BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8...
-
Upload
duongnguyet -
Category
Documents
-
view
361 -
download
0
Transcript of BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8...
BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH
UTM
LIM WEE MEI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM
LIM WEE MEI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik Minor Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : LIM WEE MEI
Tarikh : ………………………………….. 24. 04. 2008
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Ibu dan Ayah yang Disayangi,
Abang dan kakak yang Dikasihi,
Segala Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
Pembimbing yang Dihormati,
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..
Teman-teman Seperjuangan
Terima Kasih
Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku
iv
PENGHARGAAN
Di ruangan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia
saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali yang banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan
kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan hargai.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada pengetua-pengetua dan
guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dengan kajian ini. Selain
itu, ucapan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua guru pelatih UTM
yang mengambil bahagian dalam kajian ini kerana telah bekerjasama dalam proses
mengutip data.
Saya juga ingin berterima kasih kepada ayah, ibu, abang-abang dan kakak
yang amat saya sayangi atas sokongan moral dalam menyiapkan projek sarjana muda
ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat kepada saya
bagi melengkapkan projek sarjana muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini melihat kepada hubungan antara peningkatan prestasi guru pelatih
UTM dengan penyeliaan guru pembimbing semasa menjalankan latihan mengajar di
sekolah menengah kebangsaan di negeri Johor. Tujuan kajian ini dilaksanakan
adalah untuk melihat sama ada peningkatan dalam kemahiran mengajar, nilai sahsiah
dan profesionalisme guru serta kemahiran reflektif dan penilaian kendiri yang
berlaku pada guru pelatih berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing mereka.
Kajian ini dilakukan ke atas 6 orang guru pelatih UTM yang dipilih tanpa mengambil
kira pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Keseluruhan
penyelidikan berbentuk deskriptif. Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah
temubual dan pemerhatian pengajaran, seterusnya akan dianalisis secara kualitatif.
Dapatan kajian menunjukkan :1) Bimbingan guru pembimbing membantu dalam
meningkatkan strategi dan kemahiran mengajar di kalangan guru pelatih semasa
latihan mengajar; 2) Kebanyakan peningkatan dari segi nilai sahsiah dan sikap
bertanggungjawab di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar adalah tidak
berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing; 3) Guru pembimbing jarang atau
tidak pernah memberi sebarang bimbingan berkenaan dengan kemahiran membuat
refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru kepada guru pelatih
semasa latihan mengajar. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan
kajian selanjutnya.
vi
ABSTRACT This research is conducted to look at the relationship between achievement of
training teacher and supervisor teacher during teaching practical at secondary school
in Johor. The research is done to see whether there is increase in teaching skills,
ethical values, the teacher’s professionalism, reflective skills and self assessment in
training teachers. Six training teachers were chosen randomly regardless of their
major area of study. The research is in descriptive form. The research is carried out
by interviewing and observing. Then it is analyzed qualitatively. The results
shows :1) Supervisor teacher helps in improving the strategy and teaching skills
amongst training teachers during practical training; 2) The ethical values and
responsibilities amongst practical teachers have nothing to do with supervisor
teachers, 3) Supervisor teachers seldom or do not give guidance in writing reflection
and individual assessment in all aspects during teaching practical. The researcher
recommends a few suggestions for due consideration and guidance for next research.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Bimbingan 9
viii
1.8.2 Guru Pembimbing 9
1.8.3 Latihan Mengajar 10
1.8.4 Maktab 10
1.8.5 Pensyarah Pembimbing 10
1.8.6 Penyeliaan 10
1.8.7 Profesionalisme 11
1.8.8 Refleksi 11
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam
Membantu Guru Pelatih Dari Segi Strategi
Dan Kemahiran Pengajaran 13
2.3 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam
Membantu Guru Pelatih Dari Segi Nilai
Sahsiah Dan Tanggungjawab Guru 17
2.4 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam
Membantu Guru Pelatih Dari Segi Kemahiran
Membuat Refleksi Dan Penilaian Kendiri 21
2.5 Penutup 24
BAB III METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 27
ix
3.5.1 Kaedah Temubual 28
3.5.2 Kaedah Pemerhatian 30
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Analisis Data 32
3.7.1 Strategi dan kemahiran pengajaran 32
3.7.2 Nilai sahsiah dan tanggungjawab
