BM1 Sumatif 1

15
SULIT SMK SAINT JOSEPH MIRI JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. PEPERIKSAAN SUMATIF 1 2012 02/01 BAHASA MELAYU KERTAS 1 MAC 2012 1 JAM SATU JAM

description

contoh soalan BM

Transcript of BM1 Sumatif 1

Page 1: BM1 Sumatif 1

SULIT

SMK SAINT JOSEPH MIRI

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagitiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan andapada kertas jawapan objektif yang disediakan.

________________________________________________________________________Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak

LIHAT SEBELAH02/01 ©

PEPERIKSAAN SUMATIF 1 2012 02/01BAHASA MELAYUKERTAS 1MAC 2012

1 JAM SATU JAM

Page 2: BM1 Sumatif 1

Soalan 1 – Soalan 7Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “_________ menjunjung titah tuanku,” sembah Penghulu Kampung Melayu kepada Sultan Mahmood.A betaB patikC hambaD tuan hamba

2. Elsie menulis sepucuk surat _____________ sepupunya yang berada di luar negara.A kepadaB padaC untukD bagi

3. Iqhmal Aqhmarul _____________ bersikap baik dengan salah seorang kawan rapat musuhnya.A suka-suka B pura-pura C cuba-cubaD kira-kira

4. Perbincangan mereka _____________ semua aspek berkaitan bidang kurikulum. A menyelubungiB mencakupiC memenuhiD membatasi

5. Puan Salmah telah dilantik sebagai _____________ program malam amal kerana mempunyai suara yang merdu.A juruacaraB juruhebahC jurucakapD juruulas

6. Pakaian Cik Artikah kelihatan ___________ dan tidak sesuai untuk dipakai di majlis keramaian. A renyokB renyamC renyukD robek

2

Page 3: BM1 Sumatif 1

7. Selepas empat belas hari penguasaan Jepun di Tanah Melayu, Kerajaan British telah ___________ darurat di seluruh Tanah Melayu.A menyatakan B memberitahuC menjelaskanD mengisytiharkan

Soalan 8 - 14Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

8. Guru yang prihatin seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk melahirkan A Bpelajar yang tidak bersikap antisosial. Tiada kesalahan.

C D

9 Encik Ismet adalah seorang guru yang baru ditugaskan di sekolah tersebut. A B C

Tiada kesalahan.D

10. Hafizul menegur sikap kawannya yang suka memperlekehkan peraturan yang telah A B

ditetapkan oleh pihak majikan mereka. Tiada kesalahan. C D

11. Suhainah memberikan beberapa helai baju kepada pengemis yang memakai pakaian A B

compang-camping itu. Tiada kesalahan. C D

12. Pada zaman ini, wanita Malaysia mendamba hak yang sama dengan kaum lelaki. A B C

Tiada kesalahan.D

13. Kata-kata kesat yang diucapkan oleh Chieng telah mengguris hati Ivy. A B C

Tiada kesalahan. D

14. Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa A B

gembira setelah selesai menjalani latihan. Tiada kesalahan. C D

3

Page 4: BM1 Sumatif 1

Soalan 15 - 17Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Kakak selamat melahirkan bayi lelaki yang comel di hospital pagi tadi.II Wakil rakyat itu melahirkan kenyataan bahawa dia akan bertanding dalam

pilihan raya sekali lagi.III Novelis Ramli Awang Murshid berjaya melahirkan minat pembaca untuk

menghayati karya terbarunya. IV Tareeq melahirkan perasaan kecewanya apabila dia gagal dipilih sebagai

ketua pasukan bola sepak sekolahnya.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, III dan IVsahajaD II, III dan IV sahaja

16. I Alan bertaubat dan telah kembali ke jalan yang lurus.II Pemuda yang bersikap lurus itu sering dipersendakan oleh rakan-rakan

sekampungnya. III Pandangannya yang lurus itu telah diterima sebulat suara oleh semua yang

hadir dalam mesyuarat itu.IV Pasukan Kadet Polis berjaya membentuk barisan yang lurus semasa

perhimpunan Hari Unit Beruniform.A I dan II sahajaB III dan IV sahajaC I, II dan IV sahajaD II, III dan IV sahaja

