Biro Berniaga Beretika (BBB

13
Biro Berniaga Beretika ( Better Business Bureau Malaysia ) Biro Berniaga Beretika (BBB) merupakan gabungan peniaga tempatan yang adil dan profesional di negara ini prihatin tentang amalan peniaga tempatan yan adil dan beretika .Kawalan selia oleh peniaga atau memantau aktiviti perniagaan mereka dalam usaha menjaga kebajikan pengguna . Ini dilakukan untuk mengamalkan etika dan tanggungjawab social atau untuk tujuan lain seperti menjalinkan kesetiaan pengguna kepada jenama tertentu . Di samping itu ,sesetengah industri menubuhkan persatuan – persatuan tertentu yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku dan aktiviti ahli- ahlinya . Contohnya , Persatuan Perubatan Malaysia ( PPM ) dan Biro Berniaga Beretika ( Better Business Bureau Malaysia atau BBB(M). Aspek perlindungan pengguna terlalu luas yang meliputi usaha untuk melindungi kepentingan pengguna bagi memastikan supaya setiap pengguna mencapai mutu kehidupan yang baik . Kepentingan pengguna adalah meliputi berbagai – bagai perkara yang termasuk hak – hak pengguna dalam berbagai – bagai bidang seperti kesihatan dan keselamatan , kesempurnaan hidup , pendidikan dan penerangan dan sebagainya . Harga dan bekalan barang – barang keperluan , mutu , keselamatan dalam penggunaan barang – barang makanan dan ubat –ubat kemudahan perkhidmatan , keadaan persekitaran dan nilai – nilai sosial

Transcript of Biro Berniaga Beretika (BBB

Page 1: Biro Berniaga Beretika  (BBB

Biro Berniaga Beretika ( Better Business Bureau Malaysia )

Biro Berniaga Beretika (BBB) merupakan gabungan peniaga tempatan yang adil

dan profesional di negara ini prihatin tentang amalan peniaga tempatan yan adil dan

beretika .Kawalan selia oleh peniaga atau memantau aktiviti perniagaan mereka dalam

usaha menjaga kebajikan pengguna . Ini dilakukan untuk mengamalkan etika dan

tanggungjawab social atau untuk tujuan lain seperti menjalinkan kesetiaan pengguna

kepada jenama tertentu . Di samping itu ,sesetengah industri menubuhkan persatuan –

persatuan tertentu yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku dan aktiviti ahli-ahlinya .

Contohnya , Persatuan Perubatan Malaysia ( PPM ) dan Biro Berniaga Beretika ( Better

Business Bureau Malaysia atau BBB(M).

Aspek perlindungan pengguna terlalu luas yang meliputi usaha untuk melindungi

kepentingan pengguna bagi memastikan supaya setiap pengguna mencapai mutu

kehidupan yang baik . Kepentingan pengguna adalah meliputi berbagai – bagai perkara

yang termasuk hak – hak pengguna dalam berbagai – bagai bidang seperti kesihatan dan

keselamatan , kesempurnaan hidup , pendidikan dan penerangan dan sebagainya . Harga

dan bekalan barang – barang keperluan , mutu , keselamatan dalam penggunaan

barang – barang makanan dan ubat –ubat kemudahan perkhidmatan , keadaan

persekitaran dan nilai – nilai sosial merupakan faktor – faktor yang penting dari segi

kesejahteraan pengguna .

Oleh kerana aspek perlindungan pengguna ini terlalu luas dan mencukupi segala

aspek kehidupan , maka itu akan melibatkan berbagai – bagai jabatan dan gabungan

peniaga tmpatan yang adil dan profesional di negara untuk prihatin tentang amalan

peniaga tempatan yang adil dan beretika kepada pengguna . Untuk perlindungan

pengguna dari aspek kehidupan , gabungan peniaga melibatkan berbagai – bagai agensi

secara langsung ataupun tidak langsung . Peranan gabungan peniga boleh dilihat dari segi

iaitu menubuhkan badan – badan yang berkuasa untuk melindung dan menjamin

pengguna mendapat layanan yang adil .