sebagai guru 33
3.7.3 Kemahiran membuat refleksi dan
penilaian kendiri 34
3.8 Penutup 35
BAB IV ANALISIS DATA 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel 36
4.2.1 Hasil Dapatan Responden 1 37
4.2.2 Hasil Dapatan Responden 2 40
4.2.3 Hasil Dapatan Responden 3 45
4.2.4 Hasil Dapatan Responden 4 51
4.2.5 Hasil Dapatan Responden 5 56
4.2.6 Hasil Dapatan Responden 6 62
4.3 Analisis Hasil Dapatan Persoalan Kajian 68
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 74
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 76
4.4 Penutup 78
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 79
5.1 Pengenalan 79
x
5.2 Perbincangan 80
5.3 Kesimpulan 82
5.4 Implikasi / Cadangan Kajian 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 86
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku
pada responden kajian 69
4.2 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku
pada responden kajian disebabkan oleh
bimbingan guru pembimbing mereka 70
4.3 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu
responden kajian dari segi peningkatan dalam
kemahiran pengajaran 70
4.4 Peningkatan nilai sahsiah dan profesionalisme
yang berlaku pada responden kajian 74
4.5 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu
responden kajian dari segi peningkatan nilai
sahsiah dan sikap bertanggungjawab sebagai guru 74
4.6 Peningkatan kemahiran membuat refleksi dan
penilaian kendiri yang berlaku pada responden kajian 76
4.7 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu
responden kajian dari segi peningkatan kemahiran
membuat refleksi dan penilaian kendiri sebagai guru 77
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
FPN Falsafah Pendidikan Negara
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
SPF Sarjana Muda Sains serta pendidikan (Fizik/Matematik)
SPH Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPP Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (Fizik)
SPT Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan
(Matematik)
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Pra-temubual 95
B Borang Pasca-temubual 99
C Borang Pemerhatian Pengajaran 102
D Laporan Pra-temubual Responden Kajian 104
E Laporan Pasca-temubual Responden Kajian 130
F Laporan Pemerhatian Pengajaran Responden Kajian 145
G Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 158
H Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 160
I Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 162
J Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan 165
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Latihan mengajar adalah satu komponen penting dalam program pendidikan
guru. Ia memberikan satu siri pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam
bilik darjah yang memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan
dan teori yang diperolehi oleh mereka di universiti (PM Hj. Md. Idris b. Mansor dan
Dr. Md. Nor b. Bakar, 1998). Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan dibimbing
dan diselia oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di sekolah di mana
mereka menjalani latihan mengajar. Penyelia yang berperanan sebagai pembimbing
dan penilai dikehendaki bertanggungjawab agar melatih guru pelatih menjadi
seorang guru yang berwibawa.
Tujuan utama penyeliaan latihan mengajar diamalkan adalah untuk memberi
bimbingan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian, di samping menilai
perancangan dan pengajaran, sahsiah guru pelatih turut dibina. Kemahiran
pengajaran dan profesionalisme guru pelatih dipercayai akan dipertingkat melalui
proses penyeliaan tersebut. Selain daripada itu, sikap dan tingkah laku guru pelatih
juga dipercayai akan mengalami perubahan yang positif, mereka akan lebih
menyedarkan tentang tanggungjawab guru serta mempunyai keyakinan diri yang
tinggi apabila menjalankan tugas sebagai seorang guru pada masa depan.
Guru pembimbing yang ditugaskan membimbing guru pelatih merupakan
salah seorang penyelia yang akan bersama-sama dengan guru pelatih sepanjang
2
tempoh latihan mengajar, mereka terdiri daripada golongan guru yang
berpengalaman dan mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua tugas guru.
Disebabkan masa interaksi antara guru pelatih dengan guru pembimbing jauh lebih
lama daripada masa interaksi antara guru pelatih dengan pensyarah pembimbing,
maka pengaruh bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih adalah lebih
nyata berbanding dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Kajian penyelidikan
ini akan cuba mengkaji secara khusus tentang penyeliaan yang dilakukan oleh guru
pembimbing.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dengan adanya penyeliaan yang lebih kerap, maklum balas dari penyelia
yang diberi kepada guru-guru pelatih dapat diambil tindak ikut dan seterusnya
memantau kemajuan guru pelatih tersebut (Haji Abdul Talib B. Md. Zin, 1986). Dari
pernyataan di atas, peranan dan sikap seseorang penyelia akan menjadi faktor utama
dalam mempengaruhi tingkah laku dan peningkatan profesionalisme seseorang guru
pelatih. Seseorang penyelia yang bertanggungjawab dalam tugasnya akan
menyumbangkan bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi serta bermakna kepada
guru pelatih.
