada 30 Ogos 2010 bertempat di Stesen Penyegitigaan Bukit Timbalai,

Labuan. Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat diikuti dengan upacara perasmian oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan JUPEM Labuan. Serentak dengan itu, majlis berbuka puasa bersama warga JUPEM Labuan telah diadakan di tempat yang sama dengan dihadiri oleh warga JUPEM Labuan bersama ahli keluarga masing-masing serta jemputan daripada jabatan lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kempen Derma Darah MAKSAK Labuan

Kempen Derma Darah sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-53 anjuran MAKSAK Labuan dengan kerjasama Kelab Sukan dan

Kebajikan JUPEM Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan, RTM Labuan dan Financial Park (L) Sdn. Bhd. telah diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di ruang legar Bangunan Ujana Kewangan W.P. Labuan. Seramai 123 orang telah menawarkan diri untuk menderma darah sempena kempen itu.

Lawatan dan Dialog KPUP ke JUPEM Labuan

Sempena mesyuarat penyelarasan MaCGDI Kebangsaan yang berlangsung di W.P. Labuan pada 1 November 2010, Ketua Pengarah

Ukur dan Pemetaan Malaysia Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib bersama rombongan telah melakukan lawatan kerja ke Stesen Penyegitigaan Bukit Timbalai.

Pada keesokkan harinya pula, Majlis Dialog diantara Dato’ KPUP dan kakitangan JUPEM Labuan telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat JUPEM Labuan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendengar amanat daripada Dato’ KPUP disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan tertinggi dengan warga JUPEM Labuan.

Persaraan Kakitangan JUPEM Labuan

Majlis meraikan persaraan salah seorang kakitangan JUPEM Labuan iaitu Puan Margaret Primus Ewot telah diadakan pada 4

November bertempat di Restoran Deepsea. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1997, 2003 dan 2009.

Page 20: Bil: 49 / 2010

20 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Delegasi Brunei Melawat JUPEM

JUPEM telah menerima lawatan daripada 6 orang delegasi dari Jabatan Ukur Brunei pada

5 hingga 6 Julai 2010. Lawatan ini telah disambut oleh pegawai-pegawai kanan JUPEM, di Bilik Mesyuarat Mutiara, Tingkat 15, Wisma JUPEM. Tujuan lawatan ini untuk melihat dengan lebih dekat tentang kemajuan dan penggunaan sistem terkini berkaitan bidang Geodesi, Pemetaan dan Pemetaan Utiliti.

Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat mengenai JUPEM yang disampaikan oleh pegawai JUPEM kemudian disusuli pula

ucapan oleh Ketua Delegasi Brunei. Sepanjang tempoh 2 hari, Delegasi Brunei telah dibawa melawat ke Bahagian Geospatial Pertahanan, Seksyen Kartografi dan Seksyen Pemetaan Utiliti, Seksyen Penawanan Data, Seksyen Percetakan Peta, JUPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya dan Seksyen Pangkalan Data.

Lawatan ini yang melibatkan kedua-dua negara, Malaysia dan Brunei ini dapat mengeratkan lagi hubungan muhibbah yang telah lama terjalin.

Page 21: Bil: 49 / 2010

Mesyuarat khas Projek CBDRF di antara Indonesia (Kalimantan Timur & Kalimantan Barat) dengan

Malaysia (Sabah & Sarawak) telah berlangsung pada 29 Jun hingga 2 Julai 2010 bertempat di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) selaku ketua delegasi Malaysia manakala Ir. Kusomo Widodo, Ketua Bahagian Pangkalan Data Pemetaan Sempadan, Badan Koordinasi Survei dan Pemetaan Nasional (BAKOSURTANAL) pula mengetuai delegasi Indonesia bagi menyempurnakan sesi pengesahan dan menandatangani rekod perbincangan khas Projek CBDRF tersebut.

