BIODIVERSITI&ADAPTASI

38
KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT LOKAN Oleh: RASDIH@ MOHD RASDIH BIN JAILUN CT 11210397 2 SIRIH Oleh: RAZIDI BIN MAT CT 11210311 8 POKOK RU Oleh: MOHAMAD BAKRI BIN AMIT CT 11210384 18 POKOK BAKAU Oleh: JENRY BIN SAIPARUDIN CT 11210669 22 MAHKOTA DEWA Oleh: SULTAN MUSA CT 11210667 27 RUJUKAN 33 1

description

LOKAN,POKOK RU, MAHKOTA DEWA, SIRIH , HUTAN PAYA BAKAU.

Transcript of BIODIVERSITI&ADAPTASI

Page 1: BIODIVERSITI&ADAPTASI

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

LOKANOleh: RASDIH@ MOHD RASDIH BIN

JAILUNCT 11210397

2

SIRIHOleh: RAZIDI BIN MAT CT 11210311

8

POKOK RUOleh: MOHAMAD BAKRI BIN AMIT CT 11210384

18

POKOK BAKAUOleh: JENRY BIN SAIPARUDIN CT 11210669

22

MAHKOTA DEWAOleh: SULTAN MUSA CT 11210667

27

RUJUKAN 33

LOKAN

1

Page 2: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Oleh: RASDIH@ MOHD RASDIH BIN JAILUN CT11210397

PENGENALANLokan(Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan keluarga Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal dalam lumpur air payau. Hidupan ini terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir. Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan

mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu atau dikawasan khusus yang ada menghasilkan lokan.ANATOMI LUARAN DAN DALAMAN LOKANLokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna putih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya hidup. Saiz lokan diantara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. Setiap biji lokan boleh di buka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut (Lihat foto dibawah). Isi lokan

ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang.

2

Page 3: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Bahagian dalam lokanSUMBER MAKANAN DAN JANGA HAYAT LOKANLokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama.

HABITAT LOKANLokan ialah sejenis makanan laut dalam spesies kepah dan kupang mampu menyara kehidupan pengusaha yang tinggal di pesisiran pantai dan sungai. Umum mengetahui, mencari lokan bukan tugas mudah kerana terpaksa mengharungi tanah liat yang digenangi air kehitam-hitaman sehingga paras lutut dan menyusup pula di celah-celah pokok nipah untuk mencungkil lokan dari tanah lumpur. Kesukaran itu, menyebabkan tidak ramai yang sanggup meredah tanah berlumpur untuk mencari lokan apatah lagi dalam keadaan paya bakau yang boleh mendatangkan ancaman haiwan berbahaya seperti ular, biawak mahupun buaya. Lokan merupakan sejenis makanan laut yang menyerupai siput kepah tetapi mempunyai saiz yang besar dan kulitnya berwarna coklat. Ramai yang tidak tahu, lokan boleh didapati di kawasan paya berhampiran dengan sungai dan mudah dicari itu boleh membiak secara liar mahupun diternak. Kebiasaannya hidupan ini terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir.

Gambar disebelah menunjukkan kesukaran mencari kerang di kawasan paya bakau

3

Page 4: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Gambar menunjukkan kawasan paya bakau

JENIS – JENIS LOKANLokan terbahagi kepada 3 jenis iaitu, lokan nipah yang berwarna kehijauan dan bersaiz besar ( kebanyakannya 5 atau 6 ekor boleh mencecah satu kilogram ), lokan bakau kulitnya kehitaman yang bersaiz sederhana ( kebanyakannya 7 ke 10 ekor boleh mencecah hampir satu kilogram), dan lokan pasir yang bersaiz kecil dan warnanya sama seperti lokan bakau dan nipah ( 10 hingga 15 ekor boleh mencecah satu kilogram).

Lokan Nipah

Lokan Jenis Bakau

Lokan Jenis Pasir

4

Page 5: BIODIVERSITI&ADAPTASI

SUMBANGAN KEPADA MANUSIA ATAU ORGANISASI LAINTidak dinafikan bahawa lokan merupakan makanan yang sangat digemari oleh orang ramai. Samada ianya dilakukan secara sendirian mahupun berkumpulan. Akibat daripada permintaan yang sangat tinggi daripada pengemar – pengemar lokan maka pencarian lokan kini telah menjadi punca perniagaan yang dapat membantu ekonomi penduduk khususnya dikawasan pesisir pantai dan sungai. Lokan kini menjadi makanan paling digemari oleh kebanyakan penduduk di Malaysia. Di kalangan penduduk yang berhampiran dengan paya bakau, kerja-kerja mencari lokan menjadi kegemaran mereka kerana ia menjanjikan pendapatan tambahan.

