Bm-strategi Pengajaran Membaca

11
PENGENALAN Rajah 7.1: Guru mengajar membaca untuk kefahaman T T o o p p i i k k 7 7 Strategi Pengajaran Membaca untuk Kefahaman HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan beberapa pendekatan dalam pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman; 2. Mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran kemahiran membaca untuk kefahaman; 3. Menjelaskan beberapa teknik pengajaran membaca yang sesuai digunakan di sekolah rendah; dan 4. Menilai sesuatu teknik pengajaran kemahiran membaca dalam konteks keberkesanannya kepada pelajar sekolah rendah.

description

modul pengajaran kemahiran bahasa

Transcript of Bm-strategi Pengajaran Membaca

Page 1: Bm-strategi Pengajaran Membaca

PENGENALAN

Rajah 7.1: Guru mengajar membaca untuk kefahaman

TTooppiikk 77 StrategiPengajaranMembacauntukKefahaman

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menyatakan beberapa pendekatan dalam pengajaran kemahiran

membaca dan kefahaman; 2. Mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran kemahiran membaca

untuk kefahaman; 3. Menjelaskan beberapa teknik pengajaran membaca yang sesuai

digunakan di sekolah rendah; dan 4. Menilai sesuatu teknik pengajaran kemahiran membaca dalam

konteks keberkesanannya kepada pelajar sekolah rendah.

Page 2: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 91

Kefahaman dan bacaan ialah dua perkara yang saling lengkap melengkapi, khususnya dalam konteks kemahiran berbahasa. Rajah 7.1 menunjukkan contoh seorang guru mengajar membaca untuk kefahaman. Secara umunya, kefahaman ialah keupayaan seseorang untuk mendapatkan makna daripada bahan komunikasi, sama ada yang berbentuk tulisan, lambang, mahupun pertuturan. Dalam konteks kemahiran membaca, kefahaman bermaksud memahami apa yang ditulis, atau mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu bahan bacaan. Hal ini bermakna, pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ialah proses memahirkan pelajar untuk mencari dan mendapatkan makna daripada bahan bacaan. Sehubungan dengan itu, topik ini akan memberikan beberapa panduan tentang aspek pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman. Perbincangan dalam topik ini meliputi huraian tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran tersebut.

PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

Pendekatan pengajaran bahasa ialah sekumpulan andaian tentang pengajaran & pembelajaran bahasa yang dikaitkan dengan hakikat bahasa dan falsafah pemerolehan bahasa tersebut. Selain itu, pendekatan juga mencerminkan teori-teori bahasa dan teori pengajaran dan pembelajaran bahasa itu sendiri. Dalam pengajaran membaca untuk kefahaman, pendekatan-pendekatan yang dihuraikan berikut adalah sesuai dan selalu digunakan dalam pengajaran bahasa.

7.1.1 Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) adalah berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipecah-pecahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain, seperti kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pada masa yang sama pendekatan ini akan mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna supaya pelajar boleh menelah atau mengagak makna perkataan dan ayat yang dibaca. Oleh itu, pendekatan ini amat sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.

7.1

Page 3: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 92

7.1.2 Pendekatan Komunikatif dan Skemata

Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, aspek makna dan kosa kata yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi, serta bersesuaian dengan aturan sosiobudaya bahasa berkenaan, perlu diberikan penekanan. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi sebenar. Memainkan peranan sebagai pembaca berita, pengulas, pegawai penerangan, dan guru misalnya boleh memotivasi dan membantu pelajar memahami bahan bacaan tersebut. Selain itu, bahan-bahan boleh terdiri daripada dialog-dialog dalam pelbagai situasi komunikasi.

Pendekatan skemata ialah pengajaran kemahiran membaca yang menekankan skemata untuk memudahkan pelajar menekan makna sesuatu perkataan atau ayat. Tegasnya, sesuatu perkataan atau ayat mempunyai kaitan dengan perkataan atau ayat lain yang boleh diasosiasikan dengan perkataan atau ayat yang sedang dibaca. Skema untuk perkataan sekolah misalnya ialah guru, murid, bilik darjah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun pembentukan skema ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan. Semakin luas pengetahuan sedia ada pelajar, semakin banyaklah skemata yang boleh membantunya memahami sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya sebuah wacana.

