BM Kertas2 Set 2

23
SET 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini dan usaha-usaha untuk meningkatkan minat membaca. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kenyataan bahawa kegiatan membaca menghasilkan pelbagai manfaat tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa. Para ilmuwan tidak jemu-jemu memberikan ingatan kepada khalayak tentang kewajaran amalan membaca ditingkatkan. Bagi ibu bapa pula, keculasan anak-anak membaca kerap menjadi rungutan meskipun ada antara mereka bertindak "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul". Aktiviti membaca akan menjadikan seseorang itu memiliki berbagai-bagai ilmu bergantung pada bahan yang dibaca. Melalui pembacaan juga pelajar akan memiliki maklumat tentang perkara yang berada di dalam negara atau perkembangan yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggalnya. Namun, sesetengah pelajar cukup gemar membaca tetapi kebanyakan bahan bacaan pilihan mereka hanyalah bahan bacaan picisan yang lebih menfokuskan dunia hiburan dan ada yang berbaur lucah. Sesetengah pelajar pula lebih cenderung untuk memiliki bahan bacaan yang berunsur jenaka atau cerita-cerita tahyul yang tidak menguntungkan. Lambakan bahan bacaan yang murah di pasaran seperti komik turut menarik perhatian pelajar. Meskipun bahan-bahan bacaan yang sedemikian diakui dapat meningkatkan minat membaca generasi muda, namun tanpa pengawasan orang dewasa, pembaca sering terpedaya. Kecenderungan anak-anak kita yang bergelar pelajar untuk menjadikan buku sebagai keperluan penting dalam kehidupan sehari-hari masih belum meluas. Sehingga. kini, ada dalam kalangan pelajar di negara ini yang tidak berasa apa-apa kekurangan berada dalam situasi ketiadaan sebarang bahan bacaan. Secara tidak langsung sesetengah bahan bacaan yang dibaca dapat menjelaskan perkara tertentu yang dipelajari di dalarn bilik daijah. Keadaan ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Pelajar tidak seharusnya beranggapan bahawa amalan

description

komsas

Transcript of BM Kertas2 Set 2

Wartwan: Assalamulaikaum dan bagi pihak akhbar Wrata Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudi

PAGE

SET 2Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini dan usahausaha untuk meningkatkan minat membaca. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kenyataan bahawa kegiatan membaca menghasilkan pelbagai manfaat tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa. Para ilmuwan tidak jemujemu memberikan ingatan kepada khalayak tentang kewajaran amalan membaca ditingkatkan. Bagi ibu bapa pula, keculasan anakanak membaca kerap menjadi rungutan meskipun ada antara mereka bertindak "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul".

Aktiviti membaca akan menjadikan seseorang itu memiliki berbagaibagai ilmu bergantung pada bahan yang dibaca. Melalui pembacaan juga pelajar akan memiliki maklumat tentang perkara yang berada di dalam negara atau perkembangan yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggalnya. Namun, sesetengah pelajar cukup gemar membaca tetapi kebanyakan bahan bacaan pilihan mereka hanyalah bahan bacaan picisan yang lebih menfokuskan dunia hiburan dan ada yang berbaur lucah. Sesetengah pelajar pula lebih cenderung untuk memiliki bahan bacaan yang berunsur jenaka atau ceritacerita tahyul yang tidak menguntungkan. Lambakan bahan bacaan yang murah di pasaran seperti komik turut menarik perhatian pelajar. Meskipun bahanbahan bacaan yang sedemikian diakui dapat meningkatkan minat membaca generasi muda, namun tanpa pengawasan orang dewasa, pembaca sering terpedaya.

