BM 6 ISI

45
1.0 PENGENALAN Terdapat tiga konsep dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah definisi awal istilah Melayu , definisi Melayu dari segi etimologi dan definisi Melayu berdasarkan bangsa. Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad kedua lagi. Sekitar tahun 100-150 Masihi, M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa yang merujuk kepada Pulau Sumatera, tempat asal bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan perkataan Melayu ditemukan juga dalam tulisan China yang ditulis antara 644 dan 645 Masihi (pada zaman Dinasti Tang). Tulisan itu menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Satu lagi tulisan China yang menyebut istilah Melayu terdapat pada catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau menggunakan perkataan Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera yang dilawatinya kira-kira pada tahun 675 Masihi. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaan Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. I-Tsing juga mencatatkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajarkan bahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Catatan dalam kesusasteraan China juga ada menyatakan bahasa yang digunakan di Nusantara. Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K un-lun. Bahasa K un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan, malah turut dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Para penyelidik percaya bahawa bahasa K un-lun itu merujuk kepada bahasa Melayu kuno. Catatan pengembara China ini membuktikan bahasa Melayu kuno telah digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan Sriwijaya. Dalam pada itu, catatan-catatan pengembara China juga menyebut bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya. 1

description

perkembangan bahasa

Transcript of BM 6 ISI

Page 1: BM 6 ISI

1.0 PENGENALAN

Terdapat tiga konsep dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah definisi awal istilah

“Melayu”, definisi “Melayu” dari segi etimologi dan definisi “Melayu” berdasarkan bangsa.

Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad

kedua lagi. Sekitar tahun 100-150 Masihi, M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-

kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini

diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk

kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Perkataan Melayu juga

dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut,

terdapat perkataan Malaya dvipa yang merujuk kepada Pulau Sumatera, tempat asal

bahasa Melayu.

Selain itu, penggunaan perkataan Melayu ditemukan juga dalam tulisan China yang

ditulis antara 644 dan 645 Masihi (pada zaman Dinasti Tang). Tulisan itu menyatakan

bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan

hasil-hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu

yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Satu lagi tulisan China yang

menyebut istilah Melayu terdapat pada catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-

Tsing. Beliau menggunakan perkataan Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera yang

dilawatinya kira-kira pada tahun 675 Masihi. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaan Melayu

yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang.

I-Tsing juga mencatatkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa

penghantar untuk mengajarkan bahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Catatan

dalam kesusasteraan China juga ada menyatakan bahasa yang digunakan di Nusantara.

Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang dituturkan di

Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun. Bahasa K’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh

penduduk tempatan, malah turut dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka

berkomunikasi. Para penyelidik percaya bahawa bahasa K’un-lun itu merujuk kepada

bahasa Melayu kuno. Catatan pengembara China ini membuktikan bahasa Melayu kuno

telah digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan

Sriwijaya. Dalam pada itu, catatan-catatan pengembara China juga menyebut bahawa

bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

1

Page 2: BM 6 ISI

Seterusnya, perkataan Melayu turut ditemukan tertulis di bahagian belakang

sebuah patung yang bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai

Batanghari, Sumatera Selatan. Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu

dikaitkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu seperti dalam petikan yang

berikut:

(Sejarah Melayu, 1977, halaman 16)

Lebih-lebih lagi, terdapat beberapa pendapat tentang istilah Melayu daripada segi

etimologi. Zuber Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada

perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya. Sehubungan

itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu. Rentetan itu,

perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu” juga

ditemukan pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu. Perkataan Melayu juga dikatakan

diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu, yang bermaksud ‘mengembara’

atau ‘pergi ke mana-mana’. Mohd. Dahlan Mansoeer berpendapat bahawa perkataan

Melayu berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu seperti yang disebut

dalam Sejarah Melayu. Menurut Van der Tuuk pula, perkataan Melayu bererti

‘menyeberang’, iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar

agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Konsep ketiga, iaitu definisi ‘Melayu’ berdasarkan bangsa dapat dilihat dalam dua

pengertian, iaitu dalam pengertian yang luas dan dalam pengertian yang sempit. Dalam

pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang

terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga

meliputi kawasan Austronesia yang lain, iaitu kawasan di sebelah timur yang merangkumi

keluarga Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Berdasarkan pengertian yang diberikan

oleh UNESCO pada tahun 1972 pula, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku

bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Di Malaysia, pengertian istilah Melayu menjadi lebih sempit, iaitu seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153,

seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan

2

“…Adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya…”

Page 3: BM 6 ISI

bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Dengan

demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf “Melayu”

yang disandangnya akan hilang.

Bahasa Melayu adalah ibunda kepada orang keturunan Melayu atau bangsa Melayu.

Ismail Hussein menyatakan bahawa bahasa Melayu telah mengalami evolusinya yang

pertama melalui pengaruh bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa sarjana atau

bahasa golongan kelas atasan, dan telah digunakan secara meluas di Kepulauan

Melayu.

Tahap bahasa Melayu Kuno berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi dan

Srivijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13 yang banyak dipengaruhi oleh budaya lain

seperti budaya India. Melalui pengaruh budaya Hindu, aksara mula diperkenalkan dan

wujud bahasa Melayu kuno yang mempunyai tulisan. Bahasa kuno tersebut

berkembang pesat pada zaman Srivijaya dengan melalui penemuan batu bersurat,

catatan-catatan daripada pengembara serta rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-

Hing yang menunjukkan bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa rasmi dan lingua

franca pada zaman kerajaan Srivijaya. Kini, bahasa Melayu kuno masih kekal

berperanan sebagai bahasa perantaraan di Jambi.

Zaman Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19.

Pada zaman tersebut, bahasa Melayu mengalami evolusi kedua apabila mempunyai

aksara sendiri, iaitu aksara Jawi dengan meminjam abjad Arab. Bahasa Malayu klasik

mencapai tahap kegemilangannya pada zaman kerajaan Kesultanan Melaka, kerajaan

Aceh, dan kerajaan Johor-Riau yang berperanan sebagai bahasa pentadbiran serta

bahasa ilmu pengetahuan yang menyampaikan ajaran Islam dan kesusasteraan serta

lingua franca seharian.

Zaman Bahasa Moden pula bermula dengan karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi pada abad ke-19. Pembaharuan dari segi bahasa

yang digunakan oleh Abdullah dalam karyanya telah mempengaruhi corak perkembangan

bahasa Melayu selepas itu. Pembaharuaan tersebut ialah hasil daripada pertembungan

kebudayaan antara Timur dengan Barat. Namun, tahap bahasa Melayu sebenarnya

bermula pada abad ke-20. Zaman Abdullah merupakan zaman peralihan antara bahasa

Melayu klasik dengan bahasa moden.

3

Page 4: BM 6 ISI

Sementelahan itu, terdapat banyak teori yang berbeza membincangkan teori

tentang asal usul bahasa Melayu. Keluarga Austronesia yang dikenali sebagai keluarga

bahasa Melayu-Polinesia merupakan sebuah keluarga bahasa yang besar. Kawasan

keluarga bahasa ini meliputi lebih daripada separuh bulatan dunia. Pakar bahasa

menggolongkan keluarga bahasa Austonesia kepada empat cabang yang utama iaitu

Cabang Indonesia (istilah linguistik, bukan unit politik), tetapi sekarang lebih dikenali

sebagai Cabang Nusantara, Cabang Polinesia, Cabang Malenesia dan Cabang Mikronesia.

Cabang-cabang keluarga bahasa Austronesia dapat digambarkan dalam rajah yang berikut

:

Keluarga Bahasa Austronesia

Cabang Indonesia

Cabang Cabang Cabang

Atau Nusantara Polinesia Malenesia Mikronesia

Namun, menurut Asmah Haji Omar, rumpun Melayu-Polinesia (Austronesia) yang

terpecah kepada dua iaitu rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) dan rumpun

Austronesia Timur (Ocenesia). Keluarga bahasa Ocenia boleh terbahagi kepada tiga

subkeluarga bahasa, iaitu Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.

Bahasa Melayu yang tergolong dalam keluarga Austronesia telah dituturkan oleh

penduduk di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan beberapa kawasan di

dunia ini. Dianggarkan bahasa Melayu kini telah berusia lebih 1300 tahun. Jumlah penutur

bahasa Melayu dikatakan berjumlah lebih kurang 250 juta orang dan dikatakan bahasa

keempat terbesar di dunia di samping berperanan dalam penyebaran agama Islam.

4

Page 5: BM 6 ISI

2.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13.

Sebelum wujudnya bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu yang digunakan dikenal sebagai

bahasa Melayu purba.Bahasa Melayu purba tidak memiliki tulisan tetapi hanya wujud

dalam bentuk lisan. Namun, disebabkan pengaruh budaya Hindu, bahasa Melayu purba

akhirnya memperoleh aksara untuk disampaikan dalam bentuk tulisan. Kemasukan budaya

Hindu ke Alam Melayu melalui para pedagang dan penyebar agama Hindu yang singgah di

Nusantara sejak abad pertama Masihi telah menggalakkan penggunaan bahasa Sanskrit

ke dalam bahasa Melayu purba. Menurut Ismail Hussein, melalui pengaruh bahasa

Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Daripada bahasa

masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu

mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana yang berupaya menyampaikan

idea-idea baharu yang tinggi.

