BMM3117
-
Upload
james-nelson -
Category
Documents
-
view
35 -
download
7
description
Transcript of BMM3117
-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KENTPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PPG AMBILAN DIS 2013
NAMA GURU PELATIH :
TAJUK KURSUS : BMM 3117 SEMESTER : 1 / JAN MEI 2014
TARIKH MULA 15/02/2014 TARIKH HANTAR 27/01/2014
Hasil Pembelajaran Kursus :
i. Mengaplikasikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik
ii. Mengaplikasikan komponen pengajaran mikro dan makro dalam matapelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
iii. Mempelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi,kaedah serta teknik pengajaran dan
pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang
kritis, kreatif, dan inovatif;
iv. Mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
v. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan
menyerapkan pengisian kurikulum.
.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5
Objektif Projek :
i. Mengenal pasti dan menghuraikan konsep kaedah, teknik, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu
ii. Membincangkan empat kaedah dan empat teknik pengajaran bahasa Melayu serta menghuraikan kelebihan dan kelemahan kaedah dan teknik yang dipilih
1
-
iii. Membuat pemerhatian satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seorang guru bahasa Melayu di sekolah. Seterusnya membuat laporan hasil pemerhatian yang
meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran guru tersebut serta membuat cadangan
penambahbaikan.
iv. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah serta melaksanakan satu sesi dalam pengajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah.
v. Membuat refleksi dan penilaian pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran Bahasa
Melayu.
Tugasan Projek
Seseorang guru bahasa Melayu mestilah dapat menguasai dan melaksanakan kaedah dan teknik, bijak menyerapkan kemahiran bernilai tambah serta elemen bestari bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Sebagai guru bahasa Melayu pembacaan daripada pelbagai sumber merupakan salah satu cara mendapatkan maklumat mengenai kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran. Selain itu maklumat dan aplikasi kaedah dan teknik dapat diperolehi melalui pemerhatian pengajaran guru sekolah secara langsung bagi mendalami aspek-aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat diaplikasikan dengan berkesan ketika berinteraksi dengan murid.
A. Penulisan Esei ( 30% )
Berdasarkan pernyataan di atas: -
i. Kenal pasti dan huraikan konsep kaedah, teknik, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu
ii. Bincangkan empat kaedah dan empat teknik pengajaran bahasa Melayu serta huraikan kelebihan dan kelemahan kaedah dan teknik yang dipilih
B. Kajian Kes ( 30 % )
Buat pemerhatian satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seorang guru bahasa
Melayu di sekolah. Seterusnya membuat laporan hasil pemerhatian yang meliputi kiekuatan dan
kelemahan pengajaran guru tersebut serta membuat cadangan penambahbaikan.
2
-
C. Penghasilan dan Pelaksanaan RPH ( 30% )
Anda diminta menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah, seterusnya melaksanakan satu sesi pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
D. Penulisan Refleksi (10%)Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi
aspek yang berikut :
i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini ( proses mencari maklumat dan lain-lain )ii. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ini dan bagaimana mengatasinya.
iii. Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang kursus ini.
E. Panduan Pelaksanaan Projek.
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif
3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
I. Fon Arial.
II. Saiz huruf 11.
III. Langkau satu setengah baris.
IV. Rujukan mengikut format APA .
V. Lampiran.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
5. Panjang tugasan tidak melebihi 30 muka surat ( termasuk persembahan visual dan lampiran).
6. Tugasan ini membawa markah 100 wajaran 60%.
3
-
F. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasai laporan perlu jelas dan koheren
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
G. Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh, Disemak oleh
. .
( JOHN SINIT GITOM ) ( ISMAIL AG PIUT )
Penyelaras Kursus BMM3117 Pensyarah Kanan ( SME )
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Disahkan oleh,
..
( )
Timbalan Pengarah
4
-
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
5
-
RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK BMM 3117 UNTUK PENULISAN ESEI
SKALA WAJARAN KRITERIA
Amat
cemerlang
90-100
42-50 % Liputan dan Kandungan
Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci
Skop literature luas dan komprehensif dipilih dan sesuai.
Hubugkait idea jelas ditunjukkan
Kualiti Reviu
Reviu kritikal yang sangat baik
Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap
Organisasi
Susun atur terbaik, logikal dan koheren. Idea dikembangkan secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan.
Kualiti sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik
Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder
Cemerlang
80-89
34-41% Liputan dan kandungan
Liputan kandungan releven dan sangat cukup
Skop literatur yang luasdipilih dan digunakan dengan sesuai.
Perhubungan idea yang jelas.
Kualiti reviu
Reviu kritikal yang baik
Analisis idea tepat dan padat
-
Organisasi
Susunatur baik dengan kesilapan yang sedikit/minimum
Idea dikembangkan dengan baiknya dan mengandungi
Fakta atau contoh yang cukup untuk menyokong hujah.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat
baik dengan sedikit kesilapan.
Mempunyai bahan sumber utama dan sekunder yang lebih
daripada cukup.
Kepujian
65-79
26% -33% Liputan & Kandungan
Liputan kandungan releven dan baik
Jumlah tinjauan leteratur relevan memuaskan. Perhubungan idea
agak jelas.
Kualiti Reviu
Reviu kritikal agak baik:
Analisis idea agak tepat dan mendalam.
Organisasi
Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan
Idea dikembangkan dengan baik dan mengandungi
fakta/contoh sokongan yang agak cukup
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik
Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang mencukupi
-
Lulus
50-64
20-25% Liputan & Kandungan
Liputan kandungan cukup dan relevan
Hanya bilangan kecil literature dipilih dan digunakan. Sebahagian
perhubungan idea jelas
Kualiti Reviu
Reviu kritikal cukup
Analisis idea cukup
Organisasi
Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan
Signifikan beberapa idea dikembangkan dengan sokongan
fakta/contoh-contoh
Kualiti sumber
Kemahiran membua trujukan dan bibliografi agak baik
dengan beberapa kesilapan
Mempunya ibilangan bahan sumber yang tidak cukup
Gagal
0-49
< 20% Liputan dan Kandungan
Liputan kandungan tidak cukup dan tidak relevan
Perhubungan idea tidak jelas
Kualiti Reviu
Sedikit atau tiada reviu kritikal
Analisis idea tidak logikal dan tidak meyakinkan
Organisasi
Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata
-
Idea dikembangkan secara lemah dengan sedikit atau
tiada huraian tambahan
Kualiti sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah
kekurangan bahan sumber utama dan sekunder.