Laporan Bina Insan Guru Fasa III
-
Upload
farid-hasan -
Category
Documents
-
view
64 -
download
8
description
Transcript of Laporan Bina Insan Guru Fasa III
Laporan Bina Insan Guru Fasa III
Kumpulan PISMP G3.5 Muzik 2013
Tempat : Kg. Orang Asli Sungai Congkak
Tarikh : 13 April 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang
Bilangan Yang Terlibat : 23 orang guru pelatih
2 orang pensyarah pengiring
20 orang kanak-kanak orang asli
Bilangan Keseluruhan : 45 orang
Pengenalan
Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Ilmu Khas telah memberikan tugasan Bina Insan
Guru kepada guru pelatih PISMP semester 3. Untuk semester ini pihak Unit Ko-kurikulum
telah mengarahkan setiap kumpulan membuat sendiri progam Bina Insan Guru ini di mana
pensyarah mentor akan memantau setiap perancangan yang di jalankan. Oleh itu setelah
proses perbincangan dijalankan, satu jawatakuasa yang diberi nama jawatankuasa BIG
2013 ditubuhkan di mana ahlinya terdiri daripada guru pelatih PISMP G3.5 muzik. Atas
persetujuan semua pihak saya telah dilantik untuk menjadi pengerusi bagi program ini. Kami
telah memilih tema Seni dalam pendidikan untuk program ini di mana mengeketengahkan
unsur seni visual, muzik dan seni pergerakan.
Untuk program ini ia adalah gabungan 2 kehendak tema bina insan guru yang
dikeluarkan oleh pihak Unit Kokurikulum iaitu Bengkel Pendidikan dan Pengendalian Majlis
Rasmi. Kami menggabungkan kedua-dua tema ini bagi menjimatkan masa dan
memudahkan pengurusan. Secara keseluruhan jumlah waktu yang perlu dipenuhi untuk
program ini adalah 10 jam. Oleh kerana waktu yang panjang maka perancangan rapi telah
dibuat oleh organisasi yang telah dipilih atas dasar undi sukarela bagi menjayakan program
bina insan guru ini.
Cadangan tempat yang pertama adalah dikawasan berhampiran kampus iaitu
TABIKA Kemas di kawasan perumahan flat DBKL Cheras. Namun hasil perbincangan
semula kawasan program telah diubah ke kawasan perkampungan orang asli di Sungai
Congkak Hulu Langat Selangor. Ini adalah untuk menimba pengalaman yang lebih
mencabar dan membina keyakinan positif guru pelatih untuk bergaul dengan masyarakat
orang asli.
Berdasarkan pemerhatian saya, program ini dapat berjalan dengan lancar di mana
kanak-kanak di kawasan program memberikan kerjasama yang baik. Saya berasa berpuas
hati kerana terpapar senyuman dari wajah rakan-rakan guru pelatih dan kanak-kanak orang
asli. Berikut merupakan senarai penuh ahli jawatankuasa yang menjayakan program Bina
Insan Guru fasa 3:
Jawatan Nama
Pengerusi Muhammad Farid Bin Hasan
Naib Pengerusi Nur Amalina Binti Mohd. Isa
Setiausaha Meenaci A/P Rengasamy
Naib Setiausaha Tie Ping Ping
Bendahari Monica Carol Anak Lenggi
AJK Pengacaraan Muhammad Shafiq Bin Dolhalit
Rosmarina Binti Mamat
AJK Audio Muhammad Zaki Bin Mokhtar
Thillai Amuthan A/L Thallai Muthu
AJK Tempat Juliana Anak Pengabang
Yaki Tang
AJK Peralatan Zaim Zulhimi Bin Zailani
Yap Kee Siang
AJK Keselamatan Simon Wong Sie Tai
Norfazlie Bin Naji
AJK Makanan Tee Yi Hui
They Yi Yi
AJK Cenderahati Thesikga A/P Seloraji
Thamil Chelvi A/P Elengowan
AJK Aktiviti Yeo Hui En
Yap Phey Yoong
AJK Dokumentasi Yap Wan xin
Mahaletchumy A/P Keenasan
Kekuatan Program
Kekuatan utama program ini adalah dari segi aktiviti yang dicipta sungguh menarik.