Selain itu, budaya Hindu memperkenalkan tulisan dalam bahasa Melayu kuno, iaitu

tulisan Palava, Nagiri dan Kawi yang mengevolusikan bahasa Melayu purba menjadi

bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu kuno memainkan peranan yang penting dan

berkembang pesat pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada zaman tersebut, bahasa Melayu

mencapai kegemilangannya yang pertama. Penemuan beberapa buah batu bersurat pada

zaman Sriwijaya serta catatan-catatan daripada para pengembara dan rahib Buddha

seperti I-Tsing dan Wu-Hing membuktikan bahawa bahasa Melayu kuno digunakan

sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya. Pada masa yang sama, bahasa Melayu kuno

juga digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk perhubungan umum dan perdagangan.

Lebih-lebih lagi, catatan I-Tsing menyatakan bahasa Melayu kuno digunakan sebagai

bahasa penghantar untuk mengajarkan tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha.

Zaman bahasa Melayu kuno berakhir pada abad ke-13 apabila kerajaan Majapahit

yang berpusat di Jawa didirikan pada akhir tahun 1293. Pada masa itu, bahasa Jawa

memainkan peranan yang utama. Namun demikian, pengaruh politik kerajaan Majapahit

tidak mampu memalapkan kedudukan bahasa Melayu di rantau ini. Di beberapa daerah di

pesisir Sumatera, khususnya di Jambi, masih terdapat negeri Melayu yang mengekalkan

kebudayaan dan bahasa Melayu walaupun ditakluki oleh Majapahit. Malah, bahasa Melayu

kuno terus kekal berperanan sebagai lingua franca (bahasa perantaraan) mengatasi

5

Page 6: BM 6 ISI

bahasa Jawa kuno kerana bahasa Melayu kuno bersifat sederhana dan mudah menerima

pengaruh luar serta tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat. Di samping itu,

bahasa Melayu kuno mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa

Jawa kuno.

2.2 BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO

Terdapat beberapa jenis cara untuk membuktikan kewujudan bahasa Melayu. Bagi

bahasa Melayu kuno, bukti bertulisnya terdapat pada beberapa buah batu bersurat.

Contohnya, Batu Bersurat Kedudukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat

Kota Kapur dan juga Batu Bersurat Karang Brahi.

Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 605 Tahun Saka dijumpai di kaki Bukit

Siguntang. Bahasa yang terkandung dalam batu bersurat ini ialah bahasa Melayu

bercampur dengan bahasa Sanskrit. Batu bersurat ini menggunakan 10 baris ayat dalam

tulisan Palava. Bukti yang seterusnya ialah batu bersurat Talang Tuwo. Batu bersurat ini

bertarikh 684 Masihi dan dijumpai Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang oleh

L.C.Westtenenk pada 17 November 1920. 14 baris ayat dalam huruf Palava telah dipahat

di atas batu bersurat tersebut. Rentetan daripada itu, batu Bersurat Kota Kapur yang

bertarikh 686 Masihi telah dijumpai di Pulau Bangka oleh J.K van der Meulen di Kota Kapur

pada tahun 1892. Batu bersurat ini terletak jauh dari Palembang dan dipercayai dibawa ke

pulau tersebut. 10 baris ayat dalam tulisan Palava telah diukir di atas batu yang berbentuk

tiang.Batu bersurat yang keempat ialah Batu bersurat Karang Brahi yang bertarikh 692

Masihi telah dijumpai di Meringin, daerah hulu Jambi oleh L.Berkhout. Batu bersurat ini

mengandungi 16 baris ayat dan banyak menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan

bahasa Sanskrit. Kandungannya hampir sama dengan kandungan Batu Bersurat Kota

Kapor iaitu menyeru dewa-dewa agar melindungi kerajaan Srivijaya serta memberikan

kebahagian kepada mereka yang mengabdikan diri kepada kerajaan dan mengutuk mereka

yang tidak setia.

Selain empat buah batu bersurat tersebut, terdapat beberapa buah batu bersurat atau

prasasti lain yang dapat dijadikan bahan bukti kewujudan bahasa Melayu kuno pada zaman

kerajaan Sriwijaya. Antaranya termasuklah batu bersurat di Gandasuli, Bengkahulu, Joreng

dan Padang Lawas, sebuah patung gangsa di sekitar Padang Lawas, Tanapuli yang

6

Page 7: BM 6 ISI

mempunyai tulisan pada kaki alas serta sebuah patung di Padang Rocore yang mempunyai

tulisan pada bahagian belakang patung.

2.3 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno

Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh, iaitu batu bersurat di

Kedudukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi menggunakan tulisan atau

skrip Palava.

Menurut Casparis, tulisan Palava pada batu-batu bersurat tersebut merupakan jenis

Palava Kemudian yang digunakan di Kepulauan Melayu dari abad ketujuh sehingga

bahagian separuh pertama abad kelapan Masihi. Skrip Palava ini pada asalnya ialah skrip

Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab-kitab

dalam bahasa Sanskrit di India Selatan. Casparis mengistilahkan skrip ini sebagai skrip

Palava kerana skrip India ini digunakan pada zaman raja-raja Palava sekitar abad keempat

Masihi. Berbeza dengan skrip Palava Awal yang menggunakan aksara besar-besar, tulisan

Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara

dua garis lulus.

Selain tulisan Palava, bahasa Melayu kuno juga ditulis dengan tulisan Nagiri yang

berasal dari utara India. Tulisan Nagiri ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli.

Satu lagi tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi.

Menurut Jensen, nama Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi yang bermaksud

“pensyair”. Jensen berpendapat bahawa skrip Kawi ini bersumberkan skrip Pali Kyoktsa

yang berasal daripada skrip Brahmi Purba di India. Tulisan Kawi yang berbentuk kursif ini

pada peringkat awal ditulis pada daun lontar. Kemudian, tulisannya diubahsuaikan dan

diukir pada batu. Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (bertarikh 1179

M) dan di Padang Lawas (bertarikh 1213 M), yang kedua-duanya terletak di Tapanuli,

Sumatera Utara.

Kosa Kata dalam Bahasa Melayu Kuno

Daripada 50 baris teks bahasa Melayu kuno yang tertera pada batu-batu bersurat abad

ketujuh, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri kosa kata bahasa Melayu kuno. Salah satu

aspek yang paling ketara ialah bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa

7

Page 8: BM 6 ISI

Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu, malah

melalui pengaruhnya, bahasa Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana

(bahasa ilmu). Bahasa Melayu kuno mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya

pengaruh agama Hindu-Buddha serta kekurangan kosa kata Melayu untuk

mengungkapkan konsep-konsep baru. Di samping itu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa

bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi juga menyebabkan bahasa Melayu kuno

mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata, beberapa

ciri yang jelas dalam bahasa Melayu kuno dapat dikesan. Ciri-ciri ini dapat diselidiki

daripada sudut fonologi, morfologi dan makna perkataan tersebut.

Ditinjau daripada segi fonologi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem

yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu

moden. Antaranya

Penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/.

Contohnya, “wulan” dalam bahasa Melayu kuno dibaca “bulan” dalam bahasa Melayu

moden.

Tidak ada bunyi e pepet atau vokal tengah dalam bahasa Melayu kuno. Bunyi ini

biasanya digantikan dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja.

Contohnya, “dngan” dalam bahasa Melayu kuno dibaca “dengan” dalam bahasa Melayu

moden.

Penggunaan bunyi sengauan gusi /n/ untuk sengauan lelangit keras /ny/ dalam bahasa

Melayu moden. Contohnya, “sawanakna” dalam bahasa Melayu kuno dibaca

“sebanyaknya” dalam bahasa Melayu moden.

Terdapat konsonan yang dihembuskan atau dieja dengan aspirasi seperti bh, th, kh, dh

sebagai akibat pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya, “bhakti” dalam bahasa Melayu

kuno dibaca “bakti” dalam bahasa Melayu moden.

Bunyi /h/ pada perkataan tertentu dalam bahasa Melayu kuno telah hilang dalam bahasa

Melayu moden. Contohnya, “hanau” dalam bahasa Melayu kuno dibaca “enau” dalam

bahasa Melayu moden.

Daripada segi morfologi, terdapat beberapa imbuhan dalam bahasa Melayu kuno

yang telah mengalami perubahan dalam bahasa Melayu moden.

8

Page 9: BM 6 ISI

Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu

moden. Contohnya, “marlapas” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “berlepas” dalam

bahasa Melayu moden.

Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno telah berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu

moden. Contohnya, “nitanam” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “ditanam” dalam

bahasa Melayu moden.

Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam

bahasa Melayu moden. Contohnya, “niparwuat” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan

“diperbuat” dalam bahasa Melayu moden.

Apitan par-…-an berubah menjadi per-…-an dalam bahasa Melayu moden. Contohnya,

“parsumpahan” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “persumpahan” dalam bahasa

Melayu moden.

Kata kerja aktif ditandai awalan ma- dan mang- dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya,

“mawawa” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “membawa” dalam bahasa Melayu

moden.

Terdapat akhiran -i yang sama dengan bahasa Melayu moden dan lazimnya hadir

bersama-sama dengan awalan. Contohnya, “manghidupi” dalam bahasa Melayu kuno

dijadikan “menghidupi” dalam bahasa Melayu moden.

Tambahan pula, terdapat dua imbuhan dalam bahasa Melayu kuno yang sudah tidak

dipakai dalam bahasa Melayu moden, iaitu awalan maka- dan akhiran -a. Contohnya,

“makasakit” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “menjadi sakit” dalam bahasa Melayu

moden serta “datua” dalam bahasa Melayu kuno dijadikan “tanggungjawab menjadi datu”

dalam bahasa Melayu moden.

