BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

11
DI SEBALIK DINARA BINAAN PLOT

Transcript of BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

Page 1: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

DI SEBALIK DINARABINAAN PLOT

Page 2: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

BINAAN PLOT

Permulaan Perkembangan

Konfliks Klimaks

Peleraian

Page 3: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

PERMULAAN Farisha menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia

dari Johor Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, berlaku perkenalan ringkas

antara Farisha dengan seorang lelaki bernama Aqram namun perkenalan tidak dapat diteruskan kerana masing-masing terlena.

Perkenalan mereka secara lebih rapat berlaku apabila Farisha dan Aqram bertemu semula di Hotel Renaissance untuk menghadiri simposium dan Aqram menawarkan projek mini yang bernilai tinggi di Soft Lab.

Page 4: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

PERKEMBANGAN & KONFLIK Farisha memberi reaksi berbelah bahagi terhadap

pelawaan projek mini yang di tawarkan oleh Aqram kepadanya.

Farisha masih berwaspada walaupun mendapat persetujuan rakan niaganya, Rosman.

Pada masa yang sama , Shida juga mendapat tawaran dari Soft Lab iaitu menulis rencana dan buku yang berkaitan dengan Soft Lab.

Farisha agak hairan dan menjadi tanda tanya kepadanya apabila dia juga ditugaskan untuk membersihkan virus bom yang terdapat dalam Dinara.

Page 5: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

Farisha diberi taklimat tentang sistem Dinara kerana dia diamanahkan untuk menggodam sistem Dinara yang telah diceroboh dengan virus bom jangka kerana hampir semua data dan aplikasi Soft Lab disimpan dalam Dinara.

Semasa memulakan tugasnya, Farisha telah diperangkap oleh Alia dengan lehernya telah dicucuk dengan dua jarum di bahagian kiri dan kanan.

Alia cemburu dengan tugas yang diberikan oleh Dr Maxi kepada Farisha yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl dengan komunikasi bawah sedar.

Page 6: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

Pada masa yang sama,Alia cemburu kerana tidak dapat mendengar perbualan antara Farisha dan Karl.

Karl sudah tiga tahun terlantar sakit kerana menderita barah usus dan kini dia dirawat di kediamannya di Puchong dan oleh itu, dia amat mengharapkan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara.

Konflik semakin menengang apabila Farisha mendapat tahu bahawa dia hanyalah anak angkat kepada keluarga Azraii dan anak tidak sah taraf serta lebih mengejutkan apabila ibunya, Medina pernah cuba membunuhnya.

Page 7: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

Farisha dikejarkan ke Hospital Putrajaya kerana tiba-tiba pengsan akibat tekanan darahnya terlalu tinggi dan akibatnya Dr Maxi terpaksa meminta Shida menggantikan tempat Farisha kerana Farisha masih berada dalam keadaan tidak stabil.

Tindakan itu diambil kerana masa semakin suntuk untuk menyelamatkan Dinara apabila virus diaktifkan.

Farisha dapat dikesan oleh ibunya, Medina dan diculik dua orang suruhan ibunya, iaitu Farid dan Amin.

Page 8: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

KLIMAKS Karl menguasai tubuh Shida dalam sesi akhir

komunikasi bawah sedar dan dia sudah tahu cara untuk menyelamatkan Dinara, namun ketika dia berusaha untuk menyahaktifkan virus tersebut, Medina muncul dengan suara lantangnya.

Pada masa yang sama, keadaan Karl semakin nazak semasa sesi komunikasi yang mengundang perbalahan antara Karl dan Medina.

Page 9: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

PELERAIAN Karl menghembuskan nafas yang terakhir

tepat jam 7.00 malam di kediamannya di Puchong. Mayatnya dibakar dan abuny ditabur di Selat Melaka.

Karl tidak tamat kerana dia menguasai minda Shida walaupun dia telah tiada.

Page 10: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

TEKNIK PLOT Merupakan cara atau kaedah penulis

menyusun jalan cerita. Antara teknik plot yang digunakan ialah :

-a) imbas muka : peristiwa yang diramalkan atau dijangkakan akan berlaku.

b) Imbas kembali:peristiwa yang telah berlaku akan diceritakan semula.

c) Pemerian :peristiwa, watak, objek atau perbuatan yang digambarkan secara menyeluruh.

Page 11: BINAAN PLOT- DI SEBALIK DINARA.pptx

d) Dialog : pertuturan antara watak

e) Monolog dalaman : kata hati atau pengucapan batin seseorang watak.

f) Monolog : turut kata atau pengucapan watak secara bersendirian.

g) Saspens : melahirkan perasaan ingin tahu pembaca.

h) Konflik : pemasalahan yang dihadapi oleh watak-watak.

i) Kejutan : perubahan secara tiba-tiba dan menjadikan plot cerita lebih menarik.