Di samping itu , perlu dinyatakan bahawa kepentingan pengguna sentiasa diberi

pertimbangan oleh peniaga dalam proses menentukan dasar seperti dasar belanjawan ,

Page 2: Biro Berniaga Beretika  (BBB

pembangunan perindustrian dan sebagainya . Walau bagaimanapun apa yang penting

ialah peranan yang diambil oleh peniaga sebagai pengimbang supaya keharmonian

pengguna – peniaga tetap terjamin .

Kesedaran Terhadap Masalah

Kesedaran ini timbul apabila pengguna mendapat rangsangan sama ada

rangsangan dari dalam ataupun dari luar . Iklan boleh menimbulkan kesedaran di

kalangan pengguna bahawa mereka memerlukan sesuatu . Di samping itu , kesedaran

mungkin juga timbul akibat daripada rangsangan dari dalam diri pengguna diri sendiri .

Tidak semua kesedaran terhadap masalah yang wujud dapat dipuaskan dengan

pembelian . Ini disebabkan ada beberapa penghalang yang dapat mempengaruhi sesuatu

keinginan untuk membeli .Banyak lagi faktor lain yang menjadi penghalang seperti

kepercayaan , adat resam , kelas sosial dan keadaan fizikal .

Maklumat pada Bungkusan

Hak pengguna untuk mendapat sebarang pilihan semasa membeli meliputi hak

mendapatkan maklumat yang cukup berhubung dengan sesuatu keluaran . Untuk itu ,

Akta Perihal Dagangan , 1972 mewajibkan semua pengeluar atau peniaga memberikan

maklumat yang secukupnya kepada pengguna berhubung dengan kandungan atau ramuan

yang digunakan untuk membuat sesuatu keluaran dan maklumat lain yang membolehkan

pengguna membuat perbandingan antara satu keluaran dengan keluaran yang lain yang

sejenis . Terdapat bukti – bukti yang menunjukkan bahawa pengguna akan menjadi lebih

yakin membeli keluaran yang dilengkapi dengan maklumat yang cukup . Keyakinan ini

akan menambahkan lagi kepuasan di kalangan pengguna kerana mereka lebih yakin

bahawa kualiti keluaran iti terjamin dan dijual dengan harga yang berpatutan .

Page 3: Biro Berniaga Beretika  (BBB

Jaminan dan Perkhidmatan

Jaminan dan perkhidmatan selepas jualan merupakan dua lagi aspek penting

dalam sesuatu program pemasaran dihadap peniaga kepada pengguna . Jaminan adalah

tanggungjawab pengeluar atau peniaga kepada pengguna . Jaminan merupakan satu

penyataan yang dibuat secara langsung atau tidak langsung yang menjanjikan kepuasan

yang dijamin kepada pengguna . Banyak iklan yang didapati di negara kita yang

menggunakan kata – kata seperti ” dijamin memuaskan ” . Jaminan begitu lebih

merupakan strategi untuk menambahkan keyakinan di kalangan pengguna daripada

jaminan yang sebenarnya . Di bawah Akta Perihal Dagangan , 1972 sebarang janji dan

jaminan yang tidak ditepati dianggap sebagai satu kesalahan .

Untuk menambahkan lagi kepuasan pengguna , banyak syarikat pengeluar atau

peniaga menjalankan perniagaan menyediakan kemudahan perkhidmatan yang ekstensif

sebagai sebahagian daripada program pemasaran . Perkhidmatan selepas jualan begini

tergolong sebagai sebahagian daripada ciri – ciri keluaran itu sendiri dalam konsep

keluaran total . Dengan menyediakan barang ganti, perkhidmatan membaiki keluaran

yang rosak , menukarka barang yang rosak dan sebagainya , sesebuah syarikat pengeluar

atau peniaga akan dapat menambahkan lagi keyikinan dan kepuasan pengguna . Selain itu

, ia juga dapat menjamin dan melindung hak pengguna .

Page 4: Biro Berniaga Beretika  (BBB

HARI PENGGUNA SEDUNIA 2000 -- Melindungi pengguna

Perlindungan pengguna di negara ini mendapat suntikan semangat baru sejak

empat bulan lalu apabila Akta Perlindungan Pengguna dikuatkuasakan pada 15

November 1999. Pengenalan akta itu dilihat sebagai kemenangan moral pergerakan

pengguna yang mula memperjuangkan penggubalannya sejak pertengahan tahun 1970-an

lagi. Akta itu diperkenalkan dengan matlamat akhir untuk melahirkan para peniaga yang

beretika, bertanggungjawab dan tidak hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.