Gambar disebelah menunjukkan bagaimana lokan dibakar

Gambar seorang pengusaha menjual lokan

ANCAMAN HIDUPAN LOKANSikap tamak manusia telah menyebabkan banyak kawasan hutan bakau di negara ini diterokai setiap hari. Mereka menebang pokok bakau tanpa sebarang kawalan telah menyebabkan masalah penebangan pokok bakau di negara kita kian meningkat setiap tahun.Ini menyebabkan habitat haiwan seperti lokan akan musnah dan sekaligus mengurangkan dan menyebabkan kepupusan lokan. Selain itu haiwan – haiwan lain juga turut terancam dengan penebangan hutan paya bakau tersebut. Antara ancaman kepada pokok bakau yang kian meningkat ialah disebabkan oleh proses tebus guna tanah, pembalakan haram dan pencemaran di kawasan hutan paya bakau.Proses pembalakan secara berleluasa tidak terkecuali bagi hutan paya bakau juga. Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah pihak yang tidak

5

Page 6: BIODIVERSITI&ADAPTASI

bertanggungjawab menjalankan kegiatan pembalakan di hutan ini bagi mendapatkan kayu bakau untuk kepentingan ekonomi mereka. Pembalakan bakau yang tidak mapan boleh mengancam habitat flora dan fauna marin. Sejumlah besar flora dan fauna yang endemik atau yang sukar dijumpai mungkin akan lenyap dari muka bumi ini akibat daripada kegiatan yang tidak terkawal ini. Apabila tanah bakau mula berkurangan maka alam akan mula bertindak balas kerana keseimbangan semulajadi sungai telah terjejas. Tindak balas ini menyebabkan bencana alam yang bukan sahaja akan memusnahkan kehidupan manusia malahan turut melibatkan ekologi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang akan memusnahkan sistem ekologi habitat marin (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).

Gambarajah : Pembalakan di Hutan Paya Bakau

Sumber : Google Image

Kawasan hutan bakau merupakan satu kawasan yang menjadi habitat pelbagai hidupan marin. Antaranya ialah sebagai habitat bagi tumbuhan yang hidup di kawasan percampuran air tawar dan masin seperti pokok bakau, gelam, nibung dan sebagainya. Selain daripada itu juga, hutan bakau turut menjadi tumpuan bagi habitat haiwan seperti ketam, udang, kerang, anak-anak ikan yang sedang menbesar dan beberapa spesis burung yang tidak akan dijumpai di kawasan lain. Ekoran daripada penebangan dan tebus guna kawasan tanah bakau maka habitat flora dan fauna marin akan terjejas dan akan menyebabkan wujudnya satu masalah kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin. Hal ini akan menjejaskan hidupan di kawasan paya bakau berkenaan (Holistik, 2010).Ekosistem bakau sangat unik kerana ia terdedah kepada keadaan air pasang laut secara berterusan. Jika jumlah pokok bakau di sesuatu kawasan berkurangan, maka berkemungkinan besar habitat hidupan pinggir pantai akan musnah dan seterusnya mengganggu kelestarian ekosistem tersebut. Antara spesis terancam yang boleh didapati di kawasan hutan paya bakau adalah ikan belacak, memerang licin, burung botak, burung pacat, cecadu gua dan lotong kelabu

LANGKAH PEMULIHARAANHutan paya bakau sangat berkaitrapat dengan kehidupan lokan. Oleh itu perlu bagi semua pihak bersama – sama menjaga dan mengekalkan habitat bagi haiwan yang bergantung dengan hutan paya bakau. Kepentingan hutan bakau terhadap alam sekitar dan ekosistem sememangnya sentiasa disedari dan diberikan perhatian sewajarnya sama ada oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau Jabatan Perhutanan. Oleh sebab itu, pihak JAS, Jabatan Perhutanan dan badan-

6

Page 7: BIODIVERSITI&ADAPTASI

badan NGO telah menjalankan beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan bagi memastikan kawasan hutan bakau ini terus terpelihara.Antara langkah bagi memastikan habitat lokan ini terus terpelihara adalah dengan mengadakan Program penanaman semula pokok bakau mampu untuk memeliharan kawasan hutan bakau daripada terus musnah. Peluang kemandirian biji benih bakau adalah terhad disebabkan keadaan habitatnya adalah lembut dan berlumpur dan berada di kawasan berpengaruh arus air pasang surut. Biji benihnya mula berkembang semasa anak benih masih melekat pada pokok induk. Namun demikian, tidak semua benih yang jatuh berjaya mencacak ke dalam tanah. Oleh demikian, program penanaman semula pokok bakau boleh menolong mencacakkan benih bakau yang tidak berjaya mencacak ke tanah dan menanam semula anak benih yang telah di berikan oleh Jabatan Alam Sekitar di kawasan tanah bakau bagi melestarikan kawasan berkenaan (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2006).

Gambarajah : Pokok bakau menjadi penampan semulajadi.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

7

Page 8: BIODIVERSITI&ADAPTASI

SIRIHOleh: RAZIDI BIN MAT CT11210311

Kingdom : PlantaeSubkingdom : TracheobiontaSuperdivision : SpermatophytaPhylum : TracheophytaSubphylum : AngiospermaKelas : MagnoliopsidaSubkelas : MagnoliidaeOrder : PiperalesFamily : PiperaceaeGenus : Piper LSpecies : Piper betle Linn

PENGENALANSirih merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.

Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula dan nagavalli. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulath, bahasa Tamil sebagai vetrilai, bahasa Telugu sebagai tamaapaku, bahasa Marathi sebagai vidyache pan dan bahasa Thai pula disebut sebagai plu.

ANATOMI DAN CIRI-CIRI SIRIHSifat tabii atau fizikal sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8cm – 12cm lebar dan 10cm – 15cm panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang

tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

8

Page 9: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan. Berbeza daripada pokok lada hitam, bahagian yang digunakan pada pokok sirih lebih kepada bahagian daun.

Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.

Faktor-faktor yang menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika.

