Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

13
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK DERMAWAN KAMPUNG TERSUSUN TASEK, 31400 IPOH, PERAK P.K.S.R 1 / 2010 BAHASA MELAYU(PEMAHAMAN) TAHUN 3 MASA: LIMA PULUH MINIT Nama : Kela s : ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu dan tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1. Nenek sedang _______________ ubi kayu. A merebus B menanak C memasak D menjerang Soalan 2 berdasarkan Gambar 1 1

Transcript of Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

Page 1: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK DERMAWANKAMPUNG TERSUSUN TASEK,

31400 IPOH, PERAK

P.K.S.R 1 / 2010

BAHASA MELAYU(PEMAHAMAN)

TAHUN 3

MASA: LIMA PULUH MINIT

Nama :Kelas :

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu dan tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

1. Nenek sedang _______________ ubi kayu. A merebusB menanakC memasak D menjerang

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

2. “ _________________ langsat ini berharga RM 5.00, “ kata penjual itu kepada Encik Ahmad.A SesikatB SegugusC SetangkaiD Selonggok

1

Page 2: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

3. Ibu sedang _________________ bawang.A menetakB menakikC menyiangD mengupas

4. Amir meminta kakak _________________ buku teksnya.A menyalutiB membalutC mengoyakD membungkus

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5. Sayur-sayuran yang ditanam oleh Pak Seman hidup _________________ .A layuB baikC suburD matang

6. Abang suka makan ikan yang digoreng hingga _________________ .A rapuh B lemauC garingD rangup

7. Guru sukan sekolah itu handal bermain bola sepak . _________________ hebat juga bermain sepak takraw.A KamuB KalianC BeliauD Mereka

2

Page 3: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

8. Encik Ahmad membeli dua _________________ pisang di pasar raya itu.A ulasB sisirC buahD tandan

9. Jangan _________________ semasa menaiki bas.A berbisik-bisikB berjalan-jalanC berebut-rebutD berbaris-baris

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

10. Doktor Muhammad Radhi sedang _________________ pesakit itu .A merawatB menutupC mengikatD membungkus

3

Page 4: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

11. Zarina sedang _________________ pokok bunga.A merenjisB menuangC mencurahD menyiram

12. Mary _________________ bubur nasi ke dalam mulut adiknya.A menyuapkanB menyumbatC memasukkanD menghulurkan

13. “_________________kah yang ada di dalam bakul itu?” tanya Karina kepada Hazita.A ApaB KenapaC MengapaD Bagaimana

14. _________________ daripada murid yang hadir di dewan itu ialah murid perempuan.A semuaB SesetengahC SebahagianD keseluruhan

15. Abang belajar dengan _________________ untuk berjaya dalam peperiksaan.A kuat-kuatB lama-lamaC lambat-lambatD sungguh-sungguh

Soalan 16 berdasarkan Gambar 64

Page 5: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

Gambar 6

16. Johan menunggang motosikal manakala isterinya _________________ di belakang.A menuntunB mengiringC menumpangD membonceng

17. Kompleks Beli-belah Sogo terletak _________________ Kuala Lumpur.A diB padaC manaD dengan

Soalan 18 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

18. Puan Zaiton sedang _________________ baju untuk anaknya.A membelahB menjahitC mencantumD menggunting

Soalan 19 hingga 20

5

Page 6: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris

19. Murid-murid mudah mendapat bahan bacaan di perpustakaan.A sulitB sukarC selesaD senang

20. Penjenayah itu berjaya diberkas oleh pihak polis.A dijeratB disamanC dirampasD ditangkap

Soalan 21 hingga 23Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberi.

21. Rupa-rupanya dialah yang menjadi _________________ dalam pertengkaran antara Natasya dan Anne.A batu apiB panas hatiC bidan terjunD telinga lintah

22. Kakak saya mudah mendapat kawan kerana dia _________________ .A berat mulutB buah mulutC ringan mulutD mulut tempayan

23. Ravi tidak memakai kasut . Kakinya luka kerana terpijak kaca.A Kaki botolB Kaki ayamC Kaki bangkuD Kaki payung

Soalan 24 hingga 25Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24. Leman dan Azrul hendak datang pada hari Ahad.A Siapakah yang hendak datang?B Bagaimanakah mereka hendak datang?C Bilakah Leman dan Azrul hendak datang?D Mengapakah Leman dan Azrul hendak datang?

25. Saya tidak dapat membeli buku kerana duit saya hilang.

6

Page 7: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

A Siapakah yang bersedih?B Mengapakah kamu bersedih?C Mengapakah kamu bersedih?D Bagaimanakah kamu boleh bersedih?

Soalan 26 hingga 27Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris

26. Cikgu Hadi melarang murid-muridnya berbuat bising.A memaksaB mencegahC membiarkanD membenarkan

Soalan 27 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

27. Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan keadaan pondok dalam gambar di atas.A cantikB burukC comelD canggih

Soalan 28Pilih penjodoh bilangan yang sesuai.

28. Aida menerima _________________ surat daripada kawanya.A sehelaiB sepucukC sekepingD senaskah

Soalan 29 hingga 30Pilih ayat yang betul.

7

Page 8: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

29. A Jangan tunggu giliran.B Jemput beratur di luar kelas.C Tolong bermain di tepi lombong itu.D Jangan membuang sampah di merata-rata tempat.

