BJ perlembagaan
Transcript of BJ perlembagaan
Perlembagaan KBJSK(P) Pudu Satu, KL
__________________________________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU,
JALAN FOSS, 55200 KUALA LUMPUR
PERLEMBAGAAN
KELAB PERMAINAN BOLA JARING
TAHUN 2011
1.0 NAMA:
Kelab ini dinamakan Kelab Permainan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu.
2.0 ALAMAT:
Alamat kelab ialah Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu, Jalan Foss, 55200 Kuala
Lumpur.
3.0 OBJEKTIF:
Objektif kelab ini ialah:
3.1 Mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap kemakmuran masyarakat dan negara.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran luar bilik darjah untuk mengukuh, mengaya dan memantapkan
kurikulum.
3.3 Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar melibatkan diri dalam kegiatan
masyarakat, membina bakat kepimpinan, mengukuh integrasi dan meningkatkan
suasana sekolah lebih menarik dalam usaha melahirkan budaya sekolah tanpa
kegagalan.
4.0 KEAHLIAN:
Terbuka kepada semua pelajar perempuan yang berminat.
5.0 PENTADBIRAN:
5.1 Penaung : Pn Suamah Binti Basir (Guru Besar)
5.2 Penasihat : 1. Cik Noor Reihan Binti Suleiman
2. Cik Wan Rosmawati Binti Wan Othman
1/20111
Perlembagaan KBJSK(P) Pudu Satu, KL
__________________________________________________________________________________________________
5.3 Ahli Jawatankuasa
Kelab ditadbir sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam
Mesyuarat Agung Kelab Permainan Bola Jaring sesi 2011 yang telah diadakan
pada 28 Januari 2011 (Jumaat).
Pengerusi : Norashikin Binti Mohammad Ali
Naib Pengerusi : Norfarahin Nisa Binti Khairi
Setiausaha : Noor Syasya Binti Shahrizal
Wakil Kelas : 1. Qistina Aliya Binti Zulkifli (6 Kekwa)
2. Nurul Dini Binti Abdul Halim (5 Melur)
3. Siti Amirah Muhammad Ismail (4 Teratai)
5.4 Bidang Tugas Ketua Guru Penasihat Kelab.
5.4.1 Mengadakan mesyuarat Agung kelab untuk melantik AJK kelab.
5.4.2 Mengadakan atau meminda Perlembagaan kelab.
5.4.3 Merancang aktiviti tahunan untuk kelab.
5.4.4 Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Penyelaras Kokurikulum:
1. Perlembagaan Kelab.
2. Senarai AJK
3. Rancangan aktiviti tahunan
4. Laporan pelaksanaan aktiviti
5. Senarai ahli layak menerima sijil (akhir tahun)
5.4.5 Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut jadual dan Guru Penasihat
hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan kelab.
5.4.6 Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar menyediakan
laporan kegiatan dan mengemaskini papan kenyataan kelab.
5.4.7 Mendapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu untuk semua kegiatan
lawatan anjuran kelab dan mengiringi setiap rombongan yang dianjur.
5.4.8 Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai
kegiatan di luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
5.4.9 Bertanggungjawab menempah bas/van sekolah jika pengangkutan
diperlukan.
5.4.10 Mengurus penyertaan ahli kelab dalam kegiatan atau pertandingan
diperingkat daerah / negeri.
5.4.11 Bertanggungjawab memajukan kelab dengan apa cara yang difikirkan
sesuai.
1/20112
Perlembagaan KBJSK(P) Pudu Satu, KL
__________________________________________________________________________________________________
5.5 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa:
a. Pengerusi:
1. Mempertingkatkan keahlian dan mempengerusikan mesyuarat yang
diadakan.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat segala tindakan yang diputuskan dalam
mesyuarat telah dilaksanakan.
3. Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan bersama guru
penasihat kelab.
4. Memastikan aktiviti kelab berjalan lancar dan mendapat sambutan.
b. Naib Pengerusi:
1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
2. Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
c. Setiausaha:
1. Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
2. Menyediakan laporan aktiviti kelab.
d. Wakil Kelas:
1. Membantu dalam menyelaraskan dan menjalankan segala aktiviti kelab.
6.0 KEWANGAN KELAB:
6.1 Tiada sebarang kutipan yuran kelab yang dicadangkan melainkan aktiviti yang
memerlukan kutipan akan diberitahu kelak dan secara “ad hoc”.