KANDUNGAN AKTIF DALAM SIRIHSireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Sirih terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) yang digunakan untuk mengubati keputihan, nafas atau badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sakit mulut dan tekak.

Kesan daripada zat aktif yang terkandung dalam sirih adalah merangsang saraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, juga meredakan sifat mendengkur. Daun sirih boleh mencegah ejakulasi pramatang, mematikan kulat Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, meningkatkan immunisasi badan, pelindung hati, dan anti- cirit birit.

KANDUNGAN KIMIA SIRIH Flavournoid Poluphenol; untuk menegangkan kulit, mengelak kedutan kulit

dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahankan proses penuaan dan amat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.

Hydroxyl-Chavicol; membantu menormalkan perjalanan darah dalam pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah dari luka.

9

Page 10: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Astrigen; membantu mengecutkan dan memulihkan tisu tisu organ badan yang luka.

Sialagoga; membantu memperbanyakkan rembesan air liur bila dikunyah. Ekspektoran; membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila

dimakan. Sesuai dibuat sebagai ubat batuk dan sakit tekak. Euginol; membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan

fungus dan kulat. Alkaloid; bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun di dalam

tubuh.

Saponin;a) Sumber anti bakteria dan anti virus.b) Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.c) Meningkatkan vitalitas.d) Mengurangkan kadar gula dalam darah.e) Mengurangkan penggumpalan darah.

Flavonoid;a) Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah

terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.b) Mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan

lemak pada dinding pembuluh darah.c) Mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner.d) Mengandungi antiinflamasi(antiradang).e) Berfungsi sebagai anti-oksidan.f) Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau

pembengkakan. Polifenol: Berfungsi sebagai anti histamin(antialergi).

GEOGRAFI PENANAMAN SIRIHDaun sirih ditanam kebanyakannya di rantau ini dari Selatan dan Asia Tenggara yang membentang dari Bangladesh, India ke Indonesia. Disebabkan ia adalah pokok menjalar, ia memerlukan pohon yang sesuai atau tiang yang panjang untuk sokongan. Sirih memerlukan tanah yang tinggi untuk tumbuh subur. Air bertakung, sifat tanah yang masin dan tanah beralkali tidak sesuai untuk penanaman.

Sirih ditanam dan ditanam sebagai tanaman penting di luar bandar Bangladesh. Petani yang menanam sirih disebut barui. Mereka inilah yang memanam sirih dan menyediakan taman yang disebut barouj. Barouj ini dipagari dengan buluh dan daun kelapa. Tanah dibajak membentuk alur-alur 10 hingga 15 meter panjang, 75 sentimeter lebar dan 75 sentimeter dalam. Bahan organik haiwan dan tumbuhan serta habuk kayu campurkan kepada tanah untuk tujuan penanaman. Keratan pokok sirih akan ditanam pada awal musim tengkujuh.

10

Page 11: BIODIVERSITI&ADAPTASI

KAEDAH PENANAMAN SIRIHMenaman pokok sirih adalah amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan

dengan menggunakan keratan pucuk matang, berukuran 30-50cm panjang serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod. Keratan lebih elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh perlu digantikan.

Dua bulan selepas diubah, pucuknya dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi. Sebahagian dari cabang-cabangnya akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan mengikut kesuburan pokok. Jangka hayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan.

Sungkupan ataupun perlindungan permukaan tanah daripada cahaya matahari secara terus juga merupakan satu kaedah yang bileh memastikan kesuburan pokok sirih. Sirih memerlukan tanah yang sentiasa lembab, tetapi tidak bermaksud kelembapan yang berlebihan. Kadar siraman adalah kerap tetapi sederhana. Daun kering dan habuk kayu boleh digunakan sebagai sungkupan. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan pada setiap dua minggu. Dalam masa 3 hingga 6 bulan pokok sirih mencapai 150-180 sentimeter tinggi dan akan bercabang. Pada usia ini, penuaian boleh dimulakan dengan cara memetik daun bersama-sama dengan tangkainya. Tuaian berlangsung 15 hari untuk satu bulan. Daun yang dituai akan digunakan di dalam negeri atau dieksport ke bahagian-bahagian lain di Asia, Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Syarikat.

KEGUNAAN SIRIHMemakan atau mengunyah sirih dianggap sebagai sejenis ketagihan dan dilaporkan dilakukan setiap hari oleh sebanyak 200 600 juta orang di seluruh dunia. Di seluruh benua kecil India dan melalui China, Asia Tenggara dan Pasifik dan pendatang ke bahagian-bahagian lain di dunia terus membawa tabiat mengunyah sirih di negara-negara baru mereka itu. Di antara populasi yang berbeza pengguna dan mungkin demografi yang berbeza misalnya, sebahagian besarnya wanita di Kemboja, tetapi terutama orang di antara Taiwan orang asli dalam Rantau Pasifik Barat, terdapat bukti bahawa kekerapan penggunaan sirih meningkat dan penggunaan ini dikaitkan dengan mengunyah tembakau.

11

Page 12: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.

