biografi tokoh negarawan

7
No:1 DATUK MOHAMED MISBUN SIDEK Datuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun ) (lahir 17 Februari 1960 di Kancung Darat , Banting , Selangor ) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia . Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya. Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl. Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981, selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981. PENCAPAIAN Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987 Juara Terbuka Jerman 1981, 1983 Naib juara Piala Dunia 1982 Juara Terbuka Sweden 1982, 1983 Juara Terbuka Kanada 1983 Naib juara Seluruh England 1986 Naib juara Terbuka Malaysia 1986 Juara Terbuka Singapura 1987 Juara Terbuka Taiwan 1987 Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)

description

Sejarah Malaysia

Transcript of biografi tokoh negarawan

No:1DATUK MOHAMED MISBUN SIDEKDatuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM(nama singkatan:Bun) (lahir17 Februari1960diKancung Darat,Banting,Selangor) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya. Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981, selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.PENCAPAIAN Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987 Juara Terbuka Jerman 1981, 1983 Naib juara Piala Dunia 1982 Juara Terbuka Sweden 1982, 1983 Juara Terbuka Kanada 1983 Naib juaraSeluruh England1986 Naib juaraTerbuka Malaysia1986 Juara Terbuka Singapura 1987 Juara Terbuka Taiwan 1987 Naib juaraPiala Thomas1988 (berpasukan lelaki)

No:2DATUK LEE CHONG WEIDatukLee Chong Weilahir pada 21 Oktober 1982 diBagan Serai,Perak ialah seorang pemainbadmintonprofessional dariMalaysiayang kini menetap diBukit Mertajam.Lee merangkul pingat perak di temasyaSukan Olimpik2008dan2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat OlimpikMalaysiasejak tahun1996. Lee mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badmintonSelepasMisbun Sidek menyedari akan bakat beliau,beliautelah dipanggil untuk menyertaiskuadkebangsaanketikadiaberusia17tahun.Sejak itu, Lee Chong Weibekerja kerasuntukmenjadipemainterbaik.

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tanganChen HongdariChinaLeeChong Weitelah memenangibanyakgelaranbadmintonantarabangsadalam kerjayanya, termasukgelaranSiriSuper.Beliaumemenangipingat perakdalamSukan Olimpik2008,dan menjadirakyat Malaysia yang pertamasampai keperingkatakhiracaraperseoranganlelakidanmenamatkankemaraupingat Sukan OlimpikMalaysiasejak1996.Kejayaanyang besartelahmenyebabkanbeliaudianugerahkandengan"DarjahSetiaPangkuanNegeri(DSPN)",yang membawagelaranDatuk.

No:3DATO MOHAMAD MOKHTAR DAHARIAllahyarhamDato' Mohamad Mokhtar Dahari(13 November1953-11 Julai1991). Dilahirkan diSetapak,Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) danSekolah Menengah Kebangsaan Victoria(1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakiliSelangorpada tahun1971pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS),Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarangBank RHB). Beliau merupakan seorang legenda pemain bola sepak kebangsaanMalaysiadariSelangor. Beliau telah diberi gelaranSuperMokhkerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang KelabHitachidariJepundan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakiliMalaysiadi Kejohanan Belia Asia, diBangkok.- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utamaMalaysiake Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentangSri Lanka.1989: Disahkan mengidap penyakitDistrofi otot. - berlepas keLondonuntuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.1991: Meninggal dunia diPusat Perubatan SubangpadaKhamis,11 Julaijam 8.25 pagi

No:4YM PROF DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMIDYM Prof. DirajaUngku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid(dilahirkan diLondon,United Kingdompada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangiHadiah Budaya Asia FukuokaIV pada tahun 1993.Beliau merupakan keturunan dirajaJohor. Bapanya,Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majidmerupakan seorang Leftenan dalam pasukan tenteraTimbalan Setia Negeri Johor(JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam .Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah MelayuBatu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya diRaffles CollegekemudiannyaUniversiti Malaya, Singapuradan mendapat ijazah ekonomi pada tahun 1951. Kemudian pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi diUniversiti Waseda,Tokyo.Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi diUniversiti MalayaSingapura(1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi diUniversiti Malaya,Kuala Lumpur.Kemudian dilantik sebagai Naib CanselorUniversiti Malayadari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' olehDewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato SeriNajib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

No: 5ZAABAZainal Abidin Ahmad(16 September1895-23 Oktober1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakankan seorang sasterawan dan pemikirMelayuketurunanMinangkabauyang giat menulis sekitar tahun1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidangkesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarahMalaysia.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolahMelayudiLinggi. Beliau menyambung pembelajarannya diInstitusi St. PaulSerembandan merupakan orangMelayupertama menduduki peperiksaanSenior Cambridgedan lulus peperiksaan pada1915.Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah diJohor Bahrupada tahun1916, dan kemudiannya bertukar ke: 1918:Kolej Melayu Kuala Kangsar 1923: Jabatan Pendidikan,Kuala Lumpur 1924:Kolej Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim 1939: Jabatan Maklumat,Singapurasehingga1942 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur danAfrika,Universiti Londonsehingga1951 1954:Universiti Malaya,Singapurasehingga1959.Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan: 1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga 1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dariUniversiti Malaya 1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dariUniversiti Kebangsaan Malaysia 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaranTan Sri

No: 6TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak,Alor Setar,Kedahtanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran diGovernment English School (GES)(kini dikenali sebagaiKolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniagapisang goreng. Setelah tamatPerang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak1945yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentangMalayan Union. ApabilaUMNOditubuhkan pada1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri TunkuAbdul Rahmanapabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untukpilihan raya umum1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada pertengahan1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada10 Julai,1981Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada31 Oktober,2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya,Datuk Seri Abdullah Badawisebagai penggantinya.