BISKUT RAYA SKSN INTERNSHIP.doc

15
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA KM 10, JALAN KUALA KEDAH 06600 KUALA KEDAH, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS CADANGAN “PROGRAM BISKUT RAYA” TARIKH: 22 dan 23 JULAI 2014 TEMPAT: BILIK PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ANJURAN: GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Transcript of BISKUT RAYA SKSN INTERNSHIP.doc

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYAKM 10, JALAN KUALA KEDAH 06600 KUALA KEDAH,KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN PROGRAM BISKUT RAYATARIKH:

22 dan 23 JULAI 2014TEMPAT:

BILIK PENDIDIKAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

ANJURAN:

GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN1.0 PENGENALAN

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran dapatlah ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang mengalami kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan kaedah pembelajaran yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain daripada masalah pembelajaran yang dihadapi mereka, kebanyakan murid-murid berkeperluan khas ini mengalami masalah motor kasar dan halus yang agak teruk. Kebanyakan mereka tidak dapat memegang sesuatu dengan cara yang betul seterusnya menyukarkan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Oleh sebab itu, kami telah merancang Program Biskut Raya bagi meningkatkan lagi kefungsian motor halus murid PPKIBP melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya. Selain dapat memperbaiki kemahiran motor halus, murid juga dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan menyambut Hari Raya bersama-sama rakan dan guru. Program ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

2.0 RASIONAL

Program Biskut Raya bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) bertujuan meningkatkan kemahiran motor halus murid PPKIBP SK Seberang Nyonya. Kemahiran motor halus ini dapat dilatih melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya iaitu semasa memotong kepingan kulit popia dalam bentuk segi empat, mengulung kulit popia dan mengunting secara menyerong, mengisar gula, susu tepung dan nestum, menggoreng kulit popia, dan mengaul kepingan kulit popia yang telah digoreng serta meramas cornflakes, memasukkan cornflakes ke dalam cawan kertas dan menghias conflakes dengan manik gula dan ceri. Kemahiran motor halus adalah ini sangat penting untuk memudahkan murid PPKIBP menjalani aktiviti seharian dengan lebih baik den mengurangkan kebergantungan kepada orang sekeliling. Oleh itu, saya merasakan program ini adalah sangat sesuai dilaksanakan bagi membantu dan melatih perkembangan motor halus mereka.

Program Biskut Raya ini juga dapat memberi pengalaman langsung kepada murid untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi kesempatan merasa biskut yang telah dibuat hasil air tangan sendiri. Program ini juga dilihat mampu menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid dalam penyediaan kek dan biskut. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas ini sangat memerlukan kemahiran-kemahiran sampingan untuk memastikan jaminan pekerjaan pada era globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0 MATLAMAT3.1 Melatih murid-murid khas bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran- kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian seperti urusan berjual beli.

3.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan biskut raya.

3.3 Memberi peluang kepada murid PPKIBP membuat persediaan menghadapi Hari Raya.

3.4 Memberi peluang kepada murid mengenali jenis-jenis biskut raya.

3.5 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid Pendidikan Khas melalui aktiviti penyediaan biskut raya.4.0 OBJEKTIF4.1 Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas.4.2 Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan persekitaran.4.3 Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid istimewa.4.4 Murid-murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.4.5 Program ini bertujuan agar murid dapat memenuhi keperluan individu dari segi jasmani, sosial, emosi dan rohani.5.0 TARIKH22 dan 23 Julai 20146.0 TEMPAT

Bilik Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

8.0 PESERTA

Rujuk Lampiran B

9.0 JADUAL PROGRAM

Rujuk Lampiran C

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lamipran D

11.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara murid, guru dan masyarakat luar.

Disediakan Oleh :

.

(EN. MOHAMAD NAZRIEN BIN HASSAN)

Setiausaha,Program Biskut Raya.

Disemak Oleh :

.

(CIK ZAINAB BINTI RAMLI)

Penyelaras Pendidikan Khas, SK Seberang Nyonya.LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BISKUT RAYA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA

PENASIHAT

:TN. HJ. WAN AHMAD B. WAN DAN BKM, PJK

( GURU BESAR )

PENGERUSI

: EN. MOHAMAD B. RAMLI

( PK KOKURIKULUM )

NAIB PENGERUSI I:PN. OZAINEE BT. OTHMAN

( PK PENTADBIRAN )

NAIB PENGERUSI II:PN. RAIFAH BT. OSMAN

( PK HEM )

