bmk 3043

3
Cerpen mencetus naluri pembaca Nama pengulas: Grace Wong Judul cerpen: Tragedi Nama pengarang: Amil Jaya Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun: 2001 Harga: RM5.50 Cerpen yang telah saya baca baru-baru ini ialah “Tragedi”, iaitu karya Amil Jaya. Cerpen ini termuat dalam buku teks Kerusi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001 Cerpen “Tragedi” saya pilih untuk dibuat ulasan kerana mempunyai keistimewaan yang bakalku kongsikan kepada semua pembaca. Sinopsis cerpen ini mengisahkan Pak Ismawan yang menghadapi kematian anaknya, Iswan. Iswan seorang anak yang baik, sopan, berbudi, berdisiplin, berhemah tinggi dan ikhlas. Iswan seorang pemain badminton yang handal dan merupakan rakan Irnawati. Malang tak berbau begitulah nasib yang menimpa ke atas Iswan. Kereta yang melanggarnya memecut pergi. Pembaca tentu tidak dapat menyangka bahawa kawan baiknya yang menabrak Iswan. Kesedihan dan kepiluan Pak Ismawan tidak menghalangnya menerima jemputan Ikmal daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya untuk menyampaikan ucapan sempena kempen keselamatan jalan raya. Cerpen ini membawa tema ketabahan. Pak Ismawan tabah menghadapi takdir kematian anaknya, Iswan. Walaupun Pak Ismawan berasa sedih namun dia tabah meneruskan kehidupannya dan tidak menyimpan dendam terhadap orang yang mengakibatkan kematian anaknya. Sikap pemaaf Pak Ismawan tentu bukanlah semua ibu bapa dapat melakukannya. Cerpen ini sesuai dijadikan tatapan untuk pembaca tidak kira muda ataupun tua. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Pak Ismawan terlalu menyayangi anaknya, bagai menatang minyak yang penuh. Dia berasa sungguh sedih dengan kematian anaknya. Persoalan keinsafan seseorang yang telah melakukan kesalahan juga termuat dalam cerpen ini. George Bulang insaf

description

Tatabahasa

Transcript of bmk 3043

Cerpen mencetus naluri pembacaNama pengulas: Grace Wong

Judul cerpen: TragediNama pengarang: Amil JayaPenerbit: Dewan Bahasa dan PustakaTahun: 2001Harga: RM5.50

Cerpen yang telah saya baca baru-baru ini ialah Tragedi, iaitu karya Amil Jaya. Cerpen ini termuat dalam buku teks Kerusi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001 Cerpen Tragedi saya pilih untuk dibuat ulasan kerana mempunyai keistimewaan yang bakalku kongsikan kepada semua pembaca.