30. A Eh, sakitnya gigiku!B Harap berikan baju ini kepada ibu kamu.C Apakah yang berlaku di rumah Encik Teo?D Oh, malaslah saya hendak pergi ke rumah awak!

Soalan 30 hingga 35Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

31. Apakah sifat yang ada pada udang galah?A RajinB MalasC PemaluD Sombong

32. Berdasarkan petikan, haiwan apakah yang paling besar?A Ikan pausB Singa lautC Burung lautD Udang galah

33. Mengapakah ikan paus bersin?A Ikan paus terkena selsema

8

Pada zaman dahulu, ada seekor udang galah yang sombong tinggal di laut yang luas. Udang galah suka bercakap besar. Kelebihan yang ada padanya membuatkan udang galah suka bercakap besar. Burung laut pernah memberitahu udang galah bahawa terdapat binatang lain yang lebih besar daripadanya tinggal di laut itu. Udang galah tidak mempercayai kata-kata burung laut.

      Pada suatu hari, burung laut telah membawa udang galah mencari binatang yang besar itu. Udang galah keletihan lalu mencari tempat berteduh. Udang galah ternampak sebuah gua. Tanpa membuang masa udang galah pun masuk kedalamnya.

      Udang galah tidak mengetahui bahawa gua yang dimasukinya ialah mulut ikan paus. Tiba-tiba ikan paus berasa ada sesuatu yang mencucuk hidungnya. Ikan paus bersin. Udang galah tercampak dan badannya terhempas ke batu. Akibat dari hentakan yang kuat pinggang udang galah telah patah.

      Sejak itu udang galah menjadi bongkok dan setiap kali berjumpa dengan binatang lain, udang galah akan berjalan mengundur ke belakang kerana amat malu atas perbuatannya dulu. Kini udang galah telah insaf dan tidak sombong lagi.

Page 9: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

B Kerana udang galah keletihanC Burung masuk ke dalam mulutD Ada sesuatu mencucuk hidungnya

34. Apakah yang terjadi kepada udang galah setelah terhempas ke batu?A Udang rasa maluB Udang galah terkejutC Udang galah rasa sakitD Udang galah patah pinggang

35. Apakah terjadi kepada udang galah?A Semakin sombongB Tinggal bersendiri di lautC Insaf dan tidak sombong lagiD Bersahabat baik dengan burung laut dan ikan paus

Soalan 35 hingga 40Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Kementerian Belia dan Sukan menitikberatkan aspek kesihatan menerusiA Agensi kesihatan

9

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, rakan-rakan guru dan murid-murid yang disayangi. Ceramah saya pada hari ini ialah 'Kepentingan Sukan dan Permainan.'

Hadirin yang dihormati,

     Marilah sama-sama kita renungkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seseorang. Pihak Kementerian Belia dan Sukan menitikberatkan soal kesihatan melalui sukan dan permainan. Pelbagai program sukan dan permainan diperkenalkan untuk tujuan tersebut.

      Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang kita dengan cara yang baik. Misalnya permainan hoki, bola sepak atau pun tenis amat sesuai untuk dimainkan sepanjang hayat.

      Pembabitan dalam lapangan sukan dan permainan juga boleh membentuk keperibadian seseorang. Nilai-nilai murni seperti sabar, tekun, yakin diri , setia kawan dan disiplin diri dapat dipupuk menerusi kegiatan sukan.

      Perpaduan kaum, bertoleransi, bantu-membantu dan pelbagai nilai murni lagi dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. Sukan dan permainan sebagai alat yang paling berkesan untuk menyatukan rakyat pelbagai etnik, keturunan dan latar belakang. Akhir sekali, saya berseru, berjinak-jinaklah dengan sukan dan permainan supaya kita dapat memperoleh pelbagai manfaat daripada lapangan tersebut.

      Sekian, terima kasih.

Page 10: Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3

B Permainan sukanC Belia dan beliawanisD Kebajikan masyarakat

37. Bagaimanakah kita dapat mengisikan masa lapang?A Berborak-borak kosongB Tidak membuat apa-apa kerjaC Menyertai aktiviti sukan dan permainanD Berkawan-kawan dengan budak-budak jahat

38. Siapakah yang sedang berucap dalam petikan di atas?A GuruB MuridC KetuaD Guru Besar

39. Satu daripada berikut bukan manfaat daripada menyertai sukan dan permainan?A Dapat menjadi pemimpinB Dapat memiliki sifat-sifat yang baik dan positifC Dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduanD Dapat meningkatkan mutu kesihatan seseorang

40. Pada sesi akhir ceramah, apakah harapan penceramah kepada sidang pendengarnya?A Dapat memiliki sifat-sifat yang murniB Tidak membuat apa-apa gesaan dan harapanC Menjamin kesihatan kepada sesiapa yang menyertai sukan dan

permainanD Menyertai sukan dan permainan agar kita dapat memperoleh banyak

manfaatnya

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

……………………………..………….(MOHAMAD AZAHAR BIN ADNAN)

Guru Bahasa Melayu Tahun TigaSK Tasek Dermawan, Ipoh.

……………..………………………….(PN. AISAH BINTI MOHAMED)Ketua Panitia Bahasa MelayuSK Tasek Dermawan, Ipoh.

10