Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
-
Upload
norwahida-salim -
Category
Education
-
view
672 -
download
6
description
Transcript of Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
KARYA AGUNG MELAYUBMS 3022
Pensyarah Kursus: DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD IDRIS
BENTUK BINAAN KATA / AYAT
FRASA / KLAUSA & PENGARUH BAHASA ASING
DALAMHIKAYAT RAJA PASAI
TAJUK TUGASAN:
HIKAYAT
RAJA
PASAI
PENGENALANHIKAYAT RAJA PASAI
Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam).
Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
SINOPSISHIKAYAT
RAJA PASAI
Hikayat Raja Pasai terdiri daripada tiga bab / bahagian :
Bab 1Menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang dimulakan sejak sebelum berdirinya kerajaan samudera pasai hingga meninggalnya Sultan Malikul Mahmud, iaitu cucu kepada Sultan Malikul Salleh (Merah Silau).
Bab 2Menceritakan peristiwa-peristiwa sekitar hubungan antara TunBeraim Bapa dengan Sultan Ahmad Perumudal Perumal sehingga meninggalnya Tun Beraim Bapa.
Bab 3Menceritakan tentang Puteri Gemerencang dari Majapahit yang jatuh cinta kepada Tun Abdul Jalil hingga runtuhnya Pasai. Hikayat ini diakhiri dengan senarai nama kerajaan-kerajaan yangditakluk oleh Majapahit.
Sumber : Russel Jones (1999 : 84) dalam http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai
Salasilah Raja-Raja Pasai Menurut Hikayat Raja Pasai
Sumber : Russel Jones (1999 : 82) dalam http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai
Peta Kerajaan Pasai
BINAAN KATA
PENGIMBUHAN PENGGANDAAN
PEMAJMUKAN
PENGIMBUHAN
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Dalam Hikayat Raja Pasai penggunaan imbuhan turut ditemui.
Jadual 1 : Bentuk dan contoh imbuhan
Bil Jenis
Imbuhan
Contoh
Imbuhan1 Awalan menengar (m/s 8) , perkakas
(m/s14), berlabuh (m/s 31), diparang (m/s 3), menjelis (m/s 4).
2 Akhiran pakaian (m/s 15), katakan (m/s 12) jajahan, artawan (m/s 12), lihati (m/s 14)
3 Apitan Kelengkapan (m/s 59), meninggalkan (m/s 15), kedudukan (m/s 19), percintaan (m/s 59), dipersembahkan (m/s 4), dinamai (m/s 4).
4 Sisipan gemilang (m/s 42)
Setelah diteliti penggunaan imbuhan dalam karya ini, terdapat kelainan-kelainan ejaan perkataan yang digunakan.
Contohnya, perkataan menengar. Perkataan ini berasal daripada kata dasar "dengar" yang ditambah imbuhan men-.
Contoh seterusnya, perkataan "artawan". Perkataan ini berasal daripada kata dasar "harta" dan menerima imbuhan akhiran -wan.
PENGGANDAAN
Kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis kata ganda.
1. Penggandaan penuh2. Penggandaan separa3. Penggandaan berentak
Kata berbentuk gandaan dapat dilihat dalam setiap perenggan, misalnya dalam bab pertama, perenggan ke-13 pada halaman 8.
"Setelah sudah ia menengar ayah bondanya akan sembah orang itu, maka ia pun mengempaskan dirinya
dan membelah-belah bajunya dan mencarik-carik kainnya. Maka Raja Ahmad pun terlalu sangat marahnya serta iamengimpunkan segala lasykarnya. Maka tatkala sudah berhimpun segala lasykarnya lengkap dengan segala
senjatanya, maka pada ketika yang baik, maka berangkatlahRaja Ahmad itu pergi mendatangi saudaranya Raja
Muhammad. Maka apabila berhadapanlah kedua pihak lasykar itu, maka peranglah mereka itu terlalu ramai
kelam-kabut. Maka duli pun berbangkit lalu ke udara tiadalah berkenalan lagi seorang dengan seorang jua pun. Maka tempik
segala hulubalang dan segala rakyat juga yang kedengarandan gemerencang bunyi segala senjata dan pendahan
segala pahlawan juga kedengaran. Maka bahananya datangke tengah rimba belantara. Maka daripada kedua pihak lasykar
itu banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukansama sendirinya dan berbunuh-bunuhan mereka itu hingga matilah
kedua raja-raja itu."