Sinopsis cerpen ini mengisahkan Pak Ismawan yang menghadapi kematian anaknya, Iswan. Iswan seorang anak yang baik, sopan, berbudi, berdisiplin, berhemah tinggi dan ikhlas. Iswan seorang pemain badminton yang handal dan merupakan rakan Irnawati. Malang tak berbau begitulah nasib yang menimpa ke atas Iswan. Kereta yang melanggarnya memecut pergi. Pembaca tentu tidak dapat menyangka bahawa kawan baiknya yang menabrak Iswan. Kesedihan dan kepiluan Pak Ismawan tidak menghalangnya menerima jemputan Ikmal daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya untuk menyampaikan ucapan sempena kempen keselamatan jalan raya.Cerpen ini membawa tema ketabahan. Pak Ismawan tabah menghadapi takdir kematian anaknya, Iswan. Walaupun Pak Ismawan berasa sedih namun dia tabah meneruskan kehidupannya dan tidak menyimpan dendam terhadap orang yang mengakibatkan kematian anaknya. Sikap pemaaf Pak Ismawan tentu bukanlah semua ibu bapa dapat melakukannya. Cerpen ini sesuai dijadikan tatapan untuk pembaca tidak kira muda ataupun tua. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Pak Ismawan terlalu menyayangi anaknya, bagai menatang minyak yang penuh. Dia berasa sungguh sedih dengan kematian anaknya. Persoalan keinsafan seseorang yang telah melakukan kesalahan juga termuat dalam cerpen ini. George Bulang insaf kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian anaknya. Dia menerima hukuman mahkamah dengan rela dan meminta maaf daripada Pak Ismawan. Sekiranya, sikap George Bulang yang berani mengaku kesalahan diteladani oleh masyarakat sudah tentu masalah sosial tidak berleluasa.Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Permulaan cerpen mengisahkan Pak Ismawan yang dikunjungi oleh Inarwati, rakan baik Iswan. Irnawati meminta kebenaran daripada Pak Ismawan untuk menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan. Setelah Irnawati pergi, Pak Ismawan terkenang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian anaknya. Klimaks cerpen menceritakan George Bulang, rakan Iswan sebagai orang yang telah melanggar Iswan. Pak Ismawan memaafkannya dan menerima takdir kematian Iswan dengan reda. Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang dalam menulis cerpennya. Teknik suspens, kejutan dan pemerikan juga digunakan. Teknik imbas kembali kerap digunakan oleh pengarang. Contohnya, Pak Ismawan mengimbas kembali kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian Iswan. Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiw yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan.Cerpen Tragedi ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik. Watak utamanya ialah Pak Ismawan. Perwatakan Pak Ismwan menggambarkan watak yang positif secara menyeluruh melalui perasaan, keinginan, cara berfikir dan cara bertindak. Watak-watak sampingan dalam cerpen ini ialah Iswan, anak Pak Ismawan. Iswan seorang anak yang baik, sopan, berdisiplin dan berhemah tinggi. Iswan pemain badminton yang handal dan dipilih menjadi calon pemain negara untuk piala Thomas. Irnawati, rakan Iswan merupakan watak sampingan. George Bulang merupakan rakan baik Iswan dan telah melanggar Iswan. Pak Ismawan amat menyayangi anaknya Iswan. Walaupun sedih, dia menerima kematian anaknya sebagai takdir. Pak Ismawan seorang yang pemaaf kerana tidak menyimpan perasaan dendam dan memaafkan George Bulang.Latar tempat dalam cerpen Tragedi ialah rumah Pak Ismawan. Di rumah, Pak Ismawan terkenang anaknya Iswan. Irnawwati juga mengunjungi Pak Ismawan untuk menyampaikan ucapan takziah dan meminta izin menyimpan raket badmintion Iswan. Masyarakat belia merupakan latar masyarakat cerpen ini. Golongan belia diwakili Iswan dan rakan-rakannya, iaitu Irnawati, George Bulang dan rakan-rakan yang berbasikal dengannya. George Bulang yang minum minuman keras dan melanggar Iswan. Keseluruhannya, cerpen berkisar pada waktu siang. Peristiwa kenangan Pak Ismawan, kunjungan Irnawati dan Ikmal ke rumah Pak Ismawan berlaku pada waktu siang. Kemalangan jalan raya yang mengambil nyawa Iswan terjadi pada waktu siang juga. Berdasarkan paparan latar dalam cerpen tersebut, pembaca tentu dapat mengetahui peristiwa atau kandungan cerita berlaku di Malaysia.Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Penonjolan nilai dan pengajaran tersebut telah menghasilkan karya yang berbeza dengan cerpen yang lain. Kekayaan nilai ketabahan ditonjolkan menerusi watak Pak Ismawan. Walaupun Pak Ismawan berasa sedih atas kematian anaknya, Iswan, namun dia menerimanya dengan hati yang tabah. Nilai mulia seperti kasih sayang diketengahkan melalui watak Pak Ismawan. Pak Ismawan menyayangi anaknya dan berasa sedih atas kematian anaknya. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita mestilah tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan. Pak Ismawan tabah menghadapi takdir kematian anaknya. Pengajaran lain ialah kita hendaklah memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan dan tidak menyimpan perasaan dendam. Pak Ismawan memaafkan George Bulang yang melanggar anaknya.Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada pembaca. Nilai ketabahan yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan utnuk segenap lapisan masyarakat. Nilai sedia memaafkan kesalahan orang lain sangat baik dan mampu dijadikan teladan dalam kalangan remaja. Isu kemalangan yang diketengahkan dalam cerpen ini menggambarkan fenomena yang acap kali berlaku dalam kehidupan kita. Dengan adanya sorotan karya ini, ibu bapa dan para remaja sedar akan keperitan ibu bapa yang menghadapi kehilangan anak yang dikasihi. Selain itu, Cerpen ini menyemaikan pemikiran kritis dan kreatif serta merangsang pembentukan peribadi remaja yang mulia. Cerpen ini turut ditunjangi penguasaan bahasa yang indah dan berkesan. Oleh tiu, cerpen Tragedi karya Amil Jaya wajar dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat.