Tugasan KKBI BMM3103 Pentaksiran BM SR-Soalan Tugasan KKP Sem 6-2011
bm eseimen pentaksiran
description
Transcript of bm eseimen pentaksiran
Penghargaan
Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadarat ilahi atas limpah dan keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini pada masa yang ditetapkan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Encik Patarai bin Haji Cholen, Pensyarah Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan bantuan daripada beliau tidak mungkin dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff(1) yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu yang mereka ada serta memberikan peluang kepada saya untuk mentakbir ujian pada Tahun 5. Terutama pada Guru Bahasa Malayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Salwa Binti Ibrahim dan En. Mohd Nor Bin Hamzah. Tanpa restu dan keberkatan daripada mereka saya tidak mungkin berada di sini pada ketika ini.
Akhir sekali terima kasih diucapkan rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan kajian yang diberikan.
1.0Pengenalan
1.1Laporan sebelum
Sebelum membuat soalan untuk ditakbir, saya telah melakukan satu nota
grafik berkaitan dengan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Nota grafik ini perlu
dilakukan sebelum saya melakukan pratikum fasa kedua. Hal ini disebabkan oleh,
semasa pratikum nanti, saya hanya perlu membina soalan dan mentakbir soalan.
Ini akan memudahkan kerja sama semasa menjalani praktikum fasa kedua.
Sebelum membina soalan, saya perlu membaca apa kehendak soalan.
Selain daripada itu, saya juga perlu membuat sedikit kajian tentang soalan-soalan
mengikut aras dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya juga perlu menelaah
semula cara membuat soalan mengikut JSU. Setelah membina soalan, saya telah
berjumpa dengan Encik Patarai bin Haji Cholen untuk diperiksa. Selepas di periksa
oleh Encik Patarai bin Haji Cholen, saya mendapati banyak soalan yang salah dan
perlu diperbetulkan semula. Setelah mendengar terangan daripada Encik Patarai
bin Haji Cholen, saya telah membuat pembetulan ke atas soalan saya
berdasarkan beberapa tips yang telah diberikan.
1.2Laporan semasa
Pada hari selasa, 16 September 2013, pada jam 08.35 sehingga 09.35 saya telah
mentadbir satu ujian ringkas kepada murid Tahun 5 Marikh di Sekolah Kebangsaan
Yaacub Latiff(1). Sebelum memasuki kelas tersebut, saya perlu meminta kebenaran
guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad. Puan
Suhaida memberikan kebenaran untuk mentadbir ujian Bahasa Melayu tersebut. Saya
mengambil masa satu jam untuk proses mentadbir ujian tersebut. Sebelum
mengedarkan kertas ujian, saya perlu memberikan sedikit penerangan kepada murid
Tahun 5 tentang Ujian tersebut. Saya juga perlu meminta kerjasama daripada murid
tahun 5 untuk menjawab soalan tersebut agar mereka menjawab dengan bersungguh-
sungguh. Sebelum memulakan ujian, saya perlu mengira kehadiran murid tahun 5.
Pada hari tersebut seramai 18 orang daripada 19 orang telah hadir.
Saya mula mengedarkan kertas pada jam 08.45. Murid dikehendaki menulis nama
dan tahunpada kertas tersebut. Selepas memberikan kertas soalan, murid dikehendaki
memeriksa kertas jawapan tersebut, jika terdapat kesilapan terhadap kertas soalan.
Kertas ujian tersebut mengandungi 12 soalan objektif dan 6 soalan pemahaman. Murid
mula menjawab pada jam 08.50 sehingga jam 09.20. murid diberikan masa selama
setengah jam untuk menjawab soalan ini. Semasa murid menjawab soalan ini, saya
perlu meronda untuk memastikan murid tidak meniru antara satu sama lain. Pada jam
09.20, masa untuk ujian telah tamat. Murid dikehendaki meletakkan pensil dan guru
akan mula mengutip kertas soalan tersebut. Kemudian saya dikehendaki mengira
jumlah kertas ujian tersebut agar tiada yang tercicir. Masa mentakbir ujian tamat pada
jam 09.35.
