Blog ict bab 2

11
BAB 2 : SISTEM KOMPUTER

Transcript of Blog ict bab 2

Page 1: Blog ict   bab 2

BAB 2 : SISTEM KOMPUTER

Page 2: Blog ict   bab 2

Sistem komputer terdiri daripada perkakasan, perisian dan pengguna untuk berfungsi dengan sepenuhnya.

Perkakasan adalah merujuk kepada empat perkakasan utama iaitu peranti input, output, pemproses dan storan.

Perisian merujuk kepada set-set arahan yang mengarahkan perkakasan melakukan tugas-tugas tertentu.

Pengguna pula merujuk kepada orang yang menggunakan komputer untuk sebarang tujuan.

Definisi Sistem Komputer

Page 3: Blog ict   bab 2

Input adalah apa jua data atau bahan yang dimasukkan ke dalam komputer melalui peranti tertentu

Contoh peranti input : Papan kekunci, Tetikus, Mikrofon, Pengimbas, Kamera Digital, Kayu Ria, Pengimbas Kod Bar

Input

Page 4: Blog ict   bab 2

Proses adalah aktiviti yang dilakukan oleh pemproses iaitu dengan menerima data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output atau peranti storan

Central Processing Unit (CPU)

Proses

Page 5: Blog ict   bab 2

Adalah hasil daripada proses manipulasi ke atas data oleh pemproses yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Ia akan dipapar atau kelihatan menerusi peranti output.

Contoh peranti output : Monitor, Projektor, Pencetak, Pembesar suara.

Output

Page 6: Blog ict   bab 2

Adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan arahan lain yang berkaitan.

Storan Primer : RAM, Cache, ROM. Storan Sekunder : Cakera Keras, Disket, CD-

ROM, Flash Drive.

Storan

Page 7: Blog ict   bab 2

Merupakan program yang terdiri daripada set arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat tanpa perisian, sesebuah komputer tidak dapat berfungsi dan membantu pengguna.

Perisian

Page 8: Blog ict   bab 2

Membolehkan komputer dihidupkan dan memastikan ia berfungsi dengan sebaiknya.

Terbahagi kepada dua iaitu :a. Sistem pengoperasianb. Program Utiliti

Perisian Sistem

Page 9: Blog ict   bab 2

Adalah perisian yang digunakan untuk membantu pengguna dalam menyelesaikan sesuatu tugas dan sesuatu masalah. Terbahagi kepada 4 jenis iaitu :a. Pemproses perkataanb. Persembahanc. Hamparan Elektronikd. Pangkalan Datae. Grafik

Perisian Aplikasi

Page 10: Blog ict   bab 2

Adalah set program yang dipasang dalam cakera keras.

Bertugas dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan, menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pelbagai pengguna.

Contoh OS : Windows, Mac OS, Linux

Sistem Pengoperasian

Page 11: Blog ict   bab 2

1. Menghidup dan mematikan komputer 2. Menyediakan antaramuka pengguna 3. Menguruskan data dan perisian lain 4. Menguruskan ingatan utama 5. Menguruskan perkakasan

Fungsi OS