BM Kertas2 Set 5

23
SET 5 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna mendapatkan ubat di farmasi dan cara-cara memulihkan keyakinan pengguna terhadap ubatan hospital Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal penggunaan ubat bukannya perkara baru. Perlu diakui bahawa produk herba, tonik dan makanan tambahan yang dijual secara meluas merupakan satu perkembangan positif dari sudut penjagaan kesihatan. Daripada sudut komersial penjualan produk ini, membentuk persaingan sengit yang memaksa penggunaan bermacam-macam produk bagi tujuan promosi semata-mata sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta saintifik, kesan sampingan, keracunan dan bahaya ubat langsung tidak disentuh. Pembukaan lebih banyak farmasi merupakan fenomena biasa kini. Pada masa yang sama ada juga usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan antara herba, tonik dan makanan tambahan berbanding ubat sama ada tradisional atau moden. Lebih teruk lagi ada farmasi yang berubah menjadi klinik dan ada klinik yang nampak macam farmasi. Walaupun harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal tetapi ini tidak menghalang produk tersebut laris dan popular. Produk herba, tonik dan makanan tambahan dijual di hampir semua jenis farmasi dan premis perniagaan ubat. Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenang-sewenangnya sebagai ‘ubat mujarab’ tanpa sedikit pun menyertakan hasil kajian atau bukti kukuh. Ada pengguna yang terpengaruh hingga sanggup mengetepikan pengambilan ubat hospital cuma kerana penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat tadi. Bagaimana kalau ubat yang diakui sendiri sebagai mujarab itu tidak lebih daripada sebuah gimik? Sebenarnya pengguna sukar membuat satu keputusan tepat kerana tertekan dengan penyakit yang dihidapi. Ubat yang tidak tepat daripada segi penggunaan dan rawatan bukan sahaja sia-sia malah mendedahkan diri sendiri kepada keracunan dan kesan sampingan. Justeru tabiat penggunaan ubat yang tidak betul dalam kalangan

description

bahasa melayu

Transcript of BM Kertas2 Set 5

Wartwan: Assalamulaikaum dan bagi pihak akhbar Wrata Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudi

SET 5Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna mendapatkan ubat di farmasi dan cara-cara memulihkan keyakinan pengguna terhadap ubatan hospital Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal penggunaan ubat bukannya perkara baru. Perlu diakui bahawa produk herba, tonik dan makanan tambahan yang dijual secara meluas merupakan satu perkembangan positif dari sudut penjagaan kesihatan. Daripada sudut komersial penjualan produk ini, membentuk persaingan sengit yang memaksa penggunaan bermacam-macam produk bagi tujuan promosi semata-mata sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta saintifik, kesan sampingan, keracunan dan bahaya ubat langsung tidak disentuh.

Pembukaan lebih banyak farmasi merupakan fenomena biasa kini. Pada masa yang sama ada juga usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan antara herba, tonik dan makanan tambahan berbanding ubat sama ada tradisional atau moden. Lebih teruk lagi ada farmasi yang berubah menjadi klinik dan ada klinik yang nampak macam farmasi. Walaupun harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal tetapi ini tidak menghalang produk tersebut laris dan popular.

Produk herba, tonik dan makanan tambahan dijual di hampir semua jenis farmasi dan premis perniagaan ubat. Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenang-sewenangnya sebagai ubat mujarab tanpa sedikit pun menyertakan hasil kajian atau bukti kukuh. Ada pengguna yang terpengaruh hingga sanggup mengetepikan pengambilan ubat hospital cuma kerana penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat tadi. Bagaimana kalau ubat yang diakui sendiri sebagai mujarab itu tidak lebih daripada sebuah gimik? Sebenarnya pengguna sukar membuat satu keputusan tepat kerana tertekan dengan penyakit yang dihidapi. Ubat yang tidak tepat daripada segi penggunaan dan rawatan bukan sahaja sia-sia malah mendedahkan diri sendiri kepada keracunan dan kesan sampingan. Justeru tabiat penggunaan ubat yang tidak betul dalam kalangan pengguna perlu dipandang serius dan diperbetulkan secara agresif tetapi sistematik sebelum keadaan ini di luar kawalan.