Daun sirih adalah satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional. Ole sebab itulah kebiasaannya, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.KHASIAT DAUN SIRIHNamun dalam kajian perubatan moden, memakan sirih boleh menyebabkan penyakit kanser mulut, hidung dan perut. Ini menjadikan amalan memakan sireh semakin di tinggalkan oleh masyarakat India dan Melayu. Tafsiran ini di sandarkan kepada tabiat orang India yang gemar memakan sirih tanpa mengikut peraturan dan rumusan asal serta memakan dalam kadar dan kuantiti yang terlalu banyak dalam seharian. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan maka ia amat merugikan kerana ia menghilangkan rahsia dan fungsi sebenar daun sirih.

Kajian dan penerangan perlu dijalankan bagi menggalak masyarakat memakan sireh dengan tatacara yang betul. Ini kerana petua penggunaan sirih mempunyai khasiat yang tinggi seperti:

1. Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan melepaskan angin melalui mulut(sendawa) dan dari dubur(kentut).

2. Merangsangkan sistem ke arah kestabilan hormon.3. Menurunkan tahap pH asid dalam tubuh badan ke tahap normal.4. Pembersih darah dan angin kotor.5. Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.6. Pencegahan hamil.7. Sebagai bahan kosmetik - penjagaan kulit dan rambut.8. Mengubati sakit kepala, migran, darah tinggi dan penyakit yang di

sebabkan punca asid dalam badan.9. Merawat bengkak zakar.10. Merawat bengkak payudara.11. Mengurangi pengeluaran susu ibu.

12

Page 13: BIODIVERSITI&ADAPTASI

12. Merawat penyakit panau, keputihan dan gatal ditempat sulit.13. Penyakit kulit seperti kudis, kurap kaki, dan kayap.14. Mengubati haid yang tidak teratur.15. Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.16. Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran

darah.17. Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.18. Merawat sakit tekak dan mulut.19. Rawatan batuk.20. Rawatan bronchitis.21. Masalah jerawat.22. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi.23. Demam berdarah.24. Asma.25. Radang kerongkong.26. Luka terbakar.27. Sakit mata.

KAEDAH RAWATAN DAN PENGGUNAAN DAUN SIRIH1. Untuk merawat batuk, sebanyak 15 lembar daun sireh direbus dengan tiga

gelas air sehingga tertinggal ¾ daripadanya. Air tadi diminum dengan madu.

2. Merawat penyakit bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas.

3. Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sirih direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari atau boleh juga mengamalkan dengan Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

4. Merawat luka bakar, daun segar diperah airnya, ditambah sedikit madu, letakkan pada tempat yang luka bakar.

5. Hidung berdarah, daun muda satu lembar dilumatkan, digulung dan disumbat ke dalam hidung berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

6. Bisul, daun sirih dicuci bersih, digiling menjadi halus, disapukan pada sekeliling bisul dan dibalut. Sehari diganti dua kali.

7. Mengatasi mata gatal dan merah, lima hingga enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah sejuk cuci mata dengan air tersebut. Sehari tiga kali sampai sembuh.

8. Untuk gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, airnya dihangatkan sedikit untuk mencuci.

9. Menghentikan pendarahan gusi, empat helai daun direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk berkumur.

10. Merawat sakit tekak dan mulut, daun sirih segar satu atau dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, hampasnya dibuang.

13

Page 14: BIODIVERSITI&ADAPTASI

11. Untuk menghilangkan bau mulut, ambil dua hingga empat lembar daun sireh diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur.

12. Untuk nafas berbau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan sehingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih sehingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.

13. Ubat jerawat, ambil tujuh hingga 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian dituang dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.

14. Ubat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2.5 liter air, bila airnya hangat pakai untuk mencuci liang kemaluan terutamanya setiap kali selepas kencing. Atau ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai daun sireh. Asahkan cendana dengan sireh dan minum dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

15. Untuk mengurangkan penghasilan susu ibu yang berlebihan, beberapa lembar daun sirih disapu dengan minyak kelapa, panaskan di atas api hingga menjadi layu, bila hangat tempelkan dibahagian payudara yang bengkak.

16. Untuk mengubat hidung berdarah, cuci 2 helai daun sirih segar, digulung kemudian dimasukkan ke dalam lubang hidung.

17. Untuk gusi bengkak gunakan 5 hingga 6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.

18. Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan ½ gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

19. Ari-ari pedih, ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

20. Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma. Atau boleh juga mengamalkan dengan menggambil tujuh helai sireh bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

21. Barah – Tiga helai daun sireh bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

22. Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

14

Page 15: BIODIVERSITI&ADAPTASI

23. Bau Mayat – Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

24. Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

25. Berak Darah – Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang.

26. Demam – Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

27. Demam Panas – Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

28. Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

29. Gegata – Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

30. Kencing – Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

31. Kutu Babi – Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh, ia akan menjadi mudah untuk dicabut.

32. Luka dalam mulut(ulcer) – Tempelan(paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

33. Muntah – Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya.

34. Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

35. Pedih Perut – Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

36. Penyakit Kelamin – Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. Atau giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

15

Page 16: BIODIVERSITI&ADAPTASI

37. Ruam Peluh – Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

38. Sakit Gigi – Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

39. Sakit Hati – Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

40. Sakit Jantung – Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

41. Sakit Kepala – Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

42. Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

43. Zahir Batin – Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. Atau temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sireh pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh. Atau Sireh bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh. Atau Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sireh pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki. Atau Akar rembega dimakan dengan sireh pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

KESAN PENGGUNAAN SIRIH KEPADA KESIHATANDalam monograf penyelidikan saintifik yang luas, kumpulan pakar WHO untuk penyelidikan kanser yang dilaporkan pada tahun 2004 mendapati bahawa kadar peratusan kanser mulut di antara semua jenis kanser didiagnosis di hospital-hospital di Asia menjadi jauh lebih tinggi daripada yang biasanya ditemui di negara-negara barat, di mana tabiat mengunyah sirih, dengan atau tanpa tembakau menjadi tabiat. Dalam banyak kajian deskriptif, penyiasat telah memperoleh sejarah mengunyah sirih dengan tembakau dari siri pesakit dengan kanser mulut dan dalam semua kajian-kajian ini peratusan pesakit yang mengamalkan mengunyah daun sirih didapati sangat besar.

