Binaan Plot Kembara Amira

7
NOVEL KEMBARA AMIRA Bahagian plot

Transcript of Binaan Plot Kembara Amira

Page 1: Binaan Plot Kembara Amira

NOVEL KEMBARA

AMIRABahagian plot

Page 2: Binaan Plot Kembara Amira

PERMULAAN

Ketika cuti persekolahan,Amira bersama Jacinta menaiki

kereta api menuju ke Bukit Mat Raya untuk menemui ibunya

bersama pelajar tahun akhir yang sedang mengkaji arkeologi

hutan di situ.ketika berehat di Air Terjun Angin,Amira telah

berkenalan dengan Malique,iaitu pemuda yang sama di dalam

kereta api.Malique dipertanggungjawabkan untuk menyediakan

laporan tentang projek cari gali di Bukit Kerengga.

Page 3: Binaan Plot Kembara Amira

PERKEMBANGAN

• Amira dihanyutkan oleh arus sungai ketika menunggu

Malique di kawasan air terjun.Amira hampir lemas,tetapi

telah diselamatkan oleh Itai dan Tau.Sementara itu,Jacinta

yang hilang berjaya dijumpai di celahan banir pokok balak

oleh pasukan yang diketuai oleh Tau.Malique pula

menemani John O’Hara ke Pulau Pinang untuk berbincang

dengan pelabur yang akan melabur dalam aktiviti

perlombongan emas Malang tidak berbau apabila kenderaan

pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang

kawalan kerana menghadapi masalah brek ketika menuruni

bukit.Kemalangan tersebut menyebabkan pergelangan

tangan Profesor Zaidah terseliuh.

Page 4: Binaan Plot Kembara Amira

PERUMITAN Itai membawa Amira ke hulu sungai yang banyak mempunyai

ketulan emas.Amira mengambil seketul emas untuk dihadiahkan

pada Jacinta.Dalam perjalanan pulang,mereka terserempak

dengan makhluk berbulu yang membawa seorang lelaki yang

diikat tangan dan ditutup matanya.Semasa melarikan diri

daripada makhluk itu,mereka telah disergah oleh Tau.Tau turut

membawa Amira,Itai,Dr Zawawi,dan Rusdi ke Gunung Gua

Gajah.Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak

batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik Malique pula

hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang

deras.Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah

pondok.

Page 5: Binaan Plot Kembara Amira

KLIMAKS DAN PUNCAKAmira ,Itai,Jacinta,Pak Lias, dan Roslan berjaya menemui

Malique di puncak gunung Gua Gajah .Mereka nyaris-nyaris

diserang oleh makhluk berbulu,tetapi berjaya ditewaskan oleh

Pak Lias.Misteri makhluk itu terbongkar apabila apabila Ludin

tiba di puncak gunung itu.Rupa –rupanya tau yang selama ini

menyamar sebagai makhluk berbulu.Jennifer yang baru tiba di

hutan itu pula ialah isteri Tau,iaitu Ipah ,manakala Malique

ialah Sabi ,anak Tau dn abang kepada Itai.Tau juga merupakan

bapa kandung Itai dan Ludinadalah bapa saudara Itai.

Page 6: Binaan Plot Kembara Amira

PELERAIANAmira kini bergelar mahasisiwa dalam bidang aeroangkasa di sebuah

universiti di ibu negara.Sebelum pulang bercuti ,Amira membaca e-mel

yang dihantar oleh ibu dan rakan-rakannya.Itai melanjutkan pelajaran di

Kubang kerian dalam bidang perubatan,manakala Jacinta mengurus

perniagaan fesyen bapanya di Paris .Ibu Amira masih meneruskan kerja

argeologi di Bukit Mat Raya ,Malique pula telah berjaya menggagalkan

projek cari gali emas,dan Dr.Zawawi sudah bertukar bidang ,iaitu terlibat

dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di

dalam laut.

Page 7: Binaan Plot Kembara Amira

SEKIAN TERIMA KASIH.