birokrasi1

9
Organisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah di negara maju. Kekurangan usaha inovasi bagi pembangunan organisasi sekolah mungkin bersangkut-paut dengan fenomena pemusatan yang sentiasa menampilkan kekuasaan birokrasi dari atas ke bawah. Namun itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai faktor yang mengekang pembangunan sistem pendidikan di negara ini. Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut tatatingkat dan taraf kedudukan jawatan dan kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan dan maklumat daripada peringkat atas ke peringkat bawah dalam struktur pentadbiran. Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar mengikut peredaran masa. Sungguhpun birokrasi adalah baik sebagai satu sistem pentadbiran yang sistematik dan koheren, tetapi apa yang menjadi kemusykilan kebanyakan orang ialah semakin saiz dan kompleksiti birokrasi bertambah, maka semakin lambatlah pemprosesan berbagai-bagai perkara, dari hal pesanan barangan sehinggalah kepada hal kenaikan gaji dan pangkat. lnilah kelemahan utama birokras. Dengan kelemahan itu, kebanyakan orang mempunyai persepsi negatif terhadap birokrasi, dan beberapa konsep baru dianjurkan oleh para pentadbir yang kreatif untuk mengurangkan kecerewetan birokrasi. Antara konsep baru ialah urai pemusatan, pengurusan berasaskan organisasi setempat, dan perkasaan. Namun,pelbagai konsep baru ini lenyap perlahan-lahan ditelan oleh gergasi birokrasi yang tidak mahu menerima perubahan dan inovasi. Artikel ini mencadangkan satu lagi inovasi baru, iaitu satu model yangmenggabungkan dan memperkukuhkan usaha pembangunan organisasi sekolah.Model ini mendorong kepada pembangunan organisasi secara penyertaan demokratikdan penggubalan strategi yang sistematik.Model tersebut ialah model dasar strategikuntuk peringkat organisasi atau

description

birokrasi

Transcript of birokrasi1

Organisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah di negara maju. Kekurangan usaha inovasi bagi pembangunan organisasi sekolah mungkin bersangkut-paut dengan fenomena pemusatan yang sentiasa menampilkan kekuasaan birokrasi dari atas ke bawah. Namun itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai faktor yang mengekang pembangunan sistem pendidikan di negara ini. Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut tatatingkat dan taraf kedudukan jawatan dan kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan dan maklumat daripada peringkat atas ke peringkat bawah dalam struktur pentadbiran. Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar mengikut peredaran masa. Sungguhpun birokrasi adalah baik sebagai satu sistem pentadbiran yang sistematik dan koheren, tetapi apa yang menjadi kemusykilan kebanyakan orang ialah semakin saiz dan kompleksiti birokrasi bertambah, maka semakin lambatlah pemprosesan berbagai-bagai perkara, dari hal pesanan barangan sehinggalah kepada hal kenaikan gaji dan pangkat. lnilah kelemahan utama birokras. Dengan kelemahan itu, kebanyakan orang mempunyai persepsi negatif terhadap birokrasi, dan beberapa konsep baru dianjurkan oleh para pentadbir yang kreatif untuk mengurangkan kecerewetan birokrasi. Antara konsep baru ialah urai pemusatan, pengurusan berasaskan organisasi setempat, dan perkasaan. Namun,pelbagai konsep baru ini lenyap perlahan-lahan ditelan oleh gergasi birokrasi yang tidak mahu menerima perubahan dan inovasi. Artikel ini mencadangkan satu lagi inovasi baru, iaitu satu model yangmenggabungkan dan memperkukuhkan usaha pembangunan organisasi sekolah.Model ini mendorong kepada pembangunan organisasi secara penyertaan demokratikdan penggubalan strategi yang sistematik.Model tersebut ialah model dasar strategikuntuk peringkat organisasi atau mikro.Model ini sesuai untuk menangani sesuatu isudasar pendidikan seperti integrasi kaum, vandalisme di sekolah, dan kelemahan muriddalam bahasa Inggeris.Birokrasi dan arahan dati pihak atasan tidak dapatmenyelesaikan isu dasar ini. Hanya pihak sekolah sendiri yang berkuasa menanganiisu yang sedemikian.Dalam konteks sistem atau organisasi yang pelbagai, dasar bermakna keputusan

yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi dengan beberapa tujuan strategik, iaitu:a) Memberi panduan ke arah sesuatu wawasan pembangunan.b) Memantapkan kedudukan organisasi dalam arus perubahan.c) Menyelesaikan masalah-masalah tertentu.d) Mendisiplinkan manusia tentang erika dan tatasusila organisasi.Dalam rnasyarakat demokrasi di Malaysia, pelbagai dasar boleh digubal olehorganisasi pada beberapa peringkat sistem pentadbiran, sama ada dalam sektor awamataupun swasta. Dalam sistem pendidikan pula, sesebuah sekolah awam sendiri bolehmenggubal dan melaksanakan pe1bagai dasar mikro mereka sendiri. Hal ini adalahkerana beberapa dasar pendidikan bersifat dinamik dan anjal, iaitu boleh diubahsuaidan anjal mengikut konteks tempat, masa, dan budayaIssues in Education, Volume 24,2001 18masyarakat. Namun demikian, semua dasar mikro yang dilaksanakan pada peringkatsekolah sewajamya sejajar dengan pelbagai dasar makro pada peringkat kebangsaan.Pelbagai dasar strategik dalam pengurusan berasaskan sekolah adalahbeberapa dasar yang digubal oleh pihak sekolah secara kolektif, iaitu bersama guru,pentadbir, murid, dan ibu bapa untuk mencapai mana-mana empat tujuan yangdinyatakan pada perenggan kedua sebelum ini, Tujuan yang kerap menjadi sasarandasar strategik di sekolah ialah mengenai penyelesaian beberapa masalah tertentu,seperti masalah pinjaman buku teks, masalah pengangkutan murid, masalah prestasisains dan matematik yang rendah, dan masalah kelemahan penguasaan bahasaInggeris.Walau bagaimanapun, dalam konteks tujuan pembangunan sekolah, pelbagaidasar strategik boleh digubal oleh pihak sekolah, Dasar tersebut perlu berbentukinovasi baru demi membina sckolah yang berdaya maju, progresif, dan cemerlang.Contoh dasar pembangunan ialah dasar literasi komputer, dasar pusat sumber sainsdan matematik sekolah, dasar pengajaran berpasukan, dasar pembelajaran ala kuliahuntuk menengah atas, dasar pembelajaran secara penyelidikan untuk sekolahmcnengah, dan dasar pembelajaran pemikiran logik dan kritikal untuk mencngah atas,Dalam konteks tujuan etika dan tatasusila organisasi pula, pelbagai dasar strategik berfokus kepada usaha membina warga sekolah yang berhemah mulia perludigubal. Contohnya ialah dasar kerjasama polis dengan sekolah, dan dasar penyertaanpelbagai pasukan kadet seperti kadet polis, bomba, tentera, dan bulan sabit. Matlamat

dasar seperti ini ialah untuk meningkatkan disiplin murid dan guru secara terus, danseterusnya memudahkan pembinaan budaya berhemah tinggi di sekolah. Faedahnyapula ialah beban dan tanggungjawab pembinaan disiplin sekolah dipikul oleh ramai,bukannya oleh beberapa orang guru dan pengawas sekolah.Masalah Pendidikan ,Jilid24 , 2001 19Dalam konteks tujuan penyesuaian organisasi dalam arus perubahan pula, dasar strategik berfokus kepada menyerlahkan peranan dan organisasi dalam menghadapicabaran, persaingan, atau ancaman daripada persekitaran luar ataupun dalaman harusdifikirkan. Contohnya, dasar pembe1ajaran teknologi multimedia, dasar kehidupantanpa AIDS, dan dasar pendidikan pelbagai budaya (multicultural education) bolehdigubal bagi mencapai matlamat tersebutPROSES PEMBUATAN DASAR STARTEGIK BERASASKAN SEKOLAHProses bermakna penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untukmembuahkan hasil yang tertentu tertentu.Oleh itu, proses dasar strategik ialahpenggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk memperoleh hasil yangtertentu.Di sinilah letaknya konsep teras dasar, iaitu sesuatu dasar yang dilaksanakanoleh pihak pelaksana mesti mengenai kumpulan sasaran yang sewajarnya menerimafaedah. Dasar yang baik membuahkan faedah yang maksimum dalam jangka panjangkepada organisasi, dan dasar yang tidak baik ialah dasar yang tidak mendatangkanfaedah sertamenimbulkan pelbagai masalah lain.Pembuatan dasar yang baik mesti memenuhi kriteria yang berikut:a) Penyertaan wakil-wakil yang pe1bagai.b) Pembentukan beberapa jawatankuasa.c) Perbincangan mengenai isu dasar berdasarkan pelbagai fakta.d) Perbincangan dan pen~tapan nilai utama dalam isu dasar,e) Mengenalpasti jenis dan sifat masalah di sebalik isu dasar,f) Merangka beberapa strategi alternatif tindakan untuk sesuatu masalah,g) Menjangka aras kejayaan sesuatu strategi altematif tindakan.h) Membuat anggaran kos dan faedah.