Pengguna beranggapan membeli ubat di farmasi lebih menjimatkan masa dan tenaga. Hakikatnya tidak ramai yang menyedari bahawa ada ubat yang boleh dibeli dan dimakan begitu sahaja dan ada pula ubat dikawal di bawah akta tertentu yang mempunyai prosedur yang berlainan. Dalam begitu banyak jenis rawatan yang ada, garis panduan yang mudah diikuti mungkin dapat membantu individu membuat keputusan dan pemilihan rawatan yang lebih baik. Prosedur seperti konsultasi yang terdapat di hospital dan dianggap remeh bagi sesetengah orang tidak terdapat di farmasi. Tambahan pula pekerja di farmasi sentiasa mengamalkan konsep mesra pelanggan. Atas sebab kebiasaan mereka lebih senang membeli ubat terus dari farmasi atau kedai ubat dan bukan mendapatkan preskripsinya terlebih dahulu. Tabiat sebegini boleh menyebabkan ketagihan dan mengancam nyawa.

Oleh itu perbuatan merawat diri sendiri dengan makan ubat tanpa mengikut peraturan dan nasihat perubatan semestinya berisiko besar. Orang ramai perlu disedarkan dan dibimbing ke arah penggunaan ubat yang lebih berhemah.(Diubahsuaikan daripada Rakyat Wajar Dididik Ambil Ubat Secara Bijak oleh Hazimy Hassan, Lidah Pengarang, Berita Harian, 3 Ogos 2006)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata diperbetulkan secara agresif .

[ 2 markah]

(ii)Nyatakan tiga perkara yang akan berlaku sekiranya masyarakat terus mendapatkan ubat daripada farmasi?

[ 3 markah]

(iii)Sejak belakangan ini banyak farmasi yang dibuka di negara kita.

Jelaskan dua faktor yang menggalakkan situasi ini berlaku.

[ 4 markah ]

Soalan 2 (b) Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mariah menyapu air mata yang membasahi pipinya. Hatinya hancur oleh perlakuan ayah. Selama dua hari dia memintas ayah di stesen bas. Ketika ayah bergerak dalam barisan orang ramai sambil menadah tangan , hatinya luluh. Dia menahan pilu dan ngilu dari seberang jalan.

Apabila ayahnya bergerak ke arah jalan yang lengang, Mariah bergerak mengikutnya dari belakang. Dia percepatkan langkah dan bercakap perlahan-lahan dari belakang.

Ayah melakukan dalam keadaan sedar, katanya ketika ayahnya tersandar pada tangga rumahnya yang kecil itu.

Semalam orang melihat ayah terhoyong-hayang di belakang kedai gunting. Mariah menangis semahu-mahunya.

Pagi tadi ayahnya mengharukan dia lagi. Ketika Mariah melangkah keluar, ayahnya menegur.

Aku tak ada wang, katanya.

Mak Usu Lijah memberikan dia sepuluh ringgit selepas menutup kedai jam 10.00 malam. Sepatutnya dia tidak menerima jumlah wang sebanyak itu, tetapi Mariah berasa malu juga kepada kawan-kawannya kerana tidak memiliki sebuah buku tambahan yang penting. Buku rujukan Ekonomi itu berharga sembilan ringgit.

Mariah ada sepuluh ringgit saja ,ayah. Ini pun untuk beli buku.

(Dipetik daripada cerpen Mariah oleh Sharif Putera

dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Nyatakan tiga perlakuan ayah yang menyebabkan Mariah berasa sedih.

[3 markah]

(ii)Kemukakan tiga tanggungjawab seorang bapa kepada anak-anaknya mengikut pendapat anda

[3 markah]

(iii)Huraikan satu perwatakan Mariah dalam petikan di atas dan dua perwatakan Mariah dalam cerpen tersebut

[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah itu, Laksamana pun kembali ke Johor. Maka Raja Negara pun datanglah ke Johor, mendapatkan Laksamana. Maka Laksamana pun memberikan anak raja itu dengan yang menyusui dia. Maka Raja Negara pun berlayarlah, lalu masuk Muar, mendapatkan Temenggung Muar, memberikan surat itu. Setelah terbaca, maka Temenggung Muar pun menangis, lalu menyuruh mengambil anak raja itu ke perahu, dipeliharakan Temenggung seperti anaknya sendiri. Dan satu orang pun tiada yang tahunya. Dikatakan anak Raja Negara, diambilnya anak.