PENGGANDAAN PENUH- Menggandakan keseluruhankata dasar.- Sama ada mengandungiimbuhan ataupun tidak.
PENGGANDAAN BERENTAK- Proses menggandakan katadasar mengikut rentak bunyi tertentu kata dasar tersebut.-Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang ataudiubah.
PENGGANDAAN SEPARA-Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.-Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
2
1
3
BIL CONTOHKATA GANDA
JENIS KATA GANDA
HALAMAN
1 mulia-mulia
tuha-tuha
tuan-tuan
baik-baik
Penggandaan penuh
kata tunggal.
m/s 21
m/s 11
m/s 10
m/s 18
2 berkata-kata
membilang-bilang
bersuka-sukaan
beramuk-amukan
Penggandaan separa
kata berimbuhan.
m/s 18
m/s 19
m/s 28
m/s 8
3 kelam-kabut
campur-baur
cerai-berai
gegak-gempita
Penggandaan berentak
pengulangan vokal
dan penggandaan berentak bebas
m/s 8
m/s 63
m/s 13
m/s 27
Jadual 2 : Bentuk dan contoh kata ganda
PEMAJMUKAN
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
Kata majmuk dieja terpisah, namun ada juga kata majmuk yang dieja rapat disebabkan kelaziman penggunaan.
Contoh kata majmuk yang terdapat Hikayat Raja Pasai.
1. ... maka keluarlah ia dari dalam negeri itu mengikut jalan kematahari mati daripada suatu perhentian.. (m/s 9)
2. Maka perdana menteri pun masuklah ia mengadap raja ...(m/s14)
3. Maka baginda pun mengimpunkan segala menteri danhulubalang dan segala orang besar-besar... (m/s 24)
4. ... jikalau muda sekalipun Raja Pasai berkirim salam juga ia kepada Raja Barus. (m/s 13)
Berdasarkan kata majmuk tersebut, dapat dilihat bentuk ejaannya, iaitu dieja terpisah dan dieja rapat.
Dalam hikayat Raja Pasai ini turut ditemui beberapa perkataan lain yang mirip dengan kata majmuk, contohnya perkataan sukacita dan dukacita.
Sukacita dan dukacita ini merupakan kata adjektif yang lazimnya dieja bercantum.
AYAT
AYATMAJMUK
AYATTUNGGAL
Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Dalam kajian ini kami hanya memfokuskan kepada aspek ayat majmuk sahaja.
BENTUK AYAT
AYAT MAJMUK-Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal ataulebih.-Ayat majmuk dalam Hikayat Raja Pasai.
1. GABUNGAN2. PANCANGAN3. CAMPURAN
•Terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Gambar rajah 1: Pembentukan ayat majmuk gabungan
AYAT
Ayat 1 Kata Hubung
Ayat 2
Ayat Majmuk Gabungan
Dalam Hikayat Raja Pasai hanya ditemui kata hubung dan, lalu, serta, melainkan, dan lagi bagi jenis ayat majmuk gabungan.
Kata hubung dan
Gambar rajah 2 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Dan
Kata hubung lalu
Gambar rajah 3 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Lalu
Kata hubung serta
Gambar rajah 4 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Serta
Gambar rajah 5 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung Melainkan dan Lagi
Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu :-
Ayat relatif (yang)
Ayat komplemen (bahawa, untuk)
Ayat keterangan
Untuk Hikayat Raja Pasai ini, hanya ayat majmuk pancangan relatif dan ayat keterangan yang banyak dikesan penggunaannya.
Ayat Majmuk Pancangan
Gambar rajah 6 : Ayat majmuk menggunakan kata hubung yang
Berikut pula adalah antara AYAT KETERANGAN yang dapat dikenal pasti terdapat dalam Hikayat Raja Pasai.
Gambar rajah 7 : Contoh ayat keterangan
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
Ayat sedemikian biasanya panjang.