6.2 Kelab boleh menerima sebarang sumbangan dalam bentuk wang dan lain-lain
daripada mana-mana pihak.
7.0 MESYUARAT:
7.1 Mesyuarat Agung Tahunan diadakan selewat-lewatnya sehingga akhir Mac.
7.2 Korum mesyuarat Agung Tahunan hanya sah apabila 1/3 daripada ahli hadir.
7.3 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat selewat-lewatnya sehari
sebelum mesyuarat.
7.4 Minit mesyuarat akan diedarkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum
mesyuarat.
7.5 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat
berjalan dengan licin dan sempurna.
1/20113
Perlembagaan KBJSK(P) Pudu Satu, KL
__________________________________________________________________________________________________
8.0 PINDAAN:
Boleh dibuat pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat Guru Besar atau Guru
Penasihat.
9.0 PENDAFTARAN KELAB:
Semua kelab hendaklah didaftarkan kepada Guru Besar dan semua aktiviti hendaklah
mendapat pengesahan daripada Guru Besar.
10.0 BUKU LAPORAN GERKO PELAJAR:
Semua ahli kelab hendaklah sentiasa membawa buku mereka apabila menghadiri
setiap perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat Persatuan.
11.0 LARANGAN:
11.1 Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan
oleh Guru Besr sekolah tidak boleh dijalankan.
11.2 Kelab ini tidak boleh bergerak diluar kawasan sekolah ini dan setiap kegiatan
yang diadakan diluar hendaklah mendapat kelulusan pihak sekolah terlebih
dahulu.
11.3 Kelab ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak diluar sekolah
tanpa melalui / dan dengan kebenaran Guru Besar sekolah.
11.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-
undang negara tidak boleh dijalankan.
11.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak
sekolah tidak hadir sama.
11.6 Penceramah pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan
dari Guru Besar.
11.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah juga
mendapat keizinan daripada penjaga secara bertulis. (Borang izin penjaga boleh
didapati dari pejabat sekolah).
12.0 PAKAIAN DAN KETERTIBAN:
12.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa bagi semua kegiatan kelab ini
dijalankan.
12.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib
memakainya.
1/20114
Perlembagaan KBJSK(P) Pudu Satu, KL
__________________________________________________________________________________________________
12.3 Apabila pakaian seragam tidak diwajibkan, pakaian tambahan sekolah
hendaklah digunakan tanpa peringatan. pakaian bebas cuma boleh dibenarkan
dengan kebenaran khas daripada Guru Besar untuk sesuatu kegiatan.
13.0 KEWAJIPAN AHLI:
13.1 Setiap ahli akan menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.
13.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab ini dan tidak hadir kegiatan 3 kali
berturut-turut atau lebih 4 peratus daripada jumlah perjumpaan / kegiatan
tanpa sebab-sebab yang munasabah akan digugurkan daripada kelab ini.
14.0 PENILAIAN KEAHLIAN:
14.1 AJK dengan bimbingan guru penasihatnya akan menyediakan suatu laporan
lengkap mengenai segala aktiviti kelab sepanjang tahun / kecemerlangan yang
didapati sepanjang tahun.
14.2 Disamping itu, pihak AJK dan guru penasihat akan menyampaikan suatu senarai
pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatan kelab pada bulan
September setiap tahun kepada pihak sekolah.
14.3 Penilaian ini akan diselaraskan oleh pihak sekolah untuk dicatatkan dalam Sijil
Berhenti Sekolah / Surat Akuan ahli berkenaan.
15.0 PENDAFTARAN KELAB:
Kelab ini didaftarkan oleh Guru Besar SK (P) Pudu Satu dengan syarat pendaftaran ini
boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak
menambah / meminda mahupun memansuhkan mana-mana peraturan dalam
perlembagaan apabila perlu.
16.0 HAL-HAL LAIN:
16.1 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi kelab ini hendaklah dikepilkan bersama
perlembagaan induk ini.
16.2 Satu senarai nama AJK Kelab ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa mendaftarkan kelab ini.
16.3 Pendaftaran kelab ini hendaklah dihantar dalam 2 salinan selewat-lewatnya
dalam masa dua minggu selepas Mesyuarat Agung setiap tahun.
1/20115