16

Page 17: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Pada sekitar awal tahun 1985, saintis mengaitkan tumor kulit atau pentadbiran subkutan ekstrak air sirih pada tikus. Pada hamster, karsinoma forestomach

berlaku selepas mukosa kantong pipi dengan implantasi pelet lilin yang mengandungi sirih serbuk dengan tembakau ke dalam kantong pipi. Karsinoma berlaku di dalam beg kecil pipi berikutan implantasi pelet lilin. Dalam populasi manusia, mereka melaporkan memerhatikan kekerapan tinggi sel micronucleated di mukosa orang yang mengunyah sirih di Filipina dan India. Beberapa kajian susulan telah menunjukkan transformasi malignan dari proporsi leukoplakia mulut, submukosa fibrosis yang secara amnya diterima sebagai syarat-syarat pra kanser yang berkaitan dengan tabiat mengunyah sirih.

Dalam satu kajian yang dilakukan di Papua New Guinea, saintis mendapati kanser sel skuamus tumor yang paling banyak di temui. Mereka melaporkan bahawa kanser mulut tertumpu di sudut mulut dan pipi, dan sepadan dengan tepat dengan mengunyah tapak daun sirih dengan kapur dalam 77% daripada 169 kes. Kapur digunakan bersama pinang yang dikunyah diletakkan di dalam daun sirih menyebabkan pH min meningkat kepada 10, yang dihasilkan dari bahan-bahan sirih. Para saintis mendakwa bahawa ia adalah mekanisme yang mungkin karsinogenesis untuk tumor ini.

Dalam satu kajian yang dilakukan di Taiwan, saintis mendapati sirih meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kematian. Dalam kajian ini, mereka meneliti hubungan antara mengunyah pinang dan obesiti umum (BMI 25 kg / m2) dan obesiti pusat. Menggunakan beberapa analisis regresi linear, selepas pelarasan bagi gangguan potensial, mereka mendakwa penggunaan sirih secara statistik signifikan dengan obesiti.Dalam kajian yang lain, saintis melaporkan tahap risiko kanser mengunakan sirih (tanpa tembakau ditambah) selain kanser mulut. Selain kanser mulut, peningkatan ketara dilihat antara pengunyah untuk kanser esofagus, hati, pankreas, peti suara, paru-paru, dan semua kanser. Ini adalah kerana mengunyah dan merokok, merupakan tabiat yang diamalkan bersama oleh kebanyakan pengunyah sirih. Sebuah penerbitan Lancet Oncology mendakwa bahawa daun sirih, atau paan masala, boleh menyebabkan tumor di bahagian yang berlainanan di badan dan bukan hanya rongga mulut seperti yang difikirkan sebelumnya.

Pada bulan Oktober, 2009, 30 saintis dari 10 negara bertemu di Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC), sebuah kumpulan yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menilai semula kekarsinogenan pelbagai agen termasuk sirih dengan pinang, dan mekanisme karsinogenesis. Mereka menyimpulkan terdapat bukti yang cukup bahawa sirih tanpa tembakau

17

Page 18: BIODIVERSITI&ADAPTASI

membawa kepada tumor dalam rongga mulut dan esofagus, dan sirih yang ditambah tembakau ialah punca karsinogen ke rongga mulut, farinks dan esofagus.Beberapa laporan mencadangkan bahawa daun sirih dengan mempunyai kesan kesihatan yang buruk, sebagai contoh, satu kertas penyelidikan kajian kromosom daripada penggunaan sirih pada manusia. Satu lagi kajian saintifik dari Jepun menunjukkan bahawa tikus makmal yang makan campuran daun sirih dan pinang mempunyai penebalan teruk dari saluran penghadaman atas manakala setelah menjalani diet daun sirih sahaja, tikus makmal akhirnya memiliki papiloma forestomach.

Pasukan penyelidik dari Taiwan, Malaysia dan Papua New Guinea telah melaporkan bahawa tabiat ibu-ibu mengandung yang memakan sirih semasa mengandung boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesan sirih dan pinang adalah serupa dengan yang dilaporkan untuk ibu-ibu yang mengambil alkohol atau tembakau semasa kehamilan. Berat badan bayi yang lahir berkemungkinan rendah, saiz bayi yang kecil dan kelahiran pra matang didapati jauh lebih tinggi.

POKOK RUOleh: MOHAMAD BAKRI BIN AMIT CT11210384

PENGENALANPokok Ru (Casuarina equisetifiloa) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae yang banyak terdapat di kawasan pantai di Negara kita. Pokok Ru juga dikenali sebagai Pokok Rhu, Rhu Laut, Aru (Malaysia), Son Thala (Thailand),

18

Page 19: BIODIVERSITI&ADAPTASI

ai samara, aru, cemara, eru (Indonesia), beach she-oak, casuarina, sea oaks (English), pki laong, duong (Vietnam ), Jangli saru, jungle (Hindi) dan sebagainya.