Kecenderungan anakanak kita yang bergelar pelajar untuk menjadikan buku sebagai keperluan penting dalam kehidupan seharihari masih belum meluas. Sehingga. kini, ada dalam kalangan pelajar di negara ini yang tidak berasa apaapa kekurangan berada dalam situasi ketiadaan sebarang bahan bacaan. Secara tidak langsung sesetengah bahan bacaan yang dibaca dapat menjelaskan perkara tertentu yang dipelajari di dalarn bilik daijah. Keadaan ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Pelajar tidak seharusnya beranggapan bahawa amalan membaca merupakan satu aktiviti yang membosankan dan membebankan mereka. Sebaliknya amalan ini akan

membantu penguasaan berbahasa mereka dengan memiliki kosa kata yang luas.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelajar perlu mempunyai minda yang cerdas untuk berfikir. Secara tidak langsung amalan membaca sebenarnya berjaya melatih dan menggerakkan minda pelajar berfikir tentang perkara yang dibacanya. Kebiasaan ini akan melatih pelajar menjanakan idea tentang sesuatu perkara untuk menjadikan mereka lebih cekap membuat keputusan. Gabungan ilmu dan pemikiran juga penting dalam pembentukan sahsiah pelajar menjadi insan yang bernilai murni, termasuk bersopan santun. Tegasnya, melalui pembacaan juga banyak perkara yang dapat dijadikan teladan atau sempadan oleh pelajar dalam melayari bahtera kehidupan dengan cemerlang.

Walaupun begitu, umum mengakui bahawa usaha untuk mengubah sikap dan minat seseorang amatlah sukar, lebihlebih lagi ke arah yang positif. Meskipun berbagaibagai wacana tentang budaya membaca diadakan dengan berbagaibagai cadangan dikemukakan, tanpa citacita dalam diri seseorang, keberkesanan agenda kita sukar untuk menjadi kenyataan.(Diubahsuaikan daripada "Membaca Membuka Minda oleh Waris Pendeta, Pelita Bahasa, Februari 2006)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata keculasan anakanak membaca. [2 markah]

(ii)Nyatakan tiga bahan bacaan yang diminati oleh golongan pelajar. [3 markah]

(iii)Jelaskan dua kriteria yang perlu diambil kira untuk memilih bahan bacaan mengikut pendapat anda.

Jelaskan dua kriteria yang perlu diambil kira untuk memilih bahan bacaan mengikut

[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kalau tidak pun habis tahun ini Junid masuk darjah satu. Dan terbayang sesuatu dalam kepala Mohsin, Junaidi tarnat darjah enam. Darjah yang paling tinggi dalam kampungnya. Sekolah Melayu. Dan Junid juga akan masuk sekolah Melayu. Pelajaran setakat tulis baca itu sudah cukup. Dia tidak perlu anaknya belajar jauhjauh. Lembunya yang hampir dua puluh ekor dan tanah bendangnya lapan ekar serta kebun kelapanya enam ekar memerlukan tenaga anakanaknya. Mereka akan hidup dengan lembulembu, kambingkambing dan tanahtanah ini. Tak perlu belajar, untuk akhirat, sekarang apa, kurang. Di manamana, masjid dan madrasah kampungnya mempunyai guru.

Darjah satu? Seperti tidak perasan pertanyaan itu keluar dari mulut Musalmah.

Mohsin menikamkan pandangannya kepada isterinya.

Bila Junid ke sekolah, dia tidak asyik dengan Pusaran lagi, Mohsin meneruskan.

Tapi dalam kepala Mohsin teringat juga. Bagaimana, kalau seperti yang lepaslepas juga? Ah, tak mungkin! Dia mendengar cakapcakap jiran tentang Pusaran dengan Junid.

Anak kembar. Ya Allah! Cakap apakah begitu menghina? Bagaimana, Junid kembar dengan Pusaran seekor anak lembu? Dan banyak dongeng dipercakapkan orang tentang Pusaran dan Junid. Sangat tidak menyenangkan. Ucapan yang sangat menakutkannya ialah dari Pak Cik Kar, bomoh tua yang buta itu.

(Dipetik daripada cerpen Pusaran oleh S.Othman Kelantan

dalam antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan dua hal yang difikirkan oleh Mohsin.

