BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4
Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Perkhidmatan kaunseling yang dijalankan mestilah bedasarkan prinsip- prinsip yang betul dan memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu sebagai proses yang dilaksanakan dalam setiap sesinya.

Transcript of BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  • Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Perkhidmatan kaunseling yang dijalankan mestilah bedasarkan prinsip-prinsip yang betul dan memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu sebagai proses yang dilaksanakan dalam setiap sesinya.

  • Kaunselor juga perlu mengelakkan kehilangan diri sendiri ke dalam diri klien. Sekiranya hal ini berlaku, maka ia akan mempengaruhi proses kaunseling, menyukarkan menyelesaikan masalah dan klien kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

  • Bagi seorang kaunselor, kompesi kendiri atau perasaan kasih sayang terhadap diri sendiri adalah penting. Brammer & mcdonald (2003) berpendapat :l Kaunselor yang efektif seharusnya mempunyai sikap empati dan sayang kepada diri sendiri sebelum boleh menyalurkan empati kepada klien.

    Kaunselor juga perlu mempunyai kefahaman tentang lumrah kehidupan serta tidak megasingkan diri daripada persekitaran sosial.

    Kaunselor juga harus berfikiran terbuka atau mengelakkan diri daripada berpandangan negatif atau serong terhadap klien.

  • dalam menjalankan sesi kaunseling, kaunselor perlu berempati terhadap permasalahan klien. Pada masa yang sama, kaunselor perlu mengawal emosi dan membezakan antara nilai dirinya dan klien. Kadangkala, empati yang tidak terkawal menyebabkan kauntertransferens yang menjejaskan kualiti kerja kaunselor.