Sementelahan itu, terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah tidak dipakai

dalam bahasa Melayu moden. Antaranya, “tuwi” dalam bahasa Melayu kuno yang

bermaksud “dengan” dalam bahasa Melayu moden serta “parlak” dalam bahasa Melayu

kuno yang bermaksud “kebun” dalam bahasa Melayu moden.

Terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang juga sudah mengalami perubahan

makna dalam bahasa Melayu moden. Antaranya, “kita” dalam bahasa Melayu kuno telah

menjadi “kamu’ dalam bahasa Melayu moden.

9

Page 10: BM 6 ISI

Antara perkataan bahasa Melayu yang masih digunakan sehingga kini termasuklah

aku, aur, banyak, bawa, datu, jangan, kayu, lepas, mula, orang, seribu dan lain-lain lagi.

3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Sebelum memasuki zaman bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu telah mengalami

satu zaman transisi yang dikenal sebagai Zaman Bahasa Melayu Praklasik. Zaman

praklasik ini dikatakan bermula pada abad ke-11 dan berlanjutan hingga abad ke-14. Pada

zaman tersebut, pengaruh Islam atau Arab terhadap bahasa Melayu amat ketara. Adunan

daripada kebudayaan India dan kebudayaan Arab menghasilkan bahasa Melayu yang

bercampur aduk Bahasa yang digunakan masih bahasa Melayu kuno dengan pengaruh

bahasa Sanskrit tetapi pada masa yang sama telah diresapi oleh istilah-istilah Islam atau

kosa kata bahasa Arab. Aksara yang digunakan masih skrip Kawi tetapi bentuknya sudah

menampakkan sifat kearaban, iaitu lebih kursif dan bundar. Dari zaman transisi ini, bahasa

Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri,

iaitu aksara Jawi yang dinamakan bahasa Melayu klasik.

Zaman Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19, iaitu

bermula dari Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu sehinggalah zaman karya Abdullah

Munsyi. Bahasa Melayu klasik ini mencapai kegemilangannya pada zaman kerajaan

Melaka zaman kerajaan Aceh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu

berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana pengaruh politik Melayu

membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah. Selain itu, bahasa Melayu yang

digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya

serta perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang

membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan

undang-undang juga mengakibatkan bahasa Melayu berkembang pesat pada zaman

Melaka.

Pada Zaman Bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu mengekalkan peranannya

sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di Kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa

Melayu sebagai lingua franca di Alam Melayu pada abad ke-16 dapat dibuktikan daripada

Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Penyusunan

itu dilakukan beliau untuk memudahkan hubungan perdagangan antara orang Barat

10

Page 11: BM 6 ISI

dengan penduduk tempatan. Kata-kata yang didaftarkan dalam daftar kata itu pula adalah

berdasar pada bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk Pulau Tidore. Kedudukan

Pulau Tidore yang begitu jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa

luasnya penyebaran bahasa Melayu pada ketika itu. Bukti lain yang menunjukkan pengaruh

bahasa Melayu klasik pada abad ke-16 terdapat pada catatan Jan Huyghen Van

Linschoten, seorang Belanda yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592.

Beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat harum

namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri

Timur yang lain sehinggakan orang yang tidak mengetahui bahasa Melayu di Alam Melayu

disamakan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada

masa itu.

Selain berfungsi sebagai lingua franca, bahasa Melayu klasik digunakan sebagai

bahasa pentadbiran atau bahasa rasmi. Sebagai buktinya, bahasa Melayu klasik digunakan

dalam urusan surat-menyurat antara raja di Kepulauan Melayu, antara raja Melayu dengan

raja negara asing dan antara raja Melayu dengan para pedagang Eropah. Perkembangan

bahasa Melayu klasik juga memperlihatkan zaman keintelektualan Melayu. Di Aceh,

bahasa Melayu digunakan dalam penulisan sastera tasawuf, syair sufi, falsafah, sejarah

dan karya ketatanegaraan. Hal ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu klasik turut

berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Hakikatnya, bahasa Melayu klasik memainkan peranan yang lebih luas berbanding

dengan bahasa Melayu kuno. Selain berfungsi sebagai bahasa perantaraan dan

pentadbiran, bahasa Melayu klasik menonjolkan peranannya sebagai bahasa ilmu, iaitu

sebagai wahana untuk bidang kesusasteraan, ajaran dan falsafah Islam, undang-undang,

sejarah dan ketatanegaraan.

3.2 BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Bahan-bahan bukti penggunaan bahasa Melayu klasik terdapat pada Batu Bersurat

Terengganu, surat-surat awal dan karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman

bahasa Melayu klasik.

Batu Bersurat Terengganu

Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat, dekat Kuala Berang, Terengganu kira-

kira pada tahun 1899. Syed Muhammad Naquib al-Attas menetapkan bahawa tarikh yang

11

Page 12: BM 6 ISI

tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 Hijrah (22 Februari 1303 M).Berdasarkan

tarikh tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa orang Melayu di sebelah pantai timur

Semenanjung Malaysia telah memeluk agama Islam lebih dahulu daripada orang Melayu di

sebelah pantai barat.

Fakta ini membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke pantai timur bukan dari

Melaka tetapi dari negara China, iaitu oleh ahli perdagangan dan hulubalang Cina yang

beragama Islam. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini ialah tulisan Jawi. Kosa kata

yang digunakan memperlihatkan percampuran kata asli bahasa Melayu dengan kata

pinjaman bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab. Kandungan batu bersurat ini adalah tentang

suatu perintah yang mengumumkan beberapa syarat undang-undang yang terkandung

dalam sembilan atau sepuluh bahagian. Pengaruh Islam amat ketara kerana kata-kata

permulaannya menyeru raja dan orang besar supaya yakin dan berpegang teguh pada

ajaran Rasulullah dan Islam. Selain itu, batu bersurat itu mencatatkan undang-undang

hutang piutang dan hukuman kesalahan berzina yang boleh dikenakan kepada raja dan

rakyat jelata berasaskan hukuman Islam.

Surat-surat Awal dalam Bahasa Melayu Klasik

Bukti dalam bentuk surat melibatkan surat-surat yang dikirimkan oleh para raja

Melayu dalam hubungannya dengan raja Melayu lain, dengan raja negara asing dan

dengan pedagang Eropah. Dalam Sejarah Melayu, tercatat dua pucuk surat yang dihantar

oleh Sultan Mansor Syah, iaitu satu kepada raja Siam dan satu lagi kepada Maharaja Cina.

Sultan Mansor Syah begitu berhati-hati semasa menentukan kandungan surat kepada raja

Siam, seperti titah baginda: “Kehendak kita, sembah pun jangan, salam pun tidak, surat

kasih pun jangan.”

Surat-surat awal ini ditulis dengan tulisan Jawi dan sesetengahnya tersimpan

sehingga kini. Antaranya termasuklah:

dua pucuk surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (1521 M & 1522 M)

surat Sultan ‘Ala al-Din Syah kepada Kapten Harry Middleton (1602 M)

surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (mungkin Sir James

Lancester) bertarikh 1602 M

surat Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England

(1615 M)

surat Raja Ambon (1658 M)

12

Page 13: BM 6 ISI

surat Sultan Banjar Fu’ad Qasad al-Khair kepada Raja Besar Karang Asam di

Sasak (1813 M)

Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal

Surat ini merupakan teks tertulis di atas kertas yang paling tua dijumpai. Kedua-dua

pucuk surat ini menggunakan tulisan Jawi. Surat yang bertarikh 1521 dan 1522 ini telah

dikirimkan oleh Sultan Abu Hayat kepada John III. Kedua-dua pucuk surat ini dianggap

sebagai surat emas kerana bahasa yang digunakan amat halus, beradab, bersopan-santun

dan disusun dengan teratur dari semua segi seperti permilihan kata, letak kepala surat,

puji-pujian pembuka surat dan sebagainya.

Surat Sultan ‘Ala al-Din Syah kepada Kapten Harry Middleton

Surat bertulisan jawi itu dihantar kepada Harry Middleton, ketua kapal Susan yang tiba

di Aceh untuk membeli rempah.

Surat Izin Perniagaan Sultan Aceh kepada Nakhoda Inggeris (Mungkin Sir James Lancester)

Surat izin perniagaan yang dikeluarkan oleh seorang Sultan Aceh kepada pedagang

Inggeris yang bernama Sir James Lancester pada tahun 1602. Warkah ini mengandungi

beberapa peraturan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris yang datang berdagang

dan juga masyarakat tempatan. 

Larangan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris ialah mereka ialah

sekiranya hutang mereka belum dibayar, mereka tidak dibenarkan belayar melainkan

mereka telah dijatuhkan hukum oleh hakim terlebih dahulu. Manakala masyarakat

tempatan diarah untuk berbuat baik dengan orang Ingglitir dan berurus niaga dengan

mereka. Di samping itu, masyarakat tempatan juga mesti menolong orang Ingglitir jika

ditimpa kecelakaan di laut tetapi barang-barang yang diselamatkan tidak boleh diambil

melainkan diberi sebagai hadiah. Seterusnya, orang Inglitir yang mewasiatkan hartanya

hendaklah disimpan wasiatnya dan diserahkan kepada pemiliknya.

Selain surat-surat yang dikirimkan oleh raja-raja Melayu itu, terdapat surat-surat yang

bukan dibuat oleh raja-raja Melayu. Antaranya termasuklah surat perjanjian jual beli yang

bertarikh 1600 M dan surat Perisytiharan Lord Minto yang bertarikh 1811 M. Surat-surat

13

Page 14: BM 6 ISI

yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu dan aksara Jawi ini membuktikan

bahawa bahasa Melayu pada abad ke-16 hingga abad ke-19 telah dikuasai oleh orang

Barat dengan baik. Fakta ini sekali gus menunjukkan bahawa bahasa Melayu pada zaman

tersebut telah digunakan dalam hubungan antarabangsa dan diplomatik.

14

Surat Sultan Ternate kepada Raja

Page 15: BM 6 ISI

15

Surat Sultan Ternate kepada Raja

Page 16: BM 6 ISI

Karya-karya Sastera dalam Bahasa Melayu Klasik

Pada Zaman Kesultanan Melaka, pujangga-pujangga istana telah diarah oleh Sultan

Mansur Shah untuk menyalin naskah-naskah tertentu atau mengarang karya-karya sastera.

Sementelahan itu, pujangga-pujangga turut diarah untuk menterjemah hasil kesusasteraan

Arab dan Parsi seperti kitab Dar al Mazlum yang ditulis oleh Maulana Abu Ishak, seorang

ulama dari makkah, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai. Rentetan itu,

sebuah karya agung telah dihasilkan, iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.

Walaupun tarikh yang tercatat menunjukkan bahawa teks ini dihasilkan pada 1612 M, iaitu

pada zaman Johor, tetapi kisah yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini menunjukkan

bahawa teks ini terhasil di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511

M).Teks undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut juga

dihasilkan oleh cendekiawan-cendekiawan Islam dalam Zaman Kegemilangan Kesultanan

Melaka.

Selepas kejatuhan kerajaan Melaka, pusat perkembangan bahasa Melayu berpindah

ke Aceh. Di Aceh, bahasa Melayu digunakan dalam penulisan sastera tasawuf, syair sufi,

falsafah dan karya ketatanegaraan. Antara tokoh penulis yang penting termasuklah

Hamzah Fansuri yang terkenal dengan karya-karyanya yang berjudul Syair Dagang, Syair

Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Perahu, Syair Syarab al-Asyikin;

Syamsuddin al-Sumaterani yang terkenal dengan karya-karyanya yang berjudul Mirat al-

Mukminin, Miratul Iman, Syarah Rubai Hamzah Fansuri; Syeikh Nuruddin al-Raniri yang

terkenal dengan karya-karyanya yang berjudul Siratul Mustakim, Asrar al-Insan, Bustan al-

Salatin serta Abdul Rauf al-Singkel yang terkenal dengan karyanya yang berjudul Mirat al-

Tulub.

Perkembangan bahasa Melayu seterusnya berpindah ke Johor-Riau.

Perkembangannya berpusat di Pulau Penyengat. Tokoh penulis yang penting pada waktu

itu ialah Raja Ali Haji.Selain karya sastera yang mengikut zaman kerajaan tersebut,

terdapat beberapa buah karya sastera lain dalam bahasa Melayu klasik. Antara yang

terkenal termasuklah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri

Rama, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik

Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Panji Semerang.

16

Page 17: BM 6 ISI

3.3 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Klasik

Pada zaman peralihan daripada bahasa Melayu kuno kepada bahasa Melayu klasik,

sistem tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu masih menampakkan pengaruh

daripada kebudayaan India. Sebagai contohnya, Batu Bersurat Pagar Ruyung,

Minangkabau (1356 M) dan Batu Bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380 M) masih

menggunakan huruf yang berasal dari India. Namun demikian, apabila kebudayaan Islam

mula bertapak di Kepulauan Melayu, tulisan yang terdapat pada batu-batu bersurat yang

ditemukan sedikit demi sedikit mula memperlihatkan perubahan.

Pada mulanya, bahasa yang digunakan pada batu bersurat ialah bahasa Arab dan

menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi. Batu-batu bersurat yang bertulisan demikian

ditemukan di Pekan, Pahang (1020 M), di Wilayah Phanrang, Champa (1039 M) dan di

Bandar Seri Begawan, Brunei (1048 M). Batu bersurat lain yang menunjukkan penggunaan

tulisan Arab ialah batu nisan Sultan Malik al-Salleh yang bertarikh 1297 M. Batu nisan itu

ditulis dalam bahasa Arab dengan kaligrafi niski yang popular di India sekitar pertengahan

abad ke-13. Bukti pertama yang menunjukkan tulisan Arab mula digunakan dalam bahasa

Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu (1303 M). Tulisan yang digunakan untuk

mengeja teks berbahasa Melayu ini dikenal sebagai tulisan Jawi.

Tulisan Jawi ialah sejenis sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam

abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Sistem tulisan ini ditulis dari kanan

ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil. Bentuk huruf-hurufnya akan

berubah apabila ditulis secara tunggal atau berantai/bersambung. Dalam Daftar Ejaan

Melayu oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf.

Sebaliknya, dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986), jumlah hurufnya

ialah 35. Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988), jumlah hurufnya ialah 37.

Daripada 37 huruf Jawi tersebut, enam huruf tambahan ialah (ca), (nga), (pa),

(ga), (nya) dan (va). Huruf (ca), (nga), (pa), (ga) dan (nya) sudah terdapat

pada Batu Bersurat Terengganu (1303 M). Huruf (va) ditambah oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) sebagai keputusan

daripada Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984.

17

Page 18: BM 6 ISI

Dengan adanya pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan

kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab. Peminjaman/

penyerapan kosa kata ini perlu untuk menyatakan pemikiran baru tentang agama Islam.

Namun demikian,hal ini tidak pula bermakna perkataan-perkataan bahasa Melayu kuno

dan istilah-istilah Sanskrit dikesampingkan. Istilah-istilah tersebut tetap digunakan tetapi

konsepnya telah diubahsuaikan supaya sejajar dengan konsep Islam. Sebagai contohnya,

kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian Hindu kepada konsep yang

didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian al-Jannah, dan konsep neraka disesuaikan

dengan pengertian an-Nar. Demikian juga konsep kata-kata seperti dosa, pahala dan

puasa diubahsuaikan supaya mengikut konsep Islam yang terdapat dalam al-Quran.

Tatabahasa

Ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu Klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan

perkataan, imbuhan dan struktur ayat.

Daripada aspek penggunaan perkataan, bahasa Melayu klasik banyak menggunakan

bahasa istana, kosa kata klasik, kata pangkal ayat (perdu perkataan), partikel atau kata

penegas -lah dan pun serta kosa kata daripada bahasa Arab.

Contoh penggunaan bahasa istana dalam bahasa Melayu klasik.

“santap” dalam bahasa Istana bermaksud “makan” dalam bahasa Biasa.

Contoh penggunaan kosa kata klasik dalam bahasa Melayu klasik.

“masyghul” dalam bahasa Melayu klasik bermaksud “dukacita/sedih” dalam bahasa

Melayu moden.

Penggunaan kata pangkal ayat (perdu perkataan) dalam bahasa Melayu klasik pula

terlihat menerusi penggunaan kata-kata seperti Alkisah, Sebermula, Hatta, Adapun,

Syahadan, Maka dan Arakian. Seterusnya, penggunaan partikel atau kata penegas -lah

dan pun dalam bahasa Melayu klasik terlihat pada frasa seperti tersebutlah perkataan, batu

pun habis berpelantingan dan lain-lain. Manakala penggunaan kosa kata daripada bahasa

Arab terlihat melalui pemakaian kata-kata Allah taala, makhdum, daulat, wallahualam,

takzim, ainulbanat dan sebagainya.

Daripada segi penggunaan imbuhan pula, awalan mar- dan ni- dalam bahasa Melayu

kuno telah digantikan dengan awalan ber- dan di- dalam bahasa Melayu klasik. Sebagai

18

Page 19: BM 6 ISI

contohnya, kata marlapas telah digantikan dengan kata berlepas manakala kata niparwuat

telah digantikan dengan kata diperbuat.

Ditinjau daripada segi sudut sintaksis pula, beberapa ciri ayat bahasa Melayu klasik

dapat dikesan. Antaranya termasuklah banyak menggunakan ayat majmuk yang panjang-

panjang, bertele-tele serta memasukkan kata-kata yang tidak berfungsi dalam penulisan.

Contohnya “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi

terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang

tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.” Sementelahan itu,

bahasa Melayu klasik dari sudut sintaksis banyak menggunakan ayat songsang dengan

pendepanan prediket sebagai akibat pengaruh tatabahasa bahasa Arab. Contohnya “Maka

berperanglah Feringgi dengan orang Melaka …”. Lebih-lebih lagi, bahasa Melayu klasik

juga banyak menggunakan ragam ayat pasif. Contohnya “ Maka dilihatlah tanah nagara

bukit menjadi seperti warna emas.”

19

Page 20: BM 6 ISI

4.1 TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Permulaan zaman

bahasa Melayu moden ditandai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi. Namun demikian,

ada pengkaji yang berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman

peralihan daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden. Menurut mereka,

zaman bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20.

Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa

Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan

umum, bahasa penghantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Tahap perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada zaman bahasa

Melayu moden pramerdeka dan zaman bahasa Melayu moden pascamerdeka.

4.2 BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,

pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa penghantar di pusat pendidikan Islam.

Pada awal pemerintahan British, kedudukan bahasa Melayu masih tidak tergugat,

malah tetap digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Pegawai

British yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus

dalam peperiksaan bahasa Melayu. Sebagai hasilnya, muncullah sarjana-sarjana bahasa

Melayu seperti R.O. Winstedt, R.J.Wilkinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marsden,

O.T.Dussek, W.G.Shellabear, J.Crawfurd dan A.M. Skinner.