7.1.3 Pendekatan Cerakinan, Binaan, dan Eklektik

Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian yang besar atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil. Dalam konteks bacaan, proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh dicerakinkan secara perenggan demi perenggan. Sesebuah perenggan pula boleh dicerakinkan lagi kepada kumpulan ayat-ayat, dan seterusnya boleh pula dicerakinkan kepada perkataan demi perkataan. Dalam pengajaran membaca permulaan, pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan mengikut farasa, kata dan abjad atau fonem.

Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan pendekatan cerakinan. Jika pendekatan cerakinan melihat proses pemahaman itu daripada perspektif yang luas kepada yang kecil, pendekatan binaan melihat daripada yang kecil kepada bentuk yang lebih luas. Tegasnya pemahaman terhadap sesebuah wacana bermula dengan penganalisisan perkataan-perkataan, ayat, perenggan, dan seterusnya wacana. Dalam pengajaran bacaan permulaan, pendekatan binaan memfokuskan

Page 4: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 93

sebutan abjad terlebih dahulu, kemudian diikuti pemahaman atau sebutan perkataan, dan akhiri dengan membaca dan memahamkan ayat.

Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang menggabungkan pendekatan binaan dengan pendekatan cerakinan. Pendekatan ini akan mengeksploitasi kaedah-kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan di atas.

KAEDAH MEMBACA

Kaedah ialah suatu prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran bahasa. Kaedah dibentuk berasaskan pendekatan yang dipilih, atau yang dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang akan diajarkan. Tegasnya, kaedah ialah langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran. Dalam konteks pengajaran membaca untuk kefahaman, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan; iaitu kaedah abjad/huruf, kaedah fonik/bunyi suku kata dan kaedah pandang sebut yang diterangkan seterusnya.

(a) KKaedah abjad/huruf Kaedah pengajaran membaca ini merupakan kaedah yang tertua; iaitu

pernah digunakan dalam zaman kerajaan Greek dan Rom. Dalam kaedah ini pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang

7.2

AKTIVITI 7.1

1. Bincangkan jenis dan bentuk-bentuk pendekatan skemat,

2. Jelaskan apa yang anda fahamkan tentang kaitan antara teori pemerolehan bahasa dengan pendekatan pengajaran bahasa.

Berdasarkan pengetahuan anda dalam aspek pendekatan dan kaedah, jelaskan pasangan yang sesuai untuk kaedah dan pendekatan dalam pengajaran kemahiran membaca.

SEMAK KENDIRI 7.1

Page 5: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 94

diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, pelajar akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah pelajar menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat.

Kaedah ini membolehkan pelajar mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah ini akan melambatkan proses pemahaman kerana pelajar banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan,

(b) KKaedah fonik/bunyi suku kata Kaedah fonik/bunyi suku kata menekankan penguasaan bunyi suku kata

berbanding memperkenalkan huruf-huruf abjad. Dalam kaedah ini pelajar didedahkan dengan bunyi-bunyi suku kata seolah-olah membaca sifir dalam matematik. Peringkat seterusnya ialah menyambungkan suku kata tersebut untuk menjadi perkataan. Contohnya pelajar diberikan daftar suku kata ba, ca, da, fa, ga, dan daripada suku kata tersebut guru membentuk perkataan baca, baba, daca, faga, dan sebagainya. Melalui hafalan bentuk suku kata ini pelajar boleh membaca dan membunyikan perkataan tersebut.

Kaedah ini sangat sesuai dengan bentuk bahasa Melayu yang fonemis sifatnya, iaitu semua huruf boleh dibunyikan secara tetap. Selain itu kaedah ini membolehkan pelajar mahir membaca lebih awal berbanding kaedah abjad. Namun kaedah ini tidak menggalakkan pembacaan kerana pelajar tidak bermotivasi apabila didedahkan dengan bunyi dan suku kata yang kadang-kadang tidak bermakna.

(c) KKaedah pandang sebut, seluruh perkataan/ayat Kaedah ini melibatkan dua aktiviti; iaitu membunyikan perkataan atau

suku kata berdasarkan gambar, dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini akan membiasakan pelajar untuk mengecam perkataan atau ayat, dan tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut. Dengan kaedah ini pelajar dilatih untuk mengenali perkataan atau ayat tanpa mengejanya melalui latih tubi. Kaedah ini akan memendekkan masa untuk mengeja perkataan, sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa yang dibaca.