Oleh kerana masa guru pelatih berada dan berinteraksi dengan guru
pembimbing adalah jauh lebih lama berbanding dengan interaksinya dengan
pensyarah pembimbing UTM, maka adalah amat penting guru pembimbing
memahami dan jelas akan peranan dan tanggungjawabnya dalam Program Latihan
Mengajar tersebut supaya dapat membantu guru pelatih dengan sepenuhnya. Bidang
tugas guru pembimbing adalah memberikan tunjuk ajar dan menilai prestasi guru
pelatih, merangkumi aspek pengajaran dan sahsiah (Abu Hassan & Meor Ibrahim,
1997). Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum dari maktab-maktab
perguruan dan Panduan Latihan Praktik dari universiti-universiti di Malaysia, secara
keseluruhan, kita dapat menyimpulkan peranan dan tanggungjawab guru
pembimbing seperti berikut.
3
Dari segi pengajaran dan aspek profesionalisme guru pelatih,
Memberi taklimat atau penerangan awal kepada guru pelatih tentang
kepentingan membuat persediaan mengajar yang lengkap dan
melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah
ditetapkan.
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang jadual
waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru,
rancangan kerja semester, persediaan mengajar harian, sumber pengajaran
dan pembelajaran, proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah dan pengelolaan kokurikulum.
Memastikan guru pelatih membuat refleksi dan penilaian kendiri sepanjang
latihan mengajar untuk mempertingkatkan mutu pengajaran.
Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan
mengajar pelajar.
Mengadakan perbincangan dengan guru pelatih setelah setiap sesi
pengajaran.
Menggalakkan dan memberi panduan kepada guru pelatih tentang
penggunaaan pelbagai cara pendekatan, kaedah, teknik dan kreativiti dalam
pengajaran.
Menjalankan penyeliaan bersama dengan pensyarah pembimbing (penyelia
UTM) dan boleh mengadakan perbincangan (jika boleh) untuk tujuan
penyelarasan penilaian.
Dari segi perkembangan sahsiah guru pelatih,
Membimbing guru pelatih terutama dari segi pergaulan yang sihat,
peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.
4
Sentiasa memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku guru pelatih
yang baik.
Membina sikap positif yang berterusan pada keperibadian guru pelatih.
Menentukan masalah sahsiah yang dihadapi oleh guru pelatih dan memberi
nasihat yang bermakna.
Dari segi penyeliaan dan penilaian,
Memantau kelancaran latihan mengajar dan prestasi guru pelatih sepanjang
tempoh latihan mengajar.
Mamaklumkan kepada pensyarah pembimbing (penyelia UTM) tentang
kes-kes yang memerlukan perhatian dan tindakan, seperti guru pelatih yang
berprestasi cemerlang atau guru pelatih yang hampir menghadapi kegagalan.
Menyerahkan keputusan akhir latihan mengajar dengan menggunakan
borang-borang tertentu kepada pengurusan latihan mengajar semasa
berakhir tempoh latihan mengajar.
Memberikan cadangan tertentu kepada pihak pengurusan latihan mengajar
jika perlu.
Melahirkan guru atau pendidik yang mempunyai kemahiran, kecekapan dan
kesediaan serta keikhlasan untuk membanteras polirasi budaya, agama, kaum, dan
lain-lainnya di kalangan bakal guru ialah satu cabaran kepada pendidikan perguruan.
Kalau kita mempertimbangkan secara mendalam tentang aspek ini dan sedar akan
tanggungjawab guru pembimbing, kita boleh dapat gambaran tentang tahap
kesukaran dalam menjalani tugas sebagai guru pembimbing.
Memandangkan tempoh latihan mengajar yang singkat dan terhad (13
minggu), kekurangan dalam pemberian bimbingan kepada guru pelatih oleh guru
5
pembimbing adalah tidak dapat dielakkan. Kewujudan kelemahan-kelemahan dalam
proses bimbingan tersebut pula akan mengakibatkan profesionalisme bakal guru
dipertikaikan dalam perkara-perkara tertentu, terutamanya dari segi sikap dan sahsiah
guru.