[2 markah]

(ii)Nyatakan tiga kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang mengikut pendapat anda. Nyatakan tiga kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang mengikut

[3 markah]

(iii)Nyatakan dua latar masyarakat dalam petikan di atas dan dua, latar masyarakat dalam cerpen tersebut.

[4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka dilihat oleh Hang Jebat Laksamana membelakang lagi berkata-kata itu, maka Hang Jebat pun segera melompat ditikamnya dada Laksamana; maka Laksamana pun lepa sedikit menyalahkan tikaman Hang Jebat itu, salah, kena pada dinding kambi itu; maka disentakkannya, tiada tanggal. Maka Laksamana pun tertawa lalu melela di hadapan Hang Jebat itu tertitar-titar, sambil berkata, Hai Si Jebat, mati engkau olehku sekali ini! Maka oleh Hang Jebat dua tiga kali disentakkannya tiada juga tercabut daripada papan kambi itu. Maka hendak ditikam oleh Laksamana, terkedang rasanya tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun amarah serta ditentangnya papan kambi itu disentakkannya, keris itu pun tanggal. Maka diusirnya akan Laksamana; Laksamana pun berdiri menantikan tikam Hang Jebat. Hang Jebat pun datang serta ditikamnya dada Laksamana bersungguh-sungguh. Maka Laksamana pun melompat undur menyalahkan tikam Hang Jebat itu seperti tiada berjijak rupanya. Maka hang Jebat pun terlalu lelah terdiri di atas talam itu menantikan Laksamana datang. Maka Laksamana pun terdiri pada suatu tempat menantikan pertandaan alamat Si Jebat itu. Maka dilihat dan ditiliknya oleh Laksamana: bahawa Si Jebat pada hari ini tiada mati; tetapi luka Si Jebat hari ini.

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Apakah maksud dilihat dan ditiliknya? [2 markah]

(ii)Nyatakan tiga tingkah laku Laksamana ketika Hang Jebat tidak berjaya mencabut kerisnya yang terlekat pada dinding.

[3 markah]

(iii)Kemukakan tiga cadangan yang dapat dilakukan untuk mengelakkan pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat mengikut pendapat anda.

[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itu gemala sakti,

Sinamya cerah cahaya sejati,

Asal puncanya lamun didapati,

Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,

Sebuah dunia belinya bukan,

Kuasanya besar sukat digunakan,

Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,

Teman berbeka suluh berjalan,

Masa berhimpun ia pengenalan,

Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,

la penerang bagi yang kabur,

lalah kandil di dalam kubur,

Lamun dengannya beramal subur.

la penerang jalan ke syurga,

la pemuas tekak yang dahaga,

lalah sungai ialah telaga,

Laut yang luas ialah juga.

lalah alat sangat berguna,

Idaman orang yang bijaksana,

Hampamya luas amat saujana,

Tepinya ajal sempadannya fana.

Za'ba Puisi Warisan, 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)Berikan maksud rangkai kata Harganya tidak dapat dinilaikan.

[2 markah]

(ii)Nyatakan tiga cara seseorang pelajar boleh menimba ilmu mengikut pendapat anda.

[3 markah]

(iii)Kemukakan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.[4 markah]

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan(a)Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)licin-licau

(ii)

sedu-sedan

(iii)

lambat-laun

(iv)

simpang-siur

(v)

semak-samun

(vi)

lintang-pukang

[6 markah]

(b)Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat perintah tersebutialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan.

(i)Kamu keluar dari rumah ini sebelum pukul 2.00 petang.

(ii)

Pulanglah kamu ke rumah sekarang, sebelum ibumu marah.

(iii)

Tidak usah datang lagi ke sini selagi kamu tidak bersedia untuk belajar.

(iv)

Janganlah bersedih lagi kerana setiap permainan ada kalah dan menangnya.

(v)

Saya jemput kamu datang ke rumah saya pada petang ini untuk kenduri arwah.

(vi)

Tolong hantarkan buku latihan tatabahasa awak ke bilik guru sebelum waktu rehat

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang bermufakat, saling menghormati, dan berkerjasama.

(ii)Langkah jangkapanjang untuk menangani wabak Selesema Burung yang menularkan ayam-ayam di kawasan itu sudah diambil tindakan oleh kerajaan.

(iii)Ceramah yang dianjurkan oleh stesyen televisyen itu sangat menarik kerana penceramah dapat menjawab soalan yang dikemuka oleh para peserta.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Semasa cuti semester lepas, Harlina mengambil alih untuk menggantungkan gambar keluarganya di dinding rumahnya.

(ii)

Sejak akhir-akhir ini aktiviti jenayah di negara ini semakin meningkat meskipun pelbagai usaha pihak kerajaan lakukan mengikut rekod polis.

(iii)

Ayah kesal akan tingkah perangai abang yang telah lupa diri sejak Syarikat Nippon Elektronik menaikkan pangkat dan gajinya berlipat ganda.

[6 markah]

(e)Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa yang diberi supaya jelas menunjukkan maksud

dan penggunaannya.

(i) katak di bawah tempurung

(ii) menatang minyak yang penuh

(iii) mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin

(vi)Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)Persoalan berkaitan maruah dan harga diri turut dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa yang berkaitan dengan maruah dan harga diri yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[7 markah]

(b)Nilai bekerjasama turut dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Huraikan tiga contoh nilai bekerjasama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN

Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan manfaat / faedahfaedah / kebaikan amalan membaca dalam kalangan penuntut sekolah di Malaysia.2m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)

Markah

S1Memiliki berbagaibagai ilmu bergantung pada bahan yang dibaca2m

S2Memiliki maklumat tentang perkara yang berada atau perkembangan2

yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggalnya2m

S3Menjelaskan perkara tertentu yang dipelajari di dalam bilik darjah2m

S4Membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik2m

S5Membantu penguasaan berbahasa mereka dengan memiliki kosa kata2

yang luas.2m

S6Melatih dan menggerakkan minda pelajar berfikir tentang perkara yang2

dibacanya.2m

S7Menjanakan idea tentang sesuatu perkara untuk menjadikan mereka lebih cekap membuat keputusan.2m

S8Banyak perkara yang dapat dijadikan teladan atau sempadan.2m

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)

Markah

T1Mengadakan/menganjurkan Kempen Galakan Membaca oleh pelbagai2

pihak2m

T2Mengadakan Projek Nilam di peringkat sekolah2m

T3Mewujudkan perpustakaan mini / sudut bacaan di rumah2m

T4Ibu bapa membawa anakanak ke kedai buku / pameran buku2m

T5Penerbit mengeluarkan buku yang berkualiti dan harga yang berpatutan2m

T6Menganjurkan parneran dan j ualan buku secara besarbesaran2m

T7Kaunselor / guru menggalakkan murid membaca

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak pertu menyokong usahausaha membudayakan amalan membaca agar dapat melahirkan generasi berilmu pemangkin kejayaan negara pada masa hadapan.2m

Pemahaman

Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata keculasan anakanak membaca