Kedudukan bahasa Melayu mula terancam selepas Perang Dunia Kedua. British telah

mengubah dasar pendidikannya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa

penghantar dalam sistem pendidikan. Kononnya, bahasa Inggeris mempunyai nilai

ekonomi dan status yang tinggi berbanding dengan bahasa Melayu. Namun begitu,

perjuangan dan pengembangan bahasa Melayu terus dipelopori oleh cendekiawan

berpendidikan Melayu dan Arab. Mereka terdiri daripada wartawan, sasterawan,

budayawan, guru-guru dan ahli-ahli politik Melayu. Pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu

juga ditubuhkan untuk memperjuangkan dan memperkembang bahasa Melayu.

20

Page 21: BM 6 ISI

Tokoh-tokoh Penting Bahasa Melayu Moden Pramerdeka

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854)

Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka dan mendapat gelaran Munsyi pada

usia sebelas tahun. Beliau mendapatkan pendidikan Inggeris dan pemikirannya banyak

dipengaruhi oleh bangsa Inggeris. Beliau menghasilkan karya-karya berdasarkan

pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya. Misalnya, beliau mengkritik golongan raja

dan pembesar yang menindas golongan rakyat. Beliau juga menyentuh sikap orang Melayu

yang kurang mengambil berat bahasa Melayu dan tidak berusaha mempelajari bahasa

ibunda sendiri.

Daripada segi gaya bahasa, Abdullah Munsyi menggunakan bahasa perbualan

sehari-hari yang mudah difahami. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasanya masih

terpengaruh oleh bahasa Melayu klasik dengan penggunaan kata-kata pangkal ayat seperti

maka, sebermula, syahadan, arakian dan sebagainya. Beliau turut menterjemahkan

Hikayat Kalilah dan Daminah daripada bahasa Tamil serta menerbitkan Sejarah Melayu

dengan memberikan pengenalan sendiri.

Raja Ali Haji (1809-1870)

Raja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau di Riau yang pada

ketika itu menjadi pusat kebudayaan dan ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu.

Beliau berpendidikan Arab dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam agama Islam.

Latar belakang pendidikan yang diterimanya membolehkan beliau menghasilkan karya

dalam bidang bahasa, sejarah, sastera, agama dan undang-undang.

Dua buah karya bahasa Raja Ali Haji yang penting ialah Bustanul Katibin Lissubyanil-

muta’alimi (Kitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar

akan Dia) dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji telah meletakkan asas pembinaan

dan pembakuan bahasa Melayu dan dianggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang

pertama. Antara kitab sejarah penting yang dihasilkan oleh beliau ialah Kitab Salasilah

Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang Bernilai).

Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1876-1955)

Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura

dan merupakan tokoh persuratan Melayu Johor. Antara sumbangan penting beliau kepada

perkembangan bahasa Melayu moden termasuklah menjadi penunjang Pakatan Bahasa

21

Page 22: BM 6 ISI

Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan). Pada tahun 1934, beliau menghidupkan

Pakatan semula dengan menggerakkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan Pakatan.

Atas usaha beliau, banyak buku dapat dihasilkan oleh Pakatan dalam siri Peredar. Selain

menulis buku dan makalah untuk Pakatan, Mohd.Said turut menulis makalah-makalah

untuk Malayan Branch of the Royal Asiatic Society dan majalah terbitannya sendiri, Pelangi

pada tahun 1926. Dalam bidang bahasa, karya-karya beliau meliputi bidang perkamusan,

ejaan, tatabahasa dan penggunaan bahasa.

Atas sumbangan Mohd.Said dalam bidang persuratan Melayu, amnya, dan

persuratan Melayu Johor, khususnya, beliau dikurniai bintang kebesaran Seri Mahkota

Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor. Seterusnya, beliau mendapat penghormatan

tertinggi daripada D.Y.M.M. Sultan Ibrahim dengan kurniaan “Kerabat Diraja”.

Zainal Abidin Ahmad (1895-1973)

Beliau lebih dikenal sebagai Za’ba. Selain Za’ba, beliau turut menggunakan beberapa

nama samaran lain seperti Anak Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. Za’ba

merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan dalam bidang tatabahasa. Buku

tatabahasa Beliau, Pelita Bahasa Penggal I,II dan lll, menjadi buku rujukan utama di

sekolah-sekolah Melayu dan maktab perguruan. Karya bahasa lain yang dihasilkan oleh

beliau ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan Jawi, Daftar Ejaan Melayu Jawi-

Rumi, Ilmu Mengarang Melayu dan Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya.

Selain menghasilkan karya-karya, Za’ba juga memberikan sumbangan mengangkat

martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang dipegang oleh beliau. Antara jawatan

yang disandang beliau termasuklah Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat

Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Ketua Jabatan Pengajian Melayu di

Universiti Malaya dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan Za’ba yang lain

termasuklah memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di

Singapura serta perjuangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi negara.

Atas sumbangan Za’ba dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu, beliau telah

dianugerahi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956)

serta Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya (1959) dan Universiti

Kebangsaan Malaysia (1973). Pada tahun 1962, beliau dianugerahi oleh DYMM Yang di-

22

Page 23: BM 6 ISI

Pertuan Agong dengan darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

kepadanya.

Pertubuhan-pertubuhan Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau Pakatan)

Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1888 dan merupakan pertubuhan bahasa yang

pertama untuk mengembangkan bahasa Melayu. Pengasas pertubuhan ini ialah Datuk Seri

Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi.Pada peringkat

awal penubuhannya, aktiviti utama pertubuhan ini ialah mengadakan majlis-majlis ceramah

dan perbincangan tentang pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu seperti persoalan ejaan dan

perkataan, sesuai dengan konsep belajar dan mengajar pertubuhan tersebut.

Pada akhir abad ke-19, kegiatan Pakatan agak lembap kerana kekurangan sambutan

dan menghadapi masalah kewangan. Pertubuhan ini dihidupkan semula untuk kali kedua

pada tahun 1934. Pada 14 April 1935, pertubuhan ini diberi gelaran “Diraja” oleh Sultan

Johor, Sultan Ibrahim. Susulan daripada gelaran itu, nama pertubuhan ini ditukar menjadi

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD). Matlamat PBmPBD

adalah untuk memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu dengan

menyeragamkan ejaan, mencipta perkataan baharu, menyediakan daftar kata (gugus

katan) dan memelihara ejaan Jawi.Kegiatan utamanya ialah menerbitkan buku, membentuk

istilah dan mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan. Pada masa tersebut,

Mohd. Said Sulaiman menjadi tonggak utama yang menggerakkan aktiviti PBmPBD. Beliau

banyak menyumbang makalahnya dalam jurnal PBmPBD, Peredar, di samping

menghasilkan buku-buku untuk diterbitkan oleh PBmPBD.

Antara tahun 1935-1947, PBmPBD berjaya menerbitkan 34 buah buku. PBmPBD juga

telah menggubal istilah bagi perkara yang belum mempunyai istilah dalam bahasa Melayu.

Antara istilah yang dicipta oleh PBmPBD termasuklah jurucakap, setiausaha dan kerja

raya. Sehubungan itu, PBmPBD mengeluarkan peraturan melarang anggota-anggotanya

mengeja atau menyebut sesuatu perkataan selain yang telah ditetapkan oleh PBmPBD.

Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)

Pertubuhan ini bermula dengan ruangan “Sahabat Pena” dalam akhbar Saudara pada

tahun 1934. Pengarang Saudara, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, telah mengembangkan

aktiviti Sahabat Pena dengan menubuhkan Persekutuan Pena yang kemudiannya ditukar

23

Page 24: BM 6 ISI

nama menjadi Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM). Tujuan pertubuhan ini

adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara pencinta bahasa Melayu serta

menggalakkan penulisan dan pembacaan buku-buku bahasa Melayu. Oleh sebab akhbar

Saudara mempunyai edaran yang luas, maka keahlian PASPAM lebih menyeluruh

berbanding dengan PBmPBD yang hanya terbatas di negeri Johor. Dengan demikian,

PASPAM dapat menganjurkan kegiatan pada peringkat kebangsaan.

Pada 11 November 1934, buat pertama kalinya PASPAM berjaya menganjurkan

persidangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu yang diadakan di Taiping, Perak.

Pada tahun 1938, untuk mengkhususkan kegiatan dalam bidang bahasa dan persuratan,

PASPAM telah menubuhkan Lembaga Bahasa. Antara kegiatan Lembaga Bahasa

termasuklah menerbitkan buku dan kamus Melayu, membeli karangan daripada ahli-ahli

PASPAM, mengadakan peraduan karang-mengarang dan menggunakan perkataan Melayu

baru daripada perkataan bahasa Inggeris.

PASPAM berjaya menyebarkan semangat persaudaraan dalam kalangan ahlinya di

seluruh Tanah Melayu menerusi kegiatan persuratan dan kebahasaan yang dianjurkannya.

Perhubungan melalui surat-menyurat dalam kalangan ahli memberikan latihan karang-

mengarang kepada anggota PASPAM. Selain itu, kegiatan kebahasaan dan persuratan

PASPAM tersebar melalui pelbagai majalah yang diterbitkan oleh cawangan-cawangannya.

Pejabat Karang Mengarang

Pertubuhan ini ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1924.

Pengasasnya ialah Pengetua maktab tersebut. O.T.Dussek dan Za’ba. Za’ba dilantik

sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemahah Kanan Pejabat Karang Mengarang

manakala R.O.Winstedt dan O.T.Dussek menjadi penasihat. Tujuan penubuhan Pejabat

Karang mengarang adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan sekolah-

sekolah Melayu khususnya serta dalam kalangan masyarakat Melayu, amnya. Oleh itu,

kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan bahan-bahan bacaan

untuk masyarakat Melayu.

Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang berjaya menerbitkan 85 buah

buku untuk bacaan sekolah di bawah Malay School Series. Buku-buku teks yang

diterbitkan mencakup bidang ilmu penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah,

ilmu hisab, ilmu alam dan kesihatan. Di bawah The Malay Home Library Series pula,

24

Page 25: BM 6 ISI

sebanyak 64 buah buku untuk bacaan umum diterbitkan antara tahun 1929-1957.

Kebanyakan buku yang diterbitkan merupakan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris.

Sumbangan Pejabat Karang Mengarang yang mustahak ialah membina asas

pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang-mengarang dalam kalangan orang Melayu.

Penerbitan buku untuk sekolah dan bacaan umum banyak menyumbang kepada

perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di samping memajukan pendidikan orang

Melayu.

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

ASAS 50 merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya

kepada perancangan dan perkembangan bahasa. Persatuan penulis ini dibentuk oleh satu

angkatan penulis generasi muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A.Samad Ismail, Masuri

S.N., Asraf dan lain-lain) untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di

samping menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Perjuangannya tertumpu kepada

pembaharuan dalam sastera dengan slogan “Seni untuk Masyarakat” dan status politik

bahasa, iaitu perjuangan bahasa dan politik berjalan serentak.

ASAS 50 menghimpunkan persatuan bahasa, sastera dan budaya sehingga berjaya

menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama(1952) yang memutuskan

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu Kedua (1954) memutuskan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk

memudahkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Dalam Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50 mencadangkan penubuhan Balai Pustaka,

penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia serta bahasa Melayu dijadikan bahasa

penghantar di sekolah di samping diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan

dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.

Peranan ASAS 50 dalam pengembangan bahasa Melayu termasuklah aspek ejaan

dan peristilahan hingga mengangkat taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan persuratan amat penting ketika negara kita

sedang menuju kemerdekaan.

25

Page 26: BM 6 ISI

Peranan Akhbar dan Majalah

Sebelum kemerdekaan, pertumbuhan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu

begitu pesat kerana perkembangan lapangan pendidikan Melayu serta perkembangan alat

cetak.

Sejarah persuratkhabaran Melayu bermula pada tahun 1876 apabila akhbar pertama,

Jawi Peranakan, diterbitkan. Selepas kemunculan Jawi Peranakan, bilangan akhbar dan

majalah berbahasa Melayu terus bertambah sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.

Antara akhbar dan majalah yang wujud sebelum Perang Dunia Kedua termasuklah

Pengasuh, Al-Iman, Majalah Guru dan Panduan Guru. Kewujudan akhbar dan majalah ini

membolehkan karya berbahasa Melayu disalurkan kepada masyarakat Melayu, sekaligus

mengembangkan bahasa Melayu moden pada zaman pramerdeka.

4.3 BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

telah menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara itu. Sejajar

dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi

serta bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara. Untuk memikul tugas sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu, proses perancangan

bahasa telah dilakukan untuk membina dan memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang

lebih maju. Perancangan bahasa Melayu ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penubuhan dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah

Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956. Pada mulanya badan ini dikenal sebagai Balai

Pustaka tetapi atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Namanya

telah diubah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1959, Ordinan Dewan

Bahasa dan Pustaka diluluskan dan DBP dinaikkan statusnya menjadi badan berkanun.

Matlamat DBP, sebagaimana yang termaktub dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka

adalah untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat

kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, menerbitkan buku, kamus dan bahan-

bahan persuratan lain dalam bahasa kebangsaan, menyeragamkan ejaan dan sebutan

serta menggubal istilah di samping menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa

kebangsaan.

26

Page 27: BM 6 ISI

Perancangan bahasa oleh DBP bertumpu kepada penyelidikan bahasa dalam aspek

fonologi, kosa kata, sintaksis dan semantik serta peristilahan dengan memperkaya dan

memperlengkap bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan, budaya dan bahasa ilmu

tinggi. DBP juga fokus kepada perkamusan dengan menerbitkan pelbagai jenis kamus -

kamus umum ekabahasa, kamus umum dwibahasa, kamus istilah, kamus peribahasa dan

tesaurus. Lebih-lebih lagi, DBP fokus dalam pelaksanaan bahasa dengan menyebarkan

maklumat bahasa baku, memberikan khidmat nasihat dan galakan serta mengawasi

penggunaan bahasa Melayu.

4.4 PERANCANGAN BAHASA MELAYU MODEN

Perancangan bahasa di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka disebut sebagai

pembinaan dan pengembangan bahasa. Aktiviti-aktiviti perancangan bahasa Melayu terdiri

daripada perancangan taraf bahasa dan perancangan korpus bahasa.

Perancangan Taraf Bahasa

Perancangan taraf bahasa merujuk kepada usaha meluaskan dan meningkatkan taraf

penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Di Malaysia, usaha ini melibatkan

pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa

penghantar dalam sistem pendidikan negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu menetapkan bahawa: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan

hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-

undang oleh Parlimen”. Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disertai

dengan syarat-syarat seperti tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada

menggunakan, mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain, selama tempoh sepuluh tahun

selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,

bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri

tiap-tiap negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain dan selama tempoh sepuluh tahun

selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,

naskah yang sahih:

I. bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan

mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen

II. bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris

27

Page 28: BM 6 ISI

Antara perkara penting yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

termasuklah pertimbangan sewajarnya untuk mewujudkan satu bahasa rasmi negara iaitu

bahasa Melayu, pertimbangan sewajarnya untuk memelihara bahasa ibunda kaum lain

yang tinggal di negara ini supaya tidak ditindas, iaitu bahasa ibunda kaum masing-masing

boleh digunakan dalam hal tidak rasmi atau tidak formal dan pembelajaran bahasa ibunda

tidak dihalang serta penukaran bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi secara beransur-

ansur kepada bahasa Melayu untuk membolehkan bahasa Melayu berkembang sebelum

dapat mengambill tugas bahasa Inggeris.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah menguatkuasakan pelaksanaan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi, iaitu semua urusan kerajaan sama ada Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Akta ini memberikan beberapa kekecualian kepada

maksud “rasmi” dengan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk

membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara tertentu seperti

undang-undang, hubungan dengan negara asing, latihan yang disampaikan oleh pakar

asing, laporan, preskripsi dan arahan pembedahan serta urusan Jabatan Hasil Dalam

Negeri dalam perkara-perkara tertentu.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dinyatakan dalam Laporan Razak (1956) dan

kemudian dipertegas dalam Laporan Rahman Talib (1960) memperakukan bahawa bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara. Laporan

Razak mengesyorkan bahawa bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan

dijadikan syarat bantuan diberikan oleh kerajaan kepada semua sekolah. Bahasa Melayu

mesti dijadikan satu pelajaran yang penting untuk mendapat Sijil Rendah dan Sijil Pelajaran

Kebangsaan. Laporan Rahman Talib pula mengesyorkan supaya kelulusan dalam bahasa

Melayu sebagai syarat wajib untuk memasuki mana-mana skim latihan perguruan. Dasar

bahasa Melayu di universiti tempatan juga mewajibkan pelajar yang mengikuti pengajian di

universiti mestilah mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia. Akta Pendidikan 1996 mengekalkan bahasa Melayu sebagai

bahasa penghantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan

kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Bagi institusi pendidikan yang bahasa

penghantar utamanya bukan bahasa Melayu, bahasa Melayu hendaklah diajarkan sebagai

mata pelajaran wajib.

28

Page 29: BM 6 ISI

Perancangan Korpus Bahasa

Perancangan korpus bahasa juga diistilahkan sebagai perancangan bahan bahasa.

Perancangan korpus bahasa terdiri daripada dua bahagian, iaitu pengekodan atau

kodifikasi serta pemupukan.

PENGEKODAN/KODIFIKASI

Pengekodan bermaksud penyeragaman, iaitu usaha untuk menghasilkan satu variasi

bahasa baku atau standard yang sempurna. Di Malaysia, kodifikasi melibatkan aspek

ejaan, perkamusan, peristilahan dan tatabahasa.

Pengekodan Perkamusan

Dalam konteks perancangan bahasa, penyusunan kamus merupakan satu usaha

kodifikasi bahasa yang penting dalam proses pembinaan, pengembangan dan pembakuan

bahasa. Di Malaysia, tugas penyusunan kamus diberikan kepada DBP. Dalam matlamat

kelima undang-undang DBP tahun 1959, Bahagian (5) menyatakan bahawa DBP perlu

menyusun dan menerbitkan sebuah kamus dalam bahasa kebangsaan. Tiga program

utama penyusunan kamus yang diusahakan oleh DBP ialah program penyusunan kamus

ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah.

Pada peringkat awal, kamus yang perlu diterbitkan di DBP ialah kamus ekabahasa.

Kamus ekabahasa yang pertama diterbitkan ialah Kamus Dewan. Kerja-kerja penyusunan

Kamus Dewan telah dimulakan pada tahun 1963 dan edisi pertama kamus ini diterbitkan

pada tahun 1970. Kamus ini disusun bagi merakamkan perkembangan kosa kata bahasa

Melayu moden. Kamus yang menggunakan sistem ejaan Za’ba ini disusun oleh

sekumpulan penyusun kamus yang diketuai oleh Teuku Iskandar. Penyusunan kamus ini

juga telah mendapat khidmat seorang pakar, iaitu A.Teeuw yang dipinjamkan oleh

Universiti Leiden atas biaya UNESCO.

Sejak penerbitan edisi pertamanya, kamus ini telah disemak dan dikemaskinikan

sebanyak tiga kali. Pada tahun 1984, Kamus Dewan Cetakan Kedua telah diterbitkan.