Tetapi apa yang paling penting, akta itu memperlihatkan iltizam kerajaan yang mahu para

pengguna terus diberi perlindungan yang sewajarnya melalui undang-undang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Tan Sri Muhyiddin

Yassin berkata, kementerian akan memberi tumpuan menyebarkan maklumat mengenai

Akta Perlindungan Pengguna kepada segenap lapisan masyarakat melalui siri seminar

dan pelbagai program pendidikan yang melibatkan semua pihak sepanjang tahun ini.

Maka tidak hairanlah kenapa pada tahun ini Malaysia memilih tema Perlindungan

Pengguna Tanggungjawab Bersama sebagai agenda sambutan Hari Pengguna Sedunia

peringkat kebangsaan. ''Tema yang kita pilih itu adalah tanda komitmen kerajaan yang

tinggi terhadap perlindungan pengguna supaya mereka lebih sedar akan peranan dan

tanggungjawab sebagai pengguna,'' katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua orang pada satu-satu masa dalam sehari

adalah pengguna termasuk para peniaga dan pengeluar. ''Hakikat ini kita tidak dapat

elak,'' katanya. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam isu kepenggunaan wujud satu ikatan

yang kukuh dan saling kait-mengait di antara semua pihak seperti aur dengan tebing.

Muhyiddin percaya, para pengguna misalnya dapat melindungi hak mereka dengan lebih

berkesan jika bersatu dan bergerak secara besar-besaran dalam satu kumpulan seperti

yang berlaku di negara-negara Barat. ''Jika persatuan pengguna di Malaysia dapat

menambahkan ahli sudah tentu gerakan kepenggunaan akan lebih berkesan dalam

melindungi pengguna,'' katanya.

Page 5: Biro Berniaga Beretika  (BBB

Namun, statistik menunjukkan bahawa hanya sekitar 21,000 orang pengguna

sahaja di negara ini yang menyertai persatuan pengguna. Presiden, Persatuan Ekonomi

Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Dr. Halimah Ahmad malah sampai

berkata: ''Saya nampak persatuan pengguna pada hari ini kurang sokongan. Hendak

salahkan siapa pun tak tahu.'' Beliau berpendapat gerakan kepenggunaan di negara ini

boleh diperkukuhkan jika lebih ramai golongan profesional menyertai persatuan-

persatuan pengguna. Barangkali ramai yang tidak mahu terlibat dalam persatuan

pengguna kerana memikirkan tanpa menjadi ahli pun mereka masih boleh mendapat

manfaat daripada apa yang diperjuangkan oleh persatuan.

Persatuan pengguna ini akan lebih mudah mendapat maklumat terkini dan

perkembangan semasa mengenai hal ehwal kepenggunaan. Dalam konteks yang sama,

suri rumah akan lebih terdidik serta memahami masalah dan cabaran yang menanti

mereka sekiranya bergiat aktif dalam persatuan-persatuan pengguna. Ini memandangkan

kebanyakan mereka adalah 'akauntan' yang menguruskan sebahagian besar perbelanjaan

harian sesebuah keluarga.

Bagaimanapun, pada era globalisasi dan zaman pembangunan k-ekonomi, cara

berniaga telah berubah dan sistem pasaran juga turut berubah. Sehubungan itu,

sewajarnya pertahanan diri pengguna juga berubah menjadi lebih mantap dan kukuh

dalam menghadapi cabaran yang menunggu mereka di pasaran. Di samping itu, kemajuan

dunia siber menyaksikan kemunculan amalan e-dagang yang kini semakin popular di

serata dunia. Semua pihak perlu melihat dunia perdagangan masa depan ini dengan

perspektif baru kerana ia semestinya membawa implikasi baru dari segi hak pengguna,

pelaksanaan undang-undang dan sebagainya.

Persoalannya apa pula peranan yang boleh dimainkan oleh para peniaga dalam

memberi perlindungan kepada pengguna? Bagi Muhyiddin, para peniaga tidak perlu

hanya mementingkan keuntungan sehingga boleh menjejaskan kepercayaan pengguna.

Pengambilan untung berlebihan hanya berkesan untuk satu jangka pendek sedangkan

perniagaan yang terbina atas asas hubungan antara peniaga dan pengguna yang baik

selalunya akan lebih lama bertahan.