- generasi muda malas, menelaah bahan bercetak

- pelajarpelajar malas, merujuk bahan bercetak

- pelajarpelajar tidak berminat memerhatikan sesuatu yang

tertulis atau tercetak

2m2m

2m

(ii) Tiga bahan bacaan yang diminati oleh golongan pelajar ialah

- bahan bacaan picisan yang berbentuk hiburan dan porno/lucah

- bahan bacaan berunsur jenaka/lucu

- bahan bacaan berunsur tahyul

- bahanbahan murah

(Pilih manamana tiga jawapan)1m

1m

1m

1m

(iii) Dua kriteria untuk memilih bahan bacaan

- Mempunyai ilustrasi yang menarik untuk menarik perhatian pelbagai

golongan

Harga yang berpatutan supaya mampu dibeli oleh semua golongan2m

Mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan panduan/teladan2m

Bahasanya mudah difahami supaya dapat mengaplikasikan maklumat 2m

(Pilih manamana dua jawapan)2m

2m2m

2m

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

(i) Junaidi akan tamat darjah enam

mahukan anaknya belajar setakat menulis dan membaca / darjah enam1m

Junaidi akan masuk sekolah Melayu

- tidak mahu anaknya belajar jauhjauh

- mahukan tenaga anaknya menjaga lembu, tanah bendang, dan kebun

kelapa

hendak belajar agama di kampungnya ada guru

1m

1m

1m

1m

1m

1m

(ii)kepentingan i1mu.

menjamin masa depan1m

peluang pekerjaan lebih terjamin / gaji lumayan1m

- tidak ditipu / diperdaya / ditindas1m

- sebagai aset modal insan / memajukan negara1m

- meningkatkan taraf hidup1m

- meningkatkan imej diri1m

(Pilih manamana tiga jawapan)1m

1m

1m

1m

1m

1m

(iii)dalam petikan.

masyarakat kampung yang mempercayai bomoh / kepercayaan karut1m

masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan / pelajaran tinggi1m

dalam cerpen

- masyarakat yang menyayangi haiwan / binatang ternakan1m

- masyarakat yang mementingkan hubungan kekeluargaan1m

masyarakat petani, penternak / bekerja sendiri 1m

masyarakat yang mengamalkan gotong-royong. 1m

(Pilih manamana dua jawapan)1m

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

(i) diperhatikan / direnung / dipandang dengan teliti

diperhatikan / dipandang / direnung

2m

1m

(ii) tingkah laku Laksamana.

- tertawa dan memperagakan diri / menggerakkan tangannya seperti

mempersedendakan Hang Jebat.

- memberitahu Hang Jebat bahawa Hang Jebat akan mati di

tangannya

- Laksamana cuba menikam tetapi tangannya terkejang / terhulur

lurus

1m

1m

1m

(iii) tiga cadangan:

- Hang Tuah memujuk Hang Jebat supaya menyerah diri

- Membawa Hang Jebat ke muka pengadilan

- Bendahara / pembesar memujuk Sultan supaya mengampunkan

kesalahan Hang Jebat

- rakyat memohon jasa baik pembesar menyelesaikan pertikaian

- meminta keluarga Hang Tuah khususnya ibu Hang Tuah memujuk

Hang Tuah supaya tidak meneruskan niat untuk bertikam dengan

Hang Jebat.

- rakyat memohon bendahara atau pembesar lain menjadi orang

tengah menyelesaikan pertikaian Hang Tuah dan Hang Jebat

- mencadangkan kepada Hang Tuah dan Hang Jebat melakukan kerja-

kerja kebajikan untuk rakyat daripada bersengketa.

- Hang Jebat lari dari Melaka dan membina kehidupan baru.

[Pilih mana-mana tiga jawapan]

1m

1m

1m

1m

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi

(i)maksud rangkai kata:

Ilmu / pengetahuan sangat berguna / berharga / tidak boleh dijual

beli

pelajaran yang berharga1m

2m

1m

(ii)cara mendapat i1mu:

melalui pembacaan bahan ilmiah1m

melayari internet / laman web1m

menumpukan perhatian ketika guru mengajar1m

melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS1m

melalui perbincangan ilmu / menghadiri majlismajlis ilmu1m

menonton / mendengar visual yang berkaitan ilmu1m

(pilih manamana tiga jawapan)1m

1m

1m

1m

1m1m

(iii)dua pengajaran:

kita hendaklah berusaha, mencari ilmu kerana ilmu berkekalan,

sepanjang hayat 1m

Ilmu itu tinggi nilainya dan boleh diamalkan walau di manamana

sahaja

kita hendaklah menjadi orang yang berilmu kerana, ilmu dapat

membezakan imej seseorang.1m

Jika kita berilmu, ilmu dapat menjadi pedoman. hidup di dunia dan

di akhirat.1m

Ilmu sangat luas dan carilah / tuntutlah sebanyak yang mungkin.1m

Menuntut ilmu tiada sempadannya, dan tuntutlah sepanjang hayat.1m

[Pilih manamana tiga jawapan]

1m1m1m

1m

1m

1m

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3a

.(i) licinlicau

licin sekali

Contoh : Amin makan nasi sehingga pinggan itu licinlicau. Keadaan jalan raya itu menjadi licinlicau apabila hujan mulai turun.