Dalam cetakan kedua ini, sistem Ejaan Rumi Baru digunakan supaya sejajar dengan

pedoman serta senarai perkataan yang terdapat dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa

Malaysia (1981). Pada tahun 1989, pembaikan dan pengemaskinian terhadap Kamus

Dewan dilakukan dengan penghasilan Kamus Dewan Edisi Baru. Dalam edisi baharu ini,

kira-kira 2 000 patah kata, termasuk kata dasar dan juga kata terbitan, dipilih sebagai kata

29

Page 30: BM 6 ISI

masukan baharu. Penambahan ini telah memantapkan lagi kandungan kamus ini.

Seterusnya, DBP menyemak dan mengemaskinikan kandungan kamus ini pada tahun

1994. Sebagai hasilnya, lahirlah Kamus Dewan Edisi Ketiga yang memuatkan kira-kira 6

000 kata masukan baharu. Kata-kata baharu ini terdiri daripada kata umum, istilah umum

dalam pelbagai bidang ilmu, kata pinjaman Arab, kata dialek, kata klasik, kata slanga dan

sebagainya. Pembaikan dan pengemaskinikan terhadap Kamus Dewan akan dilakukan dari

semasa ke semasa, dengan penambahan kata entri dan pemindaan makna perkataan-

perkataan tertentu supaya makna yang diberikan lebih tepat dan jelas serta dapat

menggambarkan penggunaan bahasa Melayu moden yang sebenarnya.

Selain Kamus Dewan, DBP turut menerbitkan kamus pelajar. Kamus pelajar yang

pertama diterbitkan ialah Kamus Bahasa Malaysia pada tahun 1975. Kamus ini telah

diulang cetak pada tahun 1987 dan diberi nama Kamus Pelajar.

Selain kamus ekabahasa, DBP turut menerbitkan kamus dwibahasa pada tahun 1979,

iaitu Kamus Dwibahasa. Kamus ini telah dicetak sebanyak tiga kali. Kamus dwibahasa

yang disifatkan paling komprehensif ialah Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) yang

diterbitkan pada 14 Februari 1992 yang dikatakan setaraf dengan kamus-kamus di Eropah.

DBP turut menerbitkan kamus istilah bagi memperkaya dan memantapkan bahasa Melayu

di samping membuktikan kemampuan bahasa Melayu mengungkapkan ilmu sains.

Selain DBP, kamus turut diusahakan oleh orang perseorangan dan organisasi

penerbitaan. Antaranya Kamus Umum Bahasa Malaysia (1972) yang disusun oleh Yang

Kui Yee dan Kamus Fajar Rumi-Jawi (1984) yang disusun oleh Yunus Maris.

Pengekodan Ejaan

Sebelum wujudnya tulisan Jawi dan Rumi, bahasa Melayu telah mempunyai tradisi

tulisan, iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong.

Sarjana Inggeris yang mula-mula membincangkan ejaan bahasa Melayu ialah William

Marsden (1812) dalam bukunya A Grammar of Malayan Language. Dalam kajiannya,

Marsden mendapati bunyi ch, d, ng, p, g dan ny merupakan huruf-huruf yang ditambah oleh

orang Melayu pada 28 huruf Arab. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Ejaan yang diketuai

oleh R.J.Wilkinson berusaha membentuk satu sistem ejaan Rumi kerana ejaan Jawi

didapati tidak menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenarnya. Sistem

ejaan Rumi yang terhasil dikenal sebagai Ejaan Wilkinson.

30

Page 31: BM 6 ISI

Selepas Perang dunia Kedua, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dengan

kebijaksanaan Za’ba, telah menghasilkan suatu sistem ejaan yang dikenal sebagai Sistem

Ejaan Za’ba. Sistem ini merupakan gabungan Ejaan Wilkinson dengan beberapa

perubahan yang dilakukan oleh Za’ba. Sistem ini digunakan sebagai ejaan sekolah dan

ejaan rasmi kerajaan sehinggalah ejaan baru diisytiharkan pada tahun 1972. Pada zaman

Jepun, wujud pula satu lagi sistem ejaan yang dikenal sebagai Sistem Ejaan Fajar Asia.

Sistem ejaan ini kemudian digunakan secara rasmi oleh ASAS 50. Pada tahun 1956 pula,

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga menetapkan penggunaan sistem ejaan

Rumi baharu yang dikenal sebagai Ejaan Kongres. Ejaan Kongres ini mempunyai beberapa

persamaan denan Ejaan Fajar Asia seperti keharmonian vokal dan penulisan bentuk-

bentuk terikat tanpa menggunakan tanda sempang. Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu Ketiga itu juga menetapkan bahawa ejaan di Tanah Melayu dan Indonesia

hendaklah disamakan, peraturan ejaannya dipermudah dan kata-kata daripada bahasa

asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi Melayu.

Berdasarkan revolusi itu, satu rundingan telah diadakan di Jakarta pada tahun 1959

antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Syed

Nasir Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia

yang dipimpin oleh Dr.Slametmuljana. Hasil daripada rundingan ini, kedua-dua pihak telah

mencapai persetujuan untuk membentuk ejaan baru yang dinamakan Ejaan Melindo.

Sistem Ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya konfrontasi antara

Malaysia dengan Indonesia. Kegiatan untuk melaksanakan penyatuan ejaan disambung

semula setelah hubungan diplomatik dipulihkan pada tahun 1965. Kedua-dua pihak telah

mengkaji Sistem Ejaan Melindo semula dan akhirnya menolak sistem ejaan tersebut

kerana didapati tidak praktis dan tidak ekonomis. Kerjasama dalam usaha menyatukan

ejaan antara Malaysia dan Indonesia diteruskan sehingga berjaya menghasilkan sistem

ejaan bersama yang dikenal sebagai Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia. Sistem ejaan ini

diisytiharkaan secara rasmi serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Pada tahun 1975, DBP menerbitkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia yang

kemudiannya dibaiki dan diterbitkan dengan judul Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia

(1981). Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ini seterusnya dikemaskinikan sekali lagi pada

tahun 1988.

31

Page 32: BM 6 ISI

Terdapat beberapa perubahan yang ketara dalam sistem ejaan baharu berbanding

dengan sistem ejaan lama (Sistem Ejaan Za’ba). Antara perubahan tersebut termasuklah:

perubahan lima huruf konsonan. Contohnya, chabang dalam ejaan lama dijadikan

cabang dalam ejaan baru; dharurat dalam ejaan lama dijadikan darurat dalam ejaan

baru; ladzat dalam ejaan lama dijadikan lazat dalam ejaan baru; meshuarat dalam ejaan

lama dijadikan mesyuarat dalam ejaan baru serta mithal dalam ejaan lama dijadikan

misal dalam ejaan baru.

pengguguran atau penggantian penggunaan lambang koma di atas (‘) dan (’) dengan

huruf konsonan Rumi baru seperti “‘alam” dijadikan alam.

pengenalan tiga huruf konsonan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x:

1. huruf q digunakan untuk melambangkan huruf Jawi qaf bagi mengeja istilah yang

berhubung dengan agama Islam seperti Quran, Quraisy dan qari.

2. penggunaan huruf v untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau

bahasa asing lain seperti Deepavali, kavadi dan revolusi.

3. penggunaan huruf x hanya pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar

menjadi z seperti xenon dan x-ray.

pengguguran tanda sempang (-) pada awalan di- dan sa- (kini dieja sebagai se),

akhiran -nya, kata depan di- dan ka- (kini dieja sebagai ke), serta partikel -lah, -kah dan

-tah. Contohnya di-baca menjadi dibaca serta sa-orang menjadi seorang.

pemansuhan penggunaan angka 2 untuk menulis kata ganda dan digantikan dengan

penggunaan tanda sempang. Contohnya anak2 menjadi anak-anak.

Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu juga menetapkan bahawa:

tanda sempang hendaklah digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas

untuk mengeja kata seperti yang berikut ini se-Malaysia dan se-Nusantara.

tanda sempang perlu digunakan apabila bentuk terikat (anti-, pan-, pra-, pro- dan

sebagainya) diikuti oleh kata nama khas untuk mengeja kata seperti anti-Amerika, pan-

Asia dan pro-Barat.

partikel pun yang membawa maksud juga haruslah ditulis terpisah.

Walaubagaimanapun, partikel pun hendaklah digabungkan (ditulis bersambung)

Pengekodan Peristilahan

32

Page 33: BM 6 ISI

Pengekodan istilah dalam pelbagai bidang ilmu amat penting dalam usaha hendak

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Aktiviti-aktiviti pembentukan istilah ini

dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI), DBP. Jawatankuasa istilah pertama yang

ditubuhkan oleh DBP ialah Jawatankuasa Istilah Kerajaan yang ditubuhkan pada 15

Januari 1957. Pembentukan istilah yang baku (seragam) bermula apabila Majlis Bahasa

Indonesia- Malaysia(MBIM) pada tahun 1972 membuat suatu ketetapan untuk

menyediakan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM). PUPIBM

dilaksanakan pada tahun 1975. Hal ini bermakna, sejarah pengekodan peristilahan bahasa

Melayu dapat dibahagikan kepada zaman sebelum 1975 dan zaman selepas 1975, iaitu

tahun PUPIBM dilaksanakan.

Pada zaman 1957-1960, tiada sebarang pedoman pembentukan istilah pada tempoh

ini. Cara pembentukan istilah adalah dengan mempertahankan sifat bahasa Melayu dan

dengan yang demikian menolak unsur asing. Contohnya, “herbivore” dalam bahasa

Inggeris “maun” dalam bahasa Melayu. Kelemahannya ialah pengguna bahasa Melayu

sukar untuk mengenali istilah daripada segi sejarah pembentukan atau maknanya.