PENYELARAS

: CIK ZAINAB BT. RAMLI

SETIAUSAHA

:EN. MOHAMMAD NAZRIEN BIN HASSAN

PEN. SETIAUSAHA

:EN. MOHD AMIR AFNAN BIN BORAHAN

BENDAHARI

: PN. MARZUITA BT. MUSTAFFA

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

CIK ZAINAB BT. RAMLIPenyelaras

MOHAMMAD NAZRIEN BIN HASSAN

MOHD AMIR AFNAN BIN BORAHAN

Aktiviti

PN. MARZUITA BT. MUSTAFFAPN. SITI ESHAH BT. MOHD TAHIRKeselamatan & Disiplin

CIK ASHIFA BT MD NOZMI

PN. FATHIAH BINTI MOHAMAD NAWAWIDokumentasi

PN. SURYANTI BT. ILYAS

PN. HASWANI BT. HASHIM

Peralatan

CIK TRACY JAMESCIK HERVITA BT JOMIN

Kebersihan

LAMPIRAN B

SENARAI NAMA

BILNAMA GURU DAN PPM

1.Zainab Bt Ramli

2.Marzuita Bt Mustaffa

3.Mohamad Nazrien Bin Hassan

4.Suryanti Bt. Ilyas

5.Haswani Bt Hashim

6Mohd Amir Afnan Bin Borahan

7Siti Eshah Bt Mohd Tahir

8Nor Ashifa Bt Md Nozmi

9Fathiah Bt Mohamad Nawawi

10Hervita Bt Jomin

11Tracy James

BilNAMA MURID

1Khairul Azizi Bin Rosli

2Muhammad AkmaI Bin Zabidi

3Muhammad Fahmi Farhi Bin Suliman

4Muhammad Hadi Nur Bin Abdul Razak

5Muhammad Ismail Bin Shamsani

6Muhammad Nabil Asyraf Bin Shuhaimi

7Muhammad Ramadan Fitri Bin Azizan

8Nurul Arina Nadia Bt. Nor Zunkafli

9Nur Atikah Bt. Abdul Rahman

10Nur Hayati Bt. Zanzuri

11Nur Zulaikha Bt. Kamar

12Saipullah Bin Hashim

13 Yap Weng On

14Muhammad Adid Zikri Izzudin Bin Azmi

15Muhammad Amirul Asyraf

16Muhammad Syamin Bin Fuzi

17Muhammad Syabil Bin Fuzi

18Muhammad Khairul Hakimi Bin Abdullah

19Ahmad Hafizy Bin Abdul Rahim

GURU DAN PPM

: 11 ORANG

MURID

: 19 ORANG

JUMLAH

: 30 ORANGLAMPIRAN CJADUAL PROGRAM

PROGRAM BISKUT RAYA

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA22 JULAI 201410.00 pagi Berkumpul di kelas Program Pendidikan Khas, Sek.Keb. Seberang Nyonya

10.15 pagi Taklimat ringkas mengenai program membuat biskut raya

10.30 pagi Proses membuat biskut raya dimulakan

- Potong kulit popia bentuk segi empat

- Kisar susu tepung, nestum,gula dan horlick

- Goreng kulit popia- Gaul kulit popia dengan ramuan yang telah dikisar

11.15 pagi Proses membungkus biskut ke dalam bekas

12.00 tengahariPembahagian biskut raya kepada murid PPKIBP dan para guru

12.15 tengahariProgram biskut raya ditamatkan

23 JULAI 2013

10.00 pagi Berkumpul di kelas Program Pendidikan Khas, Sek. Keb. Seberang Nyonya

10.15 pagi Taklimat ringkas mengenai program membuat biskut raya

10.30 pagi Proses membuat biskut raya dimulakan

- Mencairkan campuran mentega ,madu dan gula

- Meramas cornflakes dengan campuran mentega madu- Menghias cornflakes dengan manik gula dan ceri- Membakar biskut di dalam ketuhar

11.15 pagi Proses membungkus biskut ke dalam bekas

12.00 tengahariPembahagian biskut raya kepada murid PPKIBP dan para guru

12.15 tengahariProgram biskut raya ditamatkan

LAMPIRAN DANGGARAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

PROGRAM BISKUT RAYA

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYABILPERKARAJUMLAH

1Kulit popia segera (RM 6 x 3)RM 18

2Susu Tepung (RM 25 x 1)RM 25

3Nestum (RM 15 x 1)RM 15

4Gula (RM 2.50 x 1)RM 2.50

5Horlick (Rm 25 x 1)RM 25

6Bekas Plastik (Rm 20 x 1)RM 20

7Cornflakes (Rm 8 x 1)RM 8

8Madu (Rm 7 x 1)RM 7

9Mentega (Rm 5 x 1)RM 5

10Gula kastor (Rm 4 x 1)RM 4

11Ceri (Rm 2 x 1)RM 2

12Manik (Rm 2 x 1)RM2

13Papercup (Rm 5 x 1)RM 5

JUMLAHRM 138.50

BHG. A : GURU PEMBIMBING

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

..

( Tarikh)

( Tandatangan/ Cop )

BHG. B : GURU BESAR

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :

...............................

..

( Tarikh)

( Tandatangan / Cop )Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya,

KM10, Jalan Kuala Kedah,06600 Kuala Kedah,

Kedah Darul Aman.

Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM BISKUT RAYA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya akan menjalankan Program Biskut Raya di kelas Pendidikan Khas. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh

:22 dan 23 Julai 2014

Masa

:10.00 pagi 12.15 tengah hariPeserta:19 orang murid, 5 orang guru, 4 orang guru pelatih dan 2 orang

PPM

3. Tujuan program ini dijalankan adalah memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan biskut raya dan membolehkan murid membuat persiapan untuk Hari Raya.4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan puan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Yang menjalankan tugas,(EN. MOHAMAD NAZRIEN BIN HASSAN)

Setiausaha, Program Biskut Raya.

Disahkan Oleh :

.

(TN. HJ. WAN AHMAD BIN WAN DAN BKM, PJK)

Guru Besar,

SK Seberang Nyonya.