17. I Nenek mengepal pulut untuk dimakan bersama santan dan gula melaka. II Kakak mengepal surat yang baru diterimanya lalu membuangnya ke dalam

tong sampah. III Pemuda yang berwajah bengis itu mengepal tangannya sambil menunjukkan

penumbuknya ke arah kami. IV Kenny Steven mengepal tanah itu dengan perasaan sedih kerana tanah

pusaka itu terpaksa diserahkan kepada Hillary sebagai melunaskan hutang bapanya.

A I dan III sahajaB II dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD I, III dan IV sahaja

4

Page 5: BM1 Sumatif 1

Soalan 18 – 21Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Bapa Xavier memandu uji kereta baharu itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya.A uji pandu B pandu ujiC pandu ujianD memandu uji

19. Semua para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri.A Semua pelajar-pelajar telah dinasihatkanB Para pelajar-pelajar telah dinasihatkanC Semua pelajar telah dinasihatkan D Semua para pelajar telah dinasihatkan

20. Dari sehari ke sehari, Marsha telah berjaya mengurangkan berat badannya dengan mengikuti program diet yang betul.A Dari sehari ke hariB Daripada hari ke sehariC Dari hari ke sehariD Dari sehari ke sehari

21. Profesor Ungku Aziz berbicara tentang kemelut perjuangan orang-orang Melayu pada masa kini.A pada masa iniB di masa iniC di ketika iniD pada masa kini

5

Page 6: BM1 Sumatif 1

Soalan 22 – 24Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) daripada merebak semula.A Untuk mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS)

daripada merebak semula, langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan.

B Kementerian Kesihatan telah mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) daripada merebak semula dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

C Penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) telah dielakkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

D Penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) merebak semula dengan langkah berjaga-jaga daripada Kementerian Kesihatan.

23 Sepuluh peratus daripada markah kokurikulum diambil kira sebagai salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.A Sebagai salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, markah

sepuluh peratus dikira daripada kokurikulum.B Markah kokurikulum diambil kira sebagai salah satu syarat sepuluh peratus

daripada kemasukan ke institusi pengajian tinggi.C Sepuluh peratus daripada salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian

tinggi diambil kira sebagai markah kokurikulum.D Markah kokurikulum sebanyak sepuluh peratus akan diambil kira sebagai

salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

24 Industri pertanian sekali lagi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan bagi meningkatkan sumber ekonomi negara.

A Industri negara yang mendapat perhatian pihak kerajaan, meningkatkan sumber ekonomi pertanian.

B Untuk meningkatkan industri pertanian, sekali lagi pihak kerajaan memberi perhatian pada sumber ekonomi negara.

C Pihak kerajaan mendapat perhatian daripada industri pertanian sekali lagi untuk meningkatkan sumber ekonomi negara.

D Pihak kerajaan telah memberikan perhatian sekali lagi terhadap industri pertanian untuk meningkatkan sumber ekonomi negara.

6

Page 7: BM1 Sumatif 1

Soalan 25 – 27Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I “Lakarkan sebuah gambar rajah yang menunjukkan sistem penapisan air suling” kata guru sains kepada pelajar-pelajarnya.

II Jejari tayar basikalnya telah bengkok kerana dia terlanggar sebatang pokok.III Mak Usu membeli segugus anggur hijau dari gerai Pak Mamat.IV Adik saya suka mencecah keropok lekor dengan tomato sos.A I dan IV B II dan III C I, II dan III D II, III dan IV

26 I Pihak polis telah menyerbu tempat penyembunyian Anggota Gagak Hitam di Taman Permy Jaya.

II Cahaya lampu neon yang dipasang di hadapan rumah Puan Zulaikha amat terang sekali.

III “Wah, cantik sungguh pemandangan pada waktu senja!” Kata Mas Aziza dengan rasa kagum.