Pokok Ru merupakan pokok dikotiledon. Dikotiledon atau "dikot" ialah sekumpulan tumbuhan berbunga yang bijinya biasa mengandungi daun-daun embrio atau kotiledon. Pokok Ru adalah dari jenis Pokok Malar Hijau yang tumbuh subur di kawasan tropika. Mengikut kajian dan penelitian, pokok ini dipercayai natif di Asia Selatan terutama di Malaysia dan dan kawasan Oceania. Ramai di antara kita yang kenal pokok ini kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan juga di dalam kawasan tanaman bunga sebagai pokok perhiasan dan penghadang angina (wind Breaker ).

JENIS-JENIS POKOK RUTerdapat dua spesies pokok Ru jenis tropika ini iaitu Casuarina equisetifolia subspecies

equisetifolia dan satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies incana. Jenis pertama adalah yang banyak di Negara kita adalah pokok Ru bersaiz besar (sehingga mencecah ketinggian 35 meter) sementara jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja.

Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia

19

Page 20: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Casuarina equisetifolia subspecies incana

MORFOLOGI DAN CIRI-CIRI POKOK RUMorfologi pokok Ru mudah kita fahami dimana kita akan dapat melihat batangnya yang besar, keras dan mempunyai warna kelabu coklat dengan kulit yang tebal. Kayu pokok Ru merupakan jenis kayu yang keras dan sesuai untuk digunakan untuk pelbagai tujuan yang berasaskan kayu keras.

Pokok Ru ini mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam (pine needle-like leaves). Daun Ru adalah bewarna hijau dan amat tahan dalam banyak keadaan sama ada air masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau.

Paling unik mengenai pokok Ru adalah buahnya yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers. Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh dan tidak mudah patah walaupun tiupan angin kencang di tepi pantai. Akar tunjang yang jauh masuk ke dalam tanah juga mampu menahan pokok daripada tumbang dan mampu menghalang daripada hakisan pantai.

20

Page 21: BIODIVERSITI&ADAPTASI

KEGUNAAN POKOK RUPokok Ru mempunyai banyak kegunaan untuk pelbagai tujuan sebagai contohnya sesuai dijadikan sebagai tiang rumah, perabut, batang cangkul, kerusi, meja, papan, almari, dan banyak lagi. Bagaimanapun ia kurang sesuai untuk tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana kualiti kayunya yang keras.

Selain daripada itu, kayu daripada pokok Ru merupakan bahan bakar yang baik kerana kurang mengeluarkan asap dan amat tahan lama dibakar selain daripada bahang panas yang tinggi. Perusahaan membuat arang dari kayu pokok Ru sangat baik

permintaannya terutamanya untuk dijadikan bahan bakar di musim sejuk. Dari segi bidang perubatan pula, ia boleh atau mampu menghilangkan masalah muntah-muntah dan sakit perut dengan meminum air kulit batang pokok Ru yang direbus.

CIRI-CIRI PENANAMAN POKOK RU DI PESISIRAN PANTAITerdapat pelbagai spesies yang ditanam di kawasan berpasir seperti Rhu Pantai (Casuarina equisetifolia), Bintagor Laut (Calophyllum inophyllum), Ketapang (Terminalia catappa), Kelat Jambu Laut (Syzygium grande) dan lain-lain. Pokok Ru boleh ditanam melalui biji benih.Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok pesisiran pantai adalah:1. Di kawasan pantai berpasir, dan tidak digenangi oleh air2. Tidak terkena pasang surut air laut3. Tidak mengalami hakisan pantai yang serius

ANCAMAN TERHADAP POKOK RUPelbagai aktiviti manusia yang berikutan dengan arus pembanggunan dunia

21

Page 22: BIODIVERSITI&ADAPTASI

menyebabkan kerosakkan terhadap alam sekitar termasuk flora dan fauna. Negara kita juga tidak terkecuali dari kejadian sebegini.Antara aktiviti manusia yang mengancam spesies pokok Ru adalah:

1. Penggunaan batang pokok Ru untuk dijadikan sebagai tiang dan pemfailan tanah yang tidak terancang.

2. Penebangan pokok Ru yang berleluasa bagi bagi tujuan penempatan atau rumah serta menubuhkan tempat peranginan.

3. Tiada sistem pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap pokok Ru.

22

Page 23: BIODIVERSITI&ADAPTASI

POKOK BAKAUOleh: JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

PENGENALANPokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratiaspp. dan Berus Bruguiera spp.

Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan. Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

KEPENTINGANPokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.

Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.

Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai tempat

23

Page 24: BIODIVERSITI&ADAPTASI

perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis ketam seperti ketam Nipah, dan udang. Di Sabah, hutan bakau juga merupakan habitat Kera Bekantan dan Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru. Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala. Oleh itu hutan bakau turut ditanam semula di Malaysia, dan Indonesia .

TABURAN KELUASAN KAWASAN BAKAU DI MALAYSIATerdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia; 57 % di Sabah 26 % di Sarawak 17% di Semenanjung Malaysia

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.

NILAI EKOLOGI

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai : Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis

pinggir pantaidan angin pantai yang kencang. Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan

semula jadi terhadap ribut taufan.

24

Page 25: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.

Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .

Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

MASALAH HUTAN BAKAUHutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap : penukaran tanah penebangan hutan penebusgunaan pencemaran

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan : akuakultur ternakan ikan dalam sangkar kolam ternakan udang dan ikan air masin Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan Pembinaan kawasan pangkalan nelayan Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.

Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa. Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.

25

Page 26: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yang dikenali sebagai ‘vivipariti’. Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

KEPELBAGAIAN BIOLOGIHutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah : Avicennia (Api-api) Rhizophora (Bakau) Sonneratia(Perepat) Bruguiera (Berus/Tumu)

HABITAT BAKAUHabitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar : Buaya Muara. Ketam Rebab Ketam Lumpur Ikan Belacak Udang Kara Ular Bakau Lotong Kelabu Memerang Licin Beruk Kelawar.

HIDUPAN HUTAN BAKAUBanyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau contohnya ; Siput Tiram Teritip

KEGUNAAN HUTAN BAKAUBanyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan

26

Page 27: BIODIVERSITI&ADAPTASI

perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.

Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang). Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan. Bakau juga dijadikan arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api.

Selain itu, bahagian daripada pokok bakau ini juga boleh dihasilkan bahan kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik.

Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk

setempat. Terdapat juga beberapa bahagian dan spesies bakau yang boleh menghasilkan ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan biji benihnya).

27

Page 28: BIODIVERSITI&ADAPTASI

BUAH MAHKOTA DEWA (PHALERIA MACROCARPA )Oleh: SULTAN MUSA CT11210667

Alam : TumbuhanDivisi : Magnoliophyta/ SpermathophytaKelas : Magnoliopsida/ DicotyledoneaeOrder : MalvalesFamili : ThymelaeaceaeGenus : PhaleriaSpecies : Phaleria macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria Papuana WarbBinomial name : Phaleria macrocarpa

PENGENALANBuah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) adalah pokok  malar-hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.

Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga Thymelaeaceae. Nama diberikan kepada buah ini kerana dikatakan ia diturunkan dari langit, hasil dari doa- munajat hambanya dari tuhan kepada  manusia. Mahkota Tuhan merupakan tumbuhan asli dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah dan buahnya  beracun ketika ditanya manafaat mahkota dewa.

Beberapa abad dahulu  benih pokok Mahkota Dewa  dibawa  dari pulau Papua oleh bomoh-bomoh tradisional  Jawa dan menanamnya  di kawasan lapang Istana Solo dan Jogyakarta. Pawang dan bomoh menggunakan buah beracun ini dengan cara tertentu  untuk dijadikan sumber penyembuh  yang berguna. Ilmu Pengetahuan perubatan ini, tetap menjadi rahsia bersama  resepi tertuanya didalam dinding istana di Jawa untuk  beberapa  generasi sebelum ia  tersebar kepada orang ramai. Kaum Jawa merujuk buah ini sebagai 'Makuto Dewo dan tabib Cina menamakan nya 'Pau', dadah warisan (patrimony drug).

28

Page 29: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Kini tumbuhan ini tidak lagi menjadi  harta yang dirahsiakan dalam bulatan bijak merawat. Disebabkan nilai ekonomi dan faedah perubatan, ramai telah mula menanam pokok  Mahkota Dewa. Pokok ini mudah tumbuh, tanpa  memerlukan sebarang rawatan khas atau pengendalian. Ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan dari 0 - 1000 meter di atas paras laut, boleh mencapai  ketinggian sehingga 5 meter dan mudah menghasilkan bunga  yang akhirnya berkembang sebagai buah.

Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba  lain untuk menguatkan kesannya  dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu  diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja  atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara  tertentu untuk menjadikan ia  selamat untuk digunakan sebagai  perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan dibawah matahari.  Ambil satu sudu (tidak lebih) isi yang dah diracik dan dikeringkan lalu campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman.  Adalah dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser. Tidak disyorkan kepada  wanita hamil mengguna ubat ini kerana boleh mendatangkan kemudaratan keatas  janin dalam kandungan.

Mahkota Dewa sering digunakan dalam  rawatan perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit. Masa penyembuhan berbeza,  bergantung kepada berat badan pesakit dan tahap penyakit itu. Satu penyakit kronik seperti kanser memerlukan kira-kira lapan bulan penyembuhan dengan  dos pengambilan sebanyak  dua sudu isi kering yang sudah diracik kedalam segelas air panas.  Jika keadaan penyakit menunjukkan tanda-tanda penyembuhan maka  dos pengambilan dikurangkan.

Mahkota Dewa turut dipercayai dapat menyembuh penyakit-penyakit lain dan penyakit bersangkutan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, mati pucuk, insomnia, selsema, sakit sendi, alahan, penyakit jantung, aduan pundi kencing, asid urik dan masalah hati. Walau bagaimanapun, penggunaan perubatan tradisional ini harus dirunding terlebih dahulu dengan pakar  herba.

KHASIAT MAHKOTA DEWA1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin dan polifenol (lignan).2. Kulit Buah: mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.3. Buah : alkanoid, tannin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri dan

sterol.

Daun

29

Page 30: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Daun berbentuk lonjong, lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, isi, cengkang dan biji. Buah berbentuk bulat, berdiameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya

hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cengkang

30

Page 31: BIODIVERSITI&ADAPTASI

Cengkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manafaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

BijiMerupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.