Sehubungan dengan itu, kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya ialah kepada perkataan dan ayat yang bermakna. Selain itu, pengajaran kaedah inimengambil kira pengalaman sedia ada pelajar supaya mereka

Page 6: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 95

mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak memfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf. Hal ini boleh membataskan tahap perbendaharaan kata mereka.

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN DAN KEFAHAMAN

Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, teknik ialah strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnya tahu teknik yang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajarannya. Dalam pengajaran bacaan dan kefahaman, teknik-teknik yang dihuraikan di bawah ini sesuai digunakan di sekolah.

7.3.1 Luncuran (Skimming), Imbasan (Scanning), Bacaan Bersama ( Shared Reading) Dan Bacaan Terarah (Guided Reading)

(a) Luncuran (skimming) Luncuran (skimming) ialah satu teknik

membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Sekilas pandang ini dimaksudkan kepada pergerakan mata yang dibuat secara pantas, menyorot tulisan yang terdapat dalam bahan bacaan, dan dalam masa yang sama memungut maklumat-maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut. Kebiasaannya, teknik bacaan ini digunakan untuk mendapatkan gambaran umum daripada sesebuah bahan bacaan.

7.3

AKTIVITI 7.2

1. Apakah perbezaan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik?

2. Jelaskan langkah-langkah pengajaran kaedah pandang sebut.

Page 7: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 96

Dalam konteks pengajaran bacaan dan kefahaman, teknik bacaan ini boleh digunakan untuk mengasah ketajaman pelajar mendapatkan maklumat daripada bahan bacaan. Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara mentalis dalam tempoh masa yang singkat. Aktiviti seterusnya ialah perbincangan tentang isi-isi atau maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut.

( b) Imbasan (scanning) Imbasan (scanning) pula teknik bacaan yang dilakukan sepintas lalu.

Bacaan jenis ini juga dinamakan bacaan tinjauan; iaitu satu aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal tentang sesuatu bahan bacaan sebelum dipilih untuk dibaca. Proses imbasan ini melibatkan pemerhatian terhadap daftar isi kandungan, ilustrasi, bibliografi, dan sebagainya.

(c) BBacaan bersama ( shared reading) Bacaan bersama ialah kaedah pengajaran membaca apabila pelajar

diminta membaca secara berpasangan atau berkumpulan. Kaedah ini bertujuan untuk memberian keyakinan kepada pelajar-pelajar yang lemah untuk membaca secara terbuka. Oleh tu, aktiviti berpasangan ini perlu dipastikan supaya terdapat pelajar yang mempunyai kemahiran bacaan yang baik dalam setiap pasangan atau kumpulan. Bacaan bersama ini juga membolehkan pelajar menyemak dan membetulkan bacaan sesama sendiri.

(d) Bacaan terarah (Guided reading) Teknik ini sesuai untuk pengajaran membaca dan memahami, khususnya

untuk memandu pelajar memahami petikan atau wacana yang dibaca. Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara sepintas lalu, yang diikuti penjelasan tentang isi-isi utama yang terdapat dalam wacana tersebut. Langkah seterusnya ialah pembacaan secara mekanis atau mentalis oleh pelajar-pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pembacaan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu tugasan yang telah diberikan lebih awal. Setealah pelajar memahami petikan, guru boleh memberikan aktiviti pengayaan seperti, menulis cerita, membuat ilustrasi, dan sebagainya yang berkaitan dengan isi kandungan bahan yang dibaca.

Page 8: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 97

7.3.2 Latih Tubi, Lakonan, Teater Pembaca, Tatacerita, Bimbingan Menjangka

(a) Latih tubi Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dan kemahiran yang dipelajari.

Dalam konteks pengajaran membaca, teknik latih tubi boleh dijalankan untuk pengajaran bacaan mekanis, khususnya yang melibatkan ketepatan intonasi dan sebutan.

(b) Teater pembaca Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan

secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.

