BMM3101- Pengisian Kurikulum (10)
-
Upload
asihwiniy-francisco -
Category
Documents
-
view
204 -
download
4
description
Transcript of BMM3101- Pengisian Kurikulum (10)
BMM3101PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Asihwiniy A/P Francisco
Tajuk 10 :
Pengisian
Kurikulum
Kreativiti dan InovasiKeusahawanTeknologi Maklumat dan Komunikasi
Elemen
TMK
Keusahawan
Kreativiti & Inovasi
Kemahiran Bernilai Tambah
(KBT)
Peraturan Sosiobudaya
Patriotisme & Kewarganegaraan
Nilai Murni
Ilmu
Pengisian Kurikulum KSSR
Kemahiran Nilai Tambah/Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) :
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi
0 Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif yang tulen dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif.
0 Inovasi pula merujuk kepada proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
0 Kreativiti dan inovatif saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan.
0 Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimun supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara Malaysia pada masa hadapan.
Cadangan Aktiviti
0 Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara.
0 Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
0 Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid: suka menyoal dan mencari jawapan,membuat hubung kait,menjangka peristiwa yang akan berlaku,membuat spekulasi tentang kemungkinan,meneroka idea,berfikir secara lateral, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang
idea, tindakan dan hasil.
Secara berpasangan bina ayat dengan menggunakan kata kerja berdasarkan gambar di atas.
Contoh : Amir menggunting kertas.Kakak menampal kain yang koyak.
Guru meminta murid membina ayat berdasarkan gambar. Meminta murid menerangkan perkara-perkara menarik
yang terdapat dalam gambar. Meminta murid menyatakan atau menyenaraikan apa lagi
yang boleh dicipta dengan bahan-bahan terpakai.
Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), murid:
0 Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan, bahasa isyarat dan tulisan.
0 Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea, pengalaman, teks dan perkataan.
0 Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.0 Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni
bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian.0 Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kemahiran Nilai Tambah/Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) :
Keusahawanan
Keusahawanan
0 Elemen Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan.
0 Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
0 Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti : Sikap keusahawanan yang cemerlang Pemikiran keusahawanan Mengaplikasikan pengetahuan Pengurusan perniagaan Aplikasi pengetahuan dan kemahiran teknologi atau
vokasional Amalan nilai moral dan etika keusahawanan.
Cadangan Aktiviti
0 Tema ekonomi merujuk perihal bidang perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan.
0 Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kepentingan bidang ekonomi dalam kehidupan.
Senaraikan perkataan berimbuhan awalan dan apitan dalam jadual yang disediakan di bawah
Imbuhan Awalan Imbuhan Apitan
Guru meminta murid membaca dan memahami petikan Murid menyenaraikan kata imbuhan awalan dan akhiran dalam
jadual Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
keusahawanan
Kemahiran Nilai Tambah/Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) :
TMK
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK)0 Perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti : mengaplikasikan perisianmenghantar dan menerima e-mel mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi
maklumat berinteraksi sosial melalui Internet untuk meluaskan
penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.
Cadangan Aktiviti
0 Tema teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu.
0 Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
Minta murid mengemukakan pendapat dengan menggunakan perkataan, frasa dan ayat berdasarkan bahan grafik secara bertatasusila.
Minta murid membina pelbagai jenis ayat dalam satu perenggan berdasarkan bahan grafik dengan tepat.
Melayari internet, menonton televisyen, pengalaman di rumah.
Meminta murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara terkawal berdasarkan gambar dengan betul.
Minta murid bercerita berdasarkan penulisan kreatif yang dihasilkan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mimik muka yang sesuai secara didik hibur.
Melayari internet, perbincangan kumpulan.
Rujukan0 http://
www.spa.jpnns.gov.my/kssr/bm/buku_panduan/DOKUMEN_STANDARD/SJK.pdf.
0 http://www.spa.jpnns.gov.my/kssr/bm/buku_panduan/BUKU_PANDUAN/3-PENDAHULUAN.pdf
Sekian, Terima Kasih