Mesyuarat Common Border Datum Reference Frame (CBDRF)

Satu lawatan kerja teknikal ke Tubir Selatan telah diadakan pada 16 Julai 2010 yang

disertai oleh Pegawai-pegawai dari JUPEM, JKR, JMG dan PHN bagi menyediakan spesifikasi teknikal pembinaan Monumen Ukur di lokasi berkenaan. Pembinaan Monumen Ukur di Tubir Selatan ini adalah bagi menggantikan monumen terdahulu yang tidak boleh lagi digunakan.

Seksyen Geodesi dengan kerjasama Institute of Surveyors, Malaysia (ISM) telah menganjurkan

bengkel CPD TaIk yang berkaitan bidang geomatik dan ukur tanah. Penganjuran selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Disember 2010 itu telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan serta kefahaman kepada ahli-ahli ISM (GLS Division) termasuk di JUPEM tentang perkembangan teknologi terkini dalam bidang geomatik dan ukur tanah terutamanya menjelang era liberalisasi dan globalisasi pada tahun 2012.

Lawatan Kerja Teknikal Tubir Selatan

JUPEM dan ISM anjur CPD Talk

21 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 22: Bil: 49 / 2010

22 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Pameran sempena Festival Sains dan Teknologi Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah dan

Rendah, Peringkat Kota Tinggi, Johor telah diadakan pada 9 hingga 10 Julai 2010 bertempat di SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Ahli Parlimen Tenggara, Johor.

Dengan bertemakan Kehidupan Lebih Sempurna Melalui Inovasi, festival ini dilaksanakan bagi mengiktiraf sumbangan penduduk kepada kerajaan negeri dalam membangunkan teknologi dan inovasi.

Penganjuran festival ini diyakini mampu memupuk semangat berkreativiti dan berinovatif kepada setiap lapisan masyarakat dan ia tidak hanya tertumpu kepada golongan intelektual sahaja. Penggemblengan tenaga khususnya di kalangan ahli Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi diharap dapat menjadi pemangkin bagi melahirkan rakyat lebih kreatif dan inovatif dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

JUPEM seperti tahun-tahun yang lepas, telah dijemput untuk turut sama menjayakan festival kerana dilihat sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mengadaptasikan perkembangan sains, teknologi dan inovasi kepada keseluruhan jabatan dan kakitangannya di seluruh negara. Penggunaan peralatan seperti touch book, total station, sistem GPS, JUPEM Geoportal dan lain-lain lagi telah dilihat dapat mempercepatkan kerja-

Festival Sains dan Teknologikerja ukur bukan sahaja di lapangan tetapi juga penghasilan peta dan pelan serta boleh dicapai terus oleh pengguna di seluruh negara.

Selain pameran yang diadakan oleh pelbagai agensi luar dan ahli masyarakat, festival ini juga dimuatkan dengan pertandingan reka cipta/inovasi pelancaran roket, pertandingan kereta/kapal solar, pertandingan Kuiz Sains Tulen, amali sains dan lain-lain lagi. Masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah di Daerah Kota Tinggi telah dijana pemikiran mereka dengan aktiviti reka cipta, inovasi sains dan teknologi yang disampaikan secara interaktif.

Page 23: Bil: 49 / 2010

23 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Sempena Hari Inovasi peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2010 pada 10 November 2010, JUPEM telah berjaya memenangi enam (6) anugerah inovasi daripada 19 kategori

yang dipertandingkan dan satu sijil penghargaan pencapaian cemerlang bagi pelaksanaan HRMIS. Yang Berusaha Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1 (TKPUP1) telah mewakili JUPEM menerima Piala, Plak dan Sijil Penghargaan yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE. Berikut dipaparkan anugerah yang telah dicapai oleh JUPEM :

Bil. Anugerah Pencapaian

1. Rekaan dan Hiasan Pameran Terbaik Naib Johan

2. Koir Naib Johan

3. Senamrobik Naib Johan

4. Kumpulan Inovasi dan Kreatif Tempat ke-3

5. Anugerah Pengurusan Akaun Belum Terima (ABT) Tempat ke-3

6. Anugerah Penjimatan Tenaga Kategori Bil Utiliti Tempat ke-3

7. Pelaksanaan Modul-modul HRMIS 2010(sehingga Oktober 2010)

Sijil Penghargaan(Cemerlang)

Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja JUPEM atas kerjasama dan penglibatan yang diberikan sehingga membolehkan kejayaan tersebut dicapai.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga JUPEM di atas kejayaan jabatan memperolehi

Sijil Amalan 5S setelah lulus Audit Pematuhan Persijilan bagi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 28 Julai 2010 lalu. Audit yang dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu mendapati JUPEM berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi persekitaran berkualiti.

Sesi taklimat ringkas mengenai latar belakang Jabatan dan Pelaksanaan 5S di JUPEM dan semakan dokumentasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mutiara, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur yang disampaikan oleh Urus Setia 5S JUPEM. Selepas itu, sesi lawatan untuk pengauditan telah dijalankan oleh Panel-panel dari MPC yang terdiri dari 4 kumpulan yang dijalankan serentak di sekitar Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur mengikut bahagian dan seksyen yang terdapat di sini.

JUPEM terima sijil amalan 5S

Pengauditan ini juga amat bermakna kepada warga JUPEM kerana dapat memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan di kalangan pegawai dan kakitangan JUPEM disamping memastikan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, tersusun atau teratur dan dapat meningkatkan lagi produktiviti jabatan.

Di akhir sesi penilaian dan pemarkahan, panel pengauditan telah memberikan komen dan cadangan membina mengenai 5S yang dipraktikkan di JUPEM agar peningkatan dalam amalan 5S ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Panel juga berpuas hati dengan markah-markah yang diperolehi JUPEM untuk melayakkan jabatan ini mendapat pengiktirafan melalui Persijilan Amalan 5S dan menyatakan rasa bangga mereka di atas inisiatif yang telah dilakukan oleh jabatan dalam usaha mengamalkan 5S.

JUPEM terima Anugerah INOVASI

Page 24: Bil: 49 / 2010

24 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JUPEM selaku Urusetia Majlis

Taklimat Pengurusan Kontrak telah menganjurkan taklimat bertajuk ‘Peraturan Kewangan dan Penyediaan Dokumen Kontrak Jabatan Ukur dan Pemetan Malaysia’ pada 29 – 31 Julai 2010 bertempat di Le Paris Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Timbalan KPUP I telah hadir untuk memberikan ucapan pembukaan pada sesi taklimat tersebut.

Taklimat yang dianjurkan ini merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan serta membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan pelaksanaan projek meliputi aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas projek yang diperolehi melalui tender atau sebut harga dan yang melibatkan penyediaan dokumen kontrak.

Taklimat Pengurusan KontrakPenceramah-penceramah dari Jabatan Audit Negara telah dijemput untuk menyampaikan taklimat kepada para peserta yang terdiri daripada pengarah dan pegawai kanan JUPEM. Antara tajuk-tajuk yang disampaikan dalam taklimat tersebut ialah:

• Arahan Khusus Berkaitan Kontrak

• Urusan Pemilihan dan Pelantikan Kontraktor

• Penyediaan Dokumen Kontrak dan Perkara

Lain Berkaitan

• Pengurusan Pentadbiran Kontrak

• Pemantauan Projek

• Pengurusan Bayaran Kontrak

• Isu-isu Audit Dalam Pengurusan Kontrak

Page 25: Bil: 49 / 2010

25 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Jamuan sempena sambutan Hari Raya JUPEM telah diadakan pada 30 September 2010

bertempat di Perkarangan Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. YB. Dato Sri Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Raya JUPEM itu, merakamkan setinggi tahniah kepada warga JUPEM kerana dapat mengadakan majlis ini dengan meriah bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan di kalangan warga JUPEM dan jemputan yang lain. Beliau juga merakamkan salam takziah kepada pegawai-pegawai JUPEM yang telah kembali kerahmatullah pada tahun ini, antaranya Timbalan Pengarah Ukur Negeri Selangor. Manakala untuk pegawai-pegawai JUPEM yang bakal bersara pada tahun ini, beliau telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan mereka kepada jabatan ini.