IV Kerajaan kini berusaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

A I dan IIB I,III dan IVC I, II dan III D II, III dan IV

27 I Suara penyanyi terkenal Siti Yuslaini yang berkumandang di corong radio teramat merdu sekali.

II Bahan-bahan kek yang disediakan ibu telah kami gaulkan.III Saya doakan semoga perkahwinan Aaron berkekalan hingga ke anak cucu.IV Makanan di restoran itu kurang menyelerakan kerana tukang masaknya

menggunakan minyak tengik.A I dan III B II dan IV C I, II dan IVD II, III dan IV

7

Page 8: BM1 Sumatif 1

Soalan 28 - 30Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28 Kakak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli beg berjenama kerana beg itu berkualiti dan tahan lama.

Sikap kakak ibarat ………………… A alah bisa tegal biasa.B antara kaca dan permata.C indah khabar daripada rupa.D alah membeli, menang memakai.

29 Gambar rajah di atas sesuai dengan peribahasaA Seperti kerbau dicucuk hidung.B Lembu punya susu sapi dapat nama.C Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit .D Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

30 Peribahasa yang hampir sama dengan maksud peribahasa ‘sudah terhantuk baru tengadah.’A Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.B Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.C Pandai menyelam di air dangkal.D Sediakan payung sebelum hujan.

8

Page 9: BM1 Sumatif 1

Soalan 31 - 35

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pilih jawapan yang paling sesuai

CINTA

Aku cinta padamuwahai laut yang bergelorakerana aku bisa belajarmenjadi seorang jejakayang tabah menerima cabaran

Aku cinta padamuWahai langit yang luasKerana aku bisa terbang bebasMenjelajah dunia saujanaAntara batas dan tradisi

Aku cinta padamuwahai gunung yang tinggikerana aku bisa menjadiseorang pendaki gagahyang tidak cepat menyerah kalah

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk DirasaTingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31 Mengapakah penyajak mencintai unsur alam yang terdapat di sekelilingnya?A Mampu menguji tahap kesabaran penyajak. B Menjadikan unsur alam sebagai sumber inspirasinya.C Menjadikannya seorang yang berani menentang musuh.D Berupaya menjadikannya seorang yang lebih berani dan kental

menempuhi hidup ini.

32 Berikut merupakan pengajaran yang terungkap dalam rangkap ketiga di atas, kecuali

A Setiap orang mesti menghargai alam sekitar.B Kehidupan mesti dilalui dengan tabah dan gigih.C Sebagai pendaki kita haruslah bersemangat waja.D Jangan mudah berputus asa jika mengalami kegagalan.

9

Page 10: BM1 Sumatif 1

33 Unsur gaya bahasa yang digunakan dalam rangkap sajak di atas ialahA epiforaB repitisi C anaforaD hiperbola

34 Bentuk yang terdapat dalam sajak di atas ialahA tujuh hingga sebelas suku kata dalam setiap baris. B empat hingga lima kata dalam setiap baris.C rima akhir rangkap kedua ialah abbcb.D bentuk sajak di atas adalah terikat.

35 Apakah persoalan yang diutarakan oleh penyajak?A Kepentingan menuntut ilmu. B Ketabahan menempuh dugaan hidup. C Tanggungjawab menjaga alam sekitar. D Keberanian dalam menghadapi cabaran.

Soalan 36-40

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pilih jawapan yang paling sesuai

19 Februari

Pagi tadi aku bertanya Cikgu Khalid tentang Yahya. Apakah penyakit gila babinya belum

baik lagi. Dua kali aku nampak Yahya keletihan, menggigil, air hidungnya keluar dan

badannya tersentak-sentak.

Cikgu Khalid menggeleng-geleng. Katanya belum sampai masanya dia

memberitahu aku mengenai penyakit Yahya. Semalam aku lihat ibunya datang ke sekolah

berjumpa Guru Besar. Beberapa minit kemudian aku melihat ibunya berlari keluar seperti

orang hilang akal. Yahya mengejarnya dari belakang. Kemudian, aku lihat mereka

menangis dan berpelukan. Mengapa agaknya?

