Bm 1 tahun 5

8

Click here to load reader

Transcript of Bm 1 tahun 5

Page 1: Bm 1 tahun 5

Tuliskan beberapa nilai murni yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah lima tahun Lee Kong tinggal dengan ibunya tanpa ayah. Ayah Lee Kong sudah meninggal dunia. Ibu Lee Kong tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kerjanya hanya membuat kuih dan menjual kuih di sebuag gerai di tepi jalan. Lee Kong selalu menolong ibunya membuat kuih dan kadang-kadang membantu menjual kuih tersebut pada waktu petang. Pada sebelah petang Lee Kong akan ke sekolah. Dia membawa bekal dari rumah. Lee Kong merupakan pelajar yang paling pandai dalam kelasnya. Apabila pulang dari sekolah Lee Kong akan menyiapkan kerja rumahnya yang diberi oleh gurunya. Kemudian dia akan kerja-kerja di dapur bersama ibunya. Segala tunjuk ajar oleh ibunya tidak pernah dibantah oleh Lee Kong.

Page 2: Bm 1 tahun 5

Soalan 31 hingga soalan 35Baca Laporan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan di bawah

Pada hari Sabtu, 12 Mei 2005 seramai 40 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu SJKC Lok York telah mengadakan lawatan ke Melaka, Bandara Bersejarah. Lawatan ini diiringi oleh 5 orang guru pengiring yang di ketuai oleh Cikgu Kek Giok Tin.

Kami bertolak di perkarangan sekolah pada pukul 7.00 pagi. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa tiga jam kami penuhi masa dengan acara berbalas pantun dan menyanyi.

Tempat pertama yang kami singgah ialah Ayer Keroh. Di sana terdapat banyak tempat yang kami lawati seperti Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Taman Rama-Rama dan Zoo Melaka. Kira-kira jam 12.00 tengah hari kami ke Hutan Lipur untuk makan tengah hari.

Pada pukul 2.00 petang bas kami singgah di Perigi Hang Li Po, Masjid Tengkara,Tokong Hoon Teng dan makam Hang Jebat. Cikgu Lee menceritakan tentang sejarah tempat tersebut.

Selepas itu kami dibenarkan membeli belah buah tangan untuk keluarga. Jam 5.00 petang bas pun bertolak pulang. Kelihatan keluarga masing-masing telah menunggu ketibaan kami.

Disediakan oleh, 2 APRIL 2006

Apichaii Kong Kong(APICHAII KONG KONG)Setiausaha Persatuan Bahasa MelayuSJKC Lok York.

Page 3: Bm 1 tahun 5

31. Siapakah yang mengikuti lawatan ke Melaka ?A. Cikgu Kek Giok Tin.B. Murid-murid sekolah.C. Setiausaha Persatuan.D. Ahli Persatuan Bahasa Melayu.

32. Berapa orangkah guru pengiring ?A. Seorang guru.B. Tiga orang guru.C. Empat orang guru.D.Lima orang guru.

33. Jika mereka bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di Melaka tiga jam kemudian, pada pukul berapakah mereka sampai ?A. 10.00 pagi.B. 10.30 pagi.C. 11.00 pagi.D. 12.00 temgah hari.

34. Apakah yang mereka lakukan semasa dalam perjalanan ?A. Menyanyi dan menari.B. Berbalas pantun.C. Berbalas pantun dan menyanyi.D. Tidur.

35. Simpulan bahasa buah tangan dalam petikan bermaksud A. Orang yang suka bercakap.B. mendapat sesuatu tanpa diduga.C. hadiah atau pemberian seseorang.D. meminta semula barang yang telah diberi.

Page 4: Bm 1 tahun 5

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan- soalan yang berikut.

Perpustakaan ialah tempat menyimpan semua bahan bacaan. Setiap sekolah mempunyai perpustakaan untuk memudahkan pelajar-pelajarnya membaca buku dan mencari bahan rujukan.

Kita boleh menemui pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku, surat khabar, majalah, dan juga buku rujukan di perpustakaan. Ada juga perpustakan yang dilengkapi dengan komputer untuk memudahkan pengguna mencari bahan atau maklumat yang dikehendaki.