Tetamu kehormat lain yang hadir pada majlis itu ialah Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE. Y.B. Menteri NRE juga sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai yang telah disediakan oleh warga JUPEM di hadapan perkarangan bangunan CAMS.

Jamuan Raya JUPEMSeramai 40 orang anak yatim telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Menteri dan Tim. Menteri NRE dengan diiringi KPUP sebagai bantuan kebajikan jabatan kepada mereka yang memerlukan sempena menyambut bulan syawal yang mulia ini.

Hadiah Hamper untuk pertandingan pelbagai kategori gerai seperti Gerai Paling Popular dan Gerai Paling Kreatif juga disediakan bagi menghargai penyertaan dan komitmen warga JUPEM yang turut sama menjayakan majlis tersebut. Pelbagai menu telah disediakan di gerai-gerai yang melibatkan semua Seksyen dan Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM dan agensi lain seperti Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT).

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim yang dijemput khas dan penyanyi jemputan dari program realiti TV Akademi Fantasia dengan iringan pasukan pemuzik yang dibawa khas oleh Bahagian Geospatial Pertahanan, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.

25 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 26: Bil: 49 / 2010

26 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Majlis Tahlil Kesyukuran JUPEM telah diadakan pada 29 Julai 2010 bertempat di Surau Tingkat

1, Wisma JUPEM sempena menyambut Ramadan yang dijangka bermula pada 11 Ogos 2010. Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama-sama warga JUPEM yang lain hadir pada majlis tersebut. Ia sebagai tanda kesyukuran di atas pencapaian jabatan dalam pelbagai aktiviti dan bagi mengingati kakitangan JUPEM yang telah kembali ke rahmatullah. Majlis ini juga diadakan bagi memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas kejayaan Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur yang baru sahaja menerima Sijil 5S daripada MPC. Secara kebetulan majlis ini telah dirancang terlebih dahulu sebelum pasukan audit melaksanakan tugas mereka di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur pada 28 Julai 2010 iaitu sehari sebelum majlis ini bermula. Tujuan majlis tahlil itu juga diadakan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan pegawai & kakitangan serta memupuk perpaduan dan menanamkan sifat prihatin akan hal ehwal kebajikan pegawai dan kakitangan. Aktiviti seumpama ini akan diusahakan secara berterusan bagi mencapai matlamat untuk kesejahteraan warga JUPEM.

Program bermula pada jam 7.00 malam dengan solat maghrib berjemaah di Surau Tingkat 1, Wisma JUPEM, manakala majlis tahlil kesyukuran dan tazkirah agama diadakan selepas itu yang dipimpin oleh Y.Bhg. Kolonel Hj. Nawawi bin Daud. Tazkirah yang disampaikan oleh beliau menyentuh perkara-perkara berkaitan kelebihan beramal seperti solat sunat, tahlil arwah untuk mereka yang telah pergi dan kemunculan ramadan serta hikmatnya kepada mereka yang beramal ketika bulan yang mulia itu menjelang tiba nanti.

Majlis Tahlil Kesyukuran

Page 27: Bil: 49 / 2010

27 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

JUPEM Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Ihya’ Ramadan 1431H pada 5 Ogos 2010 di Bilik

Gerakan JUPEM Perak bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak, Timbalan Pengarah Ukur, Penolong-Penolong Pengarah Ukur, Juruukur-Juruukur Daerah dan semua kakitangan yang beragama Islam.

Majlis Ihya’ Ramadan merupakan majlis rasmi jabatan di bawah program Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diadakan setiap tahun. Ianya

AKTIVITI JUPEM PERAK

Penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Alias dari Pusat Pendidikan Al-Barakah

Bersempena dengan Majlis Ihya’ Ramadan, turut juga diadakan Majlis Perpisahan Encik Abu Bakar bin Madin yang bertukar kerana kenaikan pangkat ke JUPEM Kelantan.

dianjurkan bertujuan sebagai majlis ilmu untuk persediaan menghadapi ibadah puasa di bulan Ramadan.