10

Aku cinta padamu

Page 11: BM1 Sumatif 1

23 Februari

Asrul, pengawas dari tingkatan tiga A bercerita kepadaku. Cikgu Ainun telah menangkap

Zaitun yang sedang membaca novel dalam bilik darjah. Rasaku, tidaklah salah membaca

dalam kelas, tetapi cerita Asrul memang menarik.

Cikgu Ainun begitu hairan melihat Zaitun begitu tekun membaca buku teks Ilmu

Alam. Tidak bergerak-gerak sehingga hampir setengah jam.

Oleh sebab itu dia mengintai dari belakang. Rupa-rupanya sebalik buku Ilmu Alam

itu ada novel. Kata Cikgu Ainun novel itu kurang baik, malah tak baik dibaca oleh pelajar-

pelajar.

Cikgu Ainun mengatakan, dia faham perasaan pelajar perempuan. Akan tetapi

nasihatnya, carilah novel yang baik. Dia mengesyorkan beberapa buah novel seperti Pulau

Rindu, Ombak Hati, Sayang Si Nani, dan beberapa buah lagi.

Aku juga meminati novel jenis ini. Telah kuminta ayahku mencarinya di pekan.

Setakat ini masih belum ditemuinya.

24 Februari

Aku pergi menjumpai Yusuf waktu rehat. Dia cuba melarikan diri. Dengan itu aku

tahu dia bersalah. Aku terus menuduhnya menulis surat layang itu. Dia berperi-peri

menafikannya dan dia mahu aku bawa saksi. Kukatakan kalau dia tidak mengaku akan

kuserahkan surat itu kepada Guru Besar dan aku sanggup membawa saksi. Dia terpegun.

Aku memujuknya lagi dengan menyatakan, aku akan maafkan dia dan berjanji tidak

membawa ke atas sekiranya dia mengaku. Akhirnya dia mengaku. Aku tuntut dia meminta

maaf dan aku maafkan dia.

Dari Jalil, kawan rapat Yusuf, aku tahu Yusuf marah kerana aku menangkapnya

tatkala merokok di belakang jamban. Dan satu lagi dia marah kerana aku rapat dengan

Mona Aida. Mengapa agaknya?

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Diari Seorang Pengawas, antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

11

Page 12: BM1 Sumatif 1

36 Keadaan Yahya yang dilihat oleh ‘aku’ A Keletihan , menggigil, tangan dan kakinya kejang.B Keletihan, menggigil, demam, dan mukanya berpeluh-peluh.C Keletihan, menggigil, air hidungnya keluar dan badannya tersentak-sentak.D Keletihan, menggigil, hidungnya keluar darah, dan badannya tersentak-sentak.

37 Apakah gaya bahasa yang terkandung dalam ayat di atas? A Simile

B Sinkof C Anafora

D Personifikasi

38 Yang manakah antara berikut, bukan perwatakan ‘aku’ ? A ‘aku’ minat membaca novel. B ‘aku’ seorang yang prihatin terhadap rakan. C ‘aku’ seorang yang bersyukur dengan keadaan diri. D ‘aku’ seorang yang berani ketika menjalankan tugas.

39 Mengapakah Yusuf memarahi ‘aku’?A Kerana ‘aku’ rapat dengan Mona Aida .B Kerana ‘aku’ telah merampas kekasih Yusuf.C Kerana ‘aku’ menangkap Yusuf merokok di belakang jamban.D Kerana ‘aku’ telah menangkap Yusuf merokok di belakang jamban dan intim

dengan Mona Aida.

40 Peleraian cerpen “Diari Seorang Pengawas” ialahA ‘aku’ bertemu dengan Mona Aida.B ‘aku’ menulis surat kepada Mona Aida.C ‘aku’ membaca surat kiriman Mona Aida.D ‘aku’ membacakan Mona Aida sebuah sajak.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................... .........................(EN.MEOR AHMAD BAKTI B. MEOR SUAADI) (EN. YUSNUR B. MOHD NOOR)

Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK St. Joseph Miri

12

Telah kuminta ayahku mencarinya di pekan.