Page 6: Biro Berniaga Beretika  (BBB

Mengulas hal itu, Pengerusi Better Business Bureau (BBB) Malaysia, Aminah Pit

Abdul Rahman hairan melihat kenapa pengguna dan peniaga sering melupakan

tanggungjawab mereka mengikut keadaan. ''Semasa jadi pengguna kita hendak yang

terbaik dengan harga yang murah dan tidak suka ditipu. Tetapi apabila kita berniaga, kita

tidak fikir kepentingan pengguna. Kita cuma fikir hendak untung sehingga ada ketikanya

menyusahkan pengguna,'' katanya.

Justeru satu gelombang perubahan sikap di kalangan para peniaga amat

diperlukan supaya lebih menghormati pengguna. Beliau mencadangkan supaya para

peniaga jujur berkongsi maklumat mengenai sesuatu barang atau perkhidmatan yang

mereka tawarkan kepada pasaran bagi memudahkan pengguna membuat pilihan. Pada

masa yang sama, pengguna juga kena faham bahawa mahal tak bermakna bagus, murah

tak bermakna tak bermutu. Apa yang penting ialah harga itu sepadan dengan kualitinya .

Di samping itu, keharmonian dalam pasaran perniagaan akan lebih terjamin

sekiranya semua syarikat mengamalkan sistem pengawalan sendiri. Undang-undang,

adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Dalam hal itu, Presiden

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Mohd. Hamdan Adnan

mencadangkan supaya lebih banyak biro pengantaraan diwujudkan bagi memudahkan

para pengguna menuntut hak-hak mereka. Pada masa ini, selain Tribunal Tuntutan

Pengguna, terdapat Biro Pengantaraan Insurans dan Biro Pengantaraan Bank yang telah

lama beroperasi tetapi kurang diketahui oleh umum.

Di samping itu, kerajaan dan persatuan pengguna mempunyai matlamat yang

sama iaitu memperjuang dan mempertahankan hak pengguna. Sementara itu, Presiden

Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer),

N.Marimuthu berpendapat, perlindungan pengguna bersandar erat pada kesedaran

pengguna itu sendiri dalam mempertahankan haknya.

Selain itu pra pengguna perlu mengambil tahu perkembangan yang berlaku di

sekeliling dan bertindak mengikut keadaan semasa demi mempertahankan hak. Apabila

Page 7: Biro Berniaga Beretika  (BBB

pengguna leka maka dengan mudah hak mereka dicabuli. Apabila pengguna peka maka

pihak peniaga tidak akan berani mencabul hak mereka sebagai pengguna .

Pada analisis akhir, tiada siapa yang dapat menyelamatkan pengguna ketika

mereka masuk ke pasaran selain diri mereka sendiri. Hanya berbekalkan maklumat yang

mencukupi mengenai hak-hak pengguna, mereka dapat melindungi diri daripada terus

teraniaya di tangan para peniaga yang rakus. Bagaimanapun, tugas mendidik itu

tertanggung di atas bahu semua pihak termasuk kerajaan, NGO di samping memerlukan

perubahan sikap di kalangan para peniaga supaya mengamalkan perniagaan beretika.

Page 8: Biro Berniaga Beretika  (BBB

Perlindungan Pengguna

1. Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat

berikut di antaranya:

a) Barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan

atau dimakan .

b) Maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada manjalah dan risalah-

risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat

membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada

maklumat yang ada .

c) Engguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli

tanpa paksaan atau ugutan .

d) Pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa

menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya

dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah .

e ) Sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan

yang diberi .

f). Pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang-undang pengguna yang

berkesan lagi adil .

g) Pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih

menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

2. Beberapa panduan perlu diingat oleh para pengguna untuk bijak berbelanja, antaranya:

* Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu menilai harga yang terendah dengan barangan yang berkualiti.

* Pengguna yang bijak adalah tahu membuat perbandingan harga dari sebuah kedai ke sebuah kedai sebagai panduan dan bukannya menyalahkan pihak-pihak yang berkenaan.

* Pengguna yang bijak tahu akan nilai harga pasaran di sekeliling.

* Pengguna yang bijak tahu membuat pilihan, (barangan gantian /alternative).

Page 9: Biro Berniaga Beretika  (BBB