Majlis Ihya’ Ramadan 1431H kali ini telah mengundang penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias dari Pusat Pendidikan Al-Barakah di mana beliau telah menyampaikan tazkirah bertemakan Pengertian Ibadah Puasa dan Persediaan Bagi Memperolehi Kesempurnaan Puasa.

Majlis Sambutan Hari Raya JUPEM Perak merupakan acara tahunan yang diadakan

sebagai memanjatkan rasa kesyukuran di atas kejayaan menyempurnakan ibadah puasa bagi umat Islam keseluruhannya dan kakitangan JUPEM Perak khususnya. Sambutan ini, juga sebagai merayakan bulan Syawal iaitu bulan di mana umat Islam saling mempereratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan.

Pada tahun 2010 ini, JUPEM Perak telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 22 September 2010M bersamaan 13 Syawal 1431H. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan JUPEM Perak bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang dengan dihadiri oleh semua kakitangan JUPEM Perak serta jemputan khas yang terdiri daripada Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen di sekitar Ipoh.

Turut di undang ialah kakitangan daripada Jabatan-Jabatan yang berhampiran khususnya

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak, JKPTG, Pejabat Tanah Kinta, Ipoh serta pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan JUPEM Perak.

Di dalam ucapan aluan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak, beliau telah menyuarakan harapannya agar semangat gotong-royong dan toleransi yang telah ditunjukkan oleh kakitangan dapat dikekalkan, bukan sahaja di dalam majlis-majlis sebegini, bahkan juga semasa melaksanakan tugasan harian. Beliau juga turut menyeru semua kakitangan JUPEM Perak agar terus menganjurkan program-program yang seumpamanya dalam usaha meningkatkan sikap bantu-membantu, toleransi dan memperteguhkan hubungan silaturrahim di kalangan seluruh kakitangan, pelanggan serta memupuk semangat kekeluargaan.

Sambutan Ihya’ Ramadan 1431H

Majlis Sambutan Hari Raya

Page 28: Bil: 49 / 2010

28 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Tuan Haji Harun bin Daud selaku Timbalan Pengarah Ukur (Pangkalan Data) sedang menyampaikan cenderahati

Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak sedang melakukan ”Thumb Print” yang terakhir di pejabat JUPEM Perak.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak dan para jemputan yang hadir meraikan majlis sambutan.

Suasana kemeriahan majlis sambutan Hari Raya Jupem Perak 2010.

Majlis Persaraan Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak, Encik Mohamed Azhari bin Mohamed

zainudin telah diadakan di Bilik Gerakan JUPEM Perak pada 22 September 2010 jam 2.30 petang dengan dihadiri oleh seluruh kakitangan JUPEM Perak.

Di dalam majlis tersebut, Tuan Haji Harun bin Daud, Timbalan Pengarah Ukur (Pangkalan Data) telah menyampaikan ucapan penghargaan mewakili seluruh warga JUPEM Perak serta menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan. Manakala di dalam ucapan terakhir beliau, Encik Mohamed Azhari bin Mohamed zainudin telah merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diterima sepanjang beliau menerajui JUPEM Perak. Beliau turut menyeru agar kerjasama dan komitmen padu seluruh warga JUPEM Perak dapat diteruskan di bawah Pengarah Ukur yang baru.

Sebagai salah seorang Pengarah Ukur dan

Pemetaan yang paling kanan, beliau telah banyak memberikan sumbangan khususnya sepanjang 6 tahun mengepalai JUPEM Perak. Beliau telah mencetuskan banyak idea dan pendekatan baru terutamanya dalam menyelesaikan bebanan kerja serta mengambil pendekatan proaktif dengan menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan pelbagai jabatan di Negeri Perak, khususnya dengan pihak Pentadbiran Tanah.