Setiap perpustakaan juga terdapat beberapa orang petugas yang digelar pustakawan. Mereka menjalankan tugas untuk menjaga bahan-bahan bacaan di perpustakaan. Mereka juga akan mencatat nama peminjam berserta tarikh bahan itu perlu dipulangkan. Biasanya tempoh pinjaman bagi sebuah buku ialah tujuh hari.

Semasa berada di perpustakaan, kita tidak dibenarkan makan dan minum serta membuat bising. Kita juga dilarang mengoyak,menggunting atau menconteng bahan-bahan bacaan di perpustakaan.

Kita semua mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan supaya pelajar dapat menggunakan perpustakaan dengan selesa.

36. Apakah kegunaan perpustakaan kepada pelajar ?A. Supaya pelajar-pelajar menjadi bijak dan pandai.B. Supaya pelajar-pelajar lulus dalam peperiksaan.C. Untuk memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan.D. Untuk menyenangkan pelajar-pelajar membeli buku.

Page 5: Bm 1 tahun 5

37. Semua bahan bacaan berikut terdapat di perpustakaan sekolah , kecualiA. komik.B. majalah.C. buku rujukan.D. buku cerita.

38. Apakah tugas pustakawan ?A. Mengawasi pelajar-pelajar yang membuat bising.B. Menyusun dan menjaga bahan bacaan.C. Mendenda pelajar-pelajar yang merosakkan buku.

39. Bagaimanakah caranya untuk kita meminjam buku dari perpustakaan ?A. Mencatat tarikh dan nama pustakawan.B. Mencatat nama dan jenis buku yang hendak dipinjam.C. Menulis nama buku dan tempoh masa pinjaman.D. Memberitahu pengawas perpustakaan yang bertugas.

40. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai peraturan ketika berada di perpustakaan, kecuali A. tidak membuat bising ketika membaca buku.B. tidak menggunting sebarang bahan bacaan.C. tidak membawa masuk makanan dan minuman.D. tidak dibenarkan meminjam sebarang bahan bacaan.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaidi Wagiran Panitia bahasa Melayu SJKC Lok York Benut

Page 6: Bm 1 tahun 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA LOK YORKPENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH

SEMESTER 1BAHASA MELAYU TAHUN 5

UJIAN PENULISAN

MASA : SATU JAM LIMA BELAS MINIT

NAMA : …………………………………………………….. MARKAH : …………………………………………………………

TAHUN 5 ( ) TANDA TANGAN PENJAGA : ……………………………………………………..

TARIKH : ………………………………….

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian dan kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2 atau Soalan 3.

BAHAGIAN A ( Masa dicadangkan : 15 minit )

(IO markah)

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar

Page 7: Bm 1 tahun 5

BAHAGIAN B( Masa yang dicadangkan : 40 minit )

( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Kamu dan rakan-rakan sedang bermain di taman permainan berhampiran dengan rumah kamu. Tiba-tiba kamu ternampak seorang budak sedang menangis. Kamu pun …………………………Lengkapkan cerita tersebut.

2. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Ceitakan sambutan Hari Guru tersebut.

3. Persatuan Pengakap Sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Gunung Ledang. Sebagai Setiausaha Sekolah sediakan laporan selengkapnya.

BAHAGIAN C( Masa yang dicadangkan : 20 minit )

( 20 markah )

Tuliskan beberapa nilai murni yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah lima tahun Lee Kong tinggal dengan ibunya tanpa ayah. Ayah Lee Kong sudah meninggal dunia. Ibu Lee Kong tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kerjanya hanya membuat kuih dan menjual kuih di sebuah gerai di tepi jalan. Lee Kong selalu menolong ibunya membuat kuih dan kadang-kadang membantunya menjual kuih tersebut pada waktu petang. Pada sebelah petang Lee Kong akan ke sekolah. Dia membawa bekal dari rumah. Lee Kong merupakan pelajar yang paling pandai dalam kelasnya. Apabila pulang dari sekolah Lee Kong akan menyiapkan kerja rumahnya yang diberi oleh gurunya. Kemudian dia akan membuat kerja-kerja di dapur bersama ibunya. Segala tunjuk ajar oleh ibunya tidak pernah dibantah oleh Lee Kong.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaidi Wagiran Panitia Bahasa Melayu SJKC Lok York Benut

Page 8: Bm 1 tahun 5