Setelah sampai tujuh tahun, maka waktu Temenggung Muar pergi menghadap ke Johor, dibawanya anak raja itu, dipertemukannya dengan Laksamana. Dan serta sampai Temenggung Muar di Johor kepada Laksamana, maka diambil Laksamana. Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia pergi bermain di makam paduka ayahanda di Kota Tinggi. Dan segala budak-budak mengikut pergi. Serta sampai di makam itu, anak raja itu makan rumput, dan budak-budak lain hendak mengikut, semuanya muntah akan darah. Menjadi lahirlah khabar itu. Maka kedengaranlah kepada Yang Dipertuan Muda, orang menyembahkan, ada budak, rupanya bagaimana pinang dibelah dua dengan paduka marhum yang mangkat. Dan segala budak-budak hendak mengikut, tiada boleh naik ke atas makam itu, sakit, muntah akan darah. Dan Yamtuan Muda pun menyuruh mencari budak itu.

(Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil dalam

antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Apakah maksud menjadi lahirlah khabar itu ? [2 markah]

(ii)Nyatakan tiga kejadian aneh yang berlaku di makam Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang di Kota Tinggi.

[3 markah]

(iii)Kemukakan tiga alasan mengapa anak raja dalam petikan di atas dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa aneh mengikut pendapat anda.

[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan SajakBaca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

DI KOTA KECILKU

Di sini aku pulang

tempat bersekolah dan dibesarkan

lewat padang Speedy

terus ke Durian Sebatang

semuanya kini terasa kecil

mengimbau rindu

dan kenangan.

Di sini anak belasan tahun

mulai mengenal cinta dan ilmu

pengorbanan ayah dan emak

keakraban teman dan pergelutan

detik itu mengambang bagai mimpi

sewaktu kulewati kota kecilku ini.

Sesaat tiba di muka sekolah

telah lama kutinggalkan

kini sudah berubah

terasa sepi

suara guru yang memberikan markah

pada pangkat pertama

buat si anak desa

dan ayahku tak berkata bangga.

Di sinilah anak desa

mengenal dunia

di kota kecilnya

padang Speedy

dan Durian Sebatang

meski berubah pandangan

mengimbau rindu dan kenangan

sayang.

Baha Zain

Permatang Budi,1991.

Fajar Bakti Sdn Bhd.

(i)Apakah maksud detik itu mengambang bagai mimpi ?

[2 markah]

(ii)Berikan tiga harapan ayah terhadap anaknya yang sudah berjaya mengikut pendapat anda.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[ 30 markah ]

Jawab semua soalan(a)Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)hala tuju

(ii)

hak mutlak

(iii)

timbang terima

(iv)

pangkalan data

(v)

pengenalan diri

(vi)

gembleng tenaga

[6 markah]

(b)Tukar ayat majmuk dalam petikan di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Kerajaan dan agensi swasta memainkan peranan penting memajukan bidang teknologi maklumat dalam kalangan pelajar. Perkara ini ditekankan oleh kerajaan kerana pencapaian peratusan pelajar dalam bidang ini merosot. Malaysia akan terus mundur daripada segi ilmu teknologi maklumat maka kita seharusnya berganding bahu menjayakan cita-cita kerajaan.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Para remaja perlu latihan sejak kecil lagi untuk bersopan-santun ketika di hadapan orang tua.

(ii)Adik kecil yang makan murtabak dari restoran itu muntah-muntah kerana isinya mengandungkan ulat-ulat halus.

(iii)Seluruh pelusuk tanah air gempar apabila bekalan elektrik diputus selama sepuluh minit akibat kerosakan pencawang utama di Pahang.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Tuala yang baru dibeli oleh ibu masuk air dan sangat sesuai digunakan untuk mengelap pinggan dan mangkuk telah dicuci.

(ii)

Rumah Arif kelihatan gelap kerana pohon-pohon membayangi halaman rumahnya kerana tidak dapat cahaya matahari tembusi.

(iii)

Semangat saling kunjung-mengunjung amat digalakkan oleh kerajaan terutama pada musim perasmian dan hari-hari lain kerana dapat mengeratkan perpaduan kaum.

