Bmm 3112

11
Sebelum kajian tentang bahasa Melayu diperkatakan dengan lebih mendalam adalah lebih baik sekiranya kita memperkatakan tentang asal usul bangsa Melayu itu terlebih dahulu. Ini adalah kerana sesuatu bahasa itu lahir seiring dengan kewujudan bangsa yang menuturkan bahasa itu sendiri.Secara umumnya sehingga kini belum ada penemuan yang tepat dari mana asalnya orang atau keturunan Melayu itu sendiri .Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sejarawan masih lagi kabur.Penggunaan istilah Melayu buat pertama kalinya telah muncul dalam hasil tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Berdasarkan dua teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji iaitu R.H.Geldern, seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan terhadap kapak tua ( beliung batu) yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy ,Hwang ,Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Kesimpulan dibuat oleh beliau bahawa kapak tua itu telah dibawa oleh masyarakat daripada Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Satu kajian pula menyatakan bahawa sekitar tahun 644 dan 645 Masihi, terdapat satu catatan orang-orang Cina yang menyebut terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana letaknya kerajaan orang Mo-lo-yeu itu . Ada pendapat menyatakan kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu da nada juga yang berpendapat kerajaan ini terletak di Jambi , Sumatera.Ini dapat dibuktikan lagi terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Melayu di Jambi, Sumatera. Selain bukti-bukti yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah

Transcript of Bmm 3112

Page 1: Bmm 3112

Sebelum kajian tentang bahasa Melayu diperkatakan dengan lebih mendalam adalah

lebih baik sekiranya kita memperkatakan tentang asal usul bangsa Melayu itu terlebih

dahulu. Ini adalah kerana sesuatu bahasa itu lahir seiring dengan kewujudan bangsa yang

menuturkan bahasa itu sendiri.Secara umumnya sehingga kini belum ada penemuan yang

tepat dari mana asalnya orang atau keturunan Melayu itu sendiri .Segala maklumat yang

diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sejarawan masih lagi

kabur.Penggunaan istilah Melayu buat pertama kalinya telah muncul dalam hasil tulisan

orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.

Berdasarkan dua teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji iaitu R.H.Geldern,

seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari

Asia Tengah berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan terhadap kapak tua ( beliung

batu) yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy ,Hwang ,Salween dan

Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara.

Kesimpulan dibuat oleh beliau bahawa kapak tua itu telah dibawa oleh masyarakat daripada

Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.

Satu kajian pula menyatakan bahawa sekitar tahun 644 dan 645 Masihi, terdapat

satu catatan orang-orang Cina yang menyebut terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang

telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walau bagaimanapun tidak dapat

dipastikan dimana letaknya kerajaan orang Mo-lo-yeu itu . Ada pendapat menyatakan

kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu da nada juga yang berpendapat

kerajaan ini terletak di Jambi , Sumatera.Ini dapat dibuktikan lagi terdapat sebatang sungai

yang dinamakan Sungai Melayu di Jambi, Sumatera.

Selain bukti-bukti yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah ini, terdapat satu lagi

bukti yang agak kuat iaitu penemuan batu bersurat yang terlihat akan bentuk dan sifat

bahasa Melayu sejak tahun 683 Masihi di beberapa tempat :-

i) di Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi

ii) di Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi

iii) di Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi

iv) di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686 Masihi

Bukti – bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di Kepulauan

Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu .J.H.C.Kern seorang ahli filologi Belanda

mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan

persamaan beberapa perkataan. Beliau dapati ada beberapa perkataan yang terdapat di

Page 2: Bmm 3112

Kepulauan Nusantara itu juga terdapat di Madagascar, Taiwan, beberapa pulau di

kepulauan Pasifik dan Filipina . Beliau dapati perkataan yang digunakan berasal

daripada induk yang sama iaitu Asia.

Asmah Hj Omar dalam bukunya yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu (1985)

telah menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan

sempit .Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang

terdapat di Semenanjung Tanah Melayu yang kawasan secara tradisional disebut

gugusan pulau Melayu, termasuklah Indenesia sekarang.Bermula daripada pengertian

inilah , didapati selepas Perang Dunia Kedua, wujud hasrat untuk menubuhkan sebuah

Negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi Negara

Melayu Raya. Akan tetapi hasrat itu tidak berjaya .Oleh itu UNESCO pada tahun 1972

menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung termasuk

orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.Konsep Melayu

yang digunakan oleh UNESCO sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam

pengelompokan bahasa Austronesia.

Di Malaysia pula , pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang

dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu

ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam

dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.Hal ini bermakna bahawa sesiapa

sahaja yangmempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula dengan zaman bahasa Melayu

Kuno. Penghijrahan manusia purba kea lam Melayu dikatakan terjadi antara 100,000

hingga 160,000 tahun yang lalu.Kira-kira pada abad ke-20 sebelum Masihi atau 2,000

tahun sebelum Masihi pula gelombang pergerakan manusia secara besar-besaran telah

masuk ke Kepulauan Melayu yang dilakukan oleh bangsa Austeronesia dari Yunan yang

dikatakan mereka inilah nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara

barat.Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu , bahasa yang

digunakan oleh masyarakat setempat ialah bahasa Melayu purba yang kemudiannya

dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa ini

mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Sriwijaya dimana bahasa ini

telah menjadi bahasa perantaraan dan kingua franca. Bahasa ini menjadi pertuturan

yang merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan

Sumatera.

Page 3: Bmm 3112

Bahasa ini telah tersebar luas kea lam Melayu melalui pedagang-pedagang India

yang berdagang hingga ke seluruh pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu kuno banyak

dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit disebabkan pada masa itu kebanyak penduduk di

alam Melayu menganut agama Hindu.Antara perkataan-perkataan bahasa Sanskrit yang

terdapat dalam bahasa Melayu Kuno ialah syukasyitta, athava, karana, tatakala dan

sebagainya.Bukti sejarah bahasa Melayu kono ini boleh dilihat pada batu bersurat yang

telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa pada abad ke-7.

Bahasa Melayu kuno juga merupakan bahasa yang digunakan pada zaman kerajaan

Melayu kuno. Antara kerajaan Melayu kuno ialah Sriwijaya, Funan dan Majapahit.

Sehingga kini pengaruh bahasa Melayu kuno masih terdapat dalam bahasa Melayu

Moden berdasarkan beberapa perkataan ybahasa Melayu kuno yang masih kekal

digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu pada hari ini.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu

nasyik asyik

mamava membawa

saribu seribu

dangan dengan

vanakna banyaknya

ko ke

Dari segi tulisan pula , bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan Palava seperti

bukti yang terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan atau prasti di daerah Muara

Kaman.Selain itu juga digunakan tulisan Rencong yang banyak terdapat di Sumatera

Selatan ( Bangkahulu dan hulu Palembang).Huruf ini kekal sehingga abad ke-18

sebelum Belanda menjajah Indonesia.Tulisan ini dijumpai di sebatang tiang batu di kota

kapur iaitu di Bangka Barat.Selain itu terdapat juga tulisan Kawi iaitu tulisan jawa kuno

yang wujud pada abad ke -8.

Menurut Awang Sariyan bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam

periodisasi Bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu

Page 4: Bmm 3112

Kuno.Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke -

19.Bahasa Melayu klasik ini diasaskan sewaktu tertubuhnya kerajaan Islam pertama di

sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai di bawah pemerintahan Sultan

Malikul Salih. Bahasa ini wujud kesan secara langsung kedatangan agama Islam dan

kebudayaan Islam .Zaman permulaan ini ditandai dengan kemunculan prasasti atau batu

bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.

Bahasa Melayu klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi iaitu tulisan Arab berbahasa

Melayu pada awal abad ke-14.Terdapat juga bukti-bukti lain kedatangan bahasa Melayu

klasik pada beberapa lagi batu bersurat yang ditemui di Pagar Ruyung , Minangkabau

bertarikh 1356 Masihi.Satu lagi bukti ialah batu bersurat yang ditemui di Minye Tujuh,

Aceh bertarikh 1380 Masihi yang menggunakan abjad India dan buat pertama kalinya

terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

Kemunculan bahasa Melayu klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama.

Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu yang tersimpan di beberapa buah

Negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman

Sultan Ternate, dari Kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521

dan 1522. Tulisan berbentuk buku oula ialah kitab Aqa’id al-Nafisi yang bertarikh 1590

( 988 H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600) , Hikayat Seri

Rama (1633), Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan

Iskandar Muda Alam, Aceh kepada Raja Inggeris , King James I (1615). Penemuan-

penemuan ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua

franca di Asia Tenggara pada masa itu.

Bahasa Melayu klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada

di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.Keadan ini berpunca

daripada lokasi tersebut giat dengan kegiatan perdagangan, perkembangan agama

Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.Zaman keagungannya pula dikatakan

pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu telahpun

menerima Islam dan berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahannya.Secara

tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi kemajuan dan perkembangan bahasa

Melayu di rantau tersebut.Penggunaannya telah menjadi semakin meluas dalam

kegiatan perdagangan dan pentadbiran .Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat

penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu.Bukan sahaja bentuk

tulisan baru iaitu tulisan jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan

wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang telah dibawa oleh peradaban

Islam.Keagungan kesultanan Melayu ini telah digambarkan oleh banyak penulis ,

Page 5: Bmm 3112

antaranya ialah Tun Seri Lanang menerusi “ Sejarah Melayu” sebuah karya yang sangat

tinggi nilainya.