Ayat majmuk campuran sememangnya banyak dikesan dalam Hikayat Raja Pasai ini.
Ayat Majmuk Campuran
Berikut adalah antara contoh AYAT MAJMUK CAMPURAN yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai.Maka terdengarlah kepada segala orang besar-besar dan segala orang tuha-tuha yang dalam negeri itu. ( m/s 11, 20)Setelah pergilah ia memanggil menteri itu, maka menteri itu pun turunlah ia dengan segala pegawainya mengadap sultan Perlak; serta datang lalu ia menyembah sekaliannya. (m/s 18, 35)Maka penggawa yang tiga orang itu pun kemalu-maluan, lalu ia hendak kembali. (m/s 69, 136)
Gambar rajah 8 : Contoh ayat majmuk campuran
Setelah diteliti, binaan frasa adjektif kerap kali digunakan oleh pengarang dalam Hikayat
Raja Pasai ini.
Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
BINAAN FRASA
Frasa adjektif terbentuk dengan kata adjektif sebagai inti frasa dan frasa itu menduduki konstituen predikat.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif.
Terdapat beberapa fungsi frasa adjektif, antaranya, ialah predikat, frasa nama, frasa kerja dan subjek.
Frasa adjektif
Antara frasa adjektif yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai:-Bil Contoh ayat Fungsi frasa adjektif
1. Maka terlalu kasih baginda akan anakda itu, makin sehari makin besar dan rupanya pun makin menjelis. (m/s 4)
kasih – predikatbesar, menjelis - keterangan
2. Maka datanglah saudaranya Raja Muhammad pergi melihat Merah Gajah itu, maka ia pun amat sukacita melihat kanak-kanak itu terlalu baik parasnya. (m/s 7)
sukacita, baik - keterangan
3. Maka baginda dua beranak dengan anaknya yang muda itu memakai pakaian fakir meninggalkan kerajaannya, turun dari istananya lalu naik ke kapal itu. (m/s 15)
muda, fakir - keterangan
4. Demi sultan menengar sembah Baba Mentuha itu, maka baginda pun murka akan Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara itu. (m/s 37)
murka - keterangan
5. Maka diisinya kepada buluh telang segala minuman itu seruas-ruas buluh serta dipancungnya tajam-tajam hujungnya, adalah banyaknya itu beribu-ribu minuman itu. (m/s 69)
tajam-tajam - keterangan
Jadual 3 : Contoh frasa adjektif
KLAUSA
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
Unit tersebut menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk menjadi ayat.
Klausa tidak mempunyai intonasi ayat dan merupakan unsur pembentuk ayat.
Dalam hikayat Raja Pasai terdapat beberapa contoh klausa yang dapat dikenal pasti.
1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah ia ke negerinya dengan segala lasykarnya.
SUBJEK PREDIKAT
Maka Raja Ahmad pun
berjalanlah ia ke negerinya dengan segala lasykarnya.
A1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah.A2. ia/dia ke negerinya dengan segala lasykarnya
Jadual 4 : Subjek dan predikat dalam klausa
Ayat ini merupakan ayat majmuk kerana terdiri daripada dua ayat yang sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Contohnya, A1 merupakan ayat lengkap dan mengandungi satu klausa. Klausa tersebut ialah, Maka Raja Ahmad pun berjalanlah
Dalam A2 pula, ayat ini juga merupakan ayat lengkap tetapi mempunyai dua klausa. Klausa pertama ialah, ia/dia ke negerinya, klausa kedua pula, dengan segala lasykarnya
A1. Maka Raja Ahmad pun berjalanlah.A2. ia/dia ke negerinya dengan segala lasykarnya
Ayat 1 mengandungi dua klausa.Maka Merah Hasum pun marah merupakan klausa bebas dan merupakan ayat yangbermakna.akan saudaranya Merah Silau itu merupakan klausa yang tidak bebas dan berfungsi sebagai keterangan.Klausa tidak bebas ini tidak dapat menjadi ayat sempurna dan perlu bergantung pada klausa bebas.