penyertaan wakil daripada pelbagai kumpulan manusia dalam sekolah adalahbersandarkan konsep demokrasi. Pandangan dan kritikan daripada pelbagai kumpulanboleh menimbulkan berbagai ideaIssues in Education, Volume24 , 2001 20dan juga memurnikan sesuatu ketctapan dasar, atau memperbanyakkan pendekatandan strategi pelaksanaan dasar, Selain daripada itu, pelbagai kumpulan, khususnyayang terdiri daripada kumpulan sasaran akan membawa nilai, motif, dan fakta yangpeIbagai dalam sesi perbincangan penggubalan dasar. Contoh kumpulan sasaran ialahguru baru, mutid nakal, kctua panitia, dan guru penasihat.Contoh nilai pula ialah nilaiprofesionalisme, nilai hormat, dan nilai persaingan.Pembentukan beberapa jawatankuasa teknikal bertujuan membahagikan kerjadalam komponen penggubalan dasar, pelaksanaan dasar, dan penilaian dasar perludilakukan. Sebagai contoh penubuhan beberapa jawatankuasa penting seperti jawatankuasa kewangan, disiplin, kurikulum, kokurikulum, kantin, perhubungan,penyelidikan atau penyiasatan, peperiksaan, dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)perlu dilakukan. Penyertaan beberapa jawatankuasa tersebut boleh juga membinapemerkasaan, sumbang saran dan semangat partisipatif Perbincangan isu-isu dasar, khususnya oleh pelbagai kumpulan dan jawatankuasa, mestilah berasaskan fakta-fakra agar julat dan darjah sesuatu isu dapatdikenalpasti setepat mungkin. Hal ini boleh menolak andaian dan prejudis danseterusnya memberikan justifikasi yang kukuh bagi pelaksanaan sesuatu dasar, Antaranya ialah pelbagai persoalan penting dalam perbincangan boleh dikemukakanseperti: Apakah isunya? Berapa ramai yang terlibat?Sudah berapa lamakah isutersebut wujud?Apakah masalah di sebalik isu tersebut? Apakah faktor yangmenyebabkan isu tersebut timbul?Sesuatu dasar yang hendak digubal mestilah mempunyai matlamatnya danseterusnya nilai penting di sebalik matlamat berkenaan, Misalnya, matlamat membinasekolah yang selamat berkait dengan nilai seperti kebersihan, kecermatanpemeriksaan penggunaan e1ektrik, pemadam api, bahan makanan, dan kepekaanterhadap aduan yag diterima. Matlamat meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris pulaberkait dengan nilai komersial, ketrampilan diri, dan globalisasi. Nilai yang dikenalpasti menjadi panduan keutamaan pada masa memilih

