B&K

3
3.0 Penutup Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling ini amat penting diwujudkan di sekolah. Sebagai seorang pendidik, persepsi terhadap bimbingan dan kaunseling haruslah tidak disalah anggap sehingga menimbulkan halangan kepada unit bimbingan dan kaunseling bagi menjalankan aktiviti mereka. selain itu, guru biasa harus bekerjasama dengan guru kaunseling bagi menangani masalah murid. Guru perlu cuba menangani masalah murid terlebih dahulu semasa di dalam kelas sebelum pergi kepada guru kaunseling. Guru tidak seharus mengambil kesempatan menghantar murid yang bermasalah terus kepada guru kaunseling. Guru boleh menjadi pembimbing kepada murid sendiri secara tidak rasmi kerana guru lebih mengenal anak murid mereka dari segi latar belakang, minat dan tahap pencapaian murid di dalam kelas. Dengan membimbing murid untuk menyelesaikan masalah mereka, murid boleh terbuka untuk mengongsikan masalah mereka kepada guru selain meluahkan dengan cara yang salah yang menyebabkan mereka terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Namun begitu, guru perlu berkolaborasi dengan guru kaunseling untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid. Jika murid melakukan masalah yang berat dan guru sudah melakukan kesemua cara untuk mencegah murid daripada membuat perkara tersebut, maka murid perlu dihantar ke guru kaunseling. Bagaimanapun, masih ada sesetengah sekolah tidak mempunyai unit bimbingan dan kaunseling kerana kekurangan murid. Segala masalah murid ditangani secara dalaman sahaja oleh guru pembimbing. Selain itu, bimbingan dan kaunseling sangat penting sebagai rujukan guru biasa dalam mengendalikan murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah. Guru perlu merujuk guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih jika masalah murid memerlukan pertolongan

description

penutup bimbingan&kaunseling

Transcript of B&K

3.0 PenutupKesimpulannya, bimbingan dan kaunseling ini amat penting diwujudkan di sekolah. Sebagai seorang pendidik, persepsi terhadap bimbingan dan kaunseling haruslah tidak disalah anggap sehingga menimbulkan halangan kepada unit bimbingan dan kaunseling bagi menjalankan aktiviti mereka. selain itu, guru biasa harus bekerjasama dengan guru kaunseling bagi menangani masalah murid. Guru perlu cuba menangani masalah murid terlebih dahulu semasa di dalam kelas sebelum pergi kepada guru kaunseling. Guru tidak seharus mengambil kesempatan menghantar murid yang bermasalah terus kepada guru kaunseling.Guru boleh menjadi pembimbing kepada murid sendiri secara tidak rasmi kerana guru lebih mengenal anak murid mereka dari segi latar belakang, minat dan tahap pencapaian murid di dalam kelas. Dengan membimbing murid untuk menyelesaikan masalah mereka, murid boleh terbuka untuk mengongsikan masalah mereka kepada guru selain meluahkan dengan cara yang salah yang menyebabkan mereka terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Namun begitu, guru perlu berkolaborasi dengan guru kaunseling untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid. Jika murid melakukan masalah yang berat dan guru sudah melakukan kesemua cara untuk mencegah murid daripada membuat perkara tersebut, maka murid perlu dihantar ke guru kaunseling. Bagaimanapun, masih ada sesetengah sekolah tidak mempunyai unit bimbingan dan kaunseling kerana kekurangan murid. Segala masalah murid ditangani secara dalaman sahaja oleh guru pembimbing.Selain itu, bimbingan dan kaunseling sangat penting sebagai rujukan guru biasa dalam mengendalikan murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah. Guru perlu merujuk guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih jika masalah murid memerlukan pertolongan profesional. Dalam temu bual yang telah dijalankan juga hampir semua guru mengakui bahawa bimbingan dan kaunseling perlu ada pada sesebuah sekolah. Ini bukan sahaja membantu guru biasa dalam menangani masalah namun guru juga boleh meminta pendapat dari orang yang terlatih dari segi bimbingan dan kaunseling. Warga pendidik juga memerlukan guru kaunseling di dalam sesebuah sekolah. Buktinya, dalam temu bual yang telah dijalankan kesemua guru mengatakan bahawa sebuah sekolah perlu mempunyai seorang guru kaunseling kerana murid yang sedang meningkat remaja mempunyai cabarannya dan memerlukan bimbingan selain mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi yang dapat memahami masalah-masalah murid dan cara mengatasinya. Selain itu, dengan adanya bimbingan dan kaunseling ini, murid akan dapat dimotivasikan dan dapat dibimbing bagi menentukan kerjaya atau bidang pada masa hadapan serta mengalakkan murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan juga membantu pengurusan di sekolah dalam menangani masalah disiplin. Selain itu, disiplin murid yang semakin merosot memerlukan bimbingan dan nasihat daripada guru yang memahami masalah sebenar murid selain daripada guru kelas. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini juga amat wajar diwujudkan di sekolah kerana dapat membantu pelajar pelajar yang bermasalah untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik di samping membantu pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran tanpa tekanan.Oleh itu, sebagai seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi, guru seharusnya memahami tugas sebenar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan tidak membuat persepsi yang salah mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kerana sudah jelas semua sekolah menginginkan tahap pencapaian akademik murid yang meningkat dan bukan masalah disiplin atau tingkal laku murid.