(c) Tatacerita Tatacerita ialah teknik pengajaran kemahiran membaca dengan cara

memecahkan petikan yang dibaca kepada beberapa perenggan atau bahagian kecil. Setiap bahagian atau perenggan ini disusun seperti kedudukannya dalam petikan tersebut, dan pelajar diminta membaca dan memahamkan isi kandungan petikan. Untuk tujuan tersebut, guru boleh menyediakan soalan-soalan untuk setiap perenggan supaya pelajar terfokus untuk memahami perenggan yang dibaca.

(d) Bimbingan menjangka Bimbingan menjangka ialah teknik bagaimana pelajar boleh mengagak maksud

perkataan atau ayat dalam bahan bacaan. Dalam teknik ini pelajar diajarkan bagaimana menggunakan maklumat inferens yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Kemahiran menjangka ini akan memudahkan pelajar mengagak makna atau maksud bahan bacaan secara keseluruhan.

7.3.3 SQ3R, KWL/KWL+H

(a) DDefinisi SQ3R

SQ3R bermasud:

S- Survey (Tinjauan) Q- Question (Penyoalan) R1- Read (Pembacaan) R2- Recite (Penyampaian) R3- Review (Ulang Kaji)

Page 9: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 98

Teknik ini dianggap sebagai teknik pembacaan yang sistematik, dan sekaligus boleh mempertingkat kefahaman bacaan secara lebih berkesan.

Teknik ini dimulai dengan survey(tinjauan); iaitu pelajar diminta meninjau bahan bacaan yang akan dibaca secara sepintas lalu. Tinjauan ini membolehkan pelajar mendapatkan gambaran keseluruhan tentang bahan bacaan tersebut. Langkah seterusnya ialah question (penyoalan); iaitu pelajar diminta membuat soalan-soalan yang difikirkan boleh ditanya berhubung dengan bahan bacaan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan ingin tahu kepada pelajar berkenaan. Langkah ini diikuti dengan read (pembacaan); apabila pelajar membaca secara terperinci untuk mendapatkan jawapan-jawapan untuk soalan yang dirangkakan pada peringkat awal. Setelah pembacaan selesai, pelajar diminta pula mengingat semula (recite), dan menyemak sama ada semua jawapan untuk soalan yang dirangka telah ditemui jawapannya. Langkah terakhir dalam teknik ini ialah review (ulang kaji); iaitu pelajar menyemak semula isi-isi bahan bacaan dan mengingat semula apa yang telah dibaca.

(b) KWL/KWL+H KWL+H bermaksud K- Know (Ketahui persoalan), W- What (Apakah

maklumat yang berkaitan, L-Learn (Analisis dan pelajari daripada maklumat yang diperoleh), dan H- How (Bagaimana menerangkan maklumat) Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca, teknik dimulai dengan pengenalan secara umum tentang isi kandungan bahan yang dibaca. Kemudian pelajar diminta mencari maklumat berkaitan dengan isu atau tajuk bahan tersebut melalui pembacaan secara intensif. Seterusnya mereka diminta mencari pengajaran daripada bahan tersebut dan membincangkan pengajaran dan maklumat yang diperoleh kepada pelajar lain.

AKTIVITI 7.3

1. Bincangkan bagaimana teknik skimming dan scanning boleh digunakan dalam pengajaran kefahaman bacaan.

2. Jelaskan kekuatan dan kelemahan teknik latih tubi dalam pengajaran bacaan permulaan.

Page 10: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 99

Terdapat enam pendekatan pengajaran kemahiran membaca yang boleh digunakan.

Kaedah abjad, fonik dan pandang sebut sesuai untuk pengajaran bacaan permulaan.

Terdapat 11 teknik pengajaran kemahiran membaca yang boleh disesuaikan dengan pelajar sasaran.

Latih tubi, lakonan teater pembaca, tatacerita dan bimbingan menjangka ialah teknik yang sesuai untuk pengajaran kefahaman bacaan.

Bacaan Bersama

Bacaan Terarah

Kaedah Abjad

Kaedah Fonik

Kaedah Pandang Sebut

Pendekatan Pengalaman Berbahasa

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Skemata

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan Binaan

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Page 11: Bm-strategi Pengajaran Membaca

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN 100

Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003): Huraian sukatan Pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.