bm spm

6
Beberapa rangkai kata menarik untuk Kertas 1 & Kertas 2 (Soalan 3a) PENYAL! "L# #aksu$n%a Pemberi atau sesuatu %ang ban%ak memberikan pengeta'uan uru $ianggap pen%alur ilmu %ang baik kerana tela' m*nerima lati'an pen$i$ikan %ang se*ukupn%a ALA+ BA,A! #aksu$n%a #asa terkini- .aman ini !ema/a ala0 ba'aru 'arus memiliki kema'iran %ang luas terutama $alam aspek teknologi mo$en %ang sering beruba' # AK,"! "N" #aksu$n%a Pa$a masa kini- ketika ini #utak'ir ini- ban%ak ke/a$ian /ena%a' %ang melibatkan rema/a berlaku terutama $i ban$ar ban$ar besar SEAN E! 4N"A #aksu$n%a Seluru' $unia Su$a' seantero $unia mengeta'ui kein$a'an batik negara ini %ang mengutamakan bentuk bentuk kesenian alam sekitar #E#AN"+ES AS"KAN +"K"!AN #aksu$n%a menggunakan atau mela'irkan i$ea $an pen$apat $engan sebaik mungkin Ke/a%aan penulis mampu $ibuktikan menerusi keupa%aann%a memani0estasikan 5kirann%a $alam /alan *erita no6el #ENK"LKAN KA A KA A #aksu$n%a #enulis atau ber*akap sesuatu perkara terutama kar%a sastera Sa%a menukilkan kata kata semangat $i atas kertas itu untuk memberi semangat kepa$a a$ik %ang bakal meng'a$api peperiksaan

Transcript of bm spm

Beberapa rangkai kata menarik untuk Kertas 1 & Kertas 2 (Soalan 3a)

PENYALUR ILMUMaksudnya : Pemberi atau sesuatu yang banyak memberikan pengetahuan.Guru dianggap penyalur ilmu yang baik kerana telah mcnerima latihan pendidikan yang secukupnya.

ALAF BAHARUMaksudnya : Masa terkini, zaman iniRemaja alaf baharu harus memiliki kemahiran yang luas terutama dalam aspek teknologi moden yang sering berubah.

MUTAKHIR INIMaksudnya : Pada masa kini, ketika iniMutakhir ini, banyak kejadian jenayah yang melibatkan remaja berlaku terutama di bandar-bandar besar.

SEANTERO DUNIAMaksudnya : Seluruh duniaSudah seantero dunia mengetahui keindahan batik negara ini yang mengutamakan bentuk-bentuk kesenian alam sekitar.

MEMANIFESTASIKAN FIKIRANMaksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dan pendapat dengan sebaik mungkin. Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya dalam jalan cerita novel.

MENUKILKAN KATA-KATAMaksudnya : Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera.Saya menukilkan kata -kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.

MEMBERIKAN IMPAKMaksudnya : Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku.Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.

RENTETAN SENARIOMaksudnya : Selepas sesuatu fenomena itu berlaku.Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.

JIKA DITELUSURIMaksudnya : Jika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal kehadiran pendatang asing.

MENDABIK DADAMaksudnya : Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan.Kita janganlah mendabik dada semata-mata kerana mahukan pengiktirafan.

KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKALMaksudnya : Keseimbangan rohani dan jasmaniKestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa kejayaan.

MEKANISME KAWALANMaksudnya : Alat / aspek yang mengawal sesuatuMekanisme kawalan yang Iebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah kenaikan harga barangan runcit.

PANDANGAN SARWAMaksudnya : Pemikiran biasa / umumPandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu meyebabkan polemik itu sukar diselesaikan.

ANJAKAN PARADIGMAMaksudnya : Perubahan demi kemajuan atau kebaikanAnjakan paradigma penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.

RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMANMaksudnya : Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasaKemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman.

LANDASAN BERFIKIRMaksudnya : Cara berfikirLandasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.

MASYARAKAT KONVENSIONALMaksudnya : Masyarakat umum / biasaMasyarakat konvensional pada hari ini memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.

MENGAIBKAN DIRIMaksudnya : Memalukan diriTindakan Ielaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.

ALMA MATERMaksudnya : Sekolah /universiti / tempat belajarDia telah kembali ke alma maternya untuk memberi sumbangan kewangan.

KEMAPANAN FIKIRANMaksudnya : Keteguhan cara berfikirKemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.

MELUASKAN HORIZON PEMIKIRANMaksudnya : Meluaskan pandangan / pemikiranRemaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini.

MENGGABUNGJALINKAN ELEMENMaksudnya : Menggunakan pelbagai aspekKajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menjadi punca kegagalan projek tersebut.

MERANGSANG EKONOMIMaksudnya : Mengaktifkan proses ekonomiLangkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang perkembangan ekonomi negara.