Pada zaman 1960-1975, terdapat tiga pedoman pembentukan istilah pada zaman

tersebut, iaitu Pedoman Membentuk istilah-istilah Baharu DBP, (1959), Dasar, Cara dan

Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP(1970) serta Pedoman

Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971) yang disusun oleh Asmah Haji Omar.

Pada zaman selepas 1975 pula, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa

Melayu (PUBIBM) yang ditetapkan oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) mula

dilaksanakan pada tahun 1975. Pembentukan istilah berjalan dengan pantas dan bersifat

akademik kerana bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di maktab-

maktab dan universiti-universiti. Selain itu, wujudnya kerjasama yang erat antara Malaysia

dan Indonesia dalam aspek kebahasaan juga mengakibatkan pembentukan istilah berjalan

dengan cepat dan bersifat akademik.

Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, terdapat tujuh

langkah dalam proses pembentukan istilah iaitu:

I. penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, misalnya garis pusat dan

daya pengeluaran

33

Page 34: BM 6 ISI

II. penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, misalnya

cerakin dan hablur

III. penggunaan kata bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim dipakai seperti

dermaga (bahasa Jawa) dan labur (dialek Negeri Sembilan)

IV. penggunaan kata bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim dipakai seperti

riam (dialek Johor) dan nyeri (bahasa Sunda)

V. penggunaan kata dalam bahasa Inggeris, misalnya struktur dan atom

VI. penggunaan kata bahasa asing yang lain, misalnya esprit de corps dan ad hoc

VII. memilih istilah yang terbaik

Kriteria yang terdapat dalam PUPIBM ini memperlihatkan bahawa istilah yang

dibentuk perlu mengutamakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang serumpun

dengannya. Peminjaman kosa kata asing dilakukan sebagai pilihan terakhir. Proses

pembentukan istilah dilakukan melalui beberapa kaedah, iaitu melalui proses pinjam

terjemah dan proses pinjaman.

Pinjam terjemah dilakukan dengan lima cara, iaitu:

o terjemah langsung, misalnya “resistance” dijadikan “rintangan”

o penggabungan dua kata umum, misalnya “design” dijadikan “reka bentuk”

o penciptaan kata baharu, misalnya “office” dijadikan “pejabat”

o peluasan makna, misalnya “biji” dijadikan “bijiran”

o pembentukan kata ganda separa, misalnya “radius” dijadikan “jejari”

Proses pinjaman pula dilakukan dalam dua bentuk, iaitu:o pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya “geography” dijadikan “geografi”

o pengambilan tanpa perubahan ejaan, misalnya “atom” dijadikan “atom”

Pengekodan Tatabahasa

Pengekodan tatabahasa membolehkan pengguna bahasa menggunakan tatabahasa

yang betul dan seragam. Sejarah pengekodan tatabahasa bermula dengan para sarjana

Barat yang mengkaji dan menulis tatabahasa Melayu. Bahan yang menjadi kajian mereka

ialah khazanah kesusasteraan Melayu lama.

Pengekodan tatabahasa Melayu giat dilakukan kerana pelaksanaan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta perkembangan ilmu pengetahuan

moden yang menuntut keupayaan bahasa Melayu mengungkapkan pelbagai konsep ilmu

moden, bidang baru dan pemikiran yang tinggi.

34

Page 35: BM 6 ISI

Selepas merdeka, pengekodan tatabahasa dilakukan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka yang bertanggungjawab membina dan mengembangkan penggunaan bahasa

Melayu. Pengkajiannya mencakup bidang morfologi dan sintaksis supaya selaras dengan

pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden. Buku tatabahasa Melayu yang menjadi

pegangan umum sekarang ialah Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasil daripada pengekodan tatabahasa Melayu, bidang morfologi dan sintaksis bahasa

Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat. Dalam bidang morfologi, perubahan

yang ketara berlaku dalam pertambahan kosa kata, pengimbuhan dan struktur kata.

Dari segi kosa kata, beberapa cara pembentukan kata baru telah diketengahkan

o penggabungan suku kata, contohnya “makan daging” dijadikan “maging”

o penggandaan penuh, contohnya “undang-undang” dan “pundi-pundi”

o penggandaan separa, contohnya “sesungut” dan “gegendang”

o penggabungan kata, misalnya “garis pusat” dan “kuasa kuda”

o proses transkripsi, misalnya “teknologi” dan “psikologi”

Daripada segi pengimbuhan, imbuhan pinjaman daripada bahasa asing (Sanskrit,

Arab dan Inggeris) telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Yang berikut ini adalah

imbuhan pinjaman yang dimaksudkan itu:

Daripada segi struktur kata, proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa

asing menyebabkan bahasa Melayu menerima pola-pola yang mengandung gugus

konsonan.

Dalam bidang sintaksis, terdapat cara-cara tertentu untuk membina ayat. Misalnya,

bagi membina ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kedua, kedua-dua

ganti nama itu perlu hadir di hadapan kata kerja pasif seperti yang berikut ini:

Surat itu saya tulis. (ayat pasif dengan ganti nama diri pertama)

PEMUPUKAN

Pemupukan merujuk kepada usaha yang dilakukan untuk mengembangkan bahasa

supaya tercapai keadaan saling menterjemah dengan beberapa bahasa moden. Aktiviti

pemupukan bahasa melibatkan penciptaan istilah, khususnya istilah-istilah dalam bidang

ilmu tertentu seperti sains, perubatan, undang-undang, ekonomi, komputer, teknologi

35

Page 36: BM 6 ISI

maklumat dan sebagai. Melalui pemupukan, bahasa Melayu berupaya memperkatakan

pelbagai bidang ilmu dalam disiplin-disiplin yang berbeza. Dengan ini, jumlah laras bahasa

Melayu akan bertambah, sekali gus membantu bahasa Melayu mencapai status bahasa

moden.

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, bahasa Melayu telah diggunakan di kepulauan Melayu

sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Rekod awal yang menunjukkan kewujudan bahasa

Melayu kuno adalah pada batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi. Selain itu, bahasa

Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Menurut statistik, penutur bahasa Melayu di dunia ini dianggarkan berjumlah lebih 300 juta

orang. Lebih-lebih lagi, bahasa Melayu juga diajarkan sebagai satu kursus di universiti-

universiti Barat.

Di Malaysia, bahasa Melayu telah mengalami perubahan nama beberapa kali dan

sejak akhir-akhir ini, bahasa kebangsaan ini dinamakan balik sebagai bahasa Malaysia.

Pada tahun 1968, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Malaysia. Oleh sebab penutur

bahasa Melayu terdapat di kesemua negara di Asia Tenggara, maka pada tahun 2004,

DBP dan MABBIM mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi bagi negara-

negara anggota ASEAN.

Dari segi perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga

kini, ahli-ahli bahasa telah membahagikannya kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu

kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Kedatangan agama Hindu, Islam

dan penjajah Eropah di Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara antara

ketiga-tiga peringkat perkembangan bahasa Melayu ini.

Terdapat beberapa pihak yang berperanan dalam perkembangan bahasa Melayu.

Antaranya ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang tujuan pertubuhannya mencapai

matlamat seperti memajukan bahasa kebangasaan dan meluaskan pemahamannya

sebagai bahasa rasmi negara. Seterusnya, matlamat DBP adalah untuk menyelaras

sisitem ejaan sebutan dan mengubah istilah bagi memenuhi keperluan dari masa ke

semasa di samping penerbitan buku, risalah dan lain-lain bentuk bahan bacaan yang boleh

memajukan bahaasa juga objektif DBP.

36

Page 37: BM 6 ISI

Institusi-institusi bahasa Melayu moden zaman pramerdeka seperti Pakatan Belajar

Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) juga melibatkan diri dalam usaha ini. Institusi

yang merupakan badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu yang pertama ini

telah menukar namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu Persatuan Buku Diraja Johor

(PBmPBD) pada tahun 1935. Tujuan insitusi ini adalah untuk mewujudkan perpustakaan,

mincipta perkataan baru dan mengadakan ceramah.

Penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) turut terlibat dalam

perkembangan bahasa Melayu. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan hubungan

persaudaraan sesama ahli, menggalakkan penulisan dan pembacaan dalam bahasa

Melayu serta mendirikan perpustakaan. Lebih-lebih lagi, Pejabat Karang Mengarang yang

ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertujuan untuk

mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu, menerbit jurnal bergambar, mengeluarkan

bahan bacaan orang Melayu dan sebagainya.

Akhir sekali ialah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Angkatan ini ditubuhkan di

Singapura dan matlamatnya adalah untuk mengadakan pembaharuan dalam bidang

penulisan, mengembangkan bahasa Melayu dan kesusasterawan Melayu. Selain daripada

pihak-pihak diatas, terdapat juga tokoh-tokoh bahasa Melayu Moden zaman Pramerdeka

yang menyumbang sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu. Contohnya,

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin bin Ahmad.

Bahasa Melayu menghadapi masa hadapan yang cerah. Kedudukannya sebagai

bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin, dari segi penggunaan yang luas dan

perakuan oleh rakyat Malaysia. Namun, status penggunaan bahasa Melayu perlu

ditingkatkan terutamanya dari segi unsur-unsur keindahan. Justeru, demi menjaga

kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang

menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat

tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan menyentuh cita rasa yang tinggi. Perkara

tersebut merupakan cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia kelak.

37

Page 38: BM 6 ISI

38