Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

7
Bincangkan Sumber-sumber Awal Tentang Kesultanan Melayu Melaka. Sumber Barat Sumber Arab

description

Slide membicarakan sumber dari barat dan arab tentang Kesultanan Melayu Melaka.

Transcript of Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Page 1: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Bincangkan Sumber-sumber Awal Tentang Kesultanan Melayu Melaka.

Sumber BaratSumber Arab

Page 2: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Sumber Barat

• G. Ferrand dalam artikelnya “Melaka. Le Melayu et Malayur” dalam Journal Asiatique Mai-Juin et Juilet-Aout,1918, mengatakan bahawa Melaka telah wujud sejak kurun ke-8 Masihi lagi.

• Beliau mengatakan kerajaan Malayur (Malayu) yang disebut oleh Marco Polo itu sebenarnya Melaka.

Page 3: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Sumber Portugis• Tome Pires

• Joao de Barros

• Alfonso de Albuquerque

• Manuel Godinho de Eredia

• Diego de Couto

→ Suma Oriental

→ Asia

→ Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque, Second Viceroy of India

→ 2 laporan :→ Report on the Golden Chersonese→ Description of Malacca,

Meridional India and Cathay)

→ Decada.

Page 4: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Catatan Tome Pires tentang Melaka :

• “Melaka” berasal daripada perkataan malayo bermaksud “persembunyian pelarian”.

• Pelabuhan Melaka tiada tolok bandingnya di dunia pada masa itu.

• Semua jenis barang dagangan dari timur dan barat boleh diperoleh di Melaka.

• Tidak kurang daripada 50 bangsa dan suku kaum yang berkunjung dan berdagang di Melaka.

• Di pelabuhan Melaka juga dikatakan sebanyak 84 bahasa dipertuturkkan dan setiap satunya berbeza.

Page 5: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Suma Oriental

• sumber terawal menceritakan Kesultanan Melayu Melaka.

• maklumat yang diperoleh secara lisan daripada pemberi maklumat kerana pada ketika itu tiada sebarang penulisan tentang Melaka oleh penulis tempatan yang boleh dijadikan bahan rujukan.

• Kebanyakan penulisan barat lebih cenderung memperlihatkan kehebatan Portugis yang menjajah Melaka kerana semua penulis merupakan rakyat Portugis.

Page 6: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

Sumber Arab

• Pedagang dan pelaut Arab sudah pun datang dan berada di sekitar Asia Tenggara sejak sebelum lahirnya Islam.

• Menurut sumber Arab, pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama “Mulaqah” yang bermaksud pertemuan. Selain itu Melaka juga disebut sebagai “Malakat” iaitu “perhimpunan segala dagang”.

• Paramesrawa dikatakan berkahwin dengan seorang puteri Islam dari Pasai pada 1414.

Page 7: Bincangkan sumber sumber awal tentang kesultanan melayu melaka

• Seorang pedagang Arab bernama Ahmad ibn Majid menyatakan bahawa dia tidak dapat membezakan yang mana satu orang Islam di Melaka dalam kitabnya Hawiyat al-Ikhtisar Fi’llm al-Bihar, tertulis sekitar 866 Hijrah (1462 Masihi)

• Tome Pires mengatakan bahawa Sultan Alauddin telah mengajar Raja-raja Pahang, Kampar dan Inderagiri serta keluarga mereka tentang hal-hal agama Islam