Bina Insan Guru

5
BINA INSAN GURU (BIG) 2012 REFLEKSI DIRI NURUL LIYANA BINTI RAHMAT 2PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012 Pada 4 Oktober 2012, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Bilik Bestari 1 IPGM Kampus Sultan Mizan. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 2 dimana melibatkan hampir 88 orang pelajar yang terdiri daripada 5 kelas sahaja iaitu kelas Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani, Tesl 1 dan Tesl 2. Seminar ini telah diberikan oleh En. Yussoff bin Ali. Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Yussoff, sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK), dan sesi pembentangan hasil daripada hasil kerja kumpulan berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Ceramah yang disampaikan lebih menekankan kepada peranan guru dan profesion perguruan. Kami menjalani seminar BIG ini selama 3 jam bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang. Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Budaya Guru dan Profesion Perguruan begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Yussoff selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar muqaddimah yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya

description

BIG

Transcript of Bina Insan Guru

BINA INSAN GURU (BIG) 2012REFLEKSI DIRI NURUL LIYANA BINTI RAHMAT 2PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

Pada 4 Oktober 2012, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Bilik Bestari 1 IPGM Kampus Sultan Mizan. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 2 dimana melibatkan hampir 88 orang pelajar yang terdiri daripada 5 kelas sahaja iaitu kelas Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani, Tesl 1 dan Tesl 2. Seminar ini telah diberikan oleh En. Yussoff bin Ali. Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Yussoff, sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK), dan sesi pembentangan hasil daripada hasil kerja kumpulan berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Ceramah yang disampaikan lebih menekankan kepada peranan guru dan profesion perguruan. Kami menjalani seminar BIG ini selama 3 jam bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Budaya Guru dan Profesion Perguruan begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Yussoff selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar muqaddimah yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.Disini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti.Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua. Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam mengamalkan budaya guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi LDK dan pembentangan. Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan kecil iaitu kumpulan bercampur ahli kelas dan setiap kumpulan diberi tema yang berlainan. Kumpulan yang dibentuk sebanyak sepuluh dan terdapat 10 tugasan yang berbagai-bagai. Setiap kumpulan berhak untuk memilih mana-mana tajuk asalkan tidak sama dengan kumpulan yang lain. Setelah berbincang dalam kumpulan kami, kami semua telah memilih satu tajuk yang begitu sesuai bagi kami bincangkan iaitu Etika dan Moral Seorang Guru. Walaupun diberikan pilihan dengan pelbagai tema dan tajuk-tajuk lain, kami sepakat memilih tajuk ini kerana ianya adalah satu tajuk yang menarik dan penting untuk dibincangkan bersama.Antara isi yang dapat kami cungkilkan semasa perbincangan kumpulan ialah etika kerja dan nilai-nilai murni yang sepatutnya dipandang serius oleh setiap individu yang bergelar guru. Etika kerja ini semakin diambil enteng bagi sesetengah guru dan semakin lama memburukkan imej guru dan mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kami telah membahagikan kepada tiga kategori utama yang sangat penting dihujahkan di dalam tugasan kami ini. Kategorinya ialah dari segi pemakaian, pergaulan dan nilai-nilai murni. Pemakaian merupakan perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh guru kerana guru merupakan role model bagi semua teruatamanya anak-anak murid di sekolah. Pakaian yang kemas dan bersih mendorong murid-murid memberikan perspektif yang positif kepada guru tersebut berbanding dengan guru yang selekeh dan kotor. Selain itu, guru perlulah mempunyai personaliti dan cara pergaulan yang baik kepada masyarakat sekeliling. Guru perlu mengetahui cara berkomunikasi yang baik tanpa menimbulkan rasa marah dan benci daripada pihak luar lebih-lebih lagi ibu bapa pelajar. Guru perlu bijak menangani masalah yang dihadapi. Hal ini kerana, cabaran guru pada era globalisasi semakin meningkat rentetan daripada sikap pelajar dan masyarakat yang tidak memahami tugas sebenar guru. Nilai-nilai murni pula mesti dipupuk dalam diri setiap guru seperti sabar, tabah, rajin,komitmen dalam bekerja dan sebagainya. Guru yang baik akhlaknya akan mempengaruhi anak muridnya. Jika baik guru itu, maka baiklah para pelajarnya dan begitulah sebaliknya. Kami amat berpuas hati membentangkan isi-isi yang kami hujahkan dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya juga mendapat input dan pngajaran yang berguna daripada kumpulan yang lain. Dengan ini, saya semakin memahami tugas guru dan sikap-sikap yang perlu ada sekiranya mahu menjadi pendidik yang betul-betul berjaya dan cemerlang dalam membentuk anak bangsa menjadi orang yang berguna. Bagi kami, guru telah dijadikan role model kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat. Oleh sedemikian, kami sebagai guru pelatih perlu menyiapkan diri sebelum melangkah ke luar sebagai pendidik yang sebenar. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi cuma mengharapkan agar murid-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru.Selepas sesi pembentangan, kami kemudian dikehendaki berkumpul semula dan En.Yussoff mengingatkan kami supaya mempraktikkan segala perkongsian ilmu yang telah dibentangkan oleh setiap kumpulan. Perkongsian ilmu ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam membentangkan hasil perbincangan dan kebolehan untuk bercakap dihadapan audiens yang ramai. Pengalaman berharga seperti itu pasti sukar dicari dan kesempatan yang diberikan ketika menyertai seminar BIG ini amat dihargai.Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini.

Sekian, terima kasih.