Saya amat berterima kasih kepada AJK aktiviti saya kerana telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menyediakan aktiviti yang menyeronokkan. Berikut merupakan
tentatif penuh bagi program ini:
Masa Program
7.00 pagi Berkumpul di kampus
7.30 pg Bertolak ke kawasan program
8.30 pg Dijangka tiba ke kawasan program
9.00 pg Ucapan pengerusi
9.15 pg Hiasan (booth)
10.00 pg Nyanyian lagu tema program
10.30 pg Permainan osom (gunting, kertas, batu)
11.00 pg Musical chair
11.30 pg Cup Game
12.00 tgh hari Rehat dan Makan Tengah Hari
2.00 ptg Pertandingan mewarna
3.30 ptg Sukaneka
- Tepung & gula
- Mangkuk berair
- Penuhkan botol
- Tuang air
- Bola bersarung
- Bola batik
4.45 ptg Minum petang
5.00 ptg Penutup
6.00 ptg Pulang ke kampus
Selain itu kerjasama yang diberikan kanak-kanak orang asli di kg orang Asli Sungai
Congkak amat memberansangkan. Ia memberikan kami pengalaman yang berbeza dari dari
program sebelum ini kami pernah anjurkan.
Saya telah mempersediakan jentara jawatankuasa saya lebih awal bagi
memudahkan melancarkan perjalanan program. Antara jawatankuasa yang menjalankan
tugasan awal, Setiausaha, Bendahari, AJK aktiviti, dan AJK tempat. Ini dapat memudahkan
urusan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak-pihak tertentu untuk menjalankan program
dan kelulusan tapak bagi menjalankan program. Bendahari pula membuat anggaran
perbelanjaan keseluruhan program bagi memudahkan urusan untuk pengumpulan dana.
Pihak setiausaha pula menyiapkan segala urusan berkenaan dengan kertas kerja program,
permohonan pengangkutan institut dan juga juga urusan surat menyurat.
Saya telah membentuk jawatankuasa agar saling bekerjasama jika mahu program ini
berjaya. Saya meletakkan setiap AJK adalah penting dan mempunyai tugas tertentu, jika
salah satu AJK tidak bergerak maka keseluruhan organisasi akan terhenti. Oleh itu setiap
AJK harus memainkan tanggungjawab mereka dan alhamdulillah mereka berjaya berbuat
demikian.
Kelemahan Program
Setiap program tidak akan terlepas dari timbulnya beberapa kelemahan. Kelemahan
yang utama bagi program ini adalah berkenaan dengan kelulusan tempat untuk
menjalankan program dan pengangkutan untuk ke tapak program.
Berkenaan dengan tempat di mana kami perlu menghubungi beberapa kali pihak
ketua kampung orang asli berkenaan untuk mendapatkan maklumat untuk membuat
permohonan program. Setelah dijelaskan kami perlu menghubungi beberapa pegawai
kerajaan bagi mendapatkan kelulusan program. Ia merupakan salah satu proses yang rumit
kerana ia merupakan pengalaman pertama kami berurusan dengan pegawai berkenaan
dengan masyarakat orang asli di mana kami perlu menjalani beberapa prosedur sebelum
berjaya mendapatkan kelulusan.
Urusan pengangkutan sepatutnya tidak menjadi masalah kerana kami telah
membuat tempahan kenderaan institut 2 minggu sebelum tarikh program di jalankan, tetapi
pihak institut tidak mengambil serius berkenaan hal ini menyebabkan beberapa hari sebelum
kami dapati bahawa pihak institut tidak menyediakan kenderaan untuk ke program tersebut.
Ini berlakunya kekecohan di pagi hari program walaupun pihak institut telah menyediakan
bas yang di sewa khas tetapi bas tersebut lewat tiba di kampus menyebabkan kami lewat
bergerak ke tapak program.
Refleksi
Alhamdulillah program Bina Insan Guru Fasa 3 berjaya ditamatkan pada 13 April
2013 yang lepas hasil kerjasama keseluruhan organisasi yang dilantik. Secara keseluruhan
saya sangat berpuas hati dengan hasil program ini selain dapat menimba pengalaman yang
unik dan berbeza.
Untuk fasa 3 ini saya telah dilantik untuk mempengerusikan program ini. Saya tahu ia
adalah satu tugas yang berat namun, saya cuba dan berusaha untuk melakukan yang
terbaik. Saya menerima amanah ini dengan hati yang terbuka dan dengan sedaya upaya
menggerakkan organisasi yang dibawah tanggungjawab saya bagi memenuhi kehendak
proforma kursus Perguruan Ijazah Sarjana Muda.
Di awal organisasi ditubuhkan berlaku beberapa perubahan tempat, di mana
organisasi mengubah tapak program tanpa pengetahuan saya. Pada hari mereka
menjalankan sesi perbincangan bersama mentor Puan Nadiah Hayati Omar saya tiada di
dalam mesyuarat tersebut kerana mengalami masalah kesihatan. Saya berasa terkilan
kerana organisasi saya telah membelakangkan saya semasa proses pertukaran tapak
program. Maklumat pertukaran ini disampaikan oleh naib saya yang berada di dalam
mesyuarat tersebut. Oleh kerana pemelihan saya sebagai pengerusi di pilih atas suara
majoriti maka jika keputusan pertukaran tapak program saya terima. Saya menjadi situasi ini
sebagai satu cabaran kepada diri saya.