1.3Laporan selepas
Selepas mentakbir soalan, saya perlu memeriksa ujian tersebut dan memberikan
markah. Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan diberikan hadiah atau
ganjaran. Selepas memeriksa jawapan murid, saya perlu membuat data tentang
jawapan yang diberikan. Data tersebut perlu dihuraikan melalui graf dan karangan.
Kemudian, saya perlu membuat rumusan tentang data yang telah dihuraikan.
2.0Dapatan
Hasil daripada pentakbiran ujian di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1) , terdapat
dua ketagori soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif ( pemahaman). Soalan
objektif mengandungi 12 soalan yang terdiri daripada enam aras manakala soalan
subjektif ( pemahaman) pula mengandungi enam soalan yang terdiri daripada enam
aras.
2.1Soalan objektif
Soalan objektif merupakan soalan yang mempunyai jawapan yang tepat. Hanya
satu jawapan sahaja yang betul. Dalam soalan objektif ini terdapat 12 soalan iaitu
setiap aras mempunyai dua soalan yang terdiri daripada tatabahasa.
Penge
tahuan
Penge
tahuan
Kefaham
an
Kefaham
an
Aplikasi
Aplikasi
Analisis
Analisis
Sistes
is
Sistes
is
Penila
ian
Penila
ian
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Soalan Objektif
Betul Salah
Graf 1.0 Soalan Objektif
Bil. Aras soalan Betul Salah Jum.
Jum. % Jum. %
1. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18
2. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18
3. Kefahaman 14 78 % 4 22 % 18
4. Kefahaman 12 67 % 6 33 % 18
5. Aplikasi 15 84 % 3 16 % 18
6. Aplikasi 11 61 % 7 39 % 18
7. Analisis 16 89 % 2 11 % 18
8. Analisis 18 100% 0 0 18
9. Sistesis 8 44 % 10 56 % 18
10. Sistesis 15 84 % 3 16 % 18
11. Penilaian 13 72 % 5 28 % 18
12. Penilaian 6 33 % 12 67 % 18
Jadual 1.0 Soalan Objektif
Berdasarkan jadual 1.0 soalan objektif, soalan satu dan soalan dua , aras
pengetahuan seramai 15 orang murid ( 84%) telah menjawab betul manakalah seramai
3 orang murid (16%) telah menjawab salah bagi jawapan tersebut. Soalan ketiga pula,
aras kefahaman, seramai 14 orang ( 78%) telah menjawab betul, manakala seramai 4
orang (22%) telah menjawab salah bagi soalan tersebut. Soalan keempat pula aras
kefahaman, seramai 12 orang (67%) boleh menjawab soalan tersebut, manakala murid
yang tidak boleh menjawab soalan tersebut pula seramai 6 orang murid (33%).
Seterusnya bagi soalan lima, aras aplikasi seramai 15 orang murid (84%) boleh
menjawab soalan tersebut, tetapi 3 orang murid (16%) tidak dapat menjawab dengan
baik. Soalan keenam pula, 11 orang murid (61%) menjawab dengan betul dan
selebihnya iaitu 7 orang murid ( 39%) tidak berjaya menjaya dengan betul. Soalan aras
analisis iaitu soalan yang ke tujuh pula, 16 orang murid dapat menjawab dengan betul
dan terdapat dua orang murid ( 11%) menjawab salah untuk jawapan tersebut. Soalan
yang kelapan aras analisis lagi, semua murid (100%) dapat menjawab dengan betul.
Seramai lapan orang (44%) menjawab betul bagi soalan sembilan aras sistesis,
manakala seramai 10 orang murid (56%) tidak dapat menjawab soalan tersebut. Bagi
soalan yang ke sepuluh, aras sistesis , 15 orang murid ( 84%) telah menjawab dengan
betul dan 3 orang murid (16%) lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Seramai 13
orang murid (72%) murid telah menjawab dengan betul bagi aras penilaian, soalan ke
sebelas, manakala hanya lima orang murid (28%) tidak dapat menjawab dengan betul.