Dari segi fonologi, sistem bahasa Melayu klasik ini tidak dapat ditentukan kerana

tiada data lisan. Kebanyakannya adalah data tulisan yang menyukarkan pengesanan

sebutan yang sebenar.Awang Sariyan menyatakan , bahasa Melayu klasik ini

mempunyai vocal yang terbatas iaitu ‘ i ‘,’a’ dan ‘u’ ( daripada vokal Arab iaitu alif, ya dan

wau) Namun begitu dapat juga diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai

enam bunyi vocal seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu , iaitu ‘a’,’e’pepet,’e’

taling,’i’,’o’ dan ‘u’.Dari segi bunyi konsonan nya pula dapat diandaikan bahawa bunyi

bunyi konsonan bahasa Melayu klasik sama dengan bahasa Melayu moden.Dari segi

tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam bahasa

Melayu moden. Hal ini juga sama bagi proses morfofonemik, penggandaan dan

pemajmukan. Dari segi sintaksis pula , ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola

ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusnya dengan bahasa

Melayu moden , ayat kompleks dan ayat pasif.

Bahasa Melayu klasik ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Ini

disebabkan pengaruh Islam telah menjadi semakin kuat hingga bahasa Melayu

mengalami banyak perubahan dari segi aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk

tulisan.Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :

a) Penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit.

b) Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang

c) Menggunakan bahasa istana

d) Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu, manikam, edan

kasmaran ( mabuk asmara), masyghul (bersedih),sahaya dan lain-lain.

e) Kerap menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti sebermula ,

alkisah, hatta, adapun dan sebagainya

f) Banyak mengunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun”.

g) Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang

bahasa.

h) Turut menggunakan aksara jawi yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah

ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

i) Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab terutamanya

dalam kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka, kemudian, daripada itu ( dari

Amma ba’du) ataupun pada ayat sunat berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut

diperolehi hasil daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.

Page 6: Bmm 3112

Kajian Asmah Hj Omar tentang kitab ‘ Aqai’id al-Nasafi’ iaitu teks tertua bahasa

Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa

Melayu asli .Terdapat juga kata pinjaman iantu bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit.

Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak lagi digunakan dalam

bahasa Melayu moden iaitu bermula, hatta, syahdan, kalakian dan sebagainya.

Bahasa Melayu klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama

khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan

tasawwuf .Kitab ‘Aqa’id al-Nafisi ‘membicarakan tentang hakikat kejadian benda ,

kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan

dan diri manusia.Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kitab ini merupakan titik

awal bidang ilmu yang jauh dari jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan

dalam bahasa Melayu.Ini juga sabagai bukti penting bahawa bahasa Melayu mampu

menjadi bahasa ilmu.

Antara tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah Hamzah Fansuri,

Syamsuddin Pasai atau Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.Ada juga

tokoh dari luar alam Melayu yang muncul seperti Nuruddin al-Raniri. Hamzah Fansuri

terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan ilm al-Sukuk wal –Tawhid,

al-Muntahi dan Sharabul –Asyiqin.

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-

18 hinggalah sekarang.Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan

penguasaan Negara dan pengaruh Eropah di Asia Tenggara.Keadaan ini telah

menyebabkan bahasa Portugis,bahasa Belanda dan kemudiannya Bahasa Inggeris

mula bertapak di Nusantara, seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu

klasik tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat

kuat.Namun begitu, bahasa Melayu moden ini tidak menerima sistem pembentukan

bahas tersebut.Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab

yang pernah diguna pakai sebelumnya.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,bahasa Melayu moden telah

mengalami dua fasa perkembangan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang

Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua ,

Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi ekoran daripada

Page 7: Bmm 3112

kedudukannya sebelum itu.Sungguhpun British yang mentadbit Tanah Melayu pada

ketika itu, pegawai-pegawainya dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus

dalam ujian bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhunung dengan

penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Terdapat ramai pegawai British yang

mahir berbahasa Melayu seperti Brown, Maxwell, Winstedt, Skinner dan lain-lain lagi.

Sebaliknya , selepas Perang Dunia Kedua , British telah mengubah dasarnya

dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam

pendidikan.Individu yang berjaya menguasai bahas Inggeris dengan baik akan diberi

keutamaan bekerja dengan pemerintah Inggeris.Akibat daripad itu, ramai pelajar

Melayu telah diberi peluang mengikuti pendidkan Inggeris dan dihantar berkursus di

England. Segala urusan seharian dalam pentadbiran British pada ketika itu

menggunakan Bhasa Inggeris.

Namun begitu, apabila Negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa

Melayu telah dikembalikan. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah

mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan wajib diguna pakai

dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar di sekolah

rendah hinggalah di peringkat institusi pendidikan tinggi.Status bahasa Melayu kini

telah diperkukuhkan kagi dengan Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan

1963/1967. Selain digunakan dalam bidang pendidikan , bahasa Melayu telah

diperluaskan lagi penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan

Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara.

Banyak istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam bahasa Melayu

moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa

ke semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak

mempunyai keuoayaan berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden

menerima unsur-unsur asing telah menjadikannya semakin dinamik dan dapat

kelangsungannya.Tidak seperti bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu klasik,

bahasa Melayu moden tidak mempu berkembang secara bersendirian. Menurut

catatan sejarah , bahasa Melayu moden terbukti telah mengalami beberapa

perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa yang ditubujkan khas

iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Page 8: Bmm 3112
user, 06/03/14,
user, 06/03/14,
user, 06/03/14,