Bmp 3093
description
Transcript of Bmp 3093
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BMP3093
APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU
LAPORAN PENCERITAAN DIGITAL
SIDANG AKADEMIK 2013/2014
SEMESTER 6
NAMA : JINLI BIN RAMLI@RAMLEE
NO. K/P : 650413 – 12 – 5659
NO. MATRIK : PPG/41182/11
NAMA PENYELARAS : DR. AZIDAH ABU ZIDEN
PUSAT PEMBELAJARAN: KOTA KINABALU
TARIKH HANTAR : 2 NOV 2013
Tajuk : Sang Musang Yang Tidak Menepati Janji
Objektif :
1. Pelajar dapat mengambil iktibar dan teladan daripada cerita yang
ditayangkan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak
3. Pelajar dapat menilai sikap orang yang baru dikenali.
Sasaran : Pelajar tahun 1 hingga tahun 3
Nilai moral :
1. Berhati-hatilah apabila memilih kawan.
2. Jangan mudah terpedaya dengan orang yang tidak kita kenali.
3. Kita janganlah makan terlalu gelojoh.
SINOPSIS CERITA
Sang Musang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan sahabatnya. Sedang
Sang Musang berjalan, tiba-tiba dia terlihat bangkai seekor rusa berada di
hadapannya. Tanpa berlengah lagi, Sang Musang pun segera memakan bangkai
rusa itu dengan gelojoh.
Sedang Sang Musang asyik memakan bangkai itu, tiba-tiba dia merasakan
ada sesuatu yang tersekat di dalam kerongkongnya. Sang Musang pergi ke arah
anak sungai lalu melihat apa yang ada di dalam kerongkongnya. Puas Sang Musang
membelek-belek kerongkongnya dan alangkah terkejutnya Sang Musang apabila
sebatang itu tulang tersekat di situ. Sang Musang tidak dapat mengeluarkan tulang
yang tersekat di dalam kerongkongnya itu. Puas Sang Musang mencuba namun
tidak berjaya.
Sang Musang pun berjalan untuk mencari binatang yang boleh mengeluarkan
tulang di dalam kerongkongnya itu. Di dalam perjalanan, Sang Musang terjumpa
dengan seekor burung pipit. Sang Musang meminta bantuan burung pipit untuk
mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam kerongkongnya, malangnya burung
pipit tidak dapat menolongnya kerana paruh burung pipit sangat pendek. Burung
1
pipit menyuruh Sang Musang meminta bantuan daripada burung bangau kerana
burung bangau mempunyai paruh yang sangat panjang.
Sang Musang pun lalu pergi berjumpa dengan burung bangau untuk meminta
bantuan. Burung bangau pun bersetuju untuk menolong Sang Musang namun
burung bangau meminta ganjaran setelah burung bangau selesaikan mengeluarkan
tulang itu. Sang Musang pun berjanji untuk mengotakan permintaan burung bangau.
Burung bangau pun mendekati Sang Musang dan mengeluarkan tulang yang
tersekat di kerongkong Sang Musang dengan menggunakan paruhnya yang panjang
itu. Setelah burung bangau selesai mengeluarkan tulang yang tersekat di
kerongkong Sang Musang, dia pun menuntut ganjaran yang telah dijanjikan oleh
Sang Musang tadi. Malangnya Sang Musang tidak menepati janjinya lalu beredar
dan meninggalkan burung bangau yang terping-pinga.
APLIKASI YANG DIGUNAKAN
Editor Grafik
Computer Aided Design
Windows Live Photo Gallery
Microsoft Words
SUMBER KOLEKSI BAHAN & PENGEMBARAAN
i. Sumber koleksi bahan & pengambaran
Bahan Foto (tidak bergerak) – gambar, ilustrasi, bahan cetak dan yang
bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital(muat turun dari
internet, kamera digital) atau bukan digital.
Bahan Video (termasuk animasi) – keratan dari video-CD menggunakan
perisian VCD Cutter, DVD Chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun
dari internet melalui YouTube atau lain-lain kaedah, dari telefon bimbit,
kamera digital atau kamera video digital.
Bahan Audio (muzik, suara, kesan khas) – MP3, CD-Audio, audio yang
dimuat turun dari internet, rakaman secara digital dan analog.
2
ii. Penggambaran
Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto
dan video) yang bersesuaian dengan seubjek dan tajuk yang dipilih di
lokasi yang ditetapkan.
iii. Penyuntingan
Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi
adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio (suara,
muzik dan kesan bunyi).
Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media video (wmv)
yang tidak melebihi 4-5 minit
3
Muka Surat: Tarikh: Nama Projek: Penulis:
Kerangka/Deskripsi:
Klip, grafik-visual
Muzik, penceritaan, bunyi
Senarai Media:
Muzik, lagu, bunyi
Gambar, grafik
Klip video
Teks, tajuk, transisi
Penceritaan
1. Sang Musang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan sahabatnya.
2. Sedang Sang Musang berjalan, dia telihat bangkai seekor rusa berada di
hadapannya.
3. Tanpa berlengah lagi, Sang Musa pun segera memakan bangkai rusa itu dengan
gelojoh.
Muka Surat: Tarikh: Nama Projek: Penulis:
4
Kerangka/Deskripsi:
Klip, grafik-visual
Muzik, penceritaan, bunyi
Senarai Media:
Muzik, lagu, bunyi
Gambar, grafik
Klip video
Teks, tajuk, transisi
Penceritaan
1. Sedang Sang Musang asyik memakan bangkai itu, dia merasakan ada sesuatu
yang tersekat di dalam kerongkongnya.
2. Sang Musang pergi ke arah anak sungai lalu melihat apa yang ada di dalam
kerongkongnya.
3. Sang Musang terkejut apabila sebatang tulang tersekat di kerongkongnya.
4. Sang Musang tidak dapat mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam
kerongkongnya itu.
Muka Surat: Tarikh: Nama Projek: Penulis:
Kerangka/Deskripsi: Senarai Media:
5
Klip, grafik-visual
Muzik, penceritaan, bunyi
Muzik, lagu, bunyi
Gambar, grafik
Klip video
Teks, tajuk, transisi
Penceritaan
1. Sang Musang berjalan mencari binatang yang boleh mengeluarkan tulang di
dalam kerongkongnya.
2. Di dalam perjalanan, Sang Musang terjumpa dengan seekor burung pipit. Sang
Musang meminta bantuan mengeluarkan tulang yang tersekat di dalam
kerongkongnya. Burung pipit tidak dapat menolongnya kerana paruh burung pipit
sangat pendek.
3. Burung pipit menyuruh Sang Musang meminta bantuan daripada bnurung bangau
kerana burung bangau mempunyai paruh yang sangat panjang.
Muka Surat: Tarikh: Nama Projek: Penulis:
Kerangka/Deskripsi:
Klip, grafik-visual
Muzik, penceritaan, bunyi
Senarai Media:
Muzik, lagu, bunyi
Gambar, grafik
6
Klip video
Teks, tajuk, transisi
Penceritaan
1. Sang Musang pergi berjumpa dengan burung bangau.
2. Burung bangau bersetuju menolong dengan syarat meminta ganjaran daripada
Sang Musang.
3. Sang Musang berjanji dengan permintaan burung bangau.
4. Burung bangau megeluarkan tulang tersebut menggunakan paruhnya yang
panjang.
5. Setelah burung bangau selesai, dia pun menuntut ganjaran yang telah dijanjikan
6. Sang Musang tidak menepati janjinya lalu beredar dan meninggalkan burung
bangau yang terpinga-pinga.
7