Sepanjang perkhidmatan beliau di JUPEM, khususnya semasa menjawat sebagai Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, beliau adalah seorang yang bersikap terbuka, jujur, berhemah tinggi dan amat disegani. Di bawah kepimpinan beliau, telah banyak melakukan transformasi bagi membantu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian di JUPEM Negeri. Corak kepimpinan beliau yang mengamalkan sikap terbuka dan prihatin amat disenangi oleh segenap lapisan kakitangan JUPEM

Persaraan Pengarah Ukur JUPEM Perak

Page 29: Bil: 49 / 2010

29 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Majlis berbuka puasa JUPEM bersama Y.B. Dato’ Sri Douglas Unggah Embas, Menteri

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diadakan pada 24 Ogos 2010 (Selasa) bermula pada jam 6.30 petang hingga 9.00 malam bertempat di Perkarangan Wisma JUPEM dan Surau JUPEM di Tingkat 1, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia menyambut kehadiran para tetamu jemputan bersama-sama warga JUPEM yang hadir pada majlis itu. Turut hadir bersama ialah Ketua Setiausaha Kementerian NRE, Y.Bhg. Dato’ zoal Azha bin Yusof bersama-sama Ketua-ketua Pengarah agensi di bawah NRE serta pegawai kanan dan kakitangan NRE dan JUPEM. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran mantan KPUP Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali.

Pada majlis tersebut, Y.B. Menteri bersama-sama Y.Bhg. Dato’ KPUP dan Dato’ KSU telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, yang disumbangkan oleh PUSPANITA JUPEM.

Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri NRESelepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat tarawikh berjemaah dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Drs. Ahmad Termizi Abdul Razak yang merupakan seorang penceramah bebas. Ceramah beliau berkisar tentang kelebihan beramal di bulan Ramadan yang mulia. Beliau juga menasihati para jemaah agar segera merebut bonus keberkatan ketika beramal dalam bulan Ramadan ini yang telah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Peluang ini perlu dimanfaatkan sebaiknya supaya kita semua menjadi orang-orang yang memperolehi keuntungan yang dikurniakan oleh Allah.

Y.Bhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, turut merakamkan ucapan terima kasih pada semua warga JUPEM yang hadir dan terlibat di dalam persiapan dan pengendalian bagi menjayakan majlis Berbuka Puasa tersebut. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang turut memberi sumbangan wang kepada anak-anak yatim.

29 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 30: Bil: 49 / 2010

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan al Mubarak, Persatuan Kebajikan

Pekerja Islam Ibu Pejabat JUPEM telah menganjurkan majlis ceramah bulanan di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2010 bersamaan 28 Syaaban 1431H. Ceramah bertajuk ‘Ramadan, hikmah, barokah serta ganjaran amal’ telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ust. Drs. Ahmad Termizi bin Abd. Razak, yang juga merupakan seorang Peguam Syarie.

Ceramah dimulakan dengan bacaan suci ‘Ummul Kitab’. Di awal ceramahnya beliau memuji JUPEM kerana menjalankan majlis seumpama ini yang bertujuan bagi menimbulkan roh dan semangat di kalangan kita untuk menyambut Ramadan. Di samping itu juga ujar beliau majlis sebegini akan dapat memberi panduan yang amat berguna dalam menempuh serta mengharungi cabaran

Ramadan, Hikmah, Barokah serta Ganjaran Amal

dan dugaan serta aktiviti yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan.

Di antara isi kandungan yang dapat dipetik dari ceramah yang telah disampaikan ialah:

• Bulan yang melebihi barokah serta ganjarannya

• Bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka

• Syaitan-syaitan dibelenggu• Terdapat satu malam yang lebih baik dari

seribu bulan iaitu malam ‘Lailatul Qadar’• Bulan paling mulia ,disebut juga penghulu

segala bulan• Ibadah berpuasa dibulan Ramadan akan

diberi ganjaran pahala terus dari Allah sementara di bulan-bulan lain ganjaran ditentukan oleh keikhlasan

• Dapat melahirkan hamba yang bertakwa

Seramai 23 guru dan 2 Pensyarah Kursus Pengajian Sosial daripada Institut Pendidikan

Guru Malaysia telah melawat Ibu Pejabat JUPEM pada 12 Julai 2010. Kumpulan lawatan ini telah dibawa ke Bilik Taklimat, Galeri JUPEM untuk mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai JUPEM.