Masalah Pendidikan, Jilid24 , 2001 25Rajah 1 di atas menunjukkan model kitaran dasar strategik, yang mempunyaitiga peringkat asas, iaitu peringkat penggubalan dasar, peringkat pelaksanaan dasar,dan peringkat penilaian dasar. Petingkat penggubalan ialah petingkat yang palingbesar dan rumit, dan peringkat ini meliputi aspek perbincangan isu dasar hinggalahkepada penaksiran kejayaan pelaksanaan dasar.Aspek mengenal pasti masalah danpelbagai faktor berkaitan memerlukan ketelitian agar pelaksanaan dasar mengenaisasarannya.Selain daripada itu, strategi pelaksanaan juga memerlukan ketelitian agar prosedur kerja boleh dibuat secara berperingkat-peringkat dan sistematik.Strategidiperolehi melalui analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats) untuksesetengah organisasi pendidikan. Bagi organisasi sekolah contohnya, strategi jangka pendek ialah jenis tindakan untuk tempoh antara satu bulan hingga dua tahun,dan strategi jangka panjang ialah jenis tindakan untuk tempoh antara riga hingga limatahun.Peringkat pelaksanaan dasar pula terdiri daripada menggerakkan pelbagaipihak yang terlibat seperti PIBG, ketua panitia, guru, dan murid. Pelaksanaan dasar juga melibatkan penggunaan wang, oleh itu pentadbir sekolah wajar sekalimendapatkan bantuan dengan berbagai cara untuk menaja pelaksanaan dasar. Aspekpemantauan wajar sekali diberi perhatian agar pelbagai halangan dapat dikenal pastidan diatasi oleh pelaksana dan tiada berlaku pembaziran kewangan. Halangan utamaialah ketiadaan komitmen para guru dan murid untuk me1aksanakan sesuatu dasar,Bagi mengatasi masalah ini kadangkala memerlukan pengetua sekolah bertindaksecara paksaan atau kolaboratif. Hal ini bergantung kepada tahap keseriusankomitmen itu.Penyelesaian secara kolaboratif boleh dilakukan dengan membinakumpulan aliran teras yang sentiasa menyakang tindakan inovatif pengetua.Namundemikian, penggunaan elemen paksaan boleh menimbulkan tentangan di kalanganguru. Hal ini kerana andaian penggunaan kuasa baleh menyelesaikan semua masalahsekolah ialah satu andaian yang salah.Issues in Education, Volume24 , 2001 26Peringkat penilaian dasar strategik pula memberi perhatian terhadap penilaianfaedah kepada kumpulan sasaran, penilaian terhadap keberkesanan jenterapelaksanaan menjalankan kerja, serta analisis terhadap kos-faedah. Penilaian wajar

mengambil kira faedah nyata dan tersirat dari segi jangka pendek dan jangka panjang.Faedah tersirat biasanya sukar diukur tetapi dapat dilihat atau dikesan perubahannyadi kalangan warga sekolah. Sebagai contoh, perubahan keceriaan, perubahankomitmen guru, dan perubahan sikap mood adalah beberapa faedah tersirat yangsukar diukur oleh sesiapa pun, tetapi perubahan ini adalah perubahan yang positif danbaik.Perubahan begini hanya boleh dianggarkan sahaja nilai wangnya dalarnmenaksir koskeberkesanan sesuatu dasar. Nilai nisbah kos-faedah dan kos--keberkesanan yang tinggi menunjukkan pelaksanaan dasar yang mencapai tahaptinggi dan dasar tersebut telah berjaya.PENUTUPKemajuan dan pembangunan organisasi sekolah boleh berlaku dengan caramelancarkan beberapa dasar strategik, iaitu dasar yang mengambil kiraperkembangan dan pelbagai isu luar dan dalam persekitaran sekolah. Keadaanmasyarakat global, negara, dan tempatan kerap berubah-ubah, khususnya dalambidang ekonomi, bahasa, dan budaya, sentiasa memaksa sekolah melakukan inovasiagar proses pendidikan dan pengurusan sentiasa relevan dengan kehendak semasa,Walau bagaimanapun, dasar strategik juga boleh berfokus kepada usaha-usahamengatasi kelemahan dan ancaman terhadap sesebuah sekolah. Antara kelemahanutama sekolah sekarang ini ialah keadaan fizikal, prasarana, serta pusat sumber yangdaif, taraf penguasaan bahasa Inggeris yang rendah, taraf pencapaian matematik dansains yang rendah, dan kesesakan bilik darjah di sekolah ban dar. Ancaman terhadapsekolah pula ialah seperti golongan perosak harta benda sekolah, akhbar yangmemburukkan guru sekolah, dan jenayah di sekolah. Pihak sekolah tidak wajar berdiam diri terhadap ke1emahan dan ancaman berkenaan kerana hal tersebut bolehmerosakkan usahaMasalah Pendidikan, Jilid24 , 2001 27pembangunan sekolah dan pembangunan sumber manusia dalam proses pembinaannegara yang maju. Berdiam diri bererti membiarkan masalah dan menunjukkankelemahan pengurusan sekolah. Hal ini akan menjadi ancaman yang menjerut wargasekolah dari semasa ke semasa.untuk sesetengah organisasi pendidikan. Bagi organisasisekolah contohnya, strategi jangka pendek ialah jenis tindakan untuk tempoh antara satu bulan