Kajian ini akan cuba memberi penumpuan kepada bimbingan yang dilakukan
oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih. Bimbingan dan tunjuk ajar adalah
penting dalam membentuk seorang bakal guru yang bermutu, bukan hanya penilaian
guru pembimbing yang akan mempengaruhi prestasi guru pelatih, sikap guru
pembimbing juga menentukan profesionalisme guru pelatih.
1.3 Pernyataan Masalah
Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu latihan
mengajar biasanya memberi kesan yang mendalam dan rnenjadi ingatan sepanjang
hayat bagi kebanyakan guru (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 1997). Disebabkan
kebanyakan pengalaman dan pengetahuan guru pelatih yang diperolehi semasa
latihan mengajar adalah diiringi dengan pendapat dan nasihat guru pembimbing,
maka pengaruh bimbingan guru pembimbing adalah besar dan membawa kesan yang
nyata terhadap sifat keguruan seseorang guru pelatih pada masa depan.
Dalam Program Latihan Mengajar, ada guru pelatih yang dibimbing oleh
guru pembimbing yang bertanggungjawab sepenuhya, tetapi ada juga guru pelatih
yang dibimbing oleh guru pembimbing yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,
kadang-kala kita akan dapat dengar rungutan guru pelatih tentang kualiti bimbingan
guru pembimbing mereka yang dilantik oleh pihak sekolah. Sama ada guru
pembimbing yang terlalu sibuk dalam pengurusan dan pengajaran sekolah sehingga
tiada masa untuk melakukan bimbingan, ataupun sikap sesetengah guru pembimbing
yang sememangnya tidak mengambil berat tentang pasal membimbing guru pelatih.
6
Semua kejadian ini akan mempengaruhi mutu bimbingan guru pembimbing yang
diberikan kepada guru pelatih.
Kekurangan yang berlaku dalam bimbingan guru pembimbing tersebut
mungkin berlaku di sesetengah aspek yang tertentu seperti sikap dan sahsiah guru
pelatih sahaja atau secara keseluruhan tentang sifat keguruan seseorang guru pelatih.
Walau bagaimanapun, kekurangan demikian tentu akan membawa kesan negatif
kepada pembentukan keguruan seseorang guru pelatih. Selain daripada itu, kita juga
sering mendengar guru pelatih mengadu bahawa penulisan reflektif adalah suatu
beban kerana mereka dipaksa menulisnya, lagipun sesetengah guru pembimbing
tidak memberi perhatian terhadap penulisan reflektif kerana membincangkan aspek-
aspek kemahiran pengajaran yang lebih penting. Tambahan pula, sesetengah guru
pelatih mempunyai anggapan bahawa menulis reflektif dan membuat penilaian
kendiri adalah sukar kerana pandangan yang objektif dikehendaki dan jarang
mendapat bimbingan dalam aspek ini.
Persoalan yang timbul di sini ialah sejauh manakah bimbingan yang diberi
oleh guru pembimbing membantu guru pelatih dalam aspek strategi dan kemahiran
pengajaran, aspek nilai sahsiah dan tanggungjawab guru serta aspek membuat
refleksi dan penilaian kendiri. Memandangkan semua aspek tersebut merupakan
komponen-komponen penting dalam program praktikum, di mana profesionalisme
guru pelatih akan dinilai menerusi aspek-aspek tersebut, persoalan seperti ini perlu
dipertimbangkan.
7
1.4 Persoalan
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan-
persoalan berikut:
1. Adakah peningkatan berlaku di kalangan guru pelatih dari segi strategi
dan kemahiran pengajaran di bawah bimbingan guru pembimbing
semasa menjalani latihan mengajar ?
2. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu dalam meningkatkan
nilai sahsiah dan sikap bertanggungjawab di kalangan guru pelatih
semasa menjalani latihan mengajar ?
3. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih dari segi
membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru
semasa menjalani latihan mengajar ?
1.5 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif utama seperti berikut:
1. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru
pelatih UTM dari segi peningkatan strategi dan kemahiran pengajaran
semasa menjalani latihan mengajar.
2. Mengenal pasti sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru
pelatih UTM dari segi peningkatan nilai sahsiah dan tanggungjawab
sebagai guru semasa menjalani latihan mengajar.
3. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru
pelatih UTM dari segi kemahiran membuat refleksi dan penilaian
kendiri untuk semua aspek tugas guru semasa menjalani latihan
mengajar.