Di awal pengendalian saya ada beberapa ahli jawatankuasa yang tidak bertindak
mengikut arahan saya, maka saya terpaksa menggunakan pendekatan tegas saya kepada
mereka kerana dengan sikap mereka ini akan membebankan beberapa pihak lain iaitu
terpaksa melakukan tugas di luar skop jawatan mereka. Tetapi masalah ini dapat
diselesaikan dengan segera dan memberi kelicinan kepada proses pengurusan.
Walau saya dilantik menjadi pengerusi bagi program ini tetapi saya masih lagi
seorang guru pelatih biasa. Kerana tugasan harian sebagai guru pelatih, latihan amali, kerja
kursus menyebabkan organisasi ini terhenti untuk beberapa kali. Perancangan awal
program ini akan dijalankan sebelum kami keluar untuk melakukan Latihan amalan
profesional – Pengalaman Berasaskan Sekolah. Tetapi kerana kecuaian saya dan beberapa
masalah lain, saya telah berbincang dengan seluruh organisasi untuk mengubah tarikh
kepada 13 April 2013 iaitu 2 minggu selepas cuti intra-semester.
Sebelum kami berjaya keluar untuk menjalankan program saya menghadapi maslah
dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Oleh itu perkara ini saya rujuk kepada mentor saya
iaitu Encik Razak Bin abdul Kadir bagi memecahkan kebuntuan yang organisasi saya
hadapi. Alhamdulillah dengan bantuan beliau pihak JAKOA telah meluluskan program kami
dan kami terus membuat persiapan awal iaitu dengan pergi ke lokasi program bagi
mendapatkan gambaran sebenar dan situasi yang akan berlaku.
Malangnya, walaupun kami telah membuat temu janji dengan pihak Tuk Batin iaitu
Ketua Kampung Orang Asli Sungai Congkak, tetapi beliau keluar kawasan kerana tugasan
lain. Oleh itu kami terpaksa berurusan dengan wakil beliau iaitu anak beliau sendiri. Saya
akui di sini adalah kesilapan saya kerana saya lewat mendapatkan kelulusan dari pihak
JAKOA dan lewat membuat temu janji dengan tuk batin tersebut. Walabagaimanapun,
urusan bersama wakil beliau tidak memberi banyak masalah dan segala urusan dapat
diselesaikan dengan segera.
Secara jujurnya dengan melihat keadaan tapak program kami, saya berasa sangat
terkejut. Ia merupakan salah satu perkara baru yang saya hadapi di mana kemudahan yang
terhad, lokasi yang kotor ia benar-benar membuatkan saya bersyukur dengan apa ytang
dikurniakan oleh tuhan kepada saya. Melihat keadaan lokasi Monica Carol mencadangkan
agar menjalankan kerja permbersihan pada petang 12 April 2013 dan saya setuju. Tetapi,
saya berasa sedikit terkilan kerana kebanyakan ahli lain tidak dapat turut serta dalam kerja
pembersihan ini. Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan usaha tersebut bagi
mewujudkan suasana selesa pada hari program dijalankan.
Di dalam keseluruhan program saya sangat terasa hati dengan pihak pentadbiran
institut kerana mereka gagal menyediakan perkhidamatan pengangkutan dengan baik. Ami
telah membuat tempahan yang terawal dari peserta lain iaitu terdapat peseta lain yang turut
memohon perkhidmatan bas institut, tetapi borang kami telah di letakkan pada bahagian
bawah menyebabkan pegawai yang menguruskan pengangkutan terlepas pandang. Saya
berasa amat kecewa kerana pihak pentadbiran tidak bersikap serius dalam menjalankan
tugas mereka. Kami hampir membuat keputusan muktamad iaitu akan menaiki kenderaan
sendiri ke lokasi program. Tetapi mentor kami mencadangkan agar kami tunggu sehingga
kenderaan yang disediakan tiba.
Secara keseluruhan saya telah timba banyak pengalaman yang luar biasa ketika
menjawat jawatan pengerusi. Ia telah melatih saya sifat sabar yang tinggi. Saya harap ia
mampu memberikan yang positif terhadap guru pelatih yang lain. Segala masalah yang
timbul semasa program ini adalah kerana kegagalan saya menguruskan dengan baik.
Walaubagaimanapun saya telah cuba sedaya upaya untuk menjayakan program ini.
Lampiran
Selitan gambar semasa program