(ii)sedusedan

suara yang terputusputus atau timbul tenggelam (kerana lama

menangis)

Contoh:

Kami masih terdengar sedusedan kanakkanak yang malang itu hingga

larut malam.

(iii) lambatlaun

- lamakelamaan, akhirakhirnya.

Contoh:

Mahani berdoa agar lambatlaun sikap panas baran suaminya akan

kendur setelah mereka memperoleh cahaya mata pertama.

(iv) simpangsiur

terlalu banyak dan silang menyilang (jalan raya, kawat telefon)

terlalu banyak likulikunya ( jalan ), berlikuliku.

terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana, berlikuliku,

libatmelibat, sangkutmenyangkut,)

- bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir

mudik.Contoh:

-Jalan yang simpangsiur di ibu kota itu memeningkan kepala saya.

-Laluan menuju ke Tanah Tinggi Cameron simpangsiur bagi para

pemandu yang jarang melalui jalan itu.

-Perahuperahu tambang kelihatan simpangsiur di pangkalan itu.

(v)semaksamun

berjenisjenis tumbuhtumbuhan yang kecilkecil.

Contoh:

Kami terpaksa menebas semaksamun di laluan tersebut sebelum sampai

ke pondok buruk itu.

(vi)lintangpukang

tidak menentu arahnya(orang berlari),bergerak bertempiaran,

tungganglanggang.

Contoh:

Semua penagih dadah di dalam pondok itu lari lintangpukang apabila

diserbu oleh sepasukan polis.

Nota: Potong markah bagi setiap kesalahan ejaan dalam setiap ayat.

Soalan 3b

(i)Ayat suruhan

(ii)Ayat silaan

(iii)Ayat permintaan

(iv)Ayat larangan

(v)Ayat suruhan

(vi) Ayat larangan

Soalan 3c

(i)bermufakat bermuafakat

berkerjasama bekerjasama

(ii)jangkapanjang jangka panjang

menularkan menulari

(iii)stesyen stesen

dikemuka dikemukakan

Soalan 3d

(i) alih kesempatan / peluang

di dinding pada dinding

(ii) aktiviti kes / masalah

pihak kerajaan lakukan dilakukan oleh pihak kerajaan

(iii)perangai laku

Syarikat Nippon Elektonik Syarikat Elektonik Nippon

Soalan 3e

(i)katak di bawah tempurung

orang yang teramat cetek/ tidak luas pengetahuannya

Contoh ayat :

Anak Pak Samad sanggup menimba ilmu walau di manamana tempat supaya dia tidak

dianggap katak bawah tempurung.

(ii)menatang minyak penuh

seseorang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Contoh ayat :

Orang kaya di kampung itu menjaga anak perempuannya seperti menatang minyak yang penuh kerana itulah satusatu anaknya.

(iii)mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia

dilepaskan

Contoh ayat :

Ramli dinasihati supaya berfikir semasakmasak sebelum menerima jawatan baru itu

agar tidak menyesal, seperti kata pepatah mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Soalan 4 a

JULIA

i. Peristiwa Julia dihantar belajar ke Hidayah Islamic College,Perth

Australia oleh kedua ibu bapanya.