[6 markah]

(e)Isi tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Semasa ibu bapa sedang marah, Fazli berdiam diri sahaja dan tidak berani bersuara kerana dia tahu dia yang bersalah iaitu balik terlalu lewat pada malam itu. Fazli tahu bahawa _____________________________________________

(ii) Dermawan itu banyak membantu orang miskin dan kerap bergaul dengan golongan bawahan untuk mengetahui masalah mereka. Beliau tidak khuatir bahawa maruahnya akan terjejas kerana kata bak kata pepatah ____________________________________

(iii) Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu telah menunaikan tanggungajawabnya kepada penduduk kampung tersebut dengan menyediakan pelbagai prasarana seperti yang diperkatakan dalam kempen dahulu kerana dia sedar bahawa _____________________________________________________________________

[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin

(vi)Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)Watak utama dalam sesebuah novel sering digambarkan oleh pengarang memiliki ketabahan menghadapi cabaran.

Jelaskan dua contoh ketabahan watak utama menghadapi cabaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua persamaan dari aspek pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut..

[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN

Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca yang mendorong pesakit membeli ubat di gedung ubat.2m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)Markah

S1Pembukaan lebih banyak farmasi pada masa kini2m

S2Pesakit mudah peroleh pelbagai jenis ubatan di farmasi dan premis perniagaan ubat2m

S3Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenang-sewenangnya sebagai ubat mujarab2m

S4Penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat tadi2m

S5Pengguna beranggapan membeli ubat di farmasi lebih menjimatkan masa dan tenaga2m

S6Pesakit tidak perlu melalui prosedur yang remeh untuk mendapatkan ubat2m

S7Pekerja di farmasi mengamalkan konsep mesra pelanggan2m

S8Pesakit sudah terbiasa / lebih senang membeli ubat terus dari farmasi.2m

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)Markah

T1Kerajaan mengurangkan karenah birokrasi semasa rawatan di hospital2m

T2Mengadakan kempen/ceramah keburukan membeli ubat tanpa panduan yang tepat / ceramah kesan buruk tersalah makan ubat.2m

T3Kakitangan hospital mematuhi Piagam Perkhidmatan Pelanggan / mesra pelanggan2m

T4Kemudahan dan keselesaan pesakit di hospital dipertingkat2m

T5Memperbaiki dan mempertingkat imej kakitangan hospital dari semasa ke semasa2m

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah sedar akan keperluan berwaspada/berhati-hati untuk memperoleh ubat agar kesihatan masyarakat terjamin sepenuhnya.

2m

Pemahaman

Petikan Umum

(i)-diperbaik/dipulihkan dengan kadar segera/cepat/drastik

2m

(ii)-menyebabkan keracunan

-mendatangkan kesan sampingan

-menyebabkan ketagihan

boleh mengancam nyawa/menyebabkan kematian

( Pilih mana-mana tiga)

1m

1m

1m

1m

(iii)-mendapat sambutan daripada masyarakat kerana mereka

berkemampuan

kerajaan sendiri memberi kebenaran/meluluskan permit kerana ingin meningkatkan taraf kesihatan rakyat

ramai yang mempunyai kelulusan berminat membuka farmasi untuk mencari keuntungan

kesedaran masyarakat menjaga kualiti kesihatan diri / beli pil / makanan kesihatan

( Pilih mana-mana dua )

2m

2m

2m

2m

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

(i) - Buchanan terjebik-jebik

- Buchanan berdiri lalu melangkai gontai/longlai

- Buchanan berpaling

- kelopak matanya digenangi air/menangis

- air mukanya sarat dengan kekecewaan

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

(ii) - bertenang dapat melahirkan pemikiran yang rasional

- bertenang dapat mengelakkan kita daripada bertindak

terburu-buru

- bertenang dapat mengawal diri daripada melakukan perkara

yang buruk

- bertenang dapat mengawal emosi

- bertenang dapat menilai kelemahan dan kekurangan diri

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

(iii)- Nilai dalam petikan.

simpati- Mazlina bersimpati dengan Buchanan apabila tanahnya

akan diambil/rayuannya ditolak

- tabah - Mazlina tidak berputus asa dan akan berusaha

menyelamatkan kebun epal itu

Pilih mana-mana satu jawapan

Nilai dalam cerpen

- kegigihan Buchanan gigih mengusahakan kebun epal

- kasih sayang - Mazlina membantu bapa angkatnya memetik

epal di kebun

- keberanian - Yvonne bertikam lidah dengan pegawai Jabatan

Tanah British Columbia

Pilih mana-mana dua jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

(i) - berita itu tersebar/berita itu diketahui umum

2m

(ii) - anak raja makan rumput

- budak-budak lain yang makan rumput muntah darah

- anak raja naik ke atas makam tetapi budak-budak lain tidak

boleh naik

- budak-budak lain yang cuba naik ke atas makam mengalami

sakit dan muntah darah.

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

(iii) - seorang anak raja yang istemewa

- bakal menjadi pemimpin besar pada masa hadapan

- menunjukkan anak raja itu berasal daripada keturunan

berdaulat

- menunjukkan anak raja itu berketurunan baik-baik/berdarjat

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi

(i) - gemar menumpang /pergi ke rumah orang lain walaupun

ada rumah sendiri

- suka meninggalkan rumah

2m

1m

(ii) - berjimat cermat dalam mengguna/membelanja

- merancang sebelum berbelanja

- beli ikut keperluan/belanja ikut kemampuan

- manfaatkan sepenuhnya kemudahan/bahan yang ada

- jangan terikut-ikut/terpengaruh dengan orang lain berbelanja

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

(ii) - kita mestilah berhati-hati agar tidak ditipu orang

- kita mestilah berjimat cermat dalam kehidupan

- kita harus membuat sesuatu pekerjaan mengikut masa yang betul

- kita tidak boleh bersikap zalim.

1m

1m

1m

1m

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3a

.(i) licin-licau

- licin sekali Contoh : Amin makan nasi sehingga pinggan itu licin-licau. Keadaan jalan raya itu menjadi licin-licau apabila hujan renyai mulai

turun.

(ii) sedu-sedan

- suara yang terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama

menangis,)

Contoh:

Kami masih terdengar sedu-sedan kanak-kanak yang malang itu hingga

larut malam.

(iii) lambat-laun - lama-kelamaan, akhir-akhirnya.

Contoh:

Mahani berdoa lambat-laun sikap panas baran suaminya akan kendur

setelah mereka memperoleh cahaya mata pertama.

(iv) simpang-siur - terlalu banyak dan silang menyilang (jalan raya, kawat telefon,)

- terlalu banyak liku-likunya (jalan ), berliku-liku.

- terlalu banyak kesulitan atau keruwatan ,(kerana berliku-liku, libat-

melibat, sangkut-menyangkut,)

- bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir

mudik.

Contoh:

-Jalan yang simpang-siur di ibu kota itu memeningkan kepala saya.

-Laluan menuju ke Tanah Tinggi Cameron simpang-siur bagi para

pemandu yang jarang melalui jalan itu.

-Perahu-perahu tambang kelihatan simpang-siur di pangkalan itu.

(v) semak-samun

- berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil.

Contoh:

Kami terpaksa menebas semak-samun di laluan tersebut sebelum sampai

ke pondok buruk itu.

(vi) lintang-pukang

- tidak menentu arahnya (orang berlari l) , bergerak bertempiaran,

tunggang-langgang.

Contoh :

Semua penagih dadah di dalam pondok itu lari lintang-pukang apabila diserbu oleh sepasukan polis.

* Nota: Potong markah bagi keseluruhan jumlah markah yang diperoleh.

Soalan 3b

(i) Ayat suruhan

(ii) Ayat suruhan

(iii) Ayat larangan

(iv) Ayat larangan

(v) Ayat silaan

(vi) Ayat permintaan

(vii)

Soalan 3c

(i) bermufakat - bermuafakatberkerjasama - bekerjasama

(ii) jangkapanjang jangka panjang

menularkan - menulari

(iii) stesyen - stesen

dikemuka - dikemukakan

Soalan 3d

(i) alih kesempatan / peluang di dinding pada dinding (ii) aktiviti kes / masalah pihak kerajaan lakukan dilakukan oleh pihak kerajaan

(iii) perangai - laku Syarikat Nippon Elektonik Syarikat Elektronik Nippon

Soalan 3e

(i) katak di bawah tempurung orang yang teramat cetek/ tidak luas pengetahuannyaContoh ayat :

Anak Pak Samad sanggup menimba ilmu walau di mana-mana tempat supaya dia tidak dianggap katak bawah tempurung.

(ii) menatang minyak penuh

seseorang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Contoh ayat :

Orang kaya di kampung itu menjaga anak perempuannya seperti menatang minyak yang penuh kerana itulah satu-satu anaknya.

(iii) mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia

dilepaskan

Contoh ayat :

Soalan 4 a

JULIA

i.Peristiwa Julia dihantar ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia oleh kedua-dua ibu bapanya.-Julia membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ibu dan bapanya belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia demi menjaga maruah diri dan keluarga

ii.Peristiwa Jun datang menziarahi tanah perkuburan ibu bapa Julia, berpakaian Melayu setelah memaklumkan dirinya sudah Islam-Julia menjaga batas-batas perhubungan dengan Jun demi mempertahankan maruah diri dan agama

iii.Peristiwa Julia dipelawa oleh Rashid untuk bersiar-siar bersama-samanya.-Julia menolak ajakan Rashid untuk berfoya-foya sekembalinya dari Hidayah Islamic College demi mempertahankan maruah diri

iv.Peristiwa Julia bertengkar dengan Syed Mustafa tentang butik milik keluarganya.

-Julia tidak mengikut kemahuan Syed Mustafa yang meminta Julia menyerahkan butik milik keluarganya demi mempertahankan maruah keluarga

v.Peristiwa Julia mengambil alih urusan syarikat BMPRO Holding milik keluarganya walaupun usianya masih muda.-Julia sanggup menerajui syarikat peninggalan arwah ayahnya demi mempertahankan maruah keluarganya

vi.Peristiwa Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk menyiasat penyelewengan.-Julia sanggup menyiasat sendiri masalah yang berlaku dalam BMPRO Transport demi mempertahankan maruah diri dan syarikat

Terima mana-mana satu jawapan di atas

PERLUMBAAN KEDUA

i.Peristiwa Sang Kancil mencabar Sang arnab agar berlumba dengan Tuk Kura

-Sang Arnab sanggup menyahut cabaran Sang Kancil untuk menyertai Perlumbaan Kedua demi mempertahankan maruah diri dan keturunan

ii.Peristiwa Sang Kancil memujuk Tuk Kura untuk berlumba-Tuk Kura sanggup berlumba dengan Sang Arnab demi mempertahankan maruah keturunannya

iii.Peristiwa suku-sakat Tuk Kura meninggalkan latihan

-Tuk Kura sanggup berlatih bersendirian untuk perlumbaan kedua walaupun suku-sakatnya tidak mahu bekerjasama demi mempertahankan maruah diri

iv.Peristiwa Tuk Kura hadir tepat masanya pada hari pertandingan

-Tuk Kura menepati janji dan muncul pada hari perlumbaan demi mempertahankan maruah diri

Terima mana-mana satu jawapan di atas

Bahasa maksimum 3 markah

4b

JULIA

i. Bekerjasama dalam perniagaan-Julia dan Jun bekerjasama dalam perniagaan menerusi syarikat Cinta Sejati Travel milik Jun dan syarikat BMPRO Travel & Pro milik Julia / bekerjasama menjayakan program Homestay

ii. Bekerjasama menyelesaikan masalah dalaman syarikat

-Julia mendapatkan kerjasama En Hashim untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat BMPRO Holding

iii. Bekerjasama dalam pelajaran-Julia mendapat kerjasama daripada rakan-rakan senior semasa belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia

iv.Bekerjasama dalam pengurusan syarikat- Dato Bakar mendapat kerjasama dalam bentuk khidmat nasihat daripada Tan Sri YahayaPERLUMBAAN KEDUA

i. Bekerjasama menghimpunkan warga rimba-Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai menghimpunkan semua binatang warga rimba untuk menjadi saksi berita perlumbaan Sang Arnab dan Tuk Kura akan diadakan serta syarat-syaratnya

ii. Bekerjasama menjemput suku-sakat-Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai bagi menjemput suku-sakat Tuk Kura berbincang bersama-sama mengenai perlumbaan kedua

iii.Bekerjasama antara warga rimba menjayakan perlumbaan.

-Semua binatang warga rimba berhimpun dan memainkan peranan / jalankan tugasan masing-masing semasa perlumbaan agar berjalan lancar

iv.Bekerjasama menjalani latihan-Suku-sakat Tuk Kura bekerjasama menjalani latihan secara intensif secara bersama-sama pada peringkat awal setelah bersetuju untuk berlumba