Akhir sekali bagi soalan objektif, soalan yang ke dua belas, hanya enam orang murid
(33%) dapat menjawab dengan betul dan 12 orang murid (67%) tidak menjawab
dengan betul.
2.2Soalan Subjektif (Kefahaman)
Soalan subjektidf merupakan soalan yang mempunyai pelbagai jawapan yang logik
yang boleh diterima. Dalam soalan ini terdapat enam soalan yang terdiri daripada
pelbagai aras. Soalan ini dinamakan soalan kefahaman, murid perlu membaca teks
terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.
Penge-tahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sistesis Penilaian
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Soalan Subjektif
Betul Salah
Rajah 2.0 Soalan Subjektif
Bil. Aras soalan Betul Salah Jum.
Jum. % Jum. %
1. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18
2. Kefahaman 15 84 % 3 16 % 18
3. Aplikasi 10 56 % 8 44 % 18
4. Analisis 7 38 % 11 61 % 18
5. Sistesis 12 78 % 4 22 % 18
6. Penilaian 9 50 % 9 50 % 18
Jadual 2.0 Soalan Kefahaman
Berdasarkan jadual di atas, seramai 15 orang murid (84%) telah menjawab
dengan betul soalan yang pertama dan kedua bagi aras pengetahuan dan aras
kefahaman . Manakala hanya tiga orang murid (16%) sahaja yang tidak dapat
menjawab dengan betul. Bagi soalan yang ketiga, aras aplikasi, 10 orang murid ( 56%)
telah menjawab dengan tepat dan lapan lagi ( 44%) tidak dapat menjawab dengan
tepat. Seterusnya soalan aras sistesis, soalan yang ke lima, seramai 12 orang murid
(78 %) telah menjawab dengan betul dan tepat manakala hanya empat orang ( 22%)
sahaja tidak dapat menjawab dengan betul. Akhir sekali untuk soalan kefahaman aras
yang terahkhir iaitu aras penilaian seramai sembilan orang murid (50%) dapat
menjawab dan separuh lagi iaitu sembilan orang murid ( 50 %) tidak boleh menjawab
dengan betul.
3.0Rumusan
Kesimpulannya, selepas mentakbir soalan ujian ini kepada murid, saya dapat
memahami beberapa perkara. Pertama saya boleh mengetahui aras murid tersebut
walaupun saya tidak mengajar Bahasa Melayu untuk kelas tersebut. Dalam kelas 5
Marikh ini, terdapat murid yang pandai dan terdapat juga murid yang kurang dalam
matapelajaran. Semasa saya mentakbir soalan ini, terdapat seorang murid yang
mempunyai salah satu dalam kesemua soalan yang dijawab. Dia memperoleh 94%
dalam ujian Bahasa Melayu ini. Manakala terdapat seorang murid yang mendapat 27
%, dengan hanya betul 5 soalan daripada 18 soalan.
Berdasarkan data yang saya kumpul diatas, saya mendapati terdapat soalan
analisis yang kesemua murid boleh menjawab. Pada pandangan saya, jawapan untuk
soalan analisis tersebut senang. tiada yang meragukan. Ini menyebabkan murid dapat
menjawab dengan betul. Selain daripada itu, jawapan bagi soalan tersebut juga tiada
kekeliruan diantara soalan yang lain. Murid boleh mengenal pasti jawapan yang betul
dengan mudah. Soalan tersebut telah menjadi mudah walaupun soalan tersebut
dikategorikan sebagai soalan analisis.
Dalam soalan kefahaman, soalan yang keenam soalan penilaian, terdapat 50 %
orang murid dapat menjawab dengan betul dan 50 % lagi menjawab salah. Saya
mendapati separuh daripada kelas tersebut boleh berfikir diluar teks tersebut. Sembilan
orang murid boleh menyatakan sebab amalan gotong-royong berkurangan dikawasan
bandar dan separuh lagi murid tidak boleh berfikir. Terdapat juga pelajar yang tidak
memahami soalan. Hal ini disebabkan oleh, kelas tersebut bercampur kebolehan dan
dan tahap murid tersebut. Mengikut guru mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat dua
orang murid yang agak kurang di dalam kelas tersebut. Mereka berdua berasal
daripada kelas 5 Musytari yang tidak mempunyai kemahiran membaca dengan lancar.
Hampir keseluruhan kelas ini, dapat menjawab soalan aras tinggi dengan baik.
Terdapat juga beberapa orang yang tidak boleh menjawab soalan aras tinggi dengan
baik pada soalan objektif. Contohnya pada soalan yang kesembilan dan soalan yang ke
12. Hampir separuh kelas telah menjawab dengan salah. Hal ini disebabkan oleh,
kemungkinan, murid tersebut tidak pernah belajar tentang jenis kata majmuk. Murid
yang lemah atau sederhana tidak dapat menjawab dengan baik berbanding dengan
murid yang pandai. Bagi soalan 12 pula, hanya murid yang mempunyai IQ yang tinggi
sahaja dapat menilai peribahasa yang diberikan. Manakala murid yang lemah tidak
dapat memahami kehendak soalan tersebut. Soalan ini telah membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah.
Bagi soalan kefahaman pula, hanya tujuh orang murid sahaja yand dapat menjawab
dengan betul. Seramai sebelas orang murid tidak dapat menjawab dengan betul. Ini
telah menunjukkan murid tidak mengetahui maksud peribahasa yang diberikan oleh
guru. Saya mendapati murid kelas 5 Marikh ini kurang pendedahan kepada tatabahasa
peribahasa. Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing merupakan peribahasa
yang sering digunakan untuk kerjasama. Pada pandangan saya, hanya murid yang
pandai sahaja boleh menjawab soalan peribahasa ini dengan betul. Murid yang lemah
hanya meniru semula jawapan didalam teks. Mereka juga tidak memahami maksud
gotong-royong tersebut. Jika mereka dapat memahami maksud gotong-royong mereka
boleh menjawab peribahasa tersebut dengan mudah.
Akhirnya, saya mendapati kelas ini mempunyai murid yang pelbagai latarbelakang
IQ. Guru perlu memberikan penekanan terhadap murid yang lemah dan tidak
mengabaikan murid yang pandai. Terdapat juga murid yang mempunyai kotak ingatan
yang singkat, menyebabkan mereka tidak dapat menyimpan memori dengan terlalu
lama. Melalui ujian ini juga saya boleh mengetahui murid yang boleh menyimpan terus
maklumat yang diajar oleh guru didalam kotak ingatan mereka atau tidak. Terdapat
beberapa orang murid yang tidak dapat menyimpan terus ke dalam kotak ingatan
mereka. Mereka perlu mengulang-ulang semula apa yang diajar agar mereka dapat
mengingati dengan cepat.
Bibliografi
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan
Alam Belajar.Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu.Oxford Fajar Bdn.Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999).Kemahiran Mendengar dan Bertutur .Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Jabatan Pendidikan Khas (1999a).
Buku panduan perlaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Kumpur.
Ahmad Fazil IPTS. (2008),PISMP Literasi Bahasa. Jabatan PengajianMelayu
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5
NO. SOALAN
TAJUK / BIDANG ARAS KESUKARAN1 2 3 4 5 6
1 Kata Nama /2 Kata Adjektif /3 Kata kerja /4 Kata Tanya 5 Kata Seruan /6 Kata Hubung /7 Kata Sendi Nama8 Kata Perintah9 Kata Bilangan /
10 Kata Bantu11 Kata Majmuk /12 Kata Terbitan 13 Kata Ganda14 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk15 Jenis Ayat /16 Huruf Besar dan Tanda Bacaan17 Peribahasa /18 Kata Sinonim /19 Kata Antonim /20 Kata Banyak Makna /21 Penanda Wacana 22 Soalan petikan 1 / / / / / /
Jumlah 3 3 3 3 3 3
ARAS KESUKARAN RENDAH 6SEDERHANA 6SUKAR 6
JUMLAH SOALAN 18
Aras Taksonomi Bloom :
1 : Pengetahuan 4 : Analisis
2 : Kefahaman 5 : Sintesis
3 : Aplikasi 6 : Penilaian