Julia membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ibu dan

bapanya belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia

demi menjaga maruah diri dan keluarga

ii. Peristiwa Jun datang menziarahi tanah perkuburan ibu bapa. Julia,berpakaian Melayu dan melamarnya setelah memaklumkan dirinya sudah Islam

Julia menjaga batasbatas perhubungan dengan Jun demi

mempertahankan maruah diri dan agama.

ii. Peristiwa Julia dipelawa oleh Rashid untuk bersiarsiar

bersamasamanya.

Julia menolak ajakan Rashid untuk berfoyafoya sekembalinya dari Hidayah Islamic

College demi mempertahankan maruah diri

iii. Peristiwa Julia bertengkar dengan Syed Mustafa tentang butik

milik keluarganya.

Julia tidak mengikut kemahuan Syed Mustafa yang meminta. Julia menyerahkan butik

milik keluarganya demi mempertahankan maruah keluarga

iv. Peristiwa Julia mengambil alih urusan syarikat BMPRO Holding

milik keluarganya walaupun usianya masih muda.

Julia sanggup menerajui syarikat peninggalan arwah ayahnya demi mempertahankan maruah keluarganya.

v. Peristiwa Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk

menyiasat penyelewengan

Julia sanggup menyiasat sendiri masalah yang berlaku dalam

BMPRO Transport demi mempertahankan maruah diri syarikat.

(Terima mana mana 2 jawapan di atas)

PERLUMBAAN KEDUAi. Peristiwa Sang Kancil mencabar Sang Arnab agar berlurnba dengan

Tuk Kura

Sang Arnab sanggup menyahut cabaran Sang Kancil untuk

menyertai Perlumbaan Kedua demi mempertahankan maruah diri

dan keturunan.

ii.

Peristiwa Sang Kancil memujuk Tuk Kura untuk berlumba

Tuk Kura sanggup berlumba dengan Sang Arnab demi

mempertahankan maruah keturunannya.

iii.Peristiwa suku sakat Tuk Kura meninggalkan latihan Tuk Kura sanggup berlatih bersendirian untuk perlumbaan kedua walaupun suku sakatnya tidak mahu. bekerjasama demi mempertahankan maruah diri

iv.Peristiwa Tuk Kura hadir tepat masanya pada hari pertandingan.

Tuk Kura menepati janji dan muncul pada hari perlumbaan derni mempertahankan maruah diri

Terima manamana 2 jawapan di atas

Bahasa maksima 3 markah

4b

JULIA

i.Bekerjasama dalam perniagaan

Julia dan Jun bekerjasama dalam perniagaan menerusi usaha sama syarikat Cinta Sejati Travel milik Jun dan Syarikat BMPRO Travel & Pro milik Julia/ Bekerjasama menjayakan program Homestay

ii.Bekerjasama menyelesaikan masalah dalaman syarikat Julia mendapat kerjasama En Hashim untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Syarikat BMPRO Holding

iii. Bekerjasama dalam pelajaran

Julia mendapat kerjasama daripada rakanrakan senior semasa belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia.

iv. Bekerjasama dalam pengurusan syarikat

Dato' Bakar mendapat kerjasama, dalam bentuk khidmat nasihat daripada Tan Sri Yahaya

Perlumbaan kedua

(i) Bekerjasama menghimpunkan warga rimba Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai menghimpunkan semua binatang warga rimba untuk menjadi saksi pertemuan antara Sang Amab dan Tuk Kura mahu Sang Arnab menyebut sendiri syarat-syarat perlumbaan.

(ii)Bekerjasama menjemput suku sakat Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai bagi menjemput suku sakat Tuk Kura berbincang bersamasama mengenai perlumbaan kedua.

(iii) Bekerjasama antara warga rimba menjayakan perlumbaan

Semua binatang warga rimba berhimpun dan memainkan

peranan/ jalankan tugasan masingmasing semasa perlumbaan agar dapat berjalan lancar

(iv) Bekerjasama menjalani latihan

Suku sakat Tuk Kura bekerjasama menjalani latihan secara intensif pada peringkat awal setelah bersetuju untuk berlumba.

Terima manamana 3x 2 =6 markah

Bahasa = 2 markah