Selesai sahaja taklimat, mereka telah dibawa melawat ke Seksyen Kartografi dan Seksyen

Lawatan Institut Pendidikan Guru Malaysia Penawanan Data bagi mendapat gambaran secara langsung aktiviti yang dilakukan oleh seksyen-seksyen tersebut.

Lawatan yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang peralatan serta kemahiran yang perlu ada untuk memahami Geografi Persekitaran di Malaysia tentunya serba sedikit telah mereka perolehi hasil dari lawatan dan penerangan yang diterima dari pihak JUPEM.

30 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Page 31: Bil: 49 / 2010

31 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

Kemeriahan dan keharmonian dinikmati bersama sambil talian ukhuwah dieratkan, demikian

suasana yang dirasakan sepanjang program Hari Keluarga Seksyen Percetakan Peta (SCP) pada 24 Julai 2010 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Program anjuran SCP ini berjaya menarik peserta terdiri terdiri daripada kakitangan SCP dan ahli keluarga masing-masing yang merupakan satu usaha yang baik dalam merapatkan ukhuwah antara kakitangan sekali gus dapat mengenali sesama ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan sepanjang hari yang melibatkan semua kakitangan dan ahli keluarga seperti mengisi air dalam botol, lari membawa bola pingpong dalam sudu dan membaling belon berisi air. Setiap pemenang telah diberikan hadiah dan juga hamper manakala cenderahati bagi memperingati hari keluarga SCP telah diberikan kepada semua kakitangan.

Mengakhiri program ini semua kakitangan dan ahli keluarga SCP telah berkumpul untuk sesi bergambar beramai-ramai.

Hari Keluarga SCP meriah

Page 32: Bil: 49 / 2010

32 BeritaUKUR Julai-Disember 2010

SPD anjur Futsal Antara Seksyen

Kelab Sukan dan Kebajikan Seksyen Penawanan Data (SPD) JUPEM telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Seksyen.

Kejohanan yang berlangsung pada 7 Ogos 2010 ini telah diadakan di Gelanggang Futsal JPS, Ampang, Selangor yang melibatkan pasukan-pasukan dari Seksyen-seksyen di Ibu Pejabat JUPEM sahaja.

Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan dari Seksyen Perkhidmatan Pemetaan yang menewaskan pasukan Seksyen Topografi Semenanjung (Ibu Pejabat) pada perlawanan akhir dengan jaringan 2 – 0. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan JUPEM WPKL/Putrajaya manakala tempat keempat disandang pasukan dari Seksyen Penawanan Data (Cawangan Bawaan Udara). Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan medal telah disampaikan kepada para pemenang di akhir kejohanan tersebut.

BERITA SUKAN

MAKSAK

Kejohanan Catur, Dart dan Karom MAKSAK 2010 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2010 yang

lepas bertempat di Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur. Salah seorang kakitangan JUPEM, Encik Abdul Mutallib bin Ismail dari Seksyen Penawanan Data, telah mewakili Kuala Lumpur untuk acara karom dan telah berjaya memenangi kejohanan tersebut bagi acara karom.

Karom Piala Korporat 2010

Kejohanan Karom Piala Korporat 2010 telah diadakan pada 17 hingga 18 Julai 2010 yang lalu di Wisma OCM, Kuala

Lumpur. JUPEM turut sama menyertai kejohanan tersebut dengan menghantar sepasukan pemain karom. Walau bagaimanapun, pasukan JUPEM hanya berjaya sehingga ke peringkat kedua sahaja.