BMK II-Komunikasi Lisan
description
Transcript of BMK II-Komunikasi Lisan
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Komunikatif Lisan
Oleh:
Gonisha Ong , Ladd Junior , Rekel Regina
Isi Kandungan
• Komunikasi Intrapersonal & Interpersonal.
• Komunikasi dalam urusan rasmi
dan tidak rasmi.
• Komunikasi di media elektronik.
Komunikasi Intrapersonal
• Proses komunikasi yang berlaku secara dalaman pada diri individu sendiri.
• Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara di mana ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
• Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
• Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya.
• Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.
CIRI-CIRI KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
1. Berlaku secara satu hala.
• Bersifat individu serta personal.
• Proses komunikasi berlaku dalam situasi di mana seseorang itu bercakap dengan dirinya sendiri.
2. Penyampai berperanan sebagai penerima maklumat.
• Tidak melibatkan individu kedua.
• Bukan sahaja berperanan sebagai orang yang akan menyampaikan mesej tetapi juga sebagai penerima maklumat.
3. Maklumat yang disampaikan bersifat peribadi dan khusus.
• Mesej yang disampaikan mengenai sesuatu perkara yang betul-betul meninggalkan kesan dalam diri.
• Kesan-kesan ini terdiri daripada positif dan juga negatif.
4. Wujud proses sensasi
• Berlaku menerusi proses pencerapan segala informasi yang diterima yang kemudiannya diproses dan dianalisis melalui panca indera secara semula jadi.
5. Berlakunya Persepsi
• Wujudnya proses mentafsir pengamatan dan membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sedia ada.
6. Disimpan dalam bentuk memori
• Wujudnya proses penyimpanan sesuatu informasi yang diterima.
7. Berfikir
• Tujuannya adalah mengingati kembali sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan pada waktu yang sama berfikir untuk bertindak atas informasi yand diperoleh.
Komunikasi Interpersonal
• Proses interaksi yang melibatkan individu dengan individu lain ataupun sekumpulan individu lain.
• Proses komunikasi ini memerlukan penyampai dan penerima saling berinteraksi secara bersemuka ataupun menerusi media teknologi seperti telefon, video ataupun radio untuk bertukar-tukar mesej.
Menimbulkan 5 ciri komunikasi yang berkesan, iaitu:
a) Kesefahamanb) Keseronokan
c) Pengaruhd) Mempenbaiki perhubungan
e) Tindak balas
CIRI-CIRI KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
1. Mempunyai penyampai sebagai punca sesuatu maklumat, emosi, idea dan pendapat.
Contohnya, Dalam bilik darjah, guru adalah penyampai maklumat yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Ada penerima yang menjadi sasaran untuk menerima maklumat yang disampaikan. (boleh terdiri daripada individu ataupun sekumpulan individu.
Contohnya, Sekiranya, guru berfungsi sebagai
penyampai, murid-murid adalah sasaran yang berfungsi sebagai penerima dalam bilik darjah.
3. Ada mesej yang hendak disampaikan.
Contohnya, Dalam bilik darjah, guru boleh menyampaikan kandungan pengajaran menggunakan pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar. Misalnya, dengan menunjukkan sekeping gambar nasib mangsa perang di Iraq, guru boleh menyampaikan pelbagai mesej berhubung dengan nilai kemanusiaan kepada murid-muridnya.
4. Saluran yang digunakan untuk menyampaikan mesej.
Contohnya, Di bilik darjah, guru sering menggunakan suaranya dalam komunikasi lisan untuk menerangkan, menyoal, membimbing, dan menasihati murid.
5. Maklum balas- reaksi penerima mesej selepas mesej yang dikirim oleh penyampai diterima oleh si penerima mesej.
Contohnya, Reaksi murid-murid apabila dimarahi oleh guru di kelas kerana melanggar peraturan-peraturan sekolah.
6. Gangguan- halangan yang boleh menjejaskan pencapaian persefahaman antara penyampai dengan penerim berhubung mesej yang disebarkan.
Contohnya, Dalam bilik darjah, murid-murid tidak
memahami arahan yang disampaikan oleh guru kerana suasana kelas yang sangat bising.
Secara Formal
Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat ‘tanpa gangguan’ kepada satu kumpulan orang.
Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.
Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi pendengar.
Contoh :Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi.
Secara Tidak Formal
Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan dan maklumat.
Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan ‘dengan gangguan’ iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah.
Contoh :Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.
KOMUNIKASI LISAN:URUSAN RASMI
DAN TIDAK RASMI
• Komunikasi lisan terdapat dalam dua bentuk
1. Rasmi
2. Tidak rasmi
1. Penggunaan bahasa
2. Kata panggilan dan kata sapaan
3. Gerak laku
Urusan Rasmi
• Penggunaan bahasa:
– Penutur menggunakan bahasa yang tersusun dengan baik dan mematuhi sistem bahasa
– Ragam bahasa perlu dirancang dalam majlis atau urusan rasmi agar kesantunan bahasa terpelihara
– Bahasa haruslah menepati adab sopan dan berkaitan dengan sistem sosial
• Kata panggilan dan sapaan
– Penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat hendaklah menurut sistem yang disahkan oleh pihak berkuasa.
– Kata ganti diri dan sapaan digunakan berdasarkan faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.
– Contoh: Kata ganti diri Kata sapaanpertama Saya, patik, betakedua Anda, tuan, puan, tuanku, ketiga Mereka, beliau, baginda,
• Gerak laku:
– Gerak laku si penutur haruslah dikawal.– Pergerakkan tangan dan bahasa badan harus
sesuai dengan jenis majlis yang dihadiri atau urusan yang dibuat.
Urusan tidak rasmi
• Penggunaan bahasa
– Kesantunan bahasa haruslah dititikberatkan. Penutur harus menunjukkan kesopanan walaupun urusan tidak rasmi
– Tidak menggunakan bahasa kesat agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
– Contoh : menghadiri majlis kenduri, perbualan di kedai kopi
• Kata panggilan dan kata sapaan
– Menggunakan kata sapaan yang neutral seperti “cik”, “encik”, “saudara” atau “saudari”
– Kata panggilan seperti “makcik” atau “pakcik” belum tentu sesuai kerana orang yang dirujuk mungkin tidak senang dengan sapaan itu.
– Sapaan seperti “encik” dan “puan” lebih wajar apabila berkomunikasi dengan orang berumur yang tidak kita kenal.
• Gerak laku
– Pergerakan tangan dan tubuh lebih bebas dan tidak terikat kepada protokol atau peraturan
– Tidak menunjukkan isyarat yang tidak sopan dan tidak menyenangkan
Kebaikan
• Memperluaskan perbendaharaan kata seseorang. – Ini kerana dalam komunikasi lisan, seseorang
menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza untuk berkomunikasi dengan orang lain
• Bahasa sapaan yang betul mengambil alih kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dibawa bercakap
• Kata sapaan memperlihatkan kesopanan seseorang dalam berbahasa
Kelemahan
• Menimbulkan ketidaksenangan terhadap orang lain apabila kata sapaan tidak digunakan dengan betul. – Contoh: Tidak mengenali umur seseorang
• Penggunaan perbendaharaan yang salah boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran, menjatuhkan air muka seseorang dan suasana tidak harmoni.–Mesej yang cuba disampaikan tidak jelas dan
pemilihan kata tidak tepat
Media Elektronik dalam Komunikasi
Lisan
Apa itu Media Elektronik?
• Merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan bagi mencapai sejumlah besar pengguna media melalui perhubungan pukal.
Contoh Media Elektronik
• Media siaran - radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet.
• Media cetak - pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik.
• Media luaran - merupakan satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan
Kebaikan
• Menjimatkan masa dan waktu• Memudahkan kita berhubung antara satu
sama lain dengan lebih mudah dan cepat• Menjimatkan tenaga• Mengeratkan tali persaudaraan dalam
kalangan manusia• Tidak perlu mencetak• Tidak perlu membaca dengan banyak
Keburukan
• Membuatkan kita menjadi malas• Membuatkan kita menjadi lebih boros• Penggunaan bahasa yang tidak sesuai• Kesalahan dalam menggunakan ayat atau
struktur bahasa• Waktu berkomunikasi terbatas
Rujukan• Khairuddin Mohamad; Maridah Alias; Siti Normaniseh
Zakaria; Azmi Ayub; Faiziah Shamsudin; Abd. Rahim Ismail; Maria Mansur. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Lya Ilya. (2012, May 18). Interpersonal dan intrapersonal. Retrieved from http://www.slideshare.net/IlyaAdira/interpersonal-dan-intrapersonal