Bm Penulisan Thn 4

7
Bahagian A (10 markah) [ Masa dicadangkan : 15 minit ] Gambar di bawah menunjukkan suasana di kawasan air terjun. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Transcript of Bm Penulisan Thn 4

Page 1: Bm Penulisan Thn 4

Bahagian A(10 markah)

[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan suasana di kawasan air terjun.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Bahagian B

Page 2: Bm Penulisan Thn 4

(30 markah)[ Masa dicadangkan : 40 minit ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.1. Semua manusia mempunyai hobi yang unik.

Tulis sebuah karangan tentang hobi kamu.Pendahuluan

Hobi untuk diceritakan. Minat mengumpul setem. Ayah dan ibu memberikan galakan.

Idea-idea1 Mula mengumpul setem sejak berusia lapan tahun.

Ayah membelikan album setem. Ayah meletakkan setem di dalam album.

2 Mula berminat. Memberikan setem terpakai. Meletakkan setem di dalam album.

3 Ayah meminta setem daripada rakan. Rakan ayah memberikan. Saya simpan setem dalam album.Penutup

Perlu mempunyai hobi berfaedah. Mempunyai tiga album setem. Akan saya bawa ke sekolah.

ATAU2. Gasing merupakan permainan orang Melayu suatu ketika dahulu.

Tulis karangan tentang pengalaman kamu melihat orang bermain gasing.

Pendahuluan Permainan orang Melayu. Melihat permainan di pesta. Dijalankan di gelanggang.

Idea-idea1 Penonton memenuhi tepi gelanggang.

Page 3: Bm Penulisan Thn 4

Seorang memusingkan gasing. Orang lain akan mematikannya.

2 Penonton bertepuk tangan. Berulang kali. Penonton tidak jemu.

3 Jika terus pusing, diumumkan pemenang. Memakan masa lama. Melihat sehingga habis.Penutup

Pulang selepas keputusan diumumkan. Gembira dapat melihat. Mahu melihat lagi.

ATAU3. Ceritakan tentang diri kamu.

Pendahuluan Nama kamu. Tarikh lahir. Tempat lahir.

Idea-idea1 Jumlah adik beradik.

Jumlah abang dan kakak. Jumlah adik.

2 Ayah dan ibu yang penyayang. Pekerjaan ayah. Pekerjaan ibu.

3 Cita-cita kamu. Mata pelajaran yang diminati. Nama sekolah.Penutup

Masa lapang membaca. Harap cita-cita tercapai. Mahu balas jasa ibu dan ayah.

Bahagian C(20 markah)

[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Page 4: Bm Penulisan Thn 4

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ada lima pengajaran dalam petikan di atas. Antaranya kita mestilah ________ ____________________________________________________________________________________________________. Selain itu, kita sepatutnya ___________________________________________________________________________________________________. Seterusnya kita dikehendaki _________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Oleh itu, kita haruslah __________________________________________________________________________________________________________________________________. Akhir sekali, kita sewajarnya __________________________________________________________________________________________________.

Murid-murid beratur menuju ke padang. Kemudian, murid-murid mendengar arahan yang disampaikan oleh Cikgu Alina, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mereka. Setelah mendengar arahan daripada Cikgu Alina, murid-murid terus berlari mengelilingi padang. Mereka berlari dengan bersungguh-sungguh.

Deren telah berjaya memenangi tempat pertama. Dia melonjak kegirangan. Cikgu Alina memuji kehebatan Deren.

“Kamu boleh masuk dalam acara 100 meter untuk pasukan sekolah kita,” kata Cikgu Alina. Deren tersenyum mendengar pujian itu. Dalam hatinya berazam untuk mewakili pasukan sekolah satu hari nanti.

Page 5: Bm Penulisan Thn 4
Page 6: Bm Penulisan Thn 4

Bahagian C Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Ada lima pengajaran dalam petikan di atas. Antaranya kita mestilah berdisiplin seperti beratur menuju ke padang. Selain itu, kita sepatutnya berhemah tinggi seperti mendengar arahan guru. Seterusnya kita dikehendaki rajin contohnya bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu. Oleh itu, kita haruslah berazam untuk memenuhi cita-cita kita. Akhir sekali, kita sewajarnya bersyukur dengan kebolehan yang kita miliki.