1. Maka Merah Hasum pun marah akan saudaranyaMerah Silau itu.
SUBJEK PREDIKAT
Maka Merah Hasum pun
marah akan saudaranya Merah Silau itu.
Jadual 5 : Subjek dan predikat dalam klausa
PENGARUH BAHASAASING
Peminjaman perbendaharaan kata asing adalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.Peminjaman sesuatu kata boleh dilakukan secara terus atau melalui penterjemahan sesuatu perkataan atau konsep asing.Antara sebab bahasa Malayu meminjam perbendaharaan kata asing adalah untuk menamakan sesuatu benda, konsep, atau fenomena baru.Dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa pengaruh bahasa asing.
Bil Contoh ayat Perkataan
1. Hatta berapa lamanya maka kapal Syeikh Ismail itu pun sampailah ke Teluk Terli. (m/s 16)
Syeikh
2. ...umur baginda kepada akil baligh, maka ia dirajakan... (m/s 22)
akil baligh
3. ...karna firman Allah Taala, dalam Quran demikian bunyinya... (m/s 24)
Allah Taala,Quran
4. Sultan Ahmad Perumudal Perumal itu belum khatan... (m/s 30)
khatan
5. ...maka kembalilah ia ke rahmatullah taala dan pada suatu... (m/s 33)
rahmatullah taala
Pengaruh Bahasa Arab
Jadual 6: Pengaruh bahasa Arab dalam hikayat
Bil Contoh ayat Perkataan
1. Maka tatkala didengar ayahanda dan bonda baginda sembah Raden Galuh demikian... (m/s 59)
Raden
2. Bunyian anggerarangin bunyinya dengan pelbagai warna permainan seperti wayang wong dan wayang kulit dan topeng dan joget tandak bedaya dan jentera beksan... (m/s 67)
wong, tandak bedaya , beksan
3. Maka sembah Patih, "Anuhun kawula saking karsa dulu tuanku." (m/s 67)
Patih, "Anuhun kawula saking karsa
4. ...beberapa penggawa yang kecil-kecil seperti ngabehi dan aria lurah dan pembekal, patinggi kebayan dan segala rakyat dua keti. (m/s 67)
ngabehi, aria
5. ...yang di pesisir dari kulon-kulonnya, dan dari wetan-sewetannya,dan yang di darat sampai ke Segera Kidul (m/s 66)
kulon-kulon, wetan-wetan.
Pengaruh Bahasa Jawa
Jadual 7: Pengaruh bahasa Jawa dalam hikayat
Bil Contoh ayat Perkataan
1. Maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan. (m/s 8)
lasykar
Pengaruh Bahasa Indonesia
Jadual 8: Pengaruh bahasa Indonesia dalam hikayat
KESIMPULAN
Melalui penelitian dalam Hikayat Raja Pasai ini kami dapat mengetahui bentuk binaan kata imbuhan, ganda dan majmuk. Bentuk-bentuk ini menunjukkan penulis sudah menggunakannya dalam hikayat.Penulis menggunakan ayat yang panjang lebar dan banyak dikesan adalah ayat majmuk.Seterusnya, frasa adjektif turut digunakan secara meluas bagi menggambarkan sesuatu perkara terutamanya perincian tentang paras rupa seseorang.Klausa pula dapat dikesan dalam ayat yang mengandungi subjek dan predikat.Akhir sekali, pengaruh bahasa asing seperti bahasa Arab, Jawa dan Indonesia dapat menambahkan lagi kosa kata pembaca.
RUJUKAN1. Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur :
Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.2. Arockiamary Savarimuthu (1992). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.3. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.4. Nik Safiah Karim et. al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Russell Jon (1999). Hikayat Raja Pasai. Kuala Lumpur :Yayasan Karyawan
dan Penerbit Fajar Bakti.6.http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=laskar&d=107.http://www.yayasankaryawan.com/index.php?
option=com_virtuemart&page=shop.product_details&flypage=shop.flypage&product_id=8&Itemid=31&vmcchk=1&Itemid=31
8.http://melayuonline.com/ind/culture/dig/2338/hikayat-raja-pasai.
SEKIAN TERIMAKASIH...