BIODATA TOKOH.doc

download BIODATA TOKOH.doc

of 9

Transcript of BIODATA TOKOH.doc

BIODATA TOKOH-TOKOH PEJUANG ISLAM3EHSAN

PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH MENEGAH TUN ISMAIL

BIODATA TOKOH2 PEJUANG ISLAM TINGKATAN 1

Khadijah Binti Khuwailid Nama sebenar Khadijah Binti Khuwailid Bin Asad BinAbdul Uzza Bin Qusso Merupakan tokoh perniagaan yang kaya raya Berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun Merupakan isteri pertama Rasulullah SAW dan wanitapertama memeluk IslamSumbangan dan Pengorbanan: Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadapperjuangan Rasulullah SAW Isteri solehah yang sentiasa setia dan jujur Banyak memberi sumbangan fikiran dan harta untuk perjuangan Rasulullah SAW Memahami tanggungjawab Rasulullah dansentiasa yakin dengan kebenaran perjuanganbagindaSumayyah Binti Khabbath Berkahwin dengan Yasir Bin Amir Dikurniakan anak bernama Amar Bin Yasir Memeluk Islam secara rahsia Abu Jahal menikam Sumayyah dengan lembing sehingga mati Wanita pertama syahid dalam IslamSumbangan dan pengorbanan: Berani menyatakan yang hak Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agamabiodata tokoh tokoh pejuang tingkatan 2

1. SAIDINA UMAR BIN AL-KHATAB

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Umar bin Alh-khatab bin Nufail bin Abdul Uzza. Beliau dilahirkan di Mekah pada 584Masihi dan berketurunan Bani Adi,Quraisy. Saidina Umar memeluk Islam pada usia 33tahun dan menjadi khalifah pada 22jamadilakhir tahun 13hijrah bersamaan 23Ogos 634Masihi. Beliau memerintah selama sepuluh tahun enam bulan dan mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dan yang batil.Beliau wafat pada bulan zulhijjah tahun 23hijrah ketika berusia 63tahun kerana telah dibunuh oleh seorang hamba Majusi yang berbangsa Farsi bernama Abu Lukuk.

SIFAT PERIBADI - Saidina Umar seorang hamba yang berani dan terbuktilah keberanian beliau apabila beliau hendak memasuki agama islam, beliau telah mengisytiharkan keislamannya kepada masyarakat arab. Beliau juga mencabar orang kafir supaya menghalangnya berhijrah ketika hendak berhijrah ke madinah. Selain itu, beliau juga amat adil dan tegas. Saidina Umar amat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Beliau sanggup menyamar dan keluar pada waktu malam untuk mengetahui kehidupan rakyatnya.

SUMBANGAN SAIDINA UMAR - Dalam bidang dakwah, beliau telah meluaskan dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Farsi,Rom dan Mesir. Saidina Umar juga telah melantik gabenor di setiap wilayah untuk melicinkan pentadbiran dan dakwah serta menghantar para ulama dan cendekiawan islam ke seluruh tempat untuk menyebarkan dakwah. Beliau telah membina masjid untuk kemudahan umat islam beribadat. Dari segi

1. SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

RIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Fatimah az-zahrah binti Muhammad Rasulullah. Beliau berketurunan Quraisy dan merupakan puteri bongsu Rasulullah hasil perkahwinan baginda bersama Saidatina Siti Khadijah. Beliau dilahirkan di kota mekah pada 20jamadil akhir tahun 605 masihi. Diberi gelaran Az-zahra yang bermaksud putih berseri. Beliau memikul tugas menguruskan segala keperluan Rasulullah selepas kewafatan ibunya. Saidatina Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali ketika berumur 18tahun dan mendapat dua orang putera iaitu Hasan,Husin dan Zainab. Beliau wafat pada 4JamadilAwal tahun ke11 hirah ketika berusia 28tahun iaitu 6bulan selepas kewafatan baginda. Jenazah dimakamkan di Al-Baqi terletak di Madinah.

SIFAT PERIBADI mempunyai budi pekerti mulia kerana dididik sejak kecil oleh Rasulullah

seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian

taat kepada agama dan suami

kasih kepada ayah

tidak pernah mengeluh walaupun hidup dalam kemiskinan

mempunyai semangat jihad yang tinggi

SUMBANGAN Saidatina Fatimah membantu Rasulullah dalam menegakkan agama islam

beliau bersama wanita islam merawat luka tentera islam dalam perang uhud

beliau merupakan pendorong kepada perjuangan ayah dan suaminya

memberi motivasi semasa Rasulullah mendapat tentangan dari musyrikin quraisy

2. SAIDATINA AISYAH ILMUWAN WANITA TERUNGGULRIWAYAT HIDUP - Nama sebenar beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar As-siddiq dan dilahirkan pada 614Masihi di kota mekah,8tahun sebelum hijrah serta berasal dari keturunan yang baik dan ternama di mekah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah atas perintah Allah dan menjadi isteri baginda selama 10tahun. beliau menjadi tempat rujukan selepas kewafatan Rasulullah. Saidatina Aisyah digelar Ummul Mukminin yang bererti ibu seluruh alam. Beliau wafat pada 17ramadhan tahun 58hijrah ketika berusia 67tahun.

SIFAT PERIBADI Budi pekerti yang mulia

bijak dan pintar serta memiliki ingatan yang kuat serta kecerdasan akal gikiran

menguasai pelbagai ilmu pengetahuan

isteri yang setia dan bertanggungjawab

mwmpunyai keimanan yang teguh

berani dan gigih dalam perjuangan

SUMBANGAN menjadi tempat rujukan bagi seluruh umat islam selepas kewafatan Rasulullah

menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan agama islam

menghafaz dan meriwayatkan hadis tidak kurang dari 1210 buah hadis dalam pelbagai bidang

3.SAIDINA KHALID BIN AL-WALID PEWIRA PERKASARIWAYAT HIDUP - Nama sebenarnya ialah Khalid bin Al-Walid bin All-Mughirah dan berketurunan Bani Makhzum. Beliau lahir pada 592Masihi di kota mekah dan berasal dari keluarga yang terkenal serta disegani odi Mekah. Sejak kecil, beliau dillatih dan dididik dengan sifat berani,bermain senjata dan menunggang kuda. Sebelum Islam, beliau sangat kuat menentang ISlam dan sering mengetuai angkatan musuh menentang islam nnamun beliau telah memeluk islam pada bulan Safar tahun ke-8hijrah ketika berusia 25tahun dan menjadi pembela islam. BEliau diberi gelaran Saifullah iaitu pedang Allah kerana ketangkasannya bermain senjata. Beliau meninggal pada tahun 21hijrah ketika berusia 60tahun dan dimakamkan di Hims, Syria.

SIFAT PERIBADI Seorang panglima yang gagah,berani,tangkas bermain senjata, dan handal dalam peperangan

tegas pendirian dan bijak menyusun strategi

memiliki semnagat juang yang tinggi

ikhlas berjuang dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah

berdisiplin,bertanggungjawab dan berfikiran terbuka

SUMBANGAN menjadi panglima yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang musuh islam

ketua pasukan tentera dalam peristiwa pembukaan mekah

menyertai perang Mukhtah,Hunain,Taif,Yarmuk dan lain-lain