Buah mahkota dewa mengandungi beberapa bahan aktif seperti:1. Alkaloid – bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam

tubuh.2. Saponin yang bermanfaat sebagai:

sumber anti bakteria dan antivirus. meningkatkan sistem imun tubuh mengurangkan kadar gula dalam darah mengurangkan penggumpalan darah

3. Flavonoid yang mampu: melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya

kesumbatan pada pembuluh darah mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak

pada dinding pembuluh darah mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari mengandung antiinflamasi (antiradang) berfungsi sebagai anti-oksidan membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau

pembengkakan4. Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).

SIFAT DAN KHASIAT1. Kulit dan isi :mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis dan jerawat.2. Daun dan Biji :mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim dan gatal-

gatal.3. Buah :antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim,

hepatotoksik dan antibodi.

31

Page 32: BIODIVERSITI&ADAPTASI

KHASIAT MAHKOTA DEWAHerba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat  untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti  daun, biji, buah, batang atau ranting dan akar.Antaranya seperti berikut :-

Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah

Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.

Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi

dan anti-radang Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan

mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan

pembengkakan di tubuh badan Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara

dan kenser rahim. Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit

Tekanan darah tinggi

CARA PENYEDIAANBuah mahkota dewa (kulit dan isi) dihiris nipis-nipis, kemudian dijemur sehingga benar-benar kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.

Cara penyediaan:a. Basuh semua bahanb. Rebus dalam 5 cawan air, sehingga menjadi  3 cawan.c. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.

Peraturan minum:3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan

Sukataan untuk kencing manis : bahan-bahan:

32

Page 33: BIODIVERSITI&ADAPTASI

5-6 biji buah mahkota dewa

Cara penyediaan:a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulub. Dihiris nipis-nipisc. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.

Peraturan minum:3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan

Sukatan untuk Reumatik dan Gout : bahan-bahan: 5 gram isi buah mahkota dewa 15 gram akar sidaguri 10 gram kering sambiloto 

Cara penyedian:a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulub. Dihirisan nipis-nipisc. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.

Peraturan minum:3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan

Sukatan untuk Hepatitis: bahan-bahan: 5 gram isi kering buah mahkota dewa 15 gram pegaga 10 gram  kering sambiloto 15 gram daun mahkota  dewa

Cara penyedian:a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulub. Dihirisan nipis-nipisc. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.

Peraturan minum:3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan

Catatan Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum

memakannya. Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

33

Page 34: BIODIVERSITI&ADAPTASI

RUJUKAN

1. Hermina de Guzman-Ladion (1999). Tanaman Herba Penyembuh Ajaib. Panduan Penggunaan Berkesan Tanaman Berubat. Home Health Education Service Sdn. Bhd. Bandar Baru Permas Jaya, Masai. Johor Bahru.

2. Ahmad Sanusi Hassan (2005). Seni Bina Tanah Paya. Universiti Sains Malaysia : USM.

3. Azrul Affandi Sobry (2007). Hutan paya bakau jana sumber laut. Setiu : Terengganu.

4. Field, C.D. (Ed) (1996). Restoration of mangrove ecosystems. Japan : Okinawa.

5. Google Image (2011). Taburan hutan paya bakau di Malaysia. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

6. Google Image (2011). Pokok bakau sebagai habitat semulajdi haiwan. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

7. Google Image (2011). Pokok bakau menjadi penampan semulajadi. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

8. Google Image (2011). Pembalakan dan pencemaran hutan paya bakau. Diperoleh daripda http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

9. Holistik (2010). Mengekalkan kehijauan alam sekitar. Johor : Unit Media dan Komunikasi (Medkom).

10. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (2006). Program penanaman pokok bakau dan spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara. Kuala Lumpur : Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

34

Page 35: BIODIVERSITI&ADAPTASI

11. Lewis R.R. (2005). Ecological engineering for successful management and restoration of mangrove forests. US : Ecological Engineering. Mangor K (2004). Shoreline Management Guidelines. Denmark : Horsholm.

12. Mohd Affendi, Marzalina H.M. dan Wan Tarmeze W.T (2007). Teknik penyediaan anak benih liar Api-api Putih (Avicennia alba). Prosiding Bengkel Hutan Pesisiran Pantai Negara: Kesedaran dan Tindakan Bersama. Malaysia : Terengganu.

13. Mohamad Mahathir (2004). Kajian ekologi hutan paya bakau Sungai Balok, Kuantan, Pahang. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

14. Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi (2010). Kemandirian industri eko-pelancongan : Kes tarikan pelancongan kelip-kelip Kg. Kuantan. Bangi : UKM.

15. Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat (2006). Pengurangan tanah paya. Pulau Pinang : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang.

16. wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau

17. www.friendsofmangrove.org.my

18. www.sabahtourism.com/destination/kota-kinabalu-wetlands

19. geografialamsekitar.blogspot.com

20. amsran85.blogspot.com

21. http://www.plantwise.org/KnowledgeBank/Datasheet.aspx?dsid=16718

22. https://edis.ifas.ufl.edu/hs394

23. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ru

24. http://labroots.com/user/publications/detail-Search/ipi/Pubmed/id/21264814/title/genetic-variation-of-casuarina-equisetifolia-subsp-equisetifolia-and-c.-equisetifolia-subsp-incana-